bab 11

Romance Completed 10363

"hoii..bangun,bangun!!"

izhar membuka matanya apabila terasa kepalanya ditolak secara kasar.
dia melihat susuk tubuh lelaki berbadan gempal dan berkulit hitam itu.
matanya menala sekeliling,
semuanya gelap!
dah malam!
"mana dia orang nak bawa aku ni?"soal hatinya.

"woii..mimpi lagi ke!!? bangunlah budak!"tempik seorang lelaki berbaju kameja putih yang baru muncul tiba-tiba.
rasa-rasanya dalam van tadi cuma manusia tiga ekor tu saja.tapi...siapa pulak lelaki ni?

"ggghhhhmmmmmrrrrh!!!"izhar memaki hamun lelaki itu walaupun yang keluar hanya bunyi entah apa-apa.biarlah asalkan hatinya puas.

lelaki berkameja putih itu memberi isyarat pada anak buahnya supaya pelekat itu dibuka.
izhar sudah memejam mata rapat-rapat,tahu azab yang akan dia kena bila pelekat itu dibuka secara kasar.

zzappp!!

air matanya bertakung juga walaupun tiada lagi jeritan kesakitan seperti mula-mula tadi.
dia menala pandangan pada lelaki berbaju kameja putih yang mungkin merangkap sebagai ketua mereka yang lain.

"kau siapa? kau nak buat apa dekat aku!!?"soal izhar dengan kasar.

terdengar gelak ketawa lelaki itu.sungguh sinis dan amat memedihkan hati siapa yang tengok.

"kau...anak tan sri akram betul?"soal lelaki itu.
izhar hanya diam.

"kau tak payah bimbang,aku ni orang yang baik-baik...aku tak akan sakitkan kau,aku janji akan buang nyawa kau dengan perlahan-lahan...."

izhar sudah menelan liur yang kesat,tekaknya yang sudah kering semakin kering mendengar kata-kata dan gelak ketawa manusia-manusia di depan dia kini!

"kalau itu yang kau nak,okay...aku akan bagi nyawa aku dekat kau!"kata izhar
lelaki-lelaki tadi berpandangan sesama sendiri.

"tapi...aku nak tahu,atas sebab apa kau orang buat macam ni?" sambung izhar

"hahahaha....!!!senang sangat!
baiklah...memandangkan kau akan aku hapus malam ni juga,aku akan cakap!"

izhar diam.cuba mendengar dengan baik.

"kami telah diupah oleh seorang lelaki yang bergelar....."
kata-kata lelaki itu sengaja dihentikan lalu dia ketawa besar.

"siapa!!!?"tempik izhar

"wo...wo...relax man"kata lelaki itu sambil melempar senyuman sinis pada kawan-kawan dia yang lain.

"seseorang yang bergelar tan sri 'E'"kata lelaki itu.

izhar termangu.
tan sri e?
belum sempat di berdiri dalam keadaan bersedia.tubuhnya diseret menuju ke pelantar yang disediakan sebuah bot laju.

"aku boleh jalanlah bodoh!!"marah izhar.
dia terus melangkah laju seiring dengan leher bajunya dicekak dan ditarik secara kasar.

"masuk!"

tubuhnya ditolak ke dalam bot laju itu.
penjahat itu bersama anak-anak buahnya juga masuk ke dalam perut bot.
bot dibawa menuju ke satu destinasi yang tidak pasti.
izhar memejam matanya berserah sekiranya nyawa dia bakal ditarik oleh penjahat-penjahat itu pada malam ini!

lebih kurang sejam menaiki bot laju,mereka tiba di sebuah pulau yang hanya diterangi oleh cahaya bulan.
tubuhnya sekali lagi ditolak jatuh ke atas pasir pantai.
dia cuba bangun berdiri semula.tubuhnya sudahpun lemah.

penjahat-penjahat itu berdiri sekelompok di hadapannya.
lelaki berbaju kameja putih itu berdiri di depan sekali.
dia mengambil sesuatu dari poket seluar di belakang.
izhar menanti dengan debar.

sepucuk pistol dikeluarkan lelaki itu.
terbuntang mata izhar melihatnya.
penjahat yang berdiri di belakang lelaki berkemeja putih itu tersenyum sinis.

"kau kenal ni!?"soal lelaki itu.

izhar diam.tak mahu menjawab.

"untuk menghormati kau,aku akan buat satu permintaan terakhir yang kau mahu mintak!"

izhar mengetap giginya menahan geram.rahangnya bergerak-gerak.
tangan dia yang diikat cuba dileraikan dengan perlahan-lahan,tak mahu mereka yang lain akan sedar.

"apa saja yang kau mintak!"kata lelaki itu lagi.pistol di tangan kanannya digosok-gosok dengan bajunya.

"permintaan aku adalah...kau orang semua akan mati di neraka Allah!!"kata izhar dengan kasar.

terdengar gelak ketawa lelaki itu lagi.

"baik...kalau itu yang kau nak,tapi...sebelum tu,aku nak hantar kau dulu pergi!"kata lelaki itu.

tangan kanan lelaki itu diluruskan ke depan.betul-betul ke arah izhar yang sedang berdiri.
izhar memejam matanya serapat yang mungkin.
"ya Allah...lindungi aku,ampunkan aku"doanya dalan hati.

jari lelaki itu terlekat pada picu pistol.

Ppoooommm!!!

Zhaasssss!!!

hatinya sudah luruh saat mendengar bunyi peluru dikeluarkan.
tetapi...terasa sesuatu melalui tepi telinganya.hampir-hampir mengenai kepalanya.
dia membuka mata apabila dapat mendengar gelak ketawa lelaki-lelaki di depannya.

bibirnya diketap kuat.tangannya yang sudah berjaya dibuka ikatan tali itu direnggang-renggangkan.
dengan kudrat yang masih bersisa izhar menarik nafas dalam lalu dihembus.

"hhhiiiyyyaakkkkkk!!!!"
tempik dia terus meluru kepada mereka semua.
satu-persatu dilawannya.satu tendangan padu mengenai perut salah seorang lelaki itu.
satu lagi tumbukan diberikannya kepada lelaki yang lain pula.
suasana menjadi kecoh dengan amukan dan aksi yang dilakukan oleh izhar.
ketiga-tiga lelaki itu telah dibelasahnya cukup-cukup.

"dasar penjahat bodoh!!!"tempik izhar.satu tumbukan mengenai muka penjahat itu.puas hatinya kerana dapat memuaskan amarah yang dipendam.

bbuukkk!!

dunianya terasa kelam tiba-tiba apabila terasa hentakan keras di lehernya.izhar terkulai di situ.

penjahat-penjahat yang dibelasah teruk oleh izhar cuba untuk bangun berdiri semula.

"kau orang semua bodoh!! badan saja besar,tapi...lelaki ini pun kau orang tak boleh nak kalahkan!!"marah lelaki berbaju kameja putih itu.
anak-anak buahnya menundukkan wajah bersalah.

"jom balik!"kata lelaki itu lagi.

"err...tapi bos,kita belum bunuh lelaki ni lagi!"kata seorang lelaki berkepala botak.

"malam ni aku tak nak cemarkan tangan aku dengan darah lagi,aku tak ada mood nak bunuh manusia malam ni!!"

"tapi bos...macam mana kalau tan sri...."

"itu aku tahu!! kau orang semua hanya ikut arahan aku!! lagipun...kalau kita tinggal budak ni dekat sini pun..dua tiga hari lagi dia akan mampus jugak!! kau ingat pulau ni ada makanan! ada kenderaan!
apa yang aku cakap lepas ni kau kena ikut!!
faham!!?"kata lelaki itu.

penjahat yang lain mengangguk kepala tak mahu membantah.
mereka menaiki bot laju semula lalu meninggalkan izhar yang terbaring di atas pasir pantai sendirian.
............................

wiya mengintai di balik pintu biliknya yang sengaja tidak ditutup rapat demi memastikan rancangannya yang telah tiga hari dia rancang hari ini berjalan dengan lancar.
dia mengintai tok wan yang sedang bersiap-siap mahu solat subuh berjemaah di masjid berdekatan.
sesekali dia melihat ke arah beg sandangnya yang diisi dengan segala macam keperluannya untuk mengembara secara solo itu!

sejak pukul empat pagi lagi dia bangun dari tidurnya yang nyenyak demi rancangan yang dibina bakal tercapai.
pagi-pagi lagi dia bersiap dengan memakai baju tshirt berlengan pendek berwarna putih.baju kameja berwarna biru disarung diluar tanpa dibutangkan.
seluar jeans,dan kasut sneakers kegemarannya.

dia berjalan mundar mandir di dalam bilik.
tiba-tiba terdengar bunyi pintu ditutup dari luar.

"yess!!"
wiya tersenyum senang.dengan langkah berhati-hati dia menggalas beg sandangnya itu.dari kanan ke kiri beg itu digalasnya.
dia melangkah keluar dari pintu dapur yang sentiasa ditutup oleh tok wan.memang jarang-jarang sekali tok wan nak guna pintu tu.sebab pintu depan dah ada,nak buat apa buka dua-dua kan?

wiya berjalan di dalam remang subuh yang masih lagi gelap.bertemankan cahaya lampu dari telefon wiya melangkah ke pinggir laut,menghampiri bot-bot yang disusun teratur oleh para nelayan.
bot-bot itu semua ditambat kemas.
wiya meneliti bot-bot itu semua.

"errmm...mana satu aku nak pilih ye?"soal dia sendirian.
setelah lima belas minit dia di situ.
dia baru tersedar yang sebentar lagi mesti tok wan akan datang mencari dia!
dan matahari pun dah mula nak naik!
nanti mesti akan ada nelayan yang datang ke sini!
cepat-cepat wiya melompat masuk ke dalam salah satu bot yang ada,
tali yang ditambat dirungkaikan.
dia menolak bot kecil itu dengan kudrat yang ada.
ditolak sehinggalah sampai ke pesisir laut.
dia melompat naik ke dalam bot semula.
enjin bot cuba dihidupkannya.
satu kali percubaan...
gagal!!
kali kedua dia cuba menghidupkan enjin bot itu...
gagal!!
kali ketiga.dengan nafas yang ditarik dengan lembut.
dengan satu kali lagi percubaan dia.

"yess!!! yahooo!!"jerit wiya dengan senyum lebar.
dia mula mengemudi bot itu dengan berhati-hati.
dia tersenyum lebar apabila rancangannya berjalan dengan lancar.
rancangannya apa?
rancangannya wiya mahu bersiar-siar di waktu pagi melihat matahari naik di tengah-tengah laut yang membiru dan cantik!
mesti nampak lagi cantik warna air laut!
kalau nak minta izin dengan tok wan?
ermm...memang tak lah dia boleh merasa semua ni,kan dah bagitahu haritu..senang-senang tok wan bantah!
jadi...apa salahnya dia pergi sekejap saja,bukannya lama pun,ronda-ronda lepas tu pusinglah balik!
apa susah?
lagipun dia tak kan pergi jauh...
wiya tersenyum senang.
mesti lepas ni tok wan akan bangga dengan aku lagi,
bangga sebab apa?
bangga sebab satu-satunya cucu dia,yang dah lama tak memandu bot enjin,masih boleh memperingati setiap ajaran tentang cara-cara pemanduan yang tok wan ajar dahulu kala.

wiya memandu ke depan tanpa menoleh ke kiri,kanan,dan belakang.
yang dia tahu.matanya tak pernah lari dari melihat matahari yang semakin menampakkan serinya di pagi yang indah ini.
wiya melarikan pandangan pada burung-burung yang berterbangan ke sana ke sini secara berkelompok.
tanpa dia sedar bot yang dipandunya sudah melebihi had yang sepatutnya dia pergi.
sehinggalah bila tiba-tiba bot yang dikawal semakin perlahan dan enjin bot tiba-tiba mati.
wiya tersedar dari pemadangan indahnya.
dia cuba menghidupkan lagi enjin bot itu tapi tak berjaya.
setelah tiga kali pun tetap tak berjaya.
dia sudah gabra semacam!
dia lihat sekeliling.semuanya sunyi dan sepi!
tiada sesuatu pun di sekelilingnya.
mujurlah hari sudahpun cerah.
dia pandang lagi sekeliling.
memang sah!
memang sah dia sesat!
di sekeliling dia hanya ada laut,laut dan laut!

"tok wan...."suaranya mendatar cuba menghadapai ketakutan dalam diri.
enjin bot cuba dihidupkan kembali tanpa putus asa.
kali kelima masih tak jadi apa-apa!
dia terdengar bunyi burung-burung berbunyi riuh di sebelah sana.
dia menala pandangan ke arah bunyi itu datang.
alangkah terkejutnya dia saat melihat air laut yang berombak dengan agak deras dan tidak berapa tinggi.
dia cuba menghidupkan enjin dengan semakin tergesa-gesa tapi hampa.
ombak itu menghempas botnya membuatkan tubuhnya hampir terjatuh.
sisi bot wiya pegang kemas-kemas.
dia cuba bertenang dengan apa yang terjadi.
tapi hatinya semakin gusar apabila ombak tidak henti-henti menghentam bot yang dinaiki dia.
tiba-tiba satu ombak laut yang besar menghampirinya.
wiya hanya terkaku tanpa mampu lakukan apa-apa pun.
ombak itu semakin dekat,dekat dan dekat...

"tok wan!!!"jerit dia sebelum dia tenggelam ke dalam laut apabila botnya terbalik.wiya terkapai-kapai di tengah laut itu.
dengan badannya tenggelam dan timbul lalu tenggelam semula.

wiya cuba menahan nafas tapi dia tidak mampu.
akhirnya pandangannya gelap.tubuhnya perlahan-lahan tenggelam ke dasar laut.yang tinggal hanya bot yang terapung-apung dibawa arus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience