bab 8

Romance Completed 10363

Tiga orang lelaki berbadan besar dan sasa masuk ke sebuah bilik yang gelap dimana ada seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopi menutupi separuh wajahnya.
tiga lelaki itu berdiri tegak berhadapan lelaki yang sedang duduk bersilang kaki itu.

"tan sri panggil kami?"soal salah seorang lelaki dari tiga orang itu.sebagai ketua kumpulan dia terlebih dahulu berkata-kata.

"aku ada tugas untuk korang!!"kata lelaki itu dengan angkuh.

"tugas apa tan sri?"

"kau kenal budak ni?"soal lelaki itu sambil melempar sekeping gambar lelaki yang sedang tersenyum.

lelaki itu berpandangan dengan kedua anak buahnya.kemudian cuba meneliti gambar yang ditunjuk.

"ini anak tan sri akram"katanya.

HAHAHAHA!!!!

berdengung seluruh bilik yang kecil itu dengan tawa yang keluar dari mulut lelaki yang sedang duduk di dalam gelap itu.

"bagus betul korang ni..."kata lelaki yang bergelar tan sri itu lagi.

"apa tugas kami tan sri?"

"tugas korang senang je.aku nak kau dan anak-anak buah kau culik budak ni.dan habiskan riwayat dia hari tu jugak!!"

wajah ketiga-tiga penjenayah itu sedikit tersentak.namun mereka dapat mengawal riak itu.kerja membunuh memang kerja mereka.cuma...kenapa anak kepada tan sri akram?

"baik tan sri"

"bayarannya aku akan bagi selepas korang selesaikan kes ni"kata lelaki itu.

ketiga-tiga mereka berpandangan sebelum masing-masing mengangguk sesama mereka.

"macam mana?"soal lelaki itu.

"baik tan sri"

HAHAHHA!!!!!
"bagus...bagus..."

"tapi...bila tan sri nak kami lakukan semua ni?"

"dalam minggu ni juga.aku tak kira bila,di mana,dengan apa.yang pasti..aku nak kau hapuskan budak tak guna ni dari muka bumi ni.aku mahu korang hapuskan mayat budak ni tanpa tinggalkan sebarang kesan dan bukti"

"baik tan sri"

"bagus...korang boleh pergi"kata lelaki itu lagi.
ketiga-tiga lelaki itu berlalu keluar dari bilik itu.
tinggalkan lelaki yang sedang duduk di dalam gelap iti sendirian.
dia ketawa perlahan penuh sinis dan kebencian.

"akram..akram.tak lama syarikat kau yang maju tu...akan bboommmm!!! jatuh berkecai di tangan aku!"kata lelaki itu sendirian.
.............................

wiya duduk sendirian di atas pangkin kayu yang dibina oleh tok wan.
pangkin yang menjadi kenangan dan tempat yang paling bahagia saat usia wiya sewaktu zaman kanak-kanak.
segala kenangan dia bergembira dan membesar di rumah tok wan tak pernah dia lupakan setiap saat.
kenangan bersama arwah mak tok yang sangat penyayang dan lemah-lembut.
kalau dulu tok wan tak selalu ada di rumah.selalu saja ada operasi di mana-mana.jadi..dia membuat keputusan untuk tinggal terus dengan mak tok dan tok wan.boleh juga dia jaga mak tok apabila tok wan tiada.

matahari yang semakin tenggelam menyerlahkan sinar warnanya yang berwarna jingga dan kemerahan.
mata sesiapa yang melihat pasti terasa silaunya.tapi mata wiya okay saja.
lagi cantik adalah.
dari jauh ternampak perahu-perahu nelayan yang pulang dari menangkap ikan.
kebanyakan pekerjaan utama penduduk kampung sini adalah nelayan.
berapa hasil yang dapat berpandu pada rezeki masing-masing.tapi kebanyakan penduduk tidaklah hidup senang.
sekadar cukup untuk menampung keperluan isteri dan anak-anak di rumah
tapi...wiya betul-betul kagum dengan penduduk di sini.
walaupun susah dan kekurangan makanan macam mana sekalipun.setiap kali masuk saja waktu solat.
pasti surau-surau dan masjid dipenuhi oleh mereka.tak kira wanita ataupun lelaki bahkan kanak-kanak juga.

wiya melepaskan nafas lelah, mengeluh dengan nasib diri.

"buat apa petang-petang dekat sini?"

wiya memusingkan wajahnya ke sisi kiri.
tubuh kurus tok wan sudah ada di situ.bila masa tok wan datang?
wiya melempar senyuman.

"tak boleh ke....?"soal wiya
tuan zakaria mengambil tempat di sisi cucunya.
"orang perempuan tak baik duduk di luar bila nak dekat maghrib macam ni..."

wiya kerut kening.jam di pergelangan tangan kanan dilihat.
"awal lagilah tok wan..baru pukul enam"kata wiya

"tapi kan dah petang.."kata tok wan.

wiya tersenyum.
"kejap je...wiya tengah lihat pemandangan cantik ni.tok wan takpe lah..dah selalu sangat tengok ni semua.wiya ni..dalam setahun sekali je"kata dia.

tuan zakaria tergelak perlahan.
"macam-macam alasan betul cucu tok wan seorang ni"

wiya tersengih.

"kalau macam tu..cepat cerita"kata tuan zakaria
wiya diam.wajah tok wan dipandang pelik.cerita?

"cerita apa?"

"cerita kenapa wiya boleh ada sini"kata tuan zakaria.
wiya tersenyum senget.dia tunduk merenung pasir-pasir halus di kaki.

"takde apalah tok wan..."

"mana boleh takde apa-apa.wiya tu..tok wan kenal sangat.dari dulu lagi bila balik sini mesti nak mengadu apa-apa dengan tok wan dan mak tok"kata tuan zakaria.

wiya diam lagi.dia pandang ke depan.ke arah laut yang berombak kecil.
"mama dan papa...."katanya
wiya menala pandangan ke arah tok wannya semula.

"tok wan tahu tak..mama dan papa tu semakin hari semakin kuat kongkong wiya..wiya rimaslah tok wan,semua yang wiya nak buat macam orang lain boleh buat,wiya pulak..tak.boleh"kata dia dengan suara seperti merajuk.

tok wan tersenyum melihat ketidakpuasan hati cucunya itu.

"biasalah tu wiya...takde mak ayah dekat dunia ni yang nak anak dia jadi apa-apa.susah sangat ke wiya serasikan diri dengan semua tu...?"soal tuan zakaria.

ternganga mulut wiya sambil menala pandanga ke arah tok wannya.
"tok wan...selama ni tok wan tak pernah tak sokong wiya.tapi...kenapa kali ni tok wan sokong mama dan papa pulak?"soal wiya tidak puas hati.

tuan zakaria tergelak perlahan.
"mana ada tok wan tak sokong wiya...tok wan cuma cakap benda yang betul.wiya kan anak,sebagai anak kenalah beralah dengan orang tua"

"tapi...teruk sangatlah tok wan.wiya rasa rimas tahu tak? dengan dua pengawal peribadi lagi yang follow-follow belakang.tok wan...wiya bukannya anak raja pun.mama dan papa yang banyak duit.wiya mana ada duit sesen pun.buat apa diaorang nak culik wiya?"kata wiya

"tapi..anak orang kaya!!"

"tok wan!!!"marah wiya

tuan zakaria tergelak lagi.
"tak baik cakap macam tu.betullah apa yang mama dan papa wiya rasa tu.sekarang zaman dunia yang maju.bila dunia dah maju.macam-macam manusia ada di atas muka bumi Allah ni.sebab tu kalau kita nak berkawan kena kenal betul-betul"

"maknanya semua orang jahat?"soal wiya masih tidak puas hati.

"bukan...tok wan cakap macam tu sebab tok wan lebih makan garam dari wiya.apa-apa pun pastikan kenal dulu baru boleh rapat.sama juga bila nanti wiya nak cari calon suami"kata tok wan dengan senyuman.

wiya merenung laut yang semakin kemerahan warnanya.
"apa pulak sampai ke bakal suami pulak ni tok wan?"

tuan zakaria tergelak.
"manalah tahu...cucu tok wan ni dah berkenan dengan mana-mana lelaki,dia kena berhadapan dengan tok wan dulu.biar tok wan kasi check dulu.mana tahu lulus ke tak"guraunya.

"mengarut lah"kata wiya.

tuan zakaria tersenyum melihat cucunya.
"dah lah...apa-apa pun.tok wan nak cakap.wiya cuba-cubalah bermesra semula dengan mama dan papa.dia orang buat macam tu ada sebab...percayalah cakap tok wan ye?"

wiya pandang wajah tua disebelahnya itu.dia mengangguk mengerti.selama ini tok wan lah guru kaunseling untuknya.apa yang tok wan cakap semuanya betul bagi dia.jadi...macam yang tok wan pesan.dia akan cuba mengubah diri daripada wiya yang sekarang.kepada wiya yang akan datang.
dia melihat ke arah pesisir pantai.dia terlihat ada seorang lelaki sedang berjalan tanpa baju menampakkan badannnya yang berketul-ketul.yang dipakai hanya seluar pendek paras lutut.
wiya memerhati gelagat lelaki itu yang kadang-kadang tunduk mengambil cengkerang.kadang-kadang merendam kaki ke dalam air laut.
muka langsung tak nampak kerana cahaya matahari kemerahan terpancar.
melindungi wajah sebenar lelaki itu.

"tenung apa tu?"

wiya terkejut pantas mengalih pandangan kepada tok wan disebelah.dia tersengih.
"takde apalah tok wan.."

"dah..jom masuk.dah nak maghrib.tak baik duduk luar"kata tok wan.
wiya angguk kepala.dia menurut langkah tok wan menuju ke arah rumah.
sekali lagi pandangannya dihala ke arah lelaki tadi tapi susuk tubuh itu sudah tiada.
mata wiya melihat sekeliling.

"ishh..seram pulak aku"katanya terus berlari ke tok wan.cuba menyaingi langkah tok wannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience