bab 3

Romance Completed 10363

Selama seminggu dia menyendiri di dalam bilik.
puas mama dan papa ketuk-ketuk pintu bilik nak memujuknya tapi dia malas mahu bersemuka.
tak mahu luka yang sudah ada ditambah lagi.
bukan dia tak kasihankan mama dan papa.cuma...dia masih lagi terluka dengan perbuatan mama.masih terasa bahang di pipi kanannya bekas tamparan mama.
selama usianya dua puluh tahun.belum pernah mama atau papa memukul bahkan menjentiknya.
tapi...mungkin atas sebab mama dan papa tak pernah memukulnya membuatkan dia berlaku kurang ajar dengan mama dan papa?
hatinya menyangkal.dia bukannya kurang ajar.tapi dia cuma nak luahkan rasa hatinya.tiada niat mahu membelakangkan mama dan papa.
walaupun dia berpakaian atau berperangai sebegini.dia masih tahu dosa dan pahala.
langsung tiada niat di hati nak lukakan mama dan papa.tapi...dia perlu luahkan.
sebenarnya dia bukanlah merajuk sangat.tapi...sekadar mahu mama dan papa sedar akan perasaannya.
jadi dia membuat keputusan supaya berdiam diri di dalam bilik.tanpa keluar menemui sesiapa pun.
makan?
ermm...itu tak payah bimbang.setiap lima kali sehari pasti ada saja makanan yang diberikan oleh ayie dan ali secara senyap-senyap.tak mahu mama dan papa dia tahu.
hanya order melalui telefon.makanan pun sampai di beranda rumah dengan ali atau ayie yang naik panjat menggunakan tangga.
semuanya makanan sedap-sedap dan juga makanan kegemarannya.
memang tak sia-sia sungguh dia merajuk.
petang yang berangin dan teduh membuai perasaan wiya.
wiya duduk memeluk lutut di beranda.
dia mendongak melihat langit yang mempunyai kepulan-kepulan awan hitam tanda hujan lebat bakal berlaku.
wiya tunduk kembali menekur lantai marmar yang berkilat.
apalah nak jadi dengan dia ni,semuanya dikawal dan dijaga sampai satu langkah dia berjalan.satu langkah jugalah ayie dan ali berjalan.
setiap kali dia berhenti.kaki mereka juga akan turut berhenti.
bukannya dia tidak perasaan kadang-kadang ada saja budak-budak nakal seusianya mengetawakan dia.tapi...apa mampu dia buat.hanya mampu mendengar dan buat tak tahu.
pernah juga ali dan ayie mahu mengajar budak-budak tu.tapi...lekas-lekas dia halang.baginya.memang patut dia diketawakan.
siapa yang rasa tak kelakar?
bila dijaga serapi yang boleh macam bayi?
dikawal sebaik mungkin macam seorang kanak-kanak yang buas dan aktif.
mujur mama dan papa tak ambil seorang pekerja untuk memakaikan dia baju,memandi kan dia.
kalau ada,rasanya..dah lama dia lari dari rumah.
keluhan keluar sekali lagi dari mulutnya.
rambutnya yang mengurai dibiar lepas dibiar angin bayu yang lembut menyapa rambutnya ke mana arah yang ingin dituju.
setitis,dua titis perlahan-lahan air matanya gugur.gugur seperti hujan yang mulai turun dengan perlahan-lahan.
gugur kerana rasa sakit yang dirasa hatinya kini lebih sakit dari ditusuk pisau yang tajam.
kalau gadis-gadis sebayanya diluar merasa sakit hati kerana teman lelaki curang.tapi ini lebih sakit dari itu.walaupun seumur hidup wiya tak pernah ada rasa itu.

"tok wan...wiya rindu tok wan"katanya dengan suara yang bergetar.
air matanya sedikit demi sedikit berkurangan.
tangannya menyeka sisa air mata.
telefon di sebelah di capai.
no telefon yang terteran nama
'ayie si bodyguards' didail.

"aku nak keluar"katanya mendatar.

"nak pergi mana cik wiya? puan sri dah tahu ke"soal ayie ditalian.

wiya mendengus geram.
"aku tak kira.jangan bagitahu siapa-siapa.aku nak keluar pergi makan dekat mcdonald"kata wiya.

"tak boleh cik wiya..kena bagitahu puan sri atau tan sri dulu"kata ayie

"eh..ini pun cukup baik aku suruh korang ikut aku tau.kalau aku lari seorang aku macam mana?kau jangan banyak songeh erk....aku nak keluar"kata wiya.

"baik cik wiya"kata ayie mengalah.

terus talian ditamatkan.
wiya bangun dari duduk.
memang itu tabiatnya.
kalau ada waktu yang lapang atau dia terasa bosan duduk di rumah.
hanya pusat membeli-belah lah tempat yang pasti dia kunjungi.
tapi...memang hari-hari dia bosan.tak payah tunggu bila nak rasa bosan tu datang.
..................................

Dengan keropok perisa keju kegemarannya ditangan wiya melangkah berjalan ke mana-mana saja.sudah dua round dia berpusing-pusing keliling mall besar itu.
ayie dan ali pula hanya mengikut langkahnya di belakang.

"wiya!!!!"

kepala dan matanya tercari-cari arah suara yang menjerit memanggil namanya itu.
ayie dan ali juga turut berhenti melangkah dan tercari-cari.

wiya pandang di depannya.dari jauh ternampak seperti seseorang sedang berlari anak menuju ke arahnya.
wiya mengecilkan matanya.cuba untuk mengesan gerangan yang sedang berlari ke arahnya itu.
semakin dekat orang itu berlari semakin kecil mata wiya cuba untuk melihat jelas wajah itu.
tiba-tiba pandangannya jadi gelap.
wiya terus terkejut lalu bibirnya diketap geram.
maklok mana lagi yang suka melindunginya tak kena tempat macam ni kalau bukan si ayie dan ali.
seseorang yang sedang berlari itu dengan pantas membreakkan kakinya betul-betul dihadapan ayie dan ali yang sedang berdiri dengan wajah yang garang sambil berpeluk tubuh itu.hampir-hampir tersembam.
dengan wajah takut gadis itu berdiri agak jauh.

"korang ni kenapa?"soal wiya geram.
ayie dan ali melihat ke belakang.ke arah wiya yang sedang bercekak pinggang dengan wajah yang garang.

"cik wiya kenal ke?"soal ali

wiya mengeluh.
"kawan akulah...."katanya.

"ohh..."faham ayie dan ali.
kedua-duanya tersengih kemudian berdiri di belakang wiya semula.

wiya dengan wajah tersengih menghampiri gadis yang masih lagi membeku itu.

"err..maaf kisya"katanya dengan serba-salah.

gadis yang bernama kisya itu seperti teragak-agak untuk menapak ke depan.

"siapa tu?"soal kisya

wiya garu belakang lehernya yang tidak gatal.
"err....itu bodyguards aku"

terlopong mulut kisya sebentar.
"what's!!!! bodyguards kau? kelas gilerr kau ye? macam artis"kata kisya yang sudah pulih semula dari rasa takutnya.

"ye.."kata wiya dengan sengihan.

"wahh...memang kelaslah kau,"kata kisya.

"hehe..biasa je,err...kau buat apa dekat sini?"soak wiya

"aku?"jari kisya menuju ke batang hidungnya.
wiya angguk kepala.

"aku jalan-jalan dengan boyfriend aku...alah,dah lama kami tak jumpa.sebab tu jumpa dekat sini.rindulah"kata kisya dengan senyuman mengada-ngadanya.

wiya tersenyum senget.

"ohh....baru ingat nak belanja kau"kata wiya

"alah..lain kali okay? dah la...aku nak pergi,nanti boyfriend aku tu tercari-cari pula"kata kisya.

"okay.."wiya angguk kepala.

"bye..nanti calling-calling tau,mmmuuaahh"kata kisya sambil melayangkan flying kiss pada wiya.

"iiiee..."wiya mencebik.

ayie dan ali di belakang susah menahan ketawa melihat wajah anak majikan mereka itu.

wiya pusing badannya menghadap kedua-duanya dengan wajah garang.
ayie dan ali diam.

"berapa kali aku nak cakap? lain kali sebelum nak serang...tengok dulu.aku kenal ke tak dengan orang tu...apalah"marah wiya

"kami minta maaf cik wiya.memang kami salah pun"kata ayie mewakili keduanya.

"dah lah...jom pergi makan"kata wiya terus berjalan meningalkan keduanya.

ayie dan ali berpandangan sebelum tersenyum.itulah dia cij wiya mereka.walaupun garang tahap dewa,tapi...hatinya baik.seperti contoh,kalaulah cik wiya mereka ni datang makan mana-mana restourang sama ada yang murah atau yang mahal sekalipun.mesti mereka turut diundang sama.
jadi disebabkan itu mereka tak terasa hati dengan cik wiya mereka ni.garang tapi baik orang kata.

mereka bertiga melangkah masuk ke ruangan makan di mcdonald itu.
ayie pula pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.
wiya duduk bertentangan dengan mereka berdua.
sementara menunggu pesanan tiba wiya mengaktifkan telefonnya yang sengaja dioffkan supaya mama dan papa tidak dapat menghubunginya.
dia menala pandangan ke luar cermin kaca itu.sementara ayie dan ali berborak sesama mereka.
tiba-tiba matanya bertentangan dengan mata seorang lelaki yang sedang merenungnya tidak berapa jauh dari meja mereka duduki.
lelaki itu bersama seorang perempuan duduk di meja berhadapan mereka selang sebuah meja.
lelaki itu menundukkan pandangan apabila mata mereka bertentangan.
kening wiya berkerut.
dia pura-pura selamba.
tapi...dia merasakan dirinya diperhatikan lagi.dadanya bagaikan mahu meletup menahan marah.

"dah kenapa pandang-pandang aku macam tu? aku takde mata takde hidung ke!!"marah wiya sekadar dalam hati.

dia memberanikan diri menala pandangan pada lelaki didepan itu lagi.mata mereka bertentangan lagi.
lekas-lekas pandangan kedua-duanya ditundukkan.
wiya menahan panas dalam hati bersabar menghabiskan menu yang kini sudah dihantar atas meja mereka.
dia lekas-lekas menghabiskan makanannnya.
dia menundukkan sedikit cape dikepalanya agar melindungi sedikit mukanya.
siapa lelaki tu? musuh papa ke? orang yang nak culik dia? atau...seseorang yang nak buat apa-apa pada dia?
macam-macam persoalan datang menjengah minda tentang lelaki itu.
nak kata penjenayah pakaiannya okay,dengan kameja putih,lengan disinsing hingga ke siku.
rambut pun cukup bergaya.kalah model iklan gel rambut.
muka pun...lagi okay.dengan muka melayu asli,tanpa secalit jerawat atau jeragat.
hidung mancung,mata tenang,bibir agak kemerahan sedikit.

selesai menghabiskan makanan.pinggan wiya tolak ke depan.
dia memberanikan diri melihat ke arah lelaki itu lagi.
mata mereka masih bertentangan.
"ish...apahal kau!!"kata wiya perlahan.

tiba-tiba telinganya menangkap suara seperti seseorang yang bakal dipukul.
dia menala pandangan ke arah lelaki itu.
ternganga mulutnya dan matanya terbuntang luas apabila melihat ali sudah mencengkam leher baju lelaki itu.lelaki itu pula seperti tidak bersalah hanya menayangkan wajah ketakutan.
wiya mengetap bibir.
meja itu ditepuknya perlahan.
dia bangun melangkah menuju ke arah meja lelaki dan perempuan itu.

"korang buat apa ni?"soal wiya geram.

"dia tenung cik wiya"kata ali.

"lepaskan baju dia!!"arah wiya.
tangan sasa ali melepaskan pautan baju itu.

"tunggu aku diluar"kata wiya.
ali dan ayie memurut dengan wajah tidak faham.
setelah ali dan ayie pergi.wiya menala pandangan pada lelaki dan perempuan itu.
perempuan itu sedikit terpempan mungkin ini adalah perkara yang baru berlaku padanya.

"maaf!"kata wiya terus melangkah pergi.
lelaki itu terlongo sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience