bab 16

Romance Completed 10363

"ada apa kau datang rumah aku ni?"soal tan sri erdy long dengan agak kasar menjadikan suasana di ruang tamu luas itu bertambah tegang dan senyap sunyi.tiada siapa berani berkata-kata sama ada puan sri shasha atau puan sri akma sendiri.

amri dan aishah juga berpandangan.
pelik pulak mereka lihat!
mummy kata pemilik rumah sebesar sekolah ini adalah mak long dan pak long mereka.
tapi...kenapa mereka dilayan sebegitu?
apa maksud di sebalik gelaran mak long dan pak long itu?

"aku datang nak suruh kau serahkan anak aku!"kata tan sri akram membalas.
dia dan tan sri erdy long ketika itu duduk bertentangan.

"abang...cakaplah elok-elok"kata puan sri shasha pada suaminya.

"nak cakap elok apanya? dia tu yang culik anak kita,awak tak nak along balik ke?"marah tan sri akram pada isterinya.
puan sri shasha terus diam.malas mahu menambah perisa atas kemarahan tan sri akram.
nanti tak pasal-pasal semakin riuh rumah ini nanti.

ayie dan ali yang berdiri berhampiran pintu juga berpandangan.
siapa keluarga yang datang lalu mengundang kemarahan tan sri erdy long itu?

"nanti..nanti..apa kau cakap?"soal tan sri erdy long cuba mencari punca sebenar kedatangan tetamu yang tak diundangnya itu.

mata tan sri akram menala pada abang angkatnya.
"kau yang culik anak aku kan? kau kena ingat!
permusuhan kita hanya antara kita!
apa kena mengena dengan anak aku!!?"marah tan sri akram.

"apa kau cakap ni? aku tak faham!"balas tan sri erdy long.

tan sri akram tertawa sinis.
"kau jangan buat tak tahu lah!!
anak sulung aku hilang dah empat hari!
kau yang culik dia kan? aku tahu...tak ada siapa musuh aku dalam dunia ni selain kau lah!!"katanya

tan sri erdy long mula panas hati.suka-suka hati tuduh dia!
"anak aku juga hilang! dan aku juga..tak ada musuh lain selain kau!"

terkejut puan sri shasha dengan perkhabaran itu.
tan sri akram juga terkejut.tapi dia cuba mengawal riaknya.
puan sri akma yang baru pulih dari kesedihan kelihatan sebak kembali.

"apa maksud abang long?"soal puan sri shasha

tan sri erdy long memberi pandangan pada isteri adik angkatnya itu.
"anak kami juga hilang!"katanya

"pembohong!!!"kata tan sri akram

"buat apa kami nak tipu..wiya satu-satunya anak kami juga hilang akram..sha.."kata puan sri akma dengan nada sedih.

"isteri aku tak henti-henti menangis siang malam mengenangkan kehilangan anak kami,yang kau senang-senang datang nak tuduh aku pulak!!? jangan-jangan kau yang rancang semua ni"kata tan sri erdy long pada tan sri akram.

"aku akan laporkan pada polis tentang hal ni,aku tahu..dan aku dapat rasakan yang kaulah dalang semua ni"kata tan sri akram

"kau ingat aku tak boleh nak buat macam tu!!? aku juga akan buat sama dengan apa yang kau buat akram!"balas tan sri erdy long.

"sudah-sudah lah tu abang...tak baik kita nak tuduh-tuduh macam ni,sebaiknya kita sama-sama mencari"kata puan sri akma.

puan sri shasha mengangguk setuju.
kalau sama-sama nak menang..memang tak selesailah kes ni!

"sha..angah,adik..jom kita balik,daddy akan segera selesaikan kes ni,dan akan humban dalang sebenar dalam lokap!"kata tan sri akram mengerling pada tan sri erdy long.
amri dan aishah hanya menurut langkah daddy mereka setelah bersalaman dengan mak long dan pak long mereka yang bagi mereka baik itu..,cuma mungkin ada rahsia kenapa daddy dan pak long mereka sama-sama benci antara satu sama lain.

"maafkan akram kak long..dia agak tertekan sejak kehilangan anak kami"kata puan sri shasha saat bersalam dengan puan sri akma.

"tak apa...kita sama-sama kehilangan anak,yang penting..kita sama-sama mencari mereka"kata puan sri akma.
mereka berbalas senyum sebelum puan sri shasha melangkah keluar.
....................

"memang tak sedar diri si akram tu..apa? dia ingat kita yang rancang nak culik anak dia? anak dia pun kita tak pernah nak tengok,apatah lagi nak culik anak dia!
kalau kita culik kita nak buat apa dengan anak dia? nak jadikan tukang kebun? nak jadikan bahan ujikaji? memang tak masuk akal!!"marah tan sri erdy long dengan amarah yang membuak-buak apabila dirinya dituduh sebegitu rupa.
dia tahu,dan dia bukan lah nak tunjuk baik.tetapi..tak pernah terlintas di kepalanya nak culik anak orang! atau nak menyusahkan hidup orang lain!

"dah lah tu bang...kita dengan mereka sama-sama kehilangan anak! apa kata dari kita sama-sama gaduh macam ni..lebih baiknya kita cari jalan macam mana nak cari anak kita!"kata puan sri akma dengan sedih.

tan sri erdy long mendengus geram.

"saya...menyesal bang,apa agaknya yang jadi pada wiya,kalau dulu kita selalu saja tak dengar cakap dia,kita tak pernah nak tanya apa-apa masalah yang dia alami,kita terlalu sibuk dengan kerja...dengan hal-hal yang tak penting pun"keluh puan sri akma.

tan sri erdy long melepas nafas berat.
"abang pun dah sedar..."

"saya menyesal sangat-sangat bang...kalau lepas ni anak kita kembali semula ke pangkuan kita,saya nak dengar apa yang dia nak luahkan,saya nak ikut apa saja yang dia mahu,saya tak nak bantah lagi..."
air matanya mengalir lagi di pipi.

tan sri erdy long yang mendengar esakan kecil dari isterinya terus berjalan ke arah puan sri akma.dia duduk di sisi isterinya.
bahu puan sri akma dipeluk.
"kita sama-sama buat silap,sekarang abang baru sedar tentang kehadiran wiya anak kita..adalah segala-galanya,tanpa dia rupa-rupanya dunia kita sunyi sepi..."

"bang...mana anak kita hilang ye? jangan-jangan dia merajuk dengan kita tak..?"

tan sri erdy long mengeleng kepalanya.
"abang tak rasa anak kita buat macam tu...abang tahu walau macam mana sekalipun dia marahkan kita,dia hanya pergi ke rumah tok wan dia saja...tak mungkin dia tekad larikan diri macam tu,abang tahu...walaupun wiya degil tapi dia tak akan sanggup buat macam tu pada kita"

"abang...kita balik rumah ayah?"soal puan sri akma sambil menala pandangan pada suaminya di sisi.

"baiklah...petang ni kita bertolak,abang nak turun bawah bagitahu ayie dan ali"kata tan sri erdy long.

puan sri akma mengangguk faham.
dia memberi pandangan pada tubuh tan sri erdy long yang hilang dibalik pintu.air matanya diseka.dia bangun lalu mencapai beg bagasi untuk diisi dengan pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience