bab 35

Romance Completed 10363

wiya tidak mengimpikan satu majlis perkahwinan yang mewah bak anak raja,tapi cukuplah sekadar hanya ada orang yang sama di sebelahnya ketika majlis itu nanti.
tapi...atas permintaan mama dan mummy izhar yang beria mahu satu majlis perkahwinan yang gah...wiya dan izhar iakan saja.
lagipun...dah ada sponsor terima je lah!

wiya menilik dirinya buat kali terakhir sebelum turun ke bawah menemui suaminya yang sah dalam masa beberapa jam sebelum majlis resepsi diadakan malam ini.

bila digabungkan idea mama dan mummy jadilah majlis perkahwinan yang gah diadakan di hotel mewah di ibu negara.
semuanya ditanggung beres oleh orang yang merancang.

ikut cadangan mama dan mummy hanya satu majlis besar-besaran yang diadakan di sini.
dan kata mummy nanti pulak bakal diadakan majlis kecil-kecilan untuk menyambut kehadiran wiya sebagai menantu di dalam rumah itu.
wiya sangat-sangat berbesar hati akan hal itu!

"hey...dah ke belum? anak mama ni dah cantik macam bidadarilah..."

wiya tersenyum malu.
kenapa dia jadi ayu habis malam ni?
dia melihat wajah ceria mama.

"mana adalah ma...saja je wiya tengok cermin,macam rimas pulak bila make-up tebal-tebal macam ni...wiya minta simple je...jurumake-up tu over pulak!"sungut wiya.

puan sri akma tergelak perlahan.
"okaylah tu...kalau simple...tak jadilah pengantin"

wiya tersenyum.
"ma...."
tangan puan sri akma yang memegang bahunya diusap perlahan.

"ye...?"

mata mereka bertemu di dalam cermin di depan.

"wiya nak cakap terima kasih dekat mama dan papa...sebab lakukan semua ni untuk wiya,wiya rasa seronok sangat ma..."

puan sri akma tersenyum.
"wiya anak kami...segalanya hanya untuk wiya seorang,kalau ikutkan hati mama nak buat majlis tujuh hari tujuh malam tau!"

wiya dan puan sri akma tergelak.

"tapi...dah wiya tolak awal-awal,kata wiya penatlah...tak bestlah..boringlah...banyak keluar duitlah..."

wiya tergelak.
"betullah wiya cakap tu...rugi duit je buat majlis mewah-mewah macam tu..."

"wiya...you're the only one our doughter! duit boleh dicari..lagipun...mama dan papa hanya dapat merasa majlis ni sekali saja seumur hidup.."kata puan sri akma

wiya pelik.
"kenapa pulak seumur hidup sekali ma?"

"sebab..wiya seorang je anak kami,sebab tu lah kami mahukan yang terbaik untuk wiya"kata puan sri akma.
dia mengambil tempat di sebelah wiya.
mereka duduk bertengangan.

tangan wiya diraihnya.
"wiya....mama dan papa hanya mahukan seorang lelaki yang betul-betul boleh gantikan tempat kami untuk jaga dan lindungi wiya,dan...akhirnya izharlah orangnya.mama yakin...dia lelaki yang baik.tanggungjawab mama dan papa terhadap wiya dah habis.
sekarang....wiya ada tanggungjawab baru dalam hidup.
iaitu...bahagiakan suami,taati suami,cintakan suami.
ingat...dia syurga wiya sekarang tau"kata puan sri akma dengan sebak.

wiya juga turut merasa kesedihan yang sama.
air matanya yang bertakungan lekas-lekas diseka dengan tisu yang ada di depannya ketika itu.
tak mahu make-up yang dibuat berjam-jam lamanya rosak!

"dan...mama tak nak wiya jadi kasar macam dulu lagi tau? wiya sekarang...haruslah lemah lembut,sopan..,dan baik hati"

wiya tersenyum.
"thanks ma...you're the best mom i have. you're super mom to me.without you..maybe i'm not nur warfeen wiyandra Long anymore!"

mereka berpelukan seketika.
wiya dapat merasa kasih sayang antara mama dan dirinya.
dia sekarang bagaikan berada di bawah payungan awan yang ceria dan terang bersama mama yang tersayang.
..................

wiya tersenyum pada mamanya yang berdiri di sebelah kiri.
dan mummy pula di sebelah kanan.
dihadapan ada beberapa orang kanak-kanak yang berpakaian bagaikan pari-pari kecil mewakili wiya.
mereka berdiri di hujung tangga dari atas.

dengan bacaan bismillah wiya mulai melangkah dengan gaun labuh dan beribu manik di atasnya tersarung ke badan.
rekaan khas oleh pereka fesyen terkenal.
kain hujung pulak panjang terseret ke belakang mengikuti rentak langkah kaki wiya.
rambut pulak dihias khas oleh penghias rambut tekenal kesukaan mama.
rambut wiya dibiarkan lepas bebas ke bawah.
walaupun ditolak dengan tegasnya oleh wiya tapi...apa boleh buat,lima lawan satu!
siapa yang menang?

wiya tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik ke arah beberapa orang yang menantinya di tangga.
sedikit saja lagi mahu sampai ke bawah kilauan cahaya dari lensa camera sudah menyapa matanya.
sampai berkelip-kelip mata dibuatnya.
wiya hanya memberi senyuman kepada mereka semua.

jurucamera dari pelbagai pihak berebut-rebut ingin merakam moment indah ini.
dah macam artislah pulak wiya rasa!
tapi...memang papa agak popular kerana kekayaan yang dimiliki dan juga beberapa sumbangan yang papa salurkan.
media! faham-faham je lah.pantang orang bagi sumbangan sedikit berterabur nak ambil gambar!
padahal...sumbangan yang papa lakukan dirancang khas supaya tiada pihak media.
tapi...apa boleh buat,ada je yang mulut tak reti nak duduk diam.apa-apa pun biarkan dulu.
wiya tersenyu ke arah orang ramai di depan.
pasti lepasni wajahnya menjadi hiasan majalah lagi.

wiya melihat seseorang yang setia menantinya di bawah bersama sepasang pari-pari kecil seperti dirinya.
tapi..izhar punya pari-pari lelaki.

wiya rasa comel sangat bila pari-parinya bertemu dengan pari-pari izhar.
dan dia tentulah bertemu dengan izhar!

mereka bertemu di bawah mahligai indah yang dihias cantik.
lengan mereka bertaut rapat.
pasangan pari-pari tadi juga berbuat perkara yang sama dengan apa yang kami lakukan.
sekali lagi hati wiya macam nak menjerit kerana terlalu comel.
dah macam pasangan pengantin kanak-kanak.

mereka berarak menuju ke pelamin mewah yang dihias indah.
mereka duduk rapat dan tangan masing-masing diletak ke peha.

kilauan cahaya dari kensa camera masih jelas di hadapan.
berapa keping gambar dia orang nak ambil ni?

"you're so beautiful tonight my angel"bisik izhar di telinga wiya.

wiya melempar senyuman pada izhar yang memandangnya.
mereka berbalas senyuman.

"yess!!! that's moment! its so amazing..please hold on!"jerit seorang jurukamera yang mahukan moment kami berbalas senyum diabadikan.

wiya melihat wajah izhar dengan pelik.
izhar naikkan keningnya tanda setuju saja.
wiya dan izhar sama-sama tertawa.
....................
sekitar pukul dua belas tetamu masih lagi bersama dengan mereka.
ada kenalan-kenalan papa yang datang dari jauh.
dan ada juga kenalan terdekat dari daddy.
tapi...yang membuatkan wiya dan izhar runsing sedari tadi adalah keadaan tan sri erdy long dan tan sri akram.

masing-masing berwajah masam apabila berselisihan bahu ataupun terpandang sesama sendiri.
wiya mengeluh perlahan melihai perangai kedua itu.
mujurlah mereka melayan tetamu dengan baik sekali.
kalau depan tetamu mereka bergaduh..alamatnya memang bukan setakat masuk majalah.
surat khabar apa semua masuk!
siap jadi penghias muka depan lagi!

wiya duduk di kerusi yang kosong ditinggalkan oleh para tetamu yang hadir.
mama dan mummy juga sedang melayan dan beramah mesra dengan mak-mak datin yang lain.

wiya melihat ke arah izhar yang juga sedang berbual dengan kenalan-kenalan daddy.
mungkin pasal bisness!

wiya mengeluh bosan dan mengantuk menguasai dirinya ketika ini.
tak sabar mahu tanggalkan baju yang berat dan make-up yang tebal di muka.
kalau ditimbang berat badannya ketika ini pasti angkanya akan meningkat.
meningkat bukan sebab dia gemuk tapi sebab make-up dan baju!

tapi...dia cuma ada satu masalah sekarang!
dia tak tahu bilik mereka di mana!!
yang dia tahu hanya bilik tempat dia bersiap tadi.
kata mama bilik mereka rahsia.
nak pergi tanya mama memang tak lah sebab mama tengah rancak berbual!

mata wiya menala ke arah izhar.
hanya suami dia saja yang tahu.
macam mana nak panggil?
wiya merenung izhar lama-lama berharap izhar akan perasan akan pandangannya.
dan...yess!!!

wiya lambai tangan pada izhar yang sedang menoleh ke arahnya beserta senyuman.
izhar buat isyarat apa!
wiya juga buat isyarat supaya izhar datang padanya.
bersimpang-siur tangannya.

izhar melangkah ke arah wiya yang tidak berapa jauh darinya.

" ada apa awak panggil?"soal izhar.

"saya cuma nak tahu bilik dekat mana? saya nak tanggalkan make-up ni"kata wiya

"lahh..tu je ke? bilik kita dekat tingkat atas sekali.honeymoon suit"kata izhar

"saya tak pernah tidur hotel tau,jadi...mana saya tahu tempat tu..."kata wiya.

"lah...anak orang kaya tak pernah tidur hotel? pecah rekod dunia ni"usik izhar beserta senyuman.

"rumah ada..buat apa tidur hotel?"jawab wiya.

izhar tergelak melihat wajah comel di depannya ini.kalau tak difikir orang yang ada...mahu saja muka ini diciumnya!

"okaylah...saya temankan,lagipun..saya pun penat,nak rehat"kata izhar sambil urut-urut belakang lehernya dengan tangan.

wiya angguk kepala.
izhar melangkah menuju ke arah lif yang ada berdekatan.
wiya melangkah dengan perlahan.
semuanya gara-gara baju yang dipakainya.
ketat di bahagian peha dan panjang meleret menyebabkan langkah kakinya terbatas.

izhar sudah di dalam lif.wiya pulak masih terkial-kial.

"awak...? wiya?"panggil izhar setelah agak lama isterinya masih tidak muncul-muncul dalam lif.

"ye...datang ni,kejap.."

wiya melepaskan nafas lelah apabila sudah berada dalam perut lif.
dia bersandar ke dinding lif sementara lif bergerak menuju ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience