bab 23

Romance Completed 10363

matanya dibuka perlahan-lahan.badannya terasa sejuk mencengkam kulitnya sampai ke tulang.badannya terasa sengal-sengal dan segala tulang-tulangnya rasa seperti dipatah-patahkan,segala urat-urat yang ada di dalam badan seperti bengkak dan berdenyut-denyut.
matanya terasa berat sekali untuk dibuka walaupun dia nak sangat tahu tangan siapa yang sedang menggenggam tangannya di sisi.
terasa tangan itu panas dan selesa sekali menggenggam tangannya.
kesakitan di kulit tangan kirinya terasa pedih tiba-tiba.
entah apa yang menggigitnga di situ dia tak tahu.
mungkin ketam yang sering menyerangnya ketika kakinya melangkah ke laut sewaktu bersama izhar!

tiba-tiba wajah izhar menerpa masuk ke dalam kepalanya.
seperti terlayar di depan mata.
"izhar!!"
wiya resah.kenapa suaranya masih lagi tidak mampu keluar?
adakah mata dia juga menjadi buta?
"izhar...mana awak?"rintih wiya dalam hati.

ishh..argghh..errr..

puan sri akma membuka matanya.terdengar-dengar di telinganya bunyi desahan yang keluar dari mulut anaknya.
dipandang wajah kerutan wiya seperti menahan kesakitan.

"wiya anak mama....mama ada sayang.."kata puan sri akma dengan pilu.ada senyuman kegembiraan di wajahnya.
sedih,risau,gembira bercampur sekali.

"izhar...mana awak.."suara hati wiya berbunyi sehabis kuat.

"sayang...bangun sayang,mama ada ni.."kata puan sri akma sambil memegang pipi wiya.

"izhar...izhar..izhar!!!"

mata wiya melihat sekeliling.badannya tertegak duduk dari baringannya tadi.kesakitannya hilang tiba-tiba.

"ya Allah...sayang..anak mama,kenapa sayang..?"soal puan sri akma risau dengan keadaan wiya yang tiba-tiba itu.

wiya melihat sekeliling.putih? dia...dia..dia ada di bilik? mana pulau misteri itu? mana air laut? mana pokok-pokok?
kenapa tangannya dicucuk dan dimasukkan air?
dia melihat ke sisi.
seorang wanita agak berusia sedang membelai rambutnya dengan lembut.ada air mata di pipi wanita itu.

"wiya..wiya dah sedar sayang..."kata puan sri akma dengan senyuman.wajah wiya menjadi sasaran ciuman kasihnya.
setelah sebulan anaknya hilang dari mata,dan kini telah ditemukan kembali dengan keadaan yang selamat,hanya Allah yang tahu macam mana gembira dan bersyukurnya dia dan tan sri erdy long ketika itu.

"mama..?"soal wiya perlahan.

puan sri akma tersenyum dan mengangguk.
"ini mama sayang...wiya jangan risau...wiya dah selamat sekarang.mama ada dengan wiya..."

wiya terus memeluk tubuh itu.mama!
"wiya rindukan mama...wiya sayangkan mama..wiya nak mama ada dengan wiya..maafkan wiya..."kata wiya dengan tangisan yang tak henti-henti.

puan sri akma hanya mampu mengangguk kepalanya kerana suaranya sudah tidak mampu dikeluarkan ekoran air matanya sentiasa membanjiri pipinya.
wajah wiya dicium sepuasnya.
"mama pun wiya...mama yang bersalah,maafkan mama dan papa"

pelukan dileraikan.
"papa? mana papa?"soal wiya

puan sri akma menyeka air mata.dia tersenyum.
"papa turun ke cafe dekat bawah.dia nak belikan makanan untuk wiya..."

wiya tersenyum.
"mana tok wan ma...? wiya nak jumpa tok wan boleh?"

"boleh...petang nanti tok wan datang,wiya jangan risau..."

wiya hanya melempar senyuman lebarnya.wajah mama tampak lain di matanya.wajah mama yang dulunya agak berisi sekarang dah semakin cengkung,adakah mama terlalu risaukan dia?

"Assalammualaikum..."

wiya dan puan sri akma menala pandangan ke arah pintu wad.
terjengul wajah papa yang dia rindui.

"waalaikumsalam..."jawab mereka.

"abang...wiya dah sedar bang,lega hati saya..."kata puan sri akma dengan gembiranya.
wiya pulak hanya tersenyum melihat ke arah papa yang dirindui.

tan sri erdy long menghampiri anaknya lalu tubuh kurus itu dipeluknya.
"maafkan papa wiya...papa janji lepasni papa dan mama akan berubah"

"takpe pa...wiya pun salah jugak,maafkan wiya jugak ye...?"

tan sri erdy long mengangguk.pelukan anaknya dileraikan.
"papa ada belikan wiya banyak makanan...mesti wiya laparkan?"

puan sri akma tersenyum senang melihat wiya mengangguk.

memang dia tersangat lapar,tapi...sekarang tekaknya rasa pahit dan sakit sangat...mungkin juga dia kekurangan zat ataupun cuaca selama ini yang dia tempuhi terlalu panas!
tapi..memandangkan mama dan papa bersungguh-sungguh membuka plastik beg yang berisi polisterina yang diisi dengan nasi...dia gagahkan juga.
.........................

izhar duduk di atas kerusi berhampiran taman bunga milik mummy.dia duduk menghadap ke arah kolam renang.
lengannya yang berbalut dilihat.
kata dokter luka yang dia alami semasa di pulau itu terlalu dalam dan juga waktu yang diambil untuk dirawat juga terlalu lama.
itu membuatkan lukanya semakin lama semakin teruk.
mujur juga dia diselamatkan dalam waktu terdekat.jika tidak...mungkin tangannya tidak dapat diselamatkan lagi.

terasa bahunya disentuh.dia menoleh ke belakang.
dia tersenyum ke arah daddy.
tan sri akram mengambil tempat disebelah anaknya.

"macam mana along rasa sekarang?"soal tan sri akram.

"semakin sihat daddy..."jawab izhar.
dia baru sahaja pulang dua hari lepas daripada ditahan di wad hospital kerana badannya kekurangan air dan zat.

"daddy rasa bersalah dengan along...kalau daddy tahu along ada di pulau yang jauh tu...daddy pasti dah selamatkan along..."luah tan sri akram.

izhar tersenyum.
"ini ketentuan Allah...daddy langsung tak salah apa-apa"

"tapi...daddy tetap rasa bersalah..."kata tan sri akram.

"kenapa?"soal izhar pelik.

"daddy takut...along kena culik sebab daddy"

izhar menala pandangan pada tan sri akram.
"tapi...orang yang culik along tu...ada sebut nama penjahat tu"

mata tan sri akram terbuntang luas.maknanya lebih senang kerja polis nak siasat.
"apa nama dia along?"

izhar berfikir sesuatu.dia cuba mengingati kejadian sebulan yang lalu.tapi...ingatannya terlalu terhad.dia tidak mampu mengingati apa yang diperkatakan oleh penculik itu.

"along tak ingat daddy..."

tan sri akram mengeluh kesal.
"tak apa..along ambil masa untuk ingat nama penjahat tu...kita kena buat tindakan"

izhar mengangguk.

"alonggg!!!"

mereka menoleh ke arah amri dan aishah yang sedang berlari ke arah mereka.
sampai sahaja terus tubuh izhar dipeluk mereka.
izhar menahan kesakitan di tangannya akibat ditindih oleh adik-adiknya.

"along...adik rindu sangat dengan along!! adik minta maaf sebab tak dapat tengok along dekat hospital..adik ada exam..."kata aishah dengan sedihnya.tangannya masih erat memeluk leher izhar.

"angah pun...dengar je along dah balik dari wad..terus kami keluar asrama lepas minta izin dengan warden..."kata amri

"adduhh...aduhh..kalau ye pun kau orang rindukan along...janganlah nak bagi along masuk wad balik...sakit tangan along ni lah.."kata izhar.

tan sri akram tertawa perlahan.

amri dan aishah tersengih-sengih.pelukan mereka dileraikan.
"maafkan kami along....hehehe"kata mereka serentak.

"betul ke kau orang rindu along ni? apasal along tak rindu kau orang pun?"usik izhar.

"daddy...tengok along ni!!"kata aishah dengan merajuk.

semakin menjadi-jadi ketawa tan sri akram.
izhar juga tersenyum.

"eleh...betul ke along tak rindukan kita orang?"kata amri

"betullah....cuma along rindu rumah je.."kata izhar

bahunya menjadi sasaran tangan aishah.

"adduhh..."terjerit izhar dengan perbuatan itu.

"hah...tahu sakit! lain kali jangan kata macam tu lagi!"kata aishah.

izhar tersenyum.
"yelah..along gurau je lah...."

aishah dan amri tersenyum senang.

"macam mana exam first paper?"soal izhar

"Alhamdulillah...adik dan angah boleh jawab..cuma semuanya terserah pada rezeki Allah.."kata amri dengan tenang.

izhar mengangguk.
"baguslah macam tu...baca dan ulang kaji balik apa yang cikgu ajar..."

aishah tersenyum-senyum.
bahu izhar dicuit-cuitnya.
"along......"panggil dia dengan panjang.

kening izhar terangkat.

"memandangkan along dah ada...boleh tak along ajarkan adik add math,fizik and kimia? along kan pandai semua tu...?"kata aishah dengan manjanya.

"angah pun...."kata amri pulak.

"alahh...ni yang rasa nak hilangkan diri pulak ni!"kata izhar.

tan sri akram tersenyum sendiri.malas mahu menyampuk perbualan anak-anaknya.

"alah...along ni..macam tu pun nak berkira!"kata aishah.

izhar tersenyum.
"yelah...malam nanti pukul sembilan,lepas isyak..dekat bilik bacaan"

"yeaayyy!!!"amri dan aishah bersorak gembira.

"adik!!! angah!! jangan kacau along...mari tolong mummy!"panggil puan sri shasha dari dalam rumah.

"alah...mummy ni tak sportinglah..."kata amri

"dah..dah..pergi tolong mummy"kata tan sri akram.

amri dan aishah berlalu dengan wajah yang masam mencuka.
izhar pulak tersenyum-senyum.

"along rehatlah...tak payah ajar dia orang,dia orang tu bukannya tak tahu langsung...tapi saja nak ambil perhatian along..."kata tan sri akram.

"tak apa daddy...kesian pulak dia orang tu.."

"errmm...terserah alonglah....daddy nak keluar jumpa dato hisyam sekejap...kalau ada apa-apa,along cakap dekat mummy..."

izhar angguk kepalanya tanda mengerti.

"daddy pergi dulu..Assalammualaikum"

"waalaikumsalam.."
izhar melihat langkah tan sri akram yang menuju ke kereta.

dia melihat ke dada langit yang terang dan nyaman itu.
satu wajah yang manis tiba-tiba terlayar di ruangan matanya.
"macam mana dengan awak sekarang wiya? dah tiga hari kita terpisah saya dah mula rindukan awak...."kata izhar perlahan.
keluhan keluar dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience