bab 24

Romance Completed 10363

seminggu wiya berkampung di hospital dan hari ini dia awal-awal lagi sudah bersiap dijemput oleh ayie dan ali.
walaupun kata papa dan mama dia orang dah tak nak aku dikawal dan dijaga rapi lagi,dia boleh bebas kemana-mana saja yang dia suka.tidak seperti dulu lagi!.
tapi...dia tak nak! tiba-tiba dia rasa okay jugak kalau ada bodyguards...keselamatan dia pasti lebih terjamin!
so...atas permintaan dia yang bertentangan dengan pemintaan sebelum ini,mama dan papa ikutkan saja...

wiya berdiri di tepi kolam renang.tubuhnya dipeluk erat.
dia mengambil langkah untuk duduk di kerusi yang dikhaskan.
ingatannya tiba-tiba teringatkan si dia yang kini berada di dalam hati secara tidak sengaja!

betullah kata kawan-kawan dia dulu! rasa cinta ni..betul-betul menyiksakan!
memang patutlah bila putus cinta je...mesti mengangis air mata darah!
tapi...yang dia rasa sekarang adalah rindu!
rindu pada satu-satunya lelaki yang berjaya memulihkan hati keringnya!
satu-satunya lelaki yang menjaga dan menceriakan dia sewaktu sama-sama berada di tempat yang tidak diketahui mereka!

sejak dia pengsan lalu diselamatkan oleh pasukan polis marin tempoh hari,sejak itulah mereka berpisah!
wajah izhar yang cemas sedang cuba menyedarkan dia bermain-main di minda!.
itulah kali terakhir dia melihat wajah itu!

teringin juga nak tanya pada mama atau papa,tapi...dia takut mama dan papa akan menghalangnya!
dia tak mahu mama dan papa risau pasal dia lagi!

keluhan keluar dari bibirnya.
dia terdengar bunyi kaki berjalan ke arahnya.dia tersenyum melihat mama datang bersama satu mug air fresh orange.
mama duduk di sebelah dia.

"fresh orange untuk anak mama..."kata puan sri akma.

"thanks ma.."balas wiya.

"apa yang wiya fikirkan tu? dari jauh mama nampak risau semacam je...?"soal puan sri akma.

wiya tersenyum.
"tak ada apalah ma.."

"mana boleh tak ada apa-apa...dari tadi mama nampak wiya diam je...kadang-kadang senyum sorang-sorang..kadang-kadang muka macam nak nangis je...ceritalah dekat mama"

wiya tergelak perlahan cuba untuk mengaburi rasanya.
"wiya cuma.......cuma teringat dekat kawan!"

"kawan? kawan mana?"soal puan sri akma tidak faham.yang dia tahu selama ini anaknya tidak ramai berkawan!
wiya sebelum ini langsung tak pernah sebut pasal kawan!
janganlah waktu dekat pulau wiya berkawan dengan makhluk lain dari manusia!

"kawan yang sama-sama dengan wiya dekat pulau tu"kata wiya

"maksud wiya...wiya ada berkawan dengan seseorang? manusia kan?"soal puan sri akma ingin kepastian.harap-harap anaknya akan menjawab 'ya'

wiya tergelak lagi.
"mestilah manusia ma..."

puan sri akma tersenyum lega.
"siapa kawan tu? macam mana dia boleh ada dengan wiya dekat pulau tu?maknanya wiya duduk berdua dalam pulau tu?"soalan bertalu-talu dari mamanya.

"dia...lelaki!"kata wiya

terbuntang mata puan sri akma.
"maksud wiya...selama sebulan wiya dekat pulau tu...kau orang berdua je?"

wiya tersengih lalu mengangguk laju.

"dia ada buat apa-apa dekat wiya ke? ada dia usik-usik atau pegang-pegang wiya tak?"soal puan sri akma dengan kalut.

"ma..dia baik,dia dengan wiya sama-sama bertahan untuk hidup dalam pulau tu.dia lah yang lindungi wiya..."kata wiya cuba menenangkan mamanya.

puan sri akma diam.

"dia baik sangat ma...wiya tak pernah jumpa lelaki yang jujur macam dia..mama bayangkan,kalau lelaki lain..mesti dia dah ambil kesempatan pada wiya memandangkan hanya kami berdua saja dalam pulau tu...tapi dia tak ma..,dia adalah sebaik-baik lelaki yang wiya pernah kenal"sambung wiya lagi dengan senyuman malu kerana memuji seorang lelaki!

"maknanya lelaki yang mama nampak dia dipimpim oleh anggota polis untuk masuk ke dalam ambulance tu...lelaki itu ke?"soal puan sri akma.

wiya menala pandangan pada mamanya dengan riak gembira.
"mama ada nampak dia? sekarang dia di mana ma..? wiya nak jumpa dia"

"mama nampak dia waktu mama tengah menangis bila mama nampak tubuh wiya yang tak bermaya itu..mama tak ambil peduli pun dekat dia.dan...mama tak tahu di mana dia dirawat,mama mintak maaf sayang...."

wiya tertunduk sedih.apakan daya,mungkin dia dan izhar hanya berjodoh di pulau itu saja.perkenalan mereka tamat setelah masing-masing selamat pulang ke keluarga masing-masing.

"tak apalah ma..."kata wiya

tangan wiya digenggam oleh puan sri akma.
"kalau ada jodoh wiya akan berjumpa semula dengan dia...."

wiya tersenyum.
"thanks ma...."

puan sri akma membalas senyuman anaknya.
"mama masuk dalam dulu...minum air ni banyak-banyak,boleh banyakkan vitamin dalam badan"

wiya angguk.dia melebar pandangan pada tubuh mamanya yang menuju ke dalam rumah.
hilang saja pandangan puan sri akma dia menoleh ke arah kolam renang lagi!
.......................

"bodohh!!!!"

seorang lelaki ditampar dengan kuat oleh seorang lagi lelaki yang berdiri di tempat yang gelap.
lelaki itu memegang pipinya yang lebam sambil menahan sakit.

"maafkan saya tan sri..."kata lelaki itu

"huh!!! selama ni kau tipu aku? kau dah makan duit aku lepastu senang-senang kau nak minta maaf dekat aku!!?"marah lelaki yang bergelar tan sri itu dengan amarahnya.

"saya...saya ingat dia akan mati bila ditinggalkan dekat pulau tu.."

"bodohh!!! kau ingat dia buta? dia tak ada kaki? dia tak ada tangan nak balik? kau ingat mak bapak dia tak cari dia? bodohh!!! aku suruh kau orang semua bunuh budak tu!!"

"kami dah pukul dia sampai dia pengsan tan sri..kami ingat....beberapa hari lagi mesti dia akan mati"

"mati apanya!! sekarang...senang-senang dia dah balik kepada mak bapak dia!! aku tak kira..aku nak balik duit aku!! dasar tak boleh diharap!"sumpah tan sri itu.

"berapa tan sri nak kami pulangkan?"soal lelaki itu dengan takut-takut.

"semualah bongokk!!!"

lelaki itu angguk kepala laju-laju.
"baik tan sri..."

"sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi!! kau langsaikan hutang kau dekat aku lepastu kau nak jadi apa...suka hati kau!!"

lelaki itu melangkah keluar dengan tergesa-gesa.

terdengar keseluruhan bilik kecil itu dengan dengusan dari tan sri durjana itu.

"tak guna punya penjahat!!"sumpahnya sendirian.

"sekarang hari kau akram!! hari ini aku biarkan engkau gembira menerima kepulangan anak kau! lepasni....aku akan pastikan kau dan anak kau serta keluarga kau sekali jatuh ke tangan aku!!"
kata tan sri itu lagi dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience