bab 6

Romance Completed 10363

Izhar melepaskan lelah di atas katil.butang baju kamejanya dibuka satu persatu.dia memejam mata sambil cuba melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja.hari ini bermacam-macam kerja dia perlu siapkan sebelum berpindah ke Terengganu.
segalanya harus disiapkan segera.
siapa cakap anak boss duduk goyang kaki? lagi teruk adalah....!
harini pukul enam petang baru dia merangkak pulang.menempuh jalan yang sesak sampai di rumah terus pukul tujuh lebih.
mana tak penat.
tok!! tok!!

izhar menoleh pada pintu yang bertutup.
"siapa?"

"mummy"kata suara di luar.

"masuklah my..."kata izhar sambil bangun dari baringnya.
pintu dibuka dari luar.muncul wajah puan sri shasha yang tersenyum bersama segelas air susu di tangannya.

"kenapa lewat?"soal puan sri shasha

"sibuk sikit...daddy cakap sebelum pindah ke sana,along kena siapkan semua kerja dekat sini dulu...penatlah my..."adunya dengan suara yang melirih.

puan sri shasha tergelak perlahan.
"haritu kutuk angah dengan adik kata manja.sekarang along pula mengada-ngada.itu pasallah mummy dengan daddy nak suruh along kahwin cepat-cepat.kalau balik je...ada orang tolong sambutkan,kalau penat ke..ada orang tolong urutkan.ada orang untuk mengadu"kata puan sri shasha

izhar tersenyum.
"sekarangkan ada mummy untuk mengadu.buat apa nak cari isteri"

"amboii...tak kan sampai ke tua mummy nak kena layan macam budak kecik lagi?"marah puan sri shasha

izhar ketawa sampai bergegar tubuh.
apabila mendengar amaran mummynya.

"dah lah...minum susu ni.nanti turun makan,mummy dah siap masak makan malam"kata puan sri shasha

izhar angguk kepala.segelas susu ditangan puan sri shasha beralih tangan.

"mummy...."panggil izhar.
terhenti kangkah puan sri shasha.
tubuhnya dipusing menghadap anaknya semula.

"err...along nak tanya sikit boleh?"soal izhar

puan sri shasha dengan teragak-agak mengangguk kepala.

"siapa erdy long?"soal izhar

mati terus kata-kata puan sri shasha apabila mendengar nama itu ditutur oleh anaknya.
selama ini nama itu memang tak pernah muncul di dalam rumah mereka.
pantang bagi suaminya mahu menyebut nama itu setelah tiga puluh tahun berlalu.
satu nama yang sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan anak-anak mereka.bukan atas permintaan dia tapi permintaan suaminya!

"mummy?"panggil izhar.

puan sri shasha sedikit tersentap.kemudian lekas-lekas melempar senyuman.

"err...along tanya apa tadi?"soal dia.

"along tanya...siapa erdy long yang selalu along dengar daddy cakap"kata izhar

"selalu ke along dengar?"soal puan sri shasha

"tak juga.tapi ada satu hari tu..along dengar daddy marah-marah lepastu sebut nama erdy long"

"ohh..."

"siapa my?"

"itu...itu..musuh daddy"kata puan sri shasha teragak-agak.
tiada niat mahu memburukkan abang angkat kepada suaminya itu.tapi..tiba-tiba perkataan itu meluncur keluar.mungkin suaminya selalu menggelar tan sri erdy long itu sebagai musuhnya.

"musuh!!!?"terkejut izhar

puan sri shasha menggaru kulit kepalanya.

"daddy ada musuh ke mummy? sejak bila?"soal izhar

"itu kisah lama...along tak payah fikir.dah lah...mummy nak turun hidangkan makanan,nanti turun tau"kata puan sri shasha terus berlalu ke arah pintu.

izhar berfikir sendirian.susu segelas di tangannya dihirup.
"erdy long? musuh daddy?"
.......................................

"awak ni kenapa? nak masuk latihan berkawad ke?"soal tan sri akram apabila melihat langkah isterinya yang sedari tadi seperti gelisah.kadang-kadang berjalan ke kiri menuju ke arah balkoni.kadang-kadang duduk di birai katil.
dia yang sedang membaca buku tentang business jadi hairan.

puan sri shasha menamatkan langkah lalu duduk di birai katil berdekatan dengan suaminya.

"abang tahu tak..along dia dah tahu pasal abang long"kata puan sri shasha

tan sri akram yang mendengar mengeluh keras.
kaca mata yang berbingkai putih dibuka.

"kan abang dah cakap...jangan sebut nama tu dalam rumah ni"kata tan sri akram dengan tegas.

"masalahnya abang...bukan sha yang sebut,tu...anak sulung kita yang sebut.abanglah..kononnya tak suka dengan abang long.itu salah,ini salah.abang...dengarlah nasihat saya,berbaiklah dengan abang long semula.itukan semua perkara lama...biasalah kalau adik-beradik kadang-kadang tak sehaluan"kata puan sri shasha seperti merayu.

"abang tetap keputusan abang..buat apa nak berbaik dengan orang yang tikam kita dari belakang?"

"kan sha dah cakap..itukan kisah lampau.buat apa diingat?"soal puan sri shasha dengan geram.

"awak tak faham apa saya rasa.sebab tu awak boleh cakap macam tu"

"apa yang abang rasa tu...cuba kurangkan sedikit.abang tahu tak...hanya abang long saja saudara yang kita ada dekat dunia ni.kesian dengan anak-anak.mereka perlu tahu yang mereka masih ada seorang pak long"kata puan sri shasha

"awak dengar apa yang abang cakap kan? tak faham-faham lagi?"

puan sri shasha bangun dari duduknya.dia memusingkan badan ke arah suaminya
"sha yang tak faham atau abang yang tak faham? sampai bila bang? sampai bila? sebaik-baik rahsia disimpan.akan bocor juga suatu hari nanti"

"nanti bila ada waktu yang sesuai"balas tan sri akram.

"waktu bila lagi? macam mana kalau kita ditakdirkan tak ada lagi? apa yang anak-anak kita akan rasa bila dapat tahu semua ni dari mulut orang lain? ajal maut tak tahu bila bang? sementara kita ada peluang nak berbaik dengan adik-beradik.kita ambillah peluang tu"

tan sri akram diam mendengar kata-kata yang keluar dari bibir isterinya itu.hatinya sedikit pun tidak tersentuh dengan kata-kata itu.baginya egonya terlalu tinggi untuk direndahkan.mana mungkin dia akan melutut memohon kemaafan dari abang long.dia akan meminta maaf apabila abang long terlebih dahulu merayu memohon maaf.
dia melangkah keluar dari bilik tanpa sebarang kata.

puan sri shasha mengeluh keras.sudah berkali-kali dia berkata memberi nasihat dan pandangan.tapi...satu pun tidak dipedulikan oleh tan sri akram.
...........................................

wiya membawa bersamanya sebuah beg besar yang terisi dengan segala pakaian dan keperluannya sewaktu berada di rumah tok wan nanti.awal-awal lagi dia mengkhabarkan kepergiannya ke rumah tok wan kepada satu-satunya tok wan yang dia ada memandangkan dia masih lagi bersikap dingin dengan mama dan papa.wiya membuat keputusan tidak mahu memberitahu mama dan papa terlebih dahulu.
biarlah mereka nampak dan tanya baru dia akan cakap.
dengan langkah perlahan dia menuju ke tingkat bawah.
beg ditariknya dengan sedaya upaya.
sampai di lantai bawah.dia melepaskan lelah.

"wiya...."panggil suara puan sri akma dari jauh.
wiya berdiri tegak.menanti kata-kata seterusnya dari mama.

"wiya sayang..nak ke mana ni? nak tinggalkan mama ke?"soal puan sri akma.

wiya serba salah.
dia memandang wajah sedih mama.

"wiya nak ke Terengganu,rumah tok wan"kata wiya

"wiya....wiya masih marah mama lagi ke sayang?"soal puan sri akma sambil mengusap wajah anaknya.rambut wiya yang berjuntaian diselak.
wiya hanya diam.

"wiya..mama minta maaf ye sayang? mama tahu..mama banyak kongkong wiya,mama cuma nak yang terbaik untuk wiya.mama tak mahu ada apa-apa yang terjadi pada wiya.wiya tahu kan wiya satu-satunya nyawa mama dan papa?"soal puan sri akma

"wiya pun nak minta maaf juga.mungkin wiya pun salah"kata wiya

puan sri akma tersenyum menahan kesedihan.tubuh wiya didakapnya.
wiya hanya membiar dirinya dipeluk erat.

"mama janji..tak akan kongkong wiya lagi.mama dan papa dah menyesal.wiya jangan pergi tinggalkan mama please..."rayu puan sri akma.
pelukan dilepaskan.

"wiya dah call tok wan.wiya nak tenangkan fikiran.mama lepaskan wiya ye?"

"tapi...."

"ma...wiya pergi seminggu je....lepastu wiya balik.wiya nak tenangkan fikiran"

puan sri akma melepas nafas berat.
"janji dengan mama,wiya akan jaga diri?"

wiya angguk kepala.

"ataupun....ayie dan ali boleh ikut?"

wiya mengeluh.asyik-asyik ayie dan ali.
mama ni masih tak faham ke?

"ma..wiya nak ke rumah tok wan,bukan ke rumah lain"kata wiya

puan sri akma diam.
"berat hati mama...tapi...dah itu kata wiya.mama akan bagi,tapi please....call mama selalu.jaga diri,kirim salam dekat tok wan"kata puan sri akma.

wiya tersenyum.lalu mengangguk.
"wiya pergi dulu"katanya.
tubuhnya sekali lagi dipeluk.
wiya mengeluh dalam hati.
haii la mama....macam aku nak pergi latihan askar je gayanya.aku nak ke rumah tok wan je...!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience