bab 31

Romance Completed 10363

"a..ap..apa awak cakapkan ni izhar?"soal wiya apabila dirinya sudah kembali pulih dari rasa terkejut dengan kenyataan tiba-tiba dari izhar!

izhar meletak kotak baldu itu di atas meja dan menolaknya supaya dekat berada di depan wiya.
"awak fahamkan maksud kotak ini?"

wiya melihat ke arah ali dan ayie di sebelah.
mereka berdua angkat bahu!
"macam ni lah awak...kita makan dulu,lepasni kita bincang dekat tempat lain? nanti orang tengok saya malu..."kata wiya dengan senyuman.

izhar angguk kepala.
kotak baldu itu kembali disimpan.

mereka meneruskan makan tanpa berbunyi sepatah pun!
wiya masih lagi tergaman!
izhar masih tetap mengharap!
aduhhhh...bala besar nih.

lima belas minit mereka bertolak menuju ke sebuah tasik yang luas.
wiya masih tetap sama perasaannya!

kereta yang dinaiki izhar berhenti di belakang kereta wiya yang dipandu oleh ayie dan ali disebelahnya!

mereka keluar dari kereta.

"cik wiya...kami ada dekat sini,kalau ada apa-apa panggil kami ye?"kata ayie kepada wiya.

wiya tersenyum.lalu mengangguk.
"thanks..jangan bagitahu papa dan mama please...."

ayie dan ali naikkan ibu jari mereka.
wiya tersenyum.

wiya dan izhar duduk di atas kerusi batu yang ada di tasik.

"so...macam mana?"soal izhar meneruskan persoalan yang terbelengu dan menyesakkan dadanya selama ini!

wiya memegang tali handbeg yang dipakainya.
"izhar....awak serius ke?"

"kalau saya tak serius...awak ingat saya bersungguh-sungguh macam sekarang ke?"

"tapi....saya ingat kita hanya boleh berkawan saja...awak tahukan sebab apa?"

izhar pandang ke mata wiya.
"sebab apa? sebab awak tak sukakan saya pun selama ni?"

wiya menggeleng.
"awak tahukan macam mana keadaan daddy awak dan papa saya? saya yakin sangat yang daddy awak dan papa saya tak akan setuju dengan semua ni"

"sebab tu lah kita kena berkahwin!"

wiya pandang ke wajah izhar yang tampak jujur dan serius itu.
"apa awak merepek ni? awak nak ke keluarga kita bertambah api dendam mereka?"

"kalau kita tak kahwin pun...papa awak dan daddy saya tetap bergaduh kan?"

wiya diam mendengar kata-kata itu.
memang pun..papa dan uncle akan bergaduh jugak!

"tapi...saya takut papa saya marah"kata wiya

"awak cintakan saya?"soal izhar tiba-tiba

wiya pandang wajah di depannya!
cinta? aku tak kenal apa itu cinta dan betul ke apa yang aku rasa selama ni namanya cinta?
ke dia hanya suka izhar hanya sebagai kawan?
aduhhh!! wiya!! kenapa nih?

"wiya...?"panggil izhar

wiya tersentak.dia melihat wajah tampan didepannya ini.
memang inilah wajah yang membuat hatinya tak tenang!
inilah wajah yang selalu buat di terigau!
inilah wajah yang buat dia tersenyum sendiri bila teringat!

"saya ikhlas cintakan awak wiya...saya banyak main-main waktu di pulau dulu,sampailah bila tiba saat kita terpisah!
hanya Allah je yang tahu betapa takut dan sedihnya saya bila kita dah tak berjumpa semula!
macam-macam cara saya nak buat untuk mencari awak,tapi kesihatan saya terbatas!
sampai satu hari Allah pertemukan kita semula!
wiya.....saya tak nak peluang kedua saya hilang lagi"kata izhar perlahan saja.tapi tak tahu kenapa kata-katanya itu menusuk ke dalam hati wiya!

"awak tak pernah cakap yang awak cintakan saya"kata wiya sambil wajahnya ditala ke arah tasik.

"tapi..saya pernah bagi petunjukkan? wiya...banyak kali saya beri kata petunjuk dan bermakna pada awak,tapi...awak yang selalu main-main"

wiya melihat wajah disebelahnya semula.
"kenapa awak cinta saya? orang yang tak tahu apa-apa pasal cinta! awak tahu saya macam mana kan? saya kasar,saya tak pandai nak bersiap,saya ni comot,saya selalu main-main! mahu ke keluarga awak dan awak sendiri terima saya?"soal wiya

izhar tersenyum.
"saya cintakan awak sebab awak jadi diri awak yang sebenar! kita lalui pengalaman pahit sama-sama waktu di pulau,kita sama-sama susah dan saya nak kita sama-sama sampai syurga Allah! saya tak kisah kalau awak tak tahu apa-apa pasal cinta!
saya akan ajar awak lepas kita nikah,
kita bercinta lepas nikah ye sayang?"kata izhar dengan senyuman.

wiya melihat senyuman manis itu didepan matanya.
jantungnya sedari tadi dah lama mengepam darah dengan laju!
wajah izhar dilihat sungguh sempurna!
dengan garisan-garisan halus di hujung mata dan muka yang terbentuk cantik,bermata bundar dan hidung yang mancung...bibirnya agak kemerahan!
dia tahu izhar tak merokok!
rambut yang hitam keperangan dan tersusun rapi menambahkan lagi ketampanan izhar!

"jangan tenung saya macam tu...malulah"kata izhar tiba-tiba.

wiya tundukkan pandangan matanya!
malu menerjah dia!
wiya tersenyum lebar.

"macam mana?"soal izhar

wiya pandangan wajah penuh pengharapan itu.

"will you marry me?"soal izhar lagi

"i will...."balas wiya.

izhar mengaminkan tangan ke wajahnya.
doanya sudah dimakbulkan Allah.
"Alhamdulillah..."

wiya tersenyum.
izhar membalas senyumannya.
dan tawa mereka meletus.
izhar melihat wajah yang manis itu.
hati apa lagi..berdentang-dentumlah dengan lagu 'orang kahwin'
.....................

"kami masih lagi menyiasat tentang kes ini dengan lebih terperinci tan sri"kata inspektor polis yang mengambil kes daripada tan sri akram.

tan sri akram angguk kepalanya.
"tapi...tak kan tak ada sebarang penemuan atau bahan-bahan bukti Inspektor?"

"pihak kami dari Kuala Lumpur dan juga dari Terengganu memang sedang menjalankan operasi setiap hari.kami juga ada beberapa orang suspek yang disyaki ada kena mengena dengan kes penculikan anak Tan sri"kata inspektor itu dengan tenang.

"beberapa orang?"soalnya

"ye..ada empat orang yang kami tahan reman.dua berbangsa india dan dua berbangsa melayu,semuanya berdasarkan bukti-bukti yang kami perolehi"

"adakah keempat mereka tu...termasuk dalangnya?"soal tan sri akram

"kami dapati mereka bukan dalang sebenar,mereka hanya konco-konco.dalang yang sebenar masih belum kami temui.
mungkin kes ini akan lebih mudah bila kami habis soal siasat keempat-empat penjenayah ini"

tan sri akram angguk kepala.
"saya yakin Inspektor...dalang sebenar ada berdekatan dengan keluarga saya saja"

"tan sri jangan bimbang,tapi...memang benar apa yang tan sri katakan,dalang sebenar kes ini mungkin salah seorang yang mengenali rapat keluarga tan sri atau mungkin dia menyimpan apa-apa dendam terhadap keluarga tan sri"

tan sri akram angguk kepala faham.
"saya tak kisah cepat atau lambat kes ini selesai Inspektor,tapi....yang paling saya nak tahu adalah dalang disebalik semua ini harus dihukum"

"InsyaAllah tan sri...kami akan cuba selesaikan kes ini secepat mungkin"

tan sri akram tersenyum.

"terima kasih Tan sri kerana datang"kata inspektor

tan sri akram bangun berdiri dan berjabat tangan dengan Inspektor polis itu.
"sama-sama,saya tunggu laporan seterusnya dari pihak Inspektor"

usai itu tan sri akram terus berlalu ke arah keretanya yang terparking di petak yang sepatutnya yang terdapat di dalam kawasan balai polis itu.

kereta mewah itu menjalar keluar dari perkarangan balai polis.

tanpa disedari seorang lelaki melangkah keluar dari kereta mewah yang terparking di tepi jalan.

seorang lelaki yang berpakaian hitam tanpa dikenali.
tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya.
nombor seseorang didail.
telefon diletak ke telinga.

"hello tan sri Ebrahim?"sapa suara ditalian dengan tergesa-gesa.

"aku nak jumpa kau!"kata tan sri ebrahim.

"aku...aku..aku tak boleh!"kata suara di talian.

"aku jumpa kau di ladang kelapa sawit seperti biasa,aku tak peduli apa pun alasan engkau!"
terus taliannya ditutup.
tan sri ebrahim mendengus kasar.
dia melihat sekeliling dan terus masuk ke tempat penumpang dibelakang.

"jalan!"arahnya pada pemandu peribadi.
kereta menjalar pergi membelah jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience