bab 55

Romance Completed 10363

Puan sri shasha mulai gelisah.
dia berjalan ke kiri dan ke kanan dengan hati yang gundah gulana.
sejak semalam dia menanti kepulangan anak dan menantu sulungnya.
tapi...sampai ke hari ini.
dua hari telah berlalu.
batang hidung mereka pun tidak nampak.

"tak balik jugak ke?"soal tan sri akram muncul dari tingkat atas.
dari tadi dia tengok kegelisahan si isteri.

"belumlah bang....saya risau ni"sungut puan sri shasha pantas mengambil tempat di salah satu sofa.
kepalanya dipicit-picit.

"abang rasa tak ada orang lain ni...."kata tan sri akram terus mengambil tempat duduk di sisi isterinya.

puan sri shasha menala pandangan pada suaminya di sebelah.
"apa maksud abang?"

"awak tak rasa ke apa yang abang rasa..?"

"rasa apa? yang saya rasa sekarang ni hanya risaukan anak dan menantu kita dua orang tu..."

"siapa lagi kalau bukan besan kesayangan awak tu lah"kata tan sri akram dengan lagak biasa.

"apa abang cakap macam tu pulak? abang jangan nak tuduh macam-macam bang...tak ingat ke dulu yang abang pernah tuduh abang long culik anak kita.
padahal bila polis buat siasatan bukan dia..orang yang culik along tu pulak sampai sekarang tak dapat dijejaki."

tan sri akram mendengus geram.
"siapa lagi? dah sah-sah mesti dia dah suruh anak kita tinggal dekat sana.bila budak berdua tu nak balik sini mulalah kuasa vetonya.
sebab tu lah anak dan menantu tak balik-balik ke rumah kita"

puan sri shasha berfikir.
ada betul jugak apa yang dikatakan suaminya itu.
memandangkan suaminya dan abang long selalu bergaduh pasal hal itu.
tapi...tak kan lah?

"biar betul bang...?"soal puan sri shasha

"saya yakin sangatlah...memang sah-sah kerja besan awak tu,siapa lagi yang suka cari pasal dengan saya?"

"tapi...tak kan sikit pun along atau wiya tak call kita bagitahu?"

"awak dah cuba call dia orang?"

"dah...banyak kali,telefon along..telefon wiya..tapi semuanya masuk voice mail!
langsung tak diangkatnya"
puan sri shasha kembali risau.

"kalau macam tu...tak ada cara lain,kita kena pergi sendiri"

puan sri shasha merenung suaminya.
"pergi mana?"

"pergi rumah besan awak"

"sekarang ke?"

"sekaranglah..bila lagi?"

"ke..kejap saya naik tukar baju"
puan sri shasha berlalu ke arah tangga mahu ke bilik.

tan sri akram memandu kereta merah milik keluarga mereka dengan agak laju.
dia mahu lekas-lekas bersemuka dengan musuh ketatnya.
kalau benar telahannya memang hari ini jugak dia akan bersemuka dengan musuhnya.
Dan hari ini jugak dia akan bawa anak dan menantunya pulang ke rumah.

lima puluh minit usia perjalanan
kini kereta mereka telahpun menyusuri pagar besar yang telah dibuka oleh pengawal yang mengenalinya.
kereta dipandu oleh tan sri akram menyusuri perjalanan di dalam kawasan lapang itu.
kereta diparkir betul-betul berhadapan dengan air pancut di tengah-tengah ruangan itu.

puan sri shasha melihat dua susuk tubuh yang berdiri di depan pintu utama seperti mahu pergi ke mana-mana.

"kak long dengan abang long nak ke mana bang?"soal puan sri shasha melihat ke arah suaminya di sebelah.

tan sri akram merenung sinis musuhnya.
"jom keluar"

puan sri shasha angguk kepala.

puan sri akma dan tan sri erdy long berpandangan.

"Assalammualaikum..."sapa puan sri shasha sambil tersenyum.

puan sri akma menyambut huluran salam dari birasnya.
"waalaikumsalam...."

tan sri akram dan tan sri erdy long hanya diam dan masing-masing menala pandangan ke lain tempat.

"maaflah kalau kami datang ganggu kak long...ada nak pergi mana-mana ye?"soal puan sri shasha.
segan pulak dia apabila menggangu.

"eh...kami ingat nak ke rumah korang lah ni..."kata puan sri akma.

puan sri shasha dan tan sri akram berpandangan.

"kenapa?"soal tan sri erdy long pelik dengan sikap suami isteri di depannya ini.

"err...boleh kami jumpa izhar dengan wiya? kami telefon langsung tak berjawab...."pinta puan sri shasha

kali ini puan sri akma dan tan sri erdy long pula yang kehairanan.

"kami pun...nak pergi rumah korang sebab nak jumpa dia oranglah ni.."kata puan sri akma

keadaan semakin runsing.
masing-masing berpandangan.
..................
"maknanya izhar dan wiya tak balik sini sejak dua hari lepas ye kak?"soal puan sri shasha dengan risau.

mereka berempat kini berada di ruang tamu di dalam rumah besar itu.

"tak..kami ingatkan dia orang balik sana...sebab tu nak pergi,nak tanya..kenapa call tak berjawab.
selalunya...kalau sehari tu,mesti wiya akan call"jawab puan sri akma juga dalam kerisauan.

"dua hari dah mereka tiada"kata tan sri erdy long berfikir.

"tak kan dia orang pergi bercuti tak bagitahu dengan kita?"soal puan sri shasha

"tak! dia orang tak mungkin pergi bercuti"kata tan sri akram

"tan sri!! puan sri!!"

mereka semua melihat ke arah pintu utama di mana ayie dan ali melepaskan lelah macam baru lepas memasuki pertandingan maraton.

"kenapa korang berdua ni?"soal tan sri erdy long

"kami jumpa kereta encik izhar..."

mereka di ruang tamu kini berdiri serentak.
berita yang disampaikan oleh ali dan ayie tadi benar-benar mengejutkan.

"di mana korang jumpa?"soal tan sri erdy long.

"dekat tapak parkir shopping mall,kereta tu dalam keadaan terbuka pintu tempat pemandu,dan...kami jumpa kaca mata hitam mungkin ini milik encik izhar"kata ayie sambil menunjukkan kaca mata hitam yang dipegangnya.

mereka semua meluru ke arah ayie dan ali.

"Ya Allah...ini memang along punya"kata puan sri shasha.
rasa risau di dalam hati kini bertambah banyak.

"macam mana ni bang...? anak dan menantu kita diculik ke?"soal puan sri akma risau.

tan sri akram menjeling melihat tan sri erdy long yang masih lagi senyap.
mungkin mahu mencerna maklumat yang baru mereka dapat.

"saya nak buat report polis...sha jom ikut saya."kata tan sri akram terus berlalu keluar

"abang...tunggu! biarlah saya teman kak long,sementara tu..abang pergi dengan abang long ye? mana tahu...kalau dia orang tu tiba-tiba balik ke sini ke...atau ada apa-apa berita yang kami boleh dapat dari sini"kata puan sri shasha

"betul tu...lebih baik abang pergi dengan akram je"kata puan sri akma pada suaminya.

ayie dan ali berpandangan.
mereka sudah lali dengan hubungan antara dua adik beradik angkat ini.
kecut perut mereka mahu menyampuk apa-apa.

tan sri akram melihat ke arah tan sri erdy long seketika kemudian pandangannya dialihkan pada isterinya.
"awak tunggu sini...selesai saja saya terus datang ambil"katanya.

puan sri shasha angguk kepala.

tan sri erdy long merengus tidak puas hati.
namun dia tahu..dalam hal ini dia harus bertolak ansur.
dia menoleh ke arah isterinya.
"jaga rumah...kalau ada siapa-siapa datang bagi maklumat apa-apa..terus call"

puan sri akma angguk kepala.

tan sri erdy long dan tan sri akram menaiki kereta masing-masing untuk ke balai polis yang ada.
nak naik kereta sekali?
memang dalam mimpilah.
................

"boleh saya dapatkan laporan?"soal seorang anggota polis yang ada di kaunter berkenaan.

tan sri akram dan tan sri erdy long berpandangan kemudian masing-masing melarikan pandangan ke depan semula.

"anak saya hilang"kata mereka serentak.

anggota polis itu sedikit terkejut dan kemudian dia angguk perlahan.

"boleh saya tahu sebelum anak encik hilang..dia bersama siapa?"soal anggota polis itu lagi.

"isterinya/suaminya!"

tan sri erdy long sedikit geram apabila sekali lagi mereka memberi jawapan serentak.

anggota polis yang mengambil laporan iti sedikit kebingungan.
dia garu kepala yang tidak gatal.
ni kalau dia tanya lagi sekali.
comfirm jawapan pun serentak lagi!
"okay macam ni...biar saya tanya sorang-sorang"

tan sri akram angguk kepala.

"err...saya tanya encik dulu"kata anggota polis muda itu menghulur ibu jarinya ke arah tan sri akram.

tan sri erdy long pantas menjeling geram apabila melihar riak senyum sinis yang terukir di tepi bibir tan sri akram.

"boleh..."jawab tan sri akram

"okay...saya nak tanya anak encik hilang dengan isterinya?"

tan sri akram angguk kepala.

"dan...isteri kepada anak encik tu adalah anak encik ni?"soal polis sambil melihat ke arah tan sri erdy long.

tan sri erdy long mengangguk.

"so...kalau boleh saya nak minta kerjasama antara encik dan encik.saya nak ambil keterangan dari dua-dua.tapi jangan serentak macam tadi..naik pening kepala saya"polis itu tersenyum di hujung percakapannya.

mereka berdua mengangguk setuju.

polis itu tersenyum lega.
adoihhh! masalah apa pun dia tak tahu.
mujur juga boleh kawtim.
dia mula mengambil report dari kedua-duanya dengan keadaan sedikit tenang daripada tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience