bab 34

Romance Completed 10363

Suasana di dalam rumah besar itu bagaikan telah dilanggar sang garuda yang besar.sunyi,sepi,macam tak berpenghuni padahal di ruang tamu ketika ini sungguh ramai dengan kehadiran tetamu yang tak disangka-sangkakan.

wiya melempar senyuman pada izhar yang duduk di sofa bertentangan dengannya.
mata izhar sedari tadi bagaikan hanya dipaku untuk melihat wajah wiya saja!
wiya melihat ke arah papa dan mama!mama okay lagi.hanya berwajah ceria dan tersenyum sentiasa menyambut kedatangan tetamu pada pagi itu.
tapi papa.....
wiya mengeluh dalam hati.
kenapa muka papa masam sangat?
tak boleh ke cuma segaris senyuman?
tolonglah papa....

izhar menahan debaran dalam hati.
hari ini betul-betul dalam sejarah.
mereka datang dengan beberapa orang khas untuk rombongan merisik bunga yang sedang kembang mekar di dalam hatinya!
hehehe....
walaupun dia dapat lihat dengan jelas keterpaksaan daddy untuk melaksanakan tugas ini.
tapi...tak kisahlah! asalkan daddy bersetuju dengan perkahwinan ini!
saat diberitahu khabar berita gembira itu oleh mummy dia merasakan bagaikan dunia ini tiada apa-apa lagi yang berharga selain hanya rasa syurkur dengan penerimaan daddy.

"Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakkatu...."kata wakil daripada pihak izhar ingin memulakan perbualan.
kenapa gunakan wakil?
sebabnya satu je...tak ada sebab lain selain daddy tak mahu!
yang pasti daddy hanya mahu mendengar!

"waalaikumsalam..."jawab puan sri akma,wiya dan tan sri erdy long.
tapi...yang pasti wajah itu sentiasa serius!

"saya rasa lebih baik kita teruskan hajat pihak lelaki tentang maksud kedatangan kami pada hari ini"kata lelaki yang berbaju melayu warna biru laut dengan senyuman.

puan sri shasha dan yang lain angguk sambil melempar senyuman.

"teruskan...."kata tan sri erdy long.
puan sri akma melirik melihat wajah suaminya yang serius di sebelah.
timbul kerisauan di dalam hatinya.

"sebenarnya...kedatangan kami pada hari ini kerana membawa hajat dari pihak tan sri akram dan keluarga.ingin merisik anak gadis kepada tan sri erdy long"

wiya tersenyum malu.
mukanya sudah memerah.
dia melirik ke arah papa dan melihat wajah serius itu terus buat senyuman wiya mati.
wiya tundukkan wajah ke bawah.
tak mahu terlalu seronok sebab belum ada kata putus dari papa selaku ketua keluarga!

"jadi...macam mana dari pihak tuan?"soal wakil dari pihak izhar lagi.
semua mata menala ke arah tan sri erdy long kecuali tan sri akram.

puan sri akma juga melihat ke sebelah.
dia berdoa dalam hati semoga hati suaminya hari ini menjadi lembut bak sutera!
tapi...wajah itu hanya membeku!

"err...minta maaf encik,kami dari pihak perempuan..setuju sangat-sangat dan kami menerima hajat yang encik bawakan"kata puan sri akma dengan senyuman janggal.
demi menutup malu atas kelakuan suaminya!

"Alhamdulillah...."kata mereka yang datang bersama rombongan izhar.

wiya dan izhar berpandangan dengan risau.
itu hanya kata-kata dari mama wiya!
bukan papa wiya!
mereka melihat wajah serius itu sekali lagi.
dan melihat wajah serius dari daddy izhar juga!
aduhh...masaklah kalau macam ni!

"saya tak setuju!"

mendengar kata-kata itu suasana kembali menjadi tegang.
sesiapa yang tidak tahu akan permusuhan ini pasti tertanya-tanya!

wiya melihat ke arah papanya.hatinya bagaikan disiat-siat saat mendengar kata-kata itu yang keluar dari mulut papanya sendiri!
tidakkah papa tahu macam mana perasaan dia ketika ini?

"minta maaf tuan...tapi kenapa ye? ada kekurangan kami di mana-mana ke?"soal wakil keluarga izhar.

tan sri erdy long melihat ke wajah sedih wiya.
dia bangun dari duduk dan menhampiri wiya.
tangan wiya diraihnya.
wiya yang terpinga-pinga hanya mengikut langkah papanya ke laman luar rumah.
di mana tempat itu agak tersorok dari pandangan tetamu-tetamu yang hadir.

tan sri erdy long membawa wiya ke laman itu dengan hati yang panas membara.

"papa...apa nih?"soal wiya apabila mereka sudah berada di laman itu.

wiya berdiri bertentangan dengan papanya.

"wiya dan budak tu yang rancang semua ni kan? tanpa izin papa?"soal tan sri erdy long.

"budak tu namanya izhar pa...!"

"i don't care what he's name!"

"apa masalah papa sebenarnya pa...?"

"papa tanya wiya...! wiya jawab dengan jujur.wiya dan budak tu yang rancang semua ni kan?"soal tan sri erdy long.

wiya merengus perlahan.
"tak lah pa...keluarga izhar yang rancang semua ni,and...papa senang-senang tolak kan? papa tak rasa kesian dekat wiya ke pa?"

"ini tak ada kena mengena dengan kesian ke kasih sayang ke,ini soal masa depan wiya,papa tak nak masa depan wiya hancur bila berkahwim dengan budak tu! dia tu anak musuh papa,wiya tak faham-faham lagi?"

"yes...wiya faham yang adik angkat papa tu musuh papa dari dulu lagi kan?"soal wiya

tan sri erdy long merenung tajam ke dalam mata anaknya.

"tapi..tak boleh ke papa turunkan sedikit ego tu demi wiya anak papa! boleh tak? sikit je pa..wiya tak minta apa-apa lagi lepas ni,dan...tolonglah pa..izinkan wiya berkahwin dengan lelaki yang wiya suka"kata wiya dengan linangan air mata di pipi.

"masalahnya wiya sanggup ke bersama dengan anak orang jahat tu?"

"pa...wiya bersama-sama dengan dia dekat pulau tu! dia jaga wiya! dia langsung tak sentuh wiya! jahat ke macam tu pa? kalau uncle jahat sekalipun...tak semestinya anak dia mesti jahat kan?"soal wiya.

"betul tu uncle!"

wiya dan tan sri erdy long menoleh ke sebelah.mereka melihat susuk tubuh kurus tinggi itu sedang melangkah menghampiri mereka.

wiya menyeka air mata di pipi.

tan sri erdy long pulak menoleh ke sebelah.
malas hatinya mahu melihat lelaki yang berani-beraninya merampas anak kesayangannya!

"saya janji pada uncle,saya akan jaga dan sayangkan wiya seperti mana uncle dan auntie jaga dia! saya akan jadikan dia suri hati saya selamanya uncle"kata izhar

"kau tak layak nak menjadi menantu aku!"kata tan sri erdy long sinis.

wiya menggeleng kepala dengan kekesalan kerana tingkah laku papanya!

"macam mana uncle boleh tahu saya tak layak untuk jadi menantu uncle?"soal izhar

tan sri erdy long menala pandangan ke belakang.menghadap lelaki tampan yang datang dari planet mana dia tak tahu!
yang dia tahu dia tak suka!

"anak aku hanya akan berkahwin dengan orang yang baik-baik,anak aku hanya sesuai untuk lelaki yang aku suka!"

"macam mana uncle cakap saya jahat sedangkan uncle langsung tak kenal saya kan?"soal izhar

"kau ber'bin'kan seseorang yang aku tak suka dan aku langsung tak teringin nak ada kaitan dengan nama tu lagi! faham!!"
kata tan sri erdy long dengan geram.

"that's my daddy,and that's not me!"

tan sri erdy long mengetap bibir melihat kepintaran jawapan yang keluar dengan lancar oleh budak di depannya ini.

"pa...tolonglah,kalau papa tak suka izhar sekalipun...anggap je ini semua demi wiya anak papa! selama ni wiya tahu wiya degil dengan papa dan mama,wiya tak dengar kata!
lepas apa yang terjadi itu semua menyedarkan wiya,dan papa nak tahu siapa yang buat wiya sedar?"soal wiya

tan sri erdy long diam merenung kedua-dua manusia di depannya ini.

"dia...izhar pa! kalau tak kerana dia,mungkin wiya masih lagi wiya yang dulu,ataupun...wiya dah tak ada lagi di dunia ni!"

wiya menyeka air mata yang mahu menitis ke pipi.

"kalau uncle tak setuju..saya akan bawa lari wiya dan kami akan kahwin dekat thailand dan saya tak akan izinkan wiya datang sini lagi"kata izhar dengan serius.
sengaja dia mahu berentap cara kasar.
bukan dia mahu berkurang ajar dengan orang tua..tapi ini semua kerana cinta!
ye...cinta yang dia simpan selama ini!

"kau ugut aku? wiya...nampakkan betapa jahatnya budak ni?"kata tan sri erdy long sambil merenung anaknya.

"kalau papa tak izinkan mungkin wiya juga akan buat perkara yang sama"kata wiya sambil menyilang tangan ke dada tanda protes.

izhar melihat ke arah wiya.dalam hati seakan mahu gelak sampai tergolek-golek melihat wajah terkejut tan sri erdy long!
tak sangka wiya juga mengikut rentak permainannya.

"wiya...ini papa! kenapa ikut cakap lelaki lain sedangkan ini papa wiya?"

"jadi...papa kena izinkan!"kata wiya.

tan sri erdy long melihat ke arah kedua-dua manusia di depannya ini.
kecik besar kecik besar je dia tengok lelaki ini!

risau juga dia kalau-kalau apa yang dikatakan lelaki ini adalah betul!
macam mana kalau wiya dibawa lari oleh lelaki ini dan dia langsung tak dapat jumpa dengan wiya lagi?
dan wiya juga bersetuju dengan cadangan lelaki tadi!!?
sedikit sebanyak kata-kata itu meresap dalam hatinya!

"baiklah...papa setuju nikahkan wiya dengan lelaki ini..!"dengan wajah terpaksanya tan sri erdy long berkata-kata.

wiya dan izhar tersenyum sesama sendiri!
rancangan mereka berhasil!

di ruang tamu suasana kembali sunyi menanti kata-kata seteruskan dari tan sri erdy long.
izhar dan wiya tersenyum-senyum duduk di tempat masing-masing.

wajah puan sri akma dan puan sri shasha jelas kerisauan!
amri dan aishah juga keliru dan berdebar-debar menanti kata-kata yang keluar dari mulut uncle mereka ini!

wajah tan sri akram pulak hanya beriak biasa tanpa secalit kerisauan dan yang pasti wajahnya bengis.

"saya...setuju!"kata tan sri erdy long.

semua orang di dalam rumah itu tersenyum lebar dan mengucapkan syukur.

"tapi dengan satu syarat!"kata tan sri erdy long.

semua menjadi senyap tiba-tiba.termasuklah wiya dan izhar.

"perkahwinan akan diadakan dalam bulan ini! dan lepas kahwin mereka kena tinggal di sini!"kata tan sri erdy long.

"mana boleh! dia orang akan tinggal dengan kami!"bantah tan sri akram yang diam sedari tadi.

"aku tak kira,aku dah setuju dan merekan kena tinggal di sini!"kata tan sri erdy long.
dia bangun berdiri.

"aku bapa pengantin lelaki,dan mereka kena ikut cakap aku!"kata tan sri akram juga bangun bertentang mata dengan tan sri erdy long.

suasana jadi tegang seketika.
pihak rombongan sudah menggaru-garu kepala tanda keliru.

izhar melihat wiya dan wiya hanya mampu menggeleng dan tepuk dahi!

"aku bapa pengantin perempuan,dan kalau anak kau nak anak aku dia kena ikut syarat aku!"kata tan sri erdy long.

"itu syarat tak masuk akal langsung!"bantah tan sri akram.

"stopp!!!!"tempik jurucakap bagi pihak izhar sebentar tadi.

masing-masing diam.mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.

masing-masing diam sambil melihat ke arah jurucakap itu.

"itu semua kena ikut adil! kita tak boleh sesuka hati paksa-paksa! jadi...lebih baik tan sri dan tan sri ikut cakap pengantin,kita sebagai bapa kena ada rasa mengalah,mereka bakal pengantin dan merekalah kena buat keputusan itu semua.perkahwinan ni saling melengkapi.
kita kena lengkapkan diri kita dengan pasangan-pasangan yang akan menemani hari-hari kita yang mendatang.
jadi....macam mana dia orang nak saling melengkapi dan berkasih sayang kalau kita sebagai ibu bapa masih lagi memaksa-maksa?
lebih baik kita bagi mereka peluang mengendali kapal rumah tangga mereka supaya menjadi lebih sempurna"

masing-masing diam mendengar tazkirah free dari si ustaz!

izhar dan wiya berpandangan dan berbalas senyuman.
semoga mereka mampu mengemudi kapal mereka dengan sempurna di bawah keredhaan Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience