bab 18

Romance Completed 10363

wiya cuba untuk melelapkan matanya dengan bersandar di bawah pokok besar yang tumbuh meliar di kawasan itu.tetapi ingin saja mahu terlelap perutnya berbunyi hebat.

ggrrr..ggrr...

"laparnya..."sungut dia sendirian.
tangannya ditekan ke perut supaya tidak terasa lapar sangat.tapi...tetap tak berjaya perutnya kian kuat berbunyi.agaknya cacing dalam perut dia juga macam dia.terbaring kelesuan di mana-mana saja.

dia duduk sambil memeluk kedua-dua lutut dirapatkan ke dada.

"awak okay?"soal izhar tiba-tiba.
terus wiya duduk bersila.dia melempar senyuman pada izhar.

"okay!"kata wiya

"saya..nak masuk dalam hutan belakang tu...laparlah pulak,harap-harap masih ada pisang untuk kita"kata izhar.

wiya tersenyum.
sama-sama sesat!
sama-sama lapar!

"kalau macam tu..saya ikutlah"kata wiya bangun berdiri.

"eh...tak payahlah,biar saya pergi seorang je.."kata izhar

"lahh..kenapa pulak?"

"awak nampak macam tak sihat..biar saya yang pergi"

wajah wiya masam mencuka.
"suka hati sayalah..nak pergi ke tak nak!
saya okaylah..."

"tapi..muka awak tu pucat sangat"kata izhar

"habis...awak tu tak pucat sangat!"soal wiya tidak putus asa.

izhar menghampiri wiya.
wiya yang melihat renungan izhar sebegitu mulai gerun.
si izhar ni nak buat apa dekat dia?
nak buat macam-macam dekat dia,huh!! dia karate dulu!
ingat dia tak kuat ke!?
tapi...hatinya terus bergetar hebat bila tubuh mereka hanya berjarak beberapa inci saja.
satu gerakan lagi pasti tubuh mereka akan rapat!
izhar tersenyum manis.

"ehh...awak kenapa pulak? dah mabuk laut ke!!?"soal wiya dalam gentarnya.

"biar saya pergi seorang..?"kata izhar dengan nada perlahan seperti berbisik.

"ye lah...ye lah...hiisshh!!
pergilah cepat!"kata wiya dengan malas.

izhar tersenyum lebar.
tubuh mereka dijarakkan semula.
senang sangat nak buat si wiya ni ikut kata.
"saya pergi dulu"katanya.

wiya angguk dengan tidak puas hati..dia melihat langkah izhar pergi darinya.
"huh..main cara kotor pulak!"katanya.

"i can hear you!!"kata izhar dari dalam hutan.
terus wiya kemam mulutnya.terdengar ketawa izhar dari dalam hutan.
..................

wiya duduk merenung laut yang berbalam-balam dari jauh.mujurlah petang itu matahari sudah tidak begitu terik.hanya cahaya mendung yang menyapa.
tiba-tiba dia ternampak satu kayu panjang yang hujungnya tajam.

"itu bukan ke kayu yang si izhar tu guna untuk cucuk ikan dalam laut hari tu?"bisiknya.

kemudian dia mendapat idea.dia tersenyum terus dia bangun dari duduk lalu menghampiri kayu itu.dia mengambil kayu kecil itu.
ada senyuman kebanggaan di bibirnya.
..................

izhar melangkah keluar dari hutan.di tangannya ada seikat pisang berwarna hijau kekuningan.separuh masak orang cakap!

matanya meliar ke segenap ruang tempat mereka duduk.
mana wiya?
mana pulak si gadis pujaannya?
merajuk ke?

"wiya!!!"laung izhar.
namun tiada suara sahutan dari panggilannya.

"wiya!!!"panggil dia lagi.

"ye!!!"satu suara berbunyi agak jauh dari tempat dia berdiri.pisang ditangan di letak ke tanah.
matanya berpusing ke serata tempat untuk mencari kelibat yang menyahut panggilan.

"saya kat sini!!!"laung suara wiya lagi.

kali ini mata izhar terpaku pada wiya yang sedang berdiri di dalam laut,paras air mencecah pahanya.
liurnya ditelan kesat.
biar betul budak ni?

dia berjalan menghampiri wiya yang sedang mencucuk-cucuk kayu di dalam air.sama dengan yang dia lakukan tempoh hari.
dia terpaku seketika melihat wiya berbaju tshirt putih kosong,lengan bajunya ditarik ke atas bahu menampakkan lengannya yang putih gebu dibawah terik mentari.
rambutnya yang kerinting terurai cantik hingga ke punggung.
liurnya ditelan lagi.
cantiknya ciptaanmu...!

wiya keluar dari laut dengan berhati-hati berjalan ke arah izhar ataupun ke daratan.
mata izhar terpaku lagi saat melihat wiya melangkah dengan senyuman manisnya.
tiba-tiba dia terbayangkan wiya bergaun pengantin berwarna putih,dengan dihiasi batu-batu swarovski yang berkilauan.rambut wiya dibiar lepas bebas dibawa angin yang menyapa.
tangan wiya yang sedang memegang kayu bertukar menjadi segugus bunga rose berwarna merah.
wiya berlari-lari kecil dengan tawanya yang merdu dan mengasyikkan.
izhar tersenyum.pengantinnya sedang berlari ke arah dia untuk mereka disatukan.
terpesona izhar dengan pengantinnya itu.
wiya semakin menghampiri dengan senyuman malu-malu.
malu kerana berdepan dengan pengantin lelakinya yang tampan dan berkot hitam.siapa lagi kalau bukan izhar.
wiya....
wiya....
wiya....
hatinya berlagu riang!

"awakk!!!"

izhar kembali ke dunia asal.dimana wiya sedang merenungnya dengan tajam dan berwajah geram.
"err...er..."tergagap-gagap pulak dia jadinya.

"awak ni selalu mengelamun kan? awak kenapa pandang saya lepastu senyum sorang-sorang!"soal wiya.

izhar tersengih.
"tak ada apalah..awak buat apa tengah-tengah laut?"soalnya cuba untuk mengubah topik yang mungkin akan membuatkan wiya tersedar tentang imaginasinya tadi.

"saya tengah cuci harrier!"jawab wiya dengan senyuman.

izhar tersenyum.
"awak kenakan saya balik erk?"

wiya gelak perlahan.
"saya cari ikanlah...macam yang awak buat haritu"kata wiya.

"lahh..kan awak tak sihat,lagipun bukannya dapat pun ikan tu.."kata izhar

wiya tersenyum.
"siapa cakap tak dapat?"

terkejut izhar saat melihat tiga ekor ikan yang masih hidup dipegang wiya di tangan kanannya.
"ma...ma...macam mana awak dapat?"
dia tergagap bukannya apa,cuma..malu sebab dia lelaki dan dia tak dapat ikan tu,wiya pulak perempuan..dan dia dapat ikan!!?

"hebat kan...? saya guna tektik macam tok wan saya ajar"kata wiya

izhar terdiam.matanya tak berkelip melihat ke arah wiya.

"izhar? berangan lagi ke..?"marah wiya.geram betul dengan mamat ni!

izhar terdiam lagi.

wiya hairan.dia melihat mata izhar terpaku ke badannya.
wiya tunduk kepala ke bawah.
alangkah terkejutnya dia!!
dengan sepantas kilat,ikan ditangan terlepas ke tanah,mengelumpur ikan-ikan itu.
kedua-dua tangan wiya tutupkan ke dadanya.
dia menala pada izhar yang menyembunyikan senyuman.

"awak nampak apa-apa tak?"soal wiya dengan malu.dahinya berpeluh-peluh.
aduhh!! macam manalah dia tak perasan yang baju tshirt yang dipakai dia berwarna putih,dah lah putih nipis pulak tu!! bila baju tu basah..kau orang boleh bayangkan tak?
hhuuwaaa!!!!

izhar geleng kepala sambil pura-pura merenung ke arah laut dengan senyuman yang disembunyikan.

"betul!!?"soal wiya lagi.

izhar angguk kepala.
dengan pantas wiya berjalan ke arah jacket lalu dipakai dan dizipkan...biarpun bajunya basah di dalam.dia tak peduli yang pasti dadanya harus dilindungi.
"aduhh...dia nampak tak cik baju kecik aku dekat dalam ni?"soalnya dalam hati.
dia menjeling pandang ke arah izhar yang membelakangkan dia.
tapi badan kurus itu terhinjut-injut.
mata wiya kecil saja pandang si izhar.
"gelakkan aku lah tu!!"kata wiya perlahan.
"kalau gelak...maknanya dia nampak tak?"soal hatinya.
macam nak nangis saja.inilah kali pertama dia malu dengan perbuatan sendiri.

mama!!! papa!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience