bab 22

Romance Completed 10363

puan sri akma berdiri di sebelah tan sri erdy long yang sedang bersembang dan mengambil tahu maklumat terkini kehilangan satu-satunya zuriat mereka.
pagi-pagi lagi inspektor zabidi menghubungi mereka supaya segera ke pesisir pantai.
semenjak salah satu bot milik tuan zakaria hilang dilaporkan penduduk tempatan.pihak polis mula membuat operasi di laut.

"jadi..apa yang tuan nak kami tahu?"soal tan sri erdy long balik kepada cerita sebenar.

wajah inspektor zabidi agak keruh dilihat ketika ini.mungkin keadaan matahari yang mula menampakkan sinarnya atau berita yang akan disampaikan sekejap lagi.

"sebenarnya...pihak kami ada menemukan sesuatu"kata inspektor zabidi memulakan beritanya.

puan sri akma dan tan sri erdy long berpandangan seketika.
seperti bakal ada sesuatu yang berat bakal meluncur keluar dari bibir inspektor zabidi yang bermisai panjang lebar itu.

"apa dia tuan?"soal tan sri erdy long.

"semalam pihak kami ada jalankan rondaan sekitar laut,kami memperluaskan kawasan pencarian dari yang sepatutnya,dan ketika sedang buat rondaan..kami ada terjumpa beberapa barang..."cerita inspektor zabidi dengan tenang.

puan sri akma sudah memberi pandangan sayu pada suaminya.pelbagai andaian kini bermain di benaknya.apatah lagi melihat tangan inspektor zabidi memberi arahan pada anak buahnya supaya datang ke arah mereka.

seorang anggota polis menghampiri sambil membawa satu uncang plastik hitam di tangannya.

"silakan tan sri..puan sri.."kata inspektor zabidi kepada kedua-duanya.

mereka berjalan ke arah satu pangkin kecil berhampiran.
plastik hitam itu dibuka satu pengikatnya.
tangan anggota polis itu mengeluarkan segalan isi yang ada di dalam plastik lalu disusun teratur.

"kami ada terjumpa satu beg sandang yang kosong, satu cape kepala berwarna hitam,serta pelbagai lagi perkakas yang terapung-apung di atas air.dan kami jugak ada menjumpai satu cebisan papan yang dipercayai milik sebuah bot"
kata inspektor itu.

"ya Allah bang.....anak kita!"kata puan sri akma sambil menutup mulutnya dengan tangan,air matanya laju sahaja turun ke pipi saat melihat barang-barang yang sudah lusuh dan hampir reput itu.

tan sri erdy long turut merasa kesedihan yang sama.bahu isterinya dipeluk dan diusap lembut.

"barang-barang ini semua kami jumpa hampir di kawasan yang sama,hanya beberapa meter saja jaraknya,andaian kami mungkin anak tan sri ada dikawasan itu,tapi..kami nak tan sri pastikan adalah betul ini barang milik cik wiya?"soal inspektor itu lagi.

"betul tuan...ini kepunyaan anak kami"kata tan sri erdy long dengan pilu sekali.

inspektor zabidi mengangguk faham.terus dia memberi arahan pada anggota polis tadi supaya barang-barang bukti itu dimasukkan kembali ke dalam plastik.

"wiya abang...."kata puan sri akma dengan sayu sekali.kakinya yang berdiri terasa lembut dan tak mampu untuk menampung badannya.
lihat sahaja barang yang ditunjukkan,sudah membuat hati nuraninya sebagai seorang ibu luluh jatuh ke tanah.

tan sri erdy long memimpin isterinya menuju ke arah kereta mereka semula.
ibu bapa mana yang mampu menerima berita kehilangan anak kesayangannya?
apatah lagi apabila mendapat tahu yang anaknya dikatakan turun ke laut seorang diri!
dan barang-barang tadi cukup menguatkan lagi andaian semua pihak!
yang mereka mampu hanyalah berdoa dan berserah pada Allah selain berusaha meneruskan misi pencarian.
....................

"awakkk!!!"panggil wiya dengan menjerit sepenuh hati.

izhar yang sedang kusyuk menulis perkataan 'help' besar-besar di atas pasir menoleh ke arahnya.

dia melihat wiya terlompat-lompat diatas batu sambil tangannya melambai-lambai ke atas.
"kenapa?"soal dia.

"tu!!! cepat datang sini!!"kata wiya dengan kuat sekali.

izhar menala pandangan pada arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk wiya.
izhar lihat ke atas langit.dapat dia lihat satu objek yang terbang di balik bayang-bayang awan yang memutih di dada langit.

izhar tersenyum.dia bangun berdiri dan mencapai baju putihnya yang lusuh dilayang-layangkan ke atas.

"tolong!!!! kami di sini!!!"jerit wiya kepada objek yang dilihat seperti badan helikopter itu.

"tolong!!!!"jerit izhar pulak.
kakinya laju berlari ke arah batu tempat wiya berdiri.mana tahu tempat yang agak tinggi itu membolehkan juruterbang dapat melihat mereka.

"tolong kami!!!!"jerit wiya dengan suara yang semakin perlahan.
dadanya diurut-urut.
terasa sempit dan kering sekali tekak dan juga badannya kini.
izhar yang sedar keadaan wiya yang sedikit membongkok itu memegang lengan wiya.belakang wiya digosok perlahan bagi meredakan rasa yang dialami wiya.

"sa...ya okay,awak panggil dia orang"kata wiya dengan perlahan.
izhar semakin risau melihat keadaan wiya.

dia melihat ke atas semula.objek itu bergerak semakin menghampiri kedudukan mereka.

"sini!!! tolong!!!"jerit izhar dengan melambai-lambai tangan.

objek itu semakin dekat dan dekat dan.....

izhar hampa.keluhan keluar dari mulutnya.lemah semangatnya saat melihat seekor burung besar yang mereka sangkakan sebuah helikopter itu terbang melintasi kepala mereka.

"shit!!!"geram izhar dalam hatinya.

"uhukk..uhukk!!"

izhar menoleh pada wiya pula.lekas-lekas dia membantu wiya apabila melihat tubuh wiya sudah lembik dan jatuh terduduk di atas batu itu.
batuk wiya semakin menjadi-jadi.wajahnya juga pucat seperti tiada setitis darah pun yang mengalir.

"wiya...awak tak apa-apa kan?"soal izhar risau.tubuh wiya diletak atas ribanya.
wiya sudah semakin lemah.matanya hampir-hampir tertutup dan wiya hampir tidak sedarkan diri.

"wiya...awak jangan jadi macam ni!"rayu izhar dengan risau.

"ma..na helikopter tadi...?"soal wiya lemah.

izhar menahan rasa dalam dada.dia menggeleng perlahan.

wiya mengurut dadanya.pernafasannya betul-betul tidak teratur ketika ini.biarlah...dia redha sekiranya hayatnya hanya sampai di sini.cuma...dia betul-betul berharap yang kuburnya nanti di tempat yang sepatutnya.bukan di sini! di pulau ini!

tiba-tiba telinga izhar menangkap bunyi satu enjin bot yang berkuasa tinggi.
bunyi itu sungguh jauh namun dia pasti..bunyi itu juga semakin menghampiri mereka.
dia mencari-cari di sekeliling.
kiri,kanan,depan dan belakang!
matanya tiba-tiba menangkap satu bayang dibalik kabus di tengah-tengah lautan itu.
matanya dikecilkan supaya senang dia mahu meneliti apa objek itu.
lima saat kemudian
matanya terbuka luas bila menyedari objek dan bunyi itu datangnya dari sebuah bot!
dan bot itu berwarna biru!
polis?
izhar mengukir senyumannya.

dia melihat wiya di pangkuannya semula.
pipi wiya ditepuk perlahan.
"wiya...wiya..kita dah selamat! kita dah selamat wiya!"kata izhar dengan gembiranya.

wiya yang hampir tidak sedarkan diri hanya mampu tersenyum sedikit.matanya dapat melihat cahaya yang kecil menjulur masuk.matanya semakin kecil dan hampir tertutup rapat.
terasa pipinya ditepuk lagi.
"wiya...bangun wiya...awak kena bangun,kita dah selamat"suara izhar lagi.

wiya hanya mampu tersenyum.nafasnya dirasakan semakin laju.dadanya berombak perlahan.
telinganya dapat menangkap bunyi beberapa buah bot berhenti tidak jauh dari mereka.

pihak polis membantu izhar membawa wiya ke atas bot.
sebuah helikopter juga berbunyi dari atas.
wiya dapat melihat bayang-bayang manusia yang mengangkat tubuhnya lalu diletakkan di atas sesuatu.

"aku di mana? siapa mereka? mana izhar!?"suara hatinya bersuara.
dia seperti terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi!
"izhar?? mana awak? tadi awak dengan saya!!"jerit hati dia lagi.
air mata menitis ke pipi dari tubir mata.
"kenapa aku tak boleh bercakap? mana izhar!!?"hatinya merayu-rayu.
lama-kelamaan matanya tertutup rapat dan dia tidak sedarkan diri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience