bab 52

Romance Completed 10363

wiya sedang menyapu di halaman rumah.walaupun beberapa kali ditegah oleh pak cik amer atupun tukang kebun untuk kawasan rumah.wiya tetap berdegil mahu melakukan kerja tersebut.
apa ada sangat setakat menyapu daun-daun kering yang dibawa angin?
bukannya teruk pun.
pak cik amer ni memanglah!
dia tak suka betul bila wiya ganggu kerja dia.

tiba-tiba sebuah kereta mercedes benz memasuki halaman depan rumah.
wiya yang melihat susuk tubuh yang keluar dari tempat pemandu terus tersenyum lebar.
penyapu di tangan terus dilepaskannya ke tanah.

pak cik amer yang melihat hanya mampu tertawa sambil menggeleng!
"bila encik izhar dah balik barulah dia mahu lepaskan penyapu ni"katanya sambil mencapai penyapu lidi itu semula.
dia meneruskan kerja-kerja yang tergendala.

"heyy!!"terkejut izhar bila tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari arah belakang.pintu kereta pun tak sempat nak tutup lagi.

"apa hey-hey? salam mana?"marah wiya semula sambil melepaskan pelukan.

izhar hanya tertawa.
"Assalammualaikum"

wiya tersenyum.
"waalaikumsalam..."

"mimpi apa?"soal izhar sambil memegang dahi wiya.pura-pura merasa suhu panas.

kening wiya berkerut.tangan izhar yang melekap di dahinya ditarik semula.
"mimpi?"

"mimpilah...dah kenapa tiba-tiba datang peluk orang? saya nak tutup pintu kereta pun tak sempat lagi tau"

wiya tersenyum.
"mimpi rindu..."

mereka sama-sama tertawa.

"kenapa tiba-tiba balik sini? tak cakap pulak tu! bukan ke sepatutnya esok baru awak balik sini? sebab papa balik esok"kata wiya
dia bersandar di tepi kereta itu.

izhar tersenyum.baju kameja pejabatnya dibuka butang di atas.lengan pulak disingsing hingga ke siku.
"daddy bagi greenlight!"

wiya tersenyum.
"memanglah daddy bagi greenlight.tapi...awak tu kan kerja? jauhlah nak ulang dari sini"

"termasuk kerja...daddy cakap esok saya offday"

wiya tersenyum lebar.
"wahhh...bestnya,kalau daddy ada depan mata sekarang...saya nak cakap banyak-banyak terima kasih"

izhar tersenyum.dia turut bersandar di sebelah wiya.
"daddy tahu yang menantu dia sorang ni...terlalulah rindukan anaknya yang handsome mengalahkan edward cullen ni.."

wiya mencebir bibir.izhar! kalau tak puji diri sendiri memang tak sah!

"dan daddy jugak tahu...yang bukan menantu dia saja yang rindukan anaknya...anak dia pun dah rindukan menantu dia ni.."balas wiya

izhar tergelak perlahan.
"pandai erk...?"

"mestilah!"balas wiya.

tangan izhar mendarat di atas bahu wiya.

"memandangkan esok saya cuti...saya ada satu rancangan"kata izhar tiba-tiba

wiya tersenyum lebar.
"apa?"

"kita pergi...tengok wayang?"

"okay!"kata wiya.

"amboii..laju betul okaynya?"

wiya tersengih.
"mestilah..."

izhar terus menarik hidung mancung wiya dengan kuat.

"adduuhhh!!!"jerit wiya dengan pantas juga dia menampar tangan izhar yang mendarat di hidungnya.
izhar tergelak terbahak-bahak.

"jahatlah!"marah wiya

"sorry sayang...sakit sangat ke?"soal izhar

"tak lah...sedap"balas wiya

izhar pantas tersenyum.
"sorry...saya laparlah awak..."

wiya menjeling geram ke arah izhar yang bersuara manja.

"pleasee......"rayu izhar.

"iee..boleh tak awak jangan buat suara macam tu lagi? cukup tak sesuai okay!"kata wiya

izhar tertawa perlahan.
"dah awak merajuk..saya nak pujuklah ni,tak jadi erk?"

"langsung tak...macam mak nyah je.."

izhar ketawa kuat bila mendengar gelaran buat suaranya.

"jom lah masuk dalam...cheese kek yang mama masak masih ada"kata wiya

izhar berwajah teruja.
"okay..."
terus pinggang wiya ditarik supaya rapat dengannya.mereka beriringan ke dalam rumah.
.................

kami keluar dari rumah tepat pukul tiga petang.memang sengaja keluar lewat petang sebab malamnya nak tengok wayang...hehehhe...

izhar yang sudah bersiap sedia menanti wiya di keretanya.dia memakai baju tshirt hitam dan jeans putih.
susunan gaya rambutnya dibelek sekali lagi.mana tahu ada mana-mana yang tercela.

"awak...jom"

izhar melihat ke arah isterinya yang sedang membuka pintu kereta sebelah pemandu.

"eh...eh..kejap-kejap"kata izhar

wiya tak jadi untuk masuk.pintu kereta ditutup semula.
"apa lagi?"

"kenapa awak pakai macam ni...?"soal izhar.

wiya tunduk melihat baju yang dipakai.sepasang hoodie warna hitam dan jeans putih.apa yang tak kena?
wiya pandang izhar semula.meningnya terangkat membawa maksud soalannya.

izhar tersenyum.dia menghampiri wiya.badan wiya dipusing supaya berdiri menghadapnya.
pakaian wiya mendapat perhatiannya.

"salah ke...? awak ni memang betul-betul mengada-ngadalah..."kata wiya sambil berpeluk tubuh.

"salah tu tak salah...tapi nanti orang kata saya gay pulak!"

semakin tak faham wiya dibuatnya.
"gay apa pulak? awak tu dah berkahwin...dan awak berkahwin dengan saya..and saya ni perempuan..."

"tengoklah pakaian awak ni...dengan hoodie tutup kepala.seluar jeans...macam lelaki je..."kata izhar

"mana adalah....saya kan biasa pakai macam ni? awak jangan macam-macam boleh tak?"marah wiya.

izhar tergelak.
"okay...okay,tapi satu syarat"

"syarat lagi...apa dia?"

izhar tidak menjawab tetapi tangannya membuka penutup kepala dari hoodie yang dipakai wiya.terserlah rambut wiya yang disanggul di dalam.
kumudian getah yang mengikat rambut panjang wiya dibukanya.
terurailah rambut wiya yang panjang dan lembut itu.

ternganga wiya bila dengan bangganya rambut dia dilepaskan oleh izhar.
"apa nihh? saya rimaslah awak..."sungut wiya

"kalau macam ni...bertambah cantik yang sedia ada tu..."kata izhar

"jangan nak mengada boleh tak? bagi balik getah saya tu..."wiya cuba mencapai getah yang ada di tangan izhar.
izhar memegang getah itu tinggi-tinggi.
dia kan tinggi...senang sangatlah kalau nak menang!

"macam ni cantik..."kata izhar

"tapi...saya tak suka"

"saya suka!"kata izhar dengan senyuman manjanya.

"izhar...awak kenal saya macam mana kan? pleasee....i need that,saya rimas bila rambut mengerbang macam ni...bila saya nak potong pendek awak tak bagi..so..bagilah saya ikat kemas-kemas"rayu wiya

izhar melangkah ke tempat memandu.
"no..."

wiya mendengus geram.
dia berdiri sambil berpeluk tubuh tanda protes.
rambutnya yang mengurai ke depan dikibas ke belakang semula!
ini wiyalah...dia bukannya macam gadis-gadis lain yang suka lepas rambut.tak rimas ke bila rambut kena leher?
dia hanya suka bila rambutnya diikat kemas.

"nak pergi ke tak nak? kalau tak nak saya nak ajak bini mudalah"usik izhar menjengul kepala ke tingkap kereta.

wiya mendengus geram.dia akhirnya mengalah dia membuka semula pintu penumpang sebelah pemandu.
"awak jangan nak berbini muda sangat erk!"kata wiya memberi amaran keras sambil jari telunjuk digoyangkan di depan muka izhar.

izhar hanya tertawa senang.yess! akhirnya dia berjaya.
.....................

cerita keluaran terbaru Aquaman menjadi pilihan mereka.
selama beberapa jam di dalam panggung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bangsa dan agama memenuhi ruangan gelap itu.
akhirnya mereka melangkah keluar dari pawagam bila tamatnya cerita yang baru ditonton.

wiya beriringan sambil tangannya digenggam erat oleh izhar di sebelah.
sesekali tangan kirinya mengibas rambut ke belakang.rimas!

"bestkan gambar tadi? nampak macam tak best...tapi bila layan betul-betul baru rasa seronoknya!"kata wiya sambil tersenyum.

izhar angguk.
"so...lepas ni nak pergi mana?"

"sekarang pukul berapa?"

izhar melihat jam di pergelangan tangan.
"sembilan malam".

wiya tercengang.langkahnya terhenti.dia melihat suasana sekeliling.

"kenapa ni?"soal izhar

"biar betul? kenapa cepat sangat jam bergerak? jam awak rosak kot?"

izhar tergelak.
"mana ada rosak...ni jam mahallah sayang...memanglah waktu bergerak pantas.lama mana kita dalam panggung tadi..."

wiya garu kulit kepala.
mereka meneruskan langkah.

"nak ke mana lagi?"soal izhar semula.

"baliklah...penat,lain kali kita jalan lagi erk?"

izhar tersenyum.bahu wiya diraihnya supaya mereka rapat.
"okay....nanti bila ada masa,kita rancang percutian"

wiya tersenyum.

kereta yang diparkir di tempat letak kereta yang sunyi benar-benar buatkan wiya sedikit seram.mana tak seram bila kawasan sini sunyi sepi ja...manusia langsung tak ada.hanya mereka berdua.
di sekeliling mereka penuh dengan kereta-kereta yang terparkir.
mujur ada izhar.
kalau dia seorang diri...memang awal-awal lagi dia dah call ayie atau ali datang ambil.
memang tak berani sangat-sangatlah!

"sejuk ke...?"soal izhar sambil memasukkan beberapa barang yang sempat mereka beli ke dalam kereta.

"tak lah...cuma tak sedap hati sikit"jawab wiya

izhar melirik melihat wiya.
dia tersenyum.
"apa yang tak sedap hatinya?"

"tak ada apalah...ermmm awak..."

"yes?"izhar menutup pintu kereta.

"boleh tak saya nak minta getah rambut saya balik? pleasee...rimas"kata wiya

izhar tergelak perlahan.
"boleh...."dia menyeluk poket seluar jeansnya.
dia mengeluarkan satu getah berwarna biru muda lalu diserahkan pada wiya.

wiya tersenyum lebar.
"thanks suamiku..."

izhar membalas kata-kata itu dengan kenyitan mata kanannya.
dia berlalu ke tempat pemandu.pintu dibuka.
wiya pula berjalan ke tempat sebelah pemandu sambil mengikat rambut semula.
rasa macam dapat bernafas dengan tenang.

belum sempat wiya berjalan ke sebelah sana tiba-tiba sebuah kereta helux berwarna hitam pekat berhenti betul-betul di sisi wiya.bunyi tayarnya yang berdecit membuatkan wiya terkejut dan terkaku.
dua orang lelaki bertopeng keluar dari kereta itu menuju ke arah wiya.

wiya sudah mengeletar.
"izhar!!!"jerit

izhar yang dari dalam kereta pantas melangkah keluar.
dia melihat dua orang lelaki sedang memegang wiya dan mahu dibawa masuk ke dalam kereta.

"woiii!!! berani kau!!"izhar bertempik.
dia berlari ke arah lelaki yang berada di depan wiya.
dia berlawan dengan lelaki itu dengan begitu rakus sekali.
serangannya kadang kala dibalas oleh lelaki itu.

izhar memegang tepi bibirnya yang berdarah.
"kurang ajar!!! kau lepaskan bini akulah bodoh!!"izhar meneruskan tumbukan padu pada lelaki itu.
giliran lelaki itu pulak yang terjatuh.

wiya hanya mampu meronta-ronta di dalam peganggan lelaki seorang lagi.
dia cuba sedaya upaya melepaskan diri.tapi apakan daya...badan lelaki itu lagi besar darinya.sudah pasti kudratnya lagi kuat.
"awakk!!! tolong saya..."jerit wiya

"lepaskan bini aku!!"izhar berlawan dengan lelaki itu lagi.lelaki itu jatuh ke lantai.
dengan masa yang sama izhar terus duduk di atas lelaki yang terjatuh itu.
tumbukan demi tumbukan dilepaskan izhar pada muka lelaki yang bertopeng itu.

wiya melihat seorang lelaki lagi yang keluar dari kereta itu dengan membawa pistol dan mendekati belakang izhar.
"izharr!!!!!"jeritnya

izhar menahan kesakitan yang terasa di belakang lehernya.tumbukannya pada lelaki itu terhenti serta-merta.
dan matanya terpejam rapat dan dia tidak menyedari apa-apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience