bab 58

Romance Completed 10363

puan sri akma mengusap tangan wiya yang sedang berbaring di atas katil hospital.
risau hatinya saat ini apabila melihat wajah pucat yang terbaring lesu di atas katil ini.

"ini semua salah along...."keluh izhar di sisi wiya sedari tadi.

puan sri shasha mengusap bahu anaknya.
"tak baik along cakap macam tu....ini semuakan takdir Allah....jangan mengeluh"

"betul tu...mama tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni....yang penting mama lihat kamu dua dah selamat Alhamdulillah,cuma..mama terkilan dengan keadaan papa,syukur Alhamdulillah dia dah stabil"sambung puan sri akma

"tapi...."keluhan izhar terhenti disitu sambil matanya melirik ke arah perut kempis wiya.

tiba-tiba terasa tangan wiya yang berada di genggamannya itu bergerak-gera

"mummy...wiya dah jaga"kata izhar perlahan.

puan sri akma dan puan sri shasha terus melihat ke wajah yang tenang di dalam lena itu.

"sayang....sayang dah bangun?"panggil izhar dengan senyuman kelegaan bila melihat wiya sudah sedar dari pengsan.

wiya membuka mata dengan segera.
dia melihat sekelilingnya yang kebanyakannya berwarna putih.
wajah suaminya serta mummy dan mama tersenyum melihat dia.
dia berfikir sekejap kenapa dia boleh ada dekat sini.bukan ke mereka tadi sedang bersembunyi dia hutan dan.....

"papa!!! papa mana ma...? macam mana keadaan papa?"soal wiya sambil bangun duduk secara mengejut.

"pelan-pelan wiya...wiya tak sihat lagi"larang puan sri akma dengan risau.

izhar lekas-lekas memegang bahu wiya supaya bersabar.

"sabar wiya...wiya tak baik lagi ni.."ujar puan sri shasha dengan risau.

"macam mana dengan papa? wiya nak jumpa papa...ma...papa mana?"rintih wiya sambil cuba untuk mencabut jarum yang tertanam di atas tangannya.
..............

tan sri akram melihat berdiri di sisi katil yang suram itu.
dia melihat wajah abangnya yang sedang nyenyak tidur tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan membuang peluru yang tertanam di bahunya.

hatinya kini mulai terbit rasa kasih pada abangnya itu.
tidak terlintas difikirannya apabila melihat betapa sanggupnya tan sri erdy long melindungi anaknya dan rela membiarkan nyawanya sendiri terancam.
setitis demi setitis air mata menghujani pipi tua miliknya.
betapa ruginya dia selama ini kerana bermusuhan dengan satu-satunya abang yang dia punya.

"maafkan aku abang...aku menyesal"rintihnya.

"akram..."seru suara di depannya.

tan sri akram lekas-lekas menyeka air mata yang mengalir.
"abang....kau dah sedar"katanya dengan senyuman kegembiraan.

tan sri erdy long tersenyum sedikit.
dibahu kirinya kini terasa denyutan kesakitan yang dialami.

"maafkan aku abang....aku bersalah selama ni,aku langsung tak endahkan kau...maafkan aku"kata tan sri akram kembali sayu.

"aku pun sama...aku tak pernah berdendam dengan kau,kau satu-satunya adik aku dekat dunia ni.tak mungkin aku dapat cari ganti"jawab tan sri erdy long masih lagi lemah.

"kau berani gadaikan nyawa kau demi anak aku,aku benar-benar terhutang nyawa.kalau terjadi apa-apa pada kau tadi...aku tak akan maafkan diri aku selamanya"

tan sri erdy long tersenyum.
"dia menantu kesayangan aku"

"maafkan aku"tan sri akram memeluk tubuh abangnya yang terbaring.
mereka berpelukan melepaskan rasa rindu yang sudah lama ditahan.tetapi disebabkan ego yang menggunung maka mereka berdua bermusuhan.

"papa!!"panggil wiya dengan linangan air mata.

izhar menolak kerusi roda yang dinaiki oleh wiya.
puan sri akma dan pun sri shasha menuruti langkah mereka dari belakang.

"wiya...wiya dan izhar tak apa-apa?"soal tan sri erdy long dengan risau.
dia melihat keadaan wiya yang berkerusi roda dan izhar yang kelihatan lemah.

wiya ditolak menghampiri katil papanya.
tan sri akram menyeka air mata yang mengalir.dia memberi ruang pad kedua beranak itu.

"papa macam mana? papa tak sakit dah kan? risau hati wiya bila tak tengok keadaan papa,papa dah tak sakitkan?"soal wiya bertubi-tubi.

tan sri erdy long tersenyum
"papa tak apa-apa,sikit saja.."

"pa...maafkan izhar,terima kasih sebab selamatkan izhar,izhar terhutang nyawa dengan papa"kata izhar

"papa tak nak apa-apa terjadi dekat anak dan menantu kesayangan papa,papa rela segalanya asalkan kamu berdua selamat"

wiya berbalas senyuman bersama izhar.
"papa.....Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku"kata wiya sambil mengusap lembut tangan papanya.

"kenapa wiya berkerusi roda?"soal tan sri erdy long.

mereka yang lain berpandangan.

puan sri akma menghampiri suaminya.dia menggengan erat tangan itu.
"anak kita keguguran abang...."

"Allahhuakbar..."rintih tan sri erdy long dengan lemah.

wiya memegang tangan izhar yang berada di bahunya.
suasana kembali menjadi suram.

"sudahlah...kita semua rasa sedih sekarang ni,apa yang berlaku selama ni betul-betul di luar jangkaan kita semua"kata puan sri shasha

"maafkan daddy wiya...sebab daddylah semua ni berlaku.kalaulah daddy tak percayakan dan kenal dengan orang tua tu...mesti semua ni tak kan terjadi,dan...tentu daddy dah dapat timang cucu"kata tan sri akram dengan riak kecewa.

"daddy....wiya dan izhar terima semua ni,kami redha dengan semua ni,daddy langsung tak no salah.maafkan wiya jugak"kata wiya

"betul tu daddy...sekarang bukan masa kita nak salahkan sesiapa,walapun along sedih sebab kehilangan zuriat,tapi along tetap bersyukur sebab kami selamat dan papa jugak dah pulih"kata izhar

"sudahlah...sekarang abang rehat dulu..tak payah fikirkan apa yang dah berlaku.semuanya ada hikmah kan? yang penting kita dah bersatu semula"kata puan sri akma

wiya dan izhar mengangguk setuju

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience