bab 49

Romance Completed 10363

tokk!! tokk!!

wiya yang sedang mengemas baju-baju dari dalam beg ke dalam almari terhenti sekejap kerjanya.

"masuklah..."laung wiya dari dalam.

pintu dibuka dari luar.
muncul muka bersalah aishah dan di belakangnya amri yang pura-pura menilik pintu kayu itu.
nak cari kuman ke apa?

"ada apa adik dengan angah?"soal wiya sambil tersenyum.

aishah tersengih menayang barisan giginya yang berbracess.

"err..boleh adik dengan angah masuk tak kak?"soal aishah dengan serba salah.

wiya tergelak perlahan.kelakar bila diminta izin dulu.
okay..ini menandakan adik-adik iparnya menghormati privasi kakak iparnya.
bagus!

"masuklah...malu-malu pulak,angah tu..dah jumpa apa yang di cari dekat pintu tu?"

amri terus terkejut kerana ditanya sebegitu.
nampak sangat ke dia sedang pura-pura?
dia tersengih malu.

wiya tahan gelak dalam hati.
aishah dan amri melangkah masuk ke dalam bilik lalu bersila di sisi wiya yang dikelilingnya dipenuhi dengan beg terisi baju.

"angah dengan adik ganggu akak ke?"soal amri serba salah.

wiya tersenyum.
"tak lah...akak tak sibuk pun..cuma nak kemas baju-baju ni"

"ohh..mesti akak penat lagi kan? kalau macam tu...esok je lah angah dengan adik jumpa akak"kata amri mahu bangun dari duduk.

aishah dengan wajah hampa turut mahu bangun.

"eh..eh..sekejaplah..akak tak penat pun,kan akak tengah lipat baju ni..bukannya sedang berzumba"

aishah kembali dengan wajah ceria.
amri pulak tersenyum.
"betul ni kak?"

wiya angguk sambil tersenyum.

"siapa dalam bilik mandi tu kak?"soal aishah tiba-tiba.
bunyi air jelas terdengar.

"siapa lagi..along lah"jawab wiya sambil tersenyum.

"ohh..."

"sebenarnya kak..kami datang ni semua sebab...sebab...."amri teragak-agak mahu berkata.

kening wiya berkerut.
"sebab apa?"

"sebab adik ni lah.tak sabar-sabar,mummy dah larang suruh esok je..tapi adik ni degil,siap tarik tangan angah,paksa angah suruh ikut dia datang bilik akak.dia nak sangat tengok hadiah yang akak dan along sebutkan tu.katanya dia tak sabar nak tunjuk dekat kawan-kawan.memang penatlah angah nak mendengar perangai adik ni...angah tengah seronok main gitar cover lagu dia sesedap rasa ajinomotonya pergi rampas gitar angah..bengang habislah dengan adik ni....."

wiya dan aishah sudah berkelip-kelip mata sambil mulut masing-masing ternganga.

"entah siapalah yang jadi suami adik ni.umur dah besar tapi suka paksa-paksa orang ikut citarasa dia.dia je yang betul.angah...kalau ada girlfriend macam ni..dah lama angah buat satey orang!"
sambung amri lagi dengan bersemangat.

mata wiya terkelip-kelip.
beberapa seketika kemudian amri tersedar keterlanjurannya.
dia tersengih sambil dua tangannya disatukan ke arah aishah memohon maaf.

wiya yang mendengar dan melihat tak dapat nak tahan gelak.
"hahhahaha...iskk..iskk..hahahah..hihihi.."
semua jenis bunyi keluar.
wiya ketawa sambil memegang perutnya yang mulai sakit akibat gelak terlalu banyak.
air matanya meleleh ke pipi apabila melihat muka masam aishah.

"banyak betul komplen angah untuk adik ye? dah macam mak nenek angah pok pek pok pek dekat akak.malulah adik macam ni...apalah angah ni"aishah memeluk tubuh merajuk.

"sorrylah adik..angah cuma luahkan ketidakpuasan hati angah dekat akak je..."kata amri serba salah.

wiya semakin kuat gelaknya.mana nak tahan bila tengok muka merajuk aishah dan muka mengaku salah amri.
adoila..nama pun kembar kan?

"apa sorry-sorry? angah tu memang tak pernah nak sokong adik.apa salahnya adik nak minta hadiah along dengan akak dari jepun malam ni? angah tahukan adik macam mana? adik memang pantang habis bila dengar hadiah.adik nak jugak sekarang"kata aishah.

"ye..angah tahu tu..tapi angah minta maaf erk?"

"erm...ye lah,kalau tak..adik tak nak tolong angah buat addmaths lagi"kata aishah kembali reda amarahnya.

aku menggeleng kecil.
suka sangat dengan telatah dua ni!
umur besar tapi...bab pergaulan antara satu sama lain..memang terboikkk!!

"nak hadiah je ke? ingatkan apalah tadi..angah pun pok pek pok pek panjang sangat"kata wiya

"angah memang macam tu kak.."
kata aishah sambil menjeling manja abang kembarnya.

amri tersenyum.

"kalau nak hadiah...sekejap akak pergi ambilkan"kata wiya terus bangun dari bersila.

aishah tersenyum girang.
amri pulak hanya menanti dengan sabar.
bukannya dia tak teruja apabila bakal dapat hadiah dari jepun.cuma....dia boleh bersabar lebih sikit dari aishah.si adik kembar yang disayangi!

tak lama kemudian wiya muncul semula bersama dua beg kertas bercorak cantik.
wiya duduk berdepan dengan amri dan aishah.

"wahhh...macam banyak je kak? tak sabarnya..."kata aishah dengan dua tapak tangannya digesel-gesel antara satu sama lain.

"banyak ke kak? biar betul?"soal amri mulai teruja.

"eleh..tadi kata orang,sekarang dia pun sama"kutuk aishah.

wiya tersenyum.
"dah....jangan gaduh-gaduh,dalam ni..ada dua barang untuk adik dan angah"kata wiya sambil menghulur beg itu satu kepada aishah dan satu lagi kepada amri.

"thanks kak...sayang akak,mmuuahh!!"
pipi wiya menjadi mangsa tempat mendaratnya bibir comel aishah

amri hanya ketawa bila melihat muka terkejut kakak iparnya.
"dia memang macam tu kak..akak jangan terkejut"pesannya.

wiya hanya tersengih.

"sorry kak..hehehe"

"its okaylah...."balas wiya.

"sayang!! i love you!!"

wiya,aishah dan amri sama-sama melihat susuk tubuh kurus yang bertuala menutupi bahagian pinggang sampai ke lutut.
tangan izhar didepa ke kiri dan kanan sambil matanya terpejam.
nak nyanyi bollywood ke apa?

mereka bertiga berpandangan.
dan...
"hahahahha!!!!..hahahhaha!!"
aishah menyeka air mata yang hampir keluar kerana gelak terlalu banyak.
amri pulak sudah bergolek gelak sambil pegang perut.
wiya hanya gelak di tempatnya.

"aikk..bunyi macam ramai je?"kata izhar dalam hati.
terus matanya dibuka luas.
bukan main terkejut dia bila melihat amri yang seperti orang kena sengat lebah bergolek-golek.
aishah yang tertunduk-tunduk sambil ketawa.
dan akhir sekali wiya yang sedang melihatnya sambil ketawa sama.

"apa korang buat dalam bilik along ni?"soal izhar menutup rasa malu.

"along tu...kelakarlah!"kata aishah dengan sisa tawa yang susah nak berhenti.

"ntah..tiba-tiba keluar dari bilik air jadi macam tu.kena sampuk ke?"soal amri

"ehh..ehh..gelakkan kita pulak,along tanya kan? kenapa korang datang malam-malam macam ni dalam bilik along? bagilah privasi sikit.."kata izhar terus memeluk tubuhnya.

"kami datang nak ambil hadiahlah..."kata amri

"sekaligus boleh juga tengok drama cinta"sambung aishah lagi.

wiya tertawa lagi sekali.
"awak tu yang keluar tak pakai helmet.nak salahkan dia orang kenapa?"

"okay now...dah dapat hadiahkan? please..get out from my room?"kata izhar

amri dan aishah buat muka masam.
"along ni kecohlah...orang gurau je kot"kata aishah

"no gurau-gurau,pergi duduk surau"kata izhar.

wiya hanya menggeleng kepala bila melihat muka masam amri dan aishah melangkah keluar dari bilik.
along dengan adik-adik sama je..suka bertelagah.masing-masing nak betul.
tapi...mujur mereka hanya bergurau.

"akak..thanks for this present"kata aishah bila berhenti dekat depan pintu.

"aikk..along pun beli jugak tau kenapa tak nak kata terima kasih dekat along juga?"kata izhar tak puas hati.

"sebab along jahat..blluuweekkk!!!"selepas itu terus kakinya berlari masuk ke dalam biliknya dengan ketawa yang kuat sebab dapat kenakan alongnya!

"angah? tunggu apa lagi?"soal izhar

amri hanya tersengih kemudian terus pergi ke biliknya.

izhar menutup pintu bilik dan kunci dengan rapat.
"awak kenapa tak cakap yang dia orang ada dalam bilik ni tadi?"

wiya tersenyum.dia kembali melakukan tugas yang tergendala.
"alah...awak kan dalam bilik mandi? saya ingatkan awak dah tahu..."

"erm...ye lah tu,"

wiya tahan gelak bila dengar ayat pasrah dari izhar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience