bab 51

Romance Completed 10363

wiya menghampiri ayie dan ali yang sedang bersama-sama mencuci kereta papanya.

ayie sedang bercangkung dan memberus tayar kereta dengan baju tanpa lengan.

ali pulak di bumper depan sedang menggosok habuk ataupun kesan kotoran yang melekat.

wiya menyembunyikan dua beg kertas berisi hadiah untuk ayie dan ali khas dari jepun.

"hai..."sapa wiya sambil tersenyum lebar.

ayie dan ali sama-sama tersenyum.

"hai cik wiya..good morning"kata ayie dan ali serentak.

wiya yang masih berbaju tidur tersenyum.
"morning..."

"ada apa cik wiya datang jumpa kami ni? mana encik izhar?"soal ali sambil meneruskan kerjanya.

"dia ada dekat dalam..tengah sembang dengan mama dan papa"jawab wiya

ali dana ayie angguk kepala.

"eh..korang,berhenti buat kerja tu sekejap boleh tak?"soal wiya.

ali dan ayie berpandangan.

"nanti...tergendala pulak kerja ni cik wiya.nanti tan sri nak guna kereta ni untuk ke Kuantan"kata ali

"kuantan? pahang?"

ali dan ayie sama-sama angguk.

"tan sri tak cakap dekat cik wiya ke?"soal ayie pulak.

"tak...berapa hari papa ke sana?"soal wiya

"dalam...dua hari jugak.hari ini,esok dan lusa baliklah."jawab ayie

"ermm..maknanya mama duduk sorang-soranglah erk?"

ayie angguk kepala.
"lebih kurang macam tu lah jugak cik wiya..."

wiya berfikir sekejap.
"apa kata kalau aku mintak izin dengan izhar untuk teman mama? kesian dengan mama duduk sorang-sorang...aku kena temankan mama! tapi...sekaligus daddy arahkan kami supaya balik ke sana hari ni?
ermmm...ahhh takpe lah...apa salahnya aku dan izhar berpisah sekejap?"hatinya bermonolog.
wiya tersenyum senang.

ali dan ayie berpandangan.masing-masing angkat bahu bila melihat telatah wiya yang mengelamun dan tersenyum-senyum.

"cik wiya okay ke?"soal ali

wiya tersedar semula.dia tersengih.
"err...okay je,errm...ali,ayie saya ada belikan satu buah tangan dari jepun untuk awak berdua.sudi-sudilah terima ye?"kata wiya sambil menghulur dua beg kertas ke arah ayie dan ali.

ali dan ayie berpandangan kemudian tersenyum.ada jugak yang menghargai mereka rupanya!

"thanks cik wiya..."kata ayie sambil menyambut huluran itu.

"thank you cik wiya...ingatkan dah lupakan kami dekat Malaysia ni"kata ali

"ishh...korang ni...mana boleh saya lupa jasa awak berdua memastikan saya sentiasa selamat"kata wiya.

ali dan ayie hanya tersenyum.

"okaylah...saya masuk dalam dulu,jangan lupa pakai tau! kecik hati saya kalau korang tak pakai"kata wiya

"ehh...cik wiya jangan risaulah.kami pasti pakai punya..dari jepun kot"kata ayie dengan bersemangat.

wiya angguk dan terus berlalu pergi.

"baik betul cik wiya tu...lain benar dia dari dulu"kata ali kepada ayie di sebelah.

"ye lah....memang perubahan mendadak ni"kata ayie

"jom kita bukak sekarang"kata ali.

ayie angguk kepala.
masing-masing membawa keluar hadiah yang tersembunyi di dalam beg kertas itu dengan perasaan teruja.

ayie dan ali berpandangan apabila satu tshirt berwarna pink berlipat cantik di tangan mereka.
mereka meletakkan beg kertas ke bawah.
lipatan tshirt itu dibuka mereka.

terus ternganga ayie dan ali.
senyuman di muka masing-masing pudar serta-merta.

"MY LOVELY BODYGUARDS...HASHTAG DAH BERKAHWIN!"

ali dan ayie berpandangan setelah sama-sama membaca ayat yang tertulis dengan tulisan berwarna hitam itu.
dah lah baju warna pink!
tulisan yang terlakar pulak bikin runtuh jiwa nestapa!

wwuuargghhh!!!
....................

"bolehlah awak...."rayu wiya sambil mengoncang-goncang tangan izhar.
waktu itu mereka di dalam bilik.

"macam mana nanti kalau saya rindu?"soal izhar dengan muka malas

wiya memuncungkan bibirnya.
badannya dipeluk.
"dua hari je pun..."

"dua hari untuk awak..dua tahun bagi saya tau"

"eii..poyolah!"kata wiya dengan nada merajuk.

"saya serius ni..."

"saya serius jugak!"bentak wiya

"awak tu...kalau berpisah dari saya bukannya tahu nak telefon tanya khabar ke...kirim cinta ke..rindu ke..ini saya jugak yang kena call.macam saya sorang yang rindukan dia...sebab tu saya tak suka kita berpisah"

wiya melirik mata melihat ke sebelah.dia tersenyum bila tengok muka merajuk izhar.
hahahah...comel!
"okay...saya janji saya tak buat macam tu dah"kata wiya sambil melentuk kepala di atas dada izhar.

"kalau susah sangat...apa kata saya pun duduk sini"cadang izhar

"susahlah awak...awak kan kerja? daddy lagi.."

"pasal daddy awak jangan risaulah...kerja tu saya boleh je ulang dari sini"jawab izhar.

wiya geleng kepala.
"tak boleh...jauhlah office dengan rumah sini.jenuh awak nanti..."

izhar mengeluh.
"susah betul bila ada bini banyak cakap ni..."

wiya menjeling ke atas.
"apa awak cakap?"

izhar tersengih.
"saya cakap susah jugak erk bila ada situation macam ni..?"

wiya angguk kepala tanpa tahu perkara sebenar.

"okaylah...saya balik sana sorang-sorang,awak boleh temankan mama dekat sini"kata izhar.

wiya tersenyum lebar.
"yeayy!!!"

"amboii...sukanya!"

wiya tersengih.

"tapi...ada syaratnya.."

wiya terdiam.dia melihat ke arah izhar.
"apa syaratnya?"

"hanya dua hari tempoh yang diberikan.kalau nak lebih kena buat permohonan lain! dan...awak kena call saya selalu walau awak nak ke mana sekalipun"kata izhar

wiya berfikir.
"kalau nak pergi dapur kena bagitahu tak?"

izhar mengecilkan matanya pada wiya kerana arahannya dibuat main oleh wiya.
wiya tersengih.
"okay....i will do whatever you say!"

izhar tersenyum.bahu wiya diraihnya.ubun-ubun kepala wiya diciumnya perlahan.
wiya hanya tersenyum.
......................
dua hari papa outstation.jadi dua hari jugak aku kena berpisah dengan izhar.

harini adalah first day kami berpisah sekejap.
hahaha..macamlah dua tahun!
dua hari je kot!

waktu boring yang melampaui batas adalah di waktu petang.
ermmm..bosan habis.
mama sibuk menyiapkan cheese kek buatannya.
nak tolong tak reti! huhuhu...
kalau dulu waktu zaman bujang bila bosan bolehlah ajak ayie dan ali jalan-jalan dekat shopping mall lepaskan bosan.itupun sempat larikan diri dari mereka..hahahha.
tapi sekarang izhar tak bagi!
sebab apa?
sebabnya adalah memang betul-betul tak masuk dek akal!
dia cemburukan ayie dan ali weyyh!
come on!
ayie dan ali dah berkahwin kot!
lagi satu...wiya dah anggap dia orang berdua tu abanglah!
tapi..nak cakap banyak tak boleh.takut nanti permohonan dibatalkan!
hehehe....so terima je lah!

wiya bersandar ke belakang.menyelesakan diri dengan sofa empuk itu.
telefon disebelah dikerling sekilas.
"sunyi je telefon ni....tak kan tak ada orang nak call?"rungut dia sendirian.

matanya beralih pulak ke siaran HBO di skrin tv yang besar di depan.
filem twillight 2 ditayangkan!
wahhh!! filem fovourite ni!
wiya tersenyum lebar!
suara tv dikuatkan.matanya difokuskan!
tiba-tiba muncul babak yang mengancam!

"budak-budak bawah tiga belas tak boleh tengok ni!"kata wiya.
terus lekas-lekas dia mengubah siaran!
"apa lah..baru ada mood nak melayan movie.dah muncul bab yang tak sepatutnya! tak patut...tak patut"
tapi tu lah,inikan filem negara luar! memang dah biasalah bab-bab macam ni!

wiya menongkat dagu sambil melihat siaran lain.
"baru nak tengok muka edward cullen yang handsome gilerr tu...!"sungut wiya.

BBZzzzz....BBzzzzz...

wiya toleh ke sebelah.telefonnya bergetar.
wiya tersenyum lebar bila melihat nama yang tertulis atas skrin telefon!
lekas-lekas telefon dicapai dan dijawab.

"haiii...!"sapa wiya dengan riang.

"apa hai-hai? salam mana?"suara di talian berbunyi.

wiya tersengih.
"assalammualaikum...."

izhar tersenyum.
"waalaikumsalam...dah makan ke belum ni?"

"dah...kan dah petang ni,tak kan tak makan lagi...awak dah makan?"

"dah..."

"dekat mana?"

"dekat-dekat office je..banyak sangat kerja nak sentle"

wiya angguk kepala.macamlah izhar boleh nampak.

"kenapa senyap je...?"

"tak ada apalah...saja je.."

"mesti tengah boring tahap gaban ni kan?"soal izhar.

wiya tersenyum.macam tahu-tahu pulak.
"awak..."

"ermm?"soal izhar

"awak tak nak balik sini ke...?"soal wiya malu-malu.

izhar tersenyum.
"buat apa?"

"tak buat apa...saja-saja"

"ehh..kena ada sebablah"
sengaja izhar mengusik.

wiya semakin malu.
"alah..tak payah ada sebab pun tak apa...balik je lah!"

"give me some reason"

"the reason is......"

"is?"soal izhar.

"becouse i miss you...."kata wiya sambil pejam mata!

izhar sudah tergelak di talian sana.
kantoi akhirnya!
bukan main susah nak ungkap kata sayang!
bila dah jauh pandai pulak nak sebut rindu!

"are you blushing?"soal izhar

"mana adalah!"

"i know...."

"no!"marah wiya walapun hakikatnya betul!

"okay...i'm win!"

"izhar!"bentak wiya.

izhar sudah tergelak sakan sebab dapat kenakan wiya.
"okay lah..."

"okaylah?"

"saya kena pergi...tak boleh cakap lama-lama"kata izhar

wiya memuncungkan mulut.
"ada apa?"

"meetinglah sayang oii..."

"errmmm...ye lah"

"okay...see you later,assalammualaikum"

"waalaikumsalam..."jawan wiya.terus talian.dimatikan.

wiya kembali ke posisinya semula.

"wiya sayang...."laung puan sri akma dari dapur.

"ye mama...?"

"datang sini kejap...."

wiya bangun dari duduknya.
"kejap ma..."

dia berlalu ke dapur menuju ke arah mamanya berada!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience