bab 27

Romance Completed 10363

izhar mengurut lehernya yang lenguh-lenguh sewaktu duduk di ruang tamu pagi itu.
semalaman tidurnya terganggu dengan mimpi detik-detik cemas sewaktu dia diculik tiga minggu yang lepas.
trauma?
tak mungkin...dia tidak trauma cuma mimpi itu mungkin mahu memberi dia petunjuk bahawa nama tan sri 'e' yang dikatakan penculik itu muncul di dalam mimpinya.
mungkin juga Allah mahu memudahkan kerja-kerja polis untuk menyiasat tentang kes penculikan ini.

"kenapa long...?"soal puan sri shasha muncul dari tingkat atas lalu melabuhkan punggung di sofa berhadapan izhar.

tan sri akram pulak muncul dua minit kemudian lalu melabuhkan punggung di sisi isterinya.

si kembar pulak ada exam kertas terakhir hari ini.jadi awal-awal pagi lagi mereka dihantar oleh pak mail ke sekolah mereka.

"entahlah...leher ni rasa lenguh-lenguh"jawab izhar

"jangan-jangan terseliuh tak? orang kata...jatuh bantal!"kata puan sri shasha

"entahlah mummy.....tapi tak apalah,cuma....along ada hal nak bagitahu"kata izhar

puan sri shasha dan tan sri akram menala pandangan padanya.

"along...dah ingat nama penjahat tu!"kata izhar

"betul ke along? siapa? rupa dia along tahu?"soal tan sri akram bertalu-talu.

"muka penjahat tu along tak tahu...cuma nama je..itupun huruf depan je yang disebut oleh penculik tu!"kata izhar.

"huruf depan pun tak apa,nanti kita bagitahu polis...polis memang nak sangat sebarang bukti,minggu lepaskan along dah lukiskan wajah orang yang culik along tu..nanti makin senanglah kerja polis"kata tan sri akram lagi.

"apa nama dia long?"soal puan sri shasha

"nama dia..tan sri e!!"

puan sri shasha dan tan sri akram berpandangan.

izhar dapat lihat wajah daddynya yang merah seperti menahan marah!
wajah mummy pulak seperti risaukan sesuatu yang bakal berlaku.

"kenapa mummy? daddy?"soal dia inginkan kepastian.

"memang tak syak lagi,memang lelaki tu je yang berdendam dengan saya!"kata tan sri akram seperti berbisik pada isterinya.

"jangan tuduh-tuduh macam tu bang...ramai lagi yang namanya bermula dari e"kata puan sri shasha cuba menenangkan suaminya.

"siapa lagi kalau bukan dia? dah sah-sah nama dia tan sri erdy long!!! apa lagi yang awak nak sangkalkan dekat lelaki yang bertalam dua muka tu!"kata tan sri akram.

izhar yang keliru semakin keliru jadinya.
"siapa yang daddy maksudkan tu? tan sri erdy long? macam pernah dengar nama tu"

puan sri shasha sudah diam.tak tahu macam mana lagi mahu membuat suaminya supaya bersabar dan biarkan saja pihak polis jalankan siasatan mereka.
dia tidak mahu lagi sekali mereka menyerang rumah abang iparya itu,
cukuplah hanya sebelum ini.

"dia musuh daddy,dah lama dia berdendam dengan daddy,daddy dapat rasakan dia yang rancang penculikan ini!"

izhar diam.
ye...nama itu yang disebut mummy sewaktu dia bertanya perihal daddy suatu waktu dahulu.sebelum dia diculik dan dibiarkan di pulau itu.
tapi....betul ke tan sri erdy long yang menculiknya?
siapa lelaki itu?
dengar nama dah seram!
cina ke?
melayu?
india?
atau mat salleh?

"sekarang...kita pergi bersemuka dengan penjahat tu!"kata tan sri akram sambil bangun berdiri.

"jangan bang...tak baik tuduh-tuduh macam tu,cukuplah hanya sekali kita pergi"halang puan sri shasha

izhar juga turut bangun.dia akan ikut ke mana daddy mahu pergi.dia juga mahu tahu macam mana orang yang bernama erdy long itu!

"awak jangan halang saya lagi! awak tak tahu apa-apa!"kata tan sri akram terus melangkah meninggalkan puan sri shasha

tanpa menunggu lagi lekas-lekas puan sri shasha mengikut langkah suaminya dan jugak anak sulungnya.lebih baik dia turut serta.sekurang-kurangnya kalau apa-apa hal berlaku dia boleh minta bantuan!
kalau dibiarkan orang yang sedang dilanda amarah..memang hancurlah jawabnya!
........................

kereta ferrari milik izhar menjadi kenderaan untuk mereka pergi ke rumah yang dimaksudkan.
kereta berwarna merah hati itu berhenti betul-betul di hadapan patung naga berwarna emas.

izhar terpaku seketika.
wahh..memang besar rumah ini!
memang tak syak lagi tan sri erdy long itu adalah cina!
lihat saja patung naga di hadapan rumahnya ini!

mereka bertiga melangkah ke arah pintu gerbang besar.
pintu itu diketuk kasar oleh tan sri akram.
izhar hanya memandang perlakuan daddynya yang agak luar biasa itu!
sebelum ini daddy dia bukan macam tu!
daddy seorang yang baik!
daddy seorang yang hormat orang lain!
tapi...harini kenapa daddy sungguh berbeza?

tan sri erdy long yang sedang menonton siaran televisyen bersama puan sri akma terdiam sejenak.
siapa yang datang pagi-pagi lagi lepastu ketuk-ketuk pintu mereka dengan kuat dan ganas sekali?
mereka berpandangan,masing-masing masih lagi tidak tahu gerangan tetamu pada pagi itu.

tan sri erdy long mengambil keputusan untuk membuka pintu gerbang besar itu.
terpampang depan matanya wajah bengis tan sri akram.
wajah adik iparnya yang berdiri di sebelah tan sri akram dilihat.wajah itu hanya tenang.
dan di belakang mereka berdiri seorang jejaka tinggi lampai dan segak orangnya dengan wajah keliru.siapa lelaki tu?

"aku ada hal nak bincang dengan kau!"kata tan sri akram

tan sri erdy long melihat puan sri akma di sebelah.
"datang rumah orang pagi-pagi dengan tak bagi salam,adap kau mana?"

izhar terkejut.
"salam? adap? islam rupanya owner rumah ni..wahhh!! memang tahap pengsan 44 kali lah dia punya kekayaan"bisik hati dia.

tan sri akram tersenyum sinis.
"sejak bila orang jahat macam kau pandai dengan adap?"

"abang...sudahlah,lebih baik kita bincang elok-elok"kata puan sri shasha.takut sebarang kemungkinan terjadi.

"bincang elok-elok apanya? awak tengok sendiri kan muka penjenayah yang culik anak kita!!"jawab tan sri akram dengan kasar.

"siapa muka penjenayah? kau cakap dekat aku!!"marah tan sri erdy long.

"sabar bang..."kata puan sri akma pulak.

"awak nak suruh saya sabar? habis yang dia tengking-tengking kita tak apa pulak!!?"kata tan sri erdy long.

izhar sudah garu-garu kulit kepala!
drama apa pulak depan mata dia sekarang ni? aduhhhlah...pagi-pagi lagi dah kena tonton sinetron.

"baik kau mengaku!! kau yang culik anak aku kan? bukan main lagi sebelum ni kau tak mengaku!"kata tan sri akram

"akram...apa yang kamu cakapkan ni? kami langsung tak tahu apa-apa..."kata puan sri akma

"saya minta maaf kakak,abang....kami tak sengaja menuduh"kata puan sri shasha mahu perkara persengketaan ini cepat-cepat berlalu.

"menuduh apanya!! betullah dia yang culik along! siapa lagi musuh saya selain dia ni!"kata tan sri akram.

"cakap biar berlapiklah!!"balas tan sri erdy long.

mereka sudah berdiri rapat.bertentang mata hanya tunggu untuk bertempur saja lagi.

izhar terus meluru lantas berdiri di tengah-tengah antara daddynya dan juga seorang lelaki yang masih tidak dikenalinya itu.
"sabar...cuba bawak bertenang..jangan gaduh-gaduh"kata izhar sebelum apa-apa hal yang buruk terjadi.

wiya yang baru turun dari tingkat atas kehairanan seketika.
apa pulak yang kecoh-kecoh di depan pintu itu.

"kenapa ni papa,mama?"soal wiya.

semua mata tertumpu pada dia.
tapi hanya satu mata saja yang terpaku dan kaku melihat wiya,dan wiya juga begitu.
masing-masing terdiam dan beku.
wiya masih di tangga,izhar masih di tengah-tengah ruang yang sempit itu.

wiya mengukir senyuman manis.izhar membalasnya.
inikah permulaannya?

"izhar?"soal wiya

"wiya..?"balas izhar

ibu bapa masing-masing berpandangan dengan pelik.apakah...?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience