bab 57

Romance Completed 10363

"awak bersedia sayang?"soal izhar sambil mengusap wajah wiya yang pucat.
tangan mereka berdua sudah terungkai daripada tali dengan menggunakan serpihan kaca cermin yang pecah.

"tak apa...wiya okaylah"jawab wiya

"tapi muka awak nampak macam tak okeylah sayang...awak jangan risau...InsyaAllah kita akan selamat,yang penting awak kena ikut je saya ye?"

wiya mengangguk dengan terpaksa.berat hatinya untuk melakukan itu semua.
tapi akibat terpaksa dan tidak mahu izhar berputus asa dia relakan juga.
tapi hatinya juga kuat mengatakan yang hanya ini saja jalan yang mereka ada.

izhar melihat sekeliling bilik gelap itu.
dia kemudian beralih mata ke arah wiya di depan.
dia memegang wajah wiya di kedua-dua pipi.
mata mereka bertentangan.

"sayang...awak dengar sini,kalau apa-apa terjadi pun..saya nak awak larikan diri tanpa saya ye?"

hati wiya semakin pedih mendengar arahan itu.
dia menggeleng laju.
air matanya bertakungan di dalam mata.

"kenapa awak cakap macam tu? kita sama-sama keluar kan? kita sama-sama selamatlah!"bentak wiya tidak setuju.

"say cakap benda yang mungkin akan terjadi,sekurang-kurangnya kalau awak selamatkan diri...awak boleh minta bantuan dekat luar kan?"

"izhar...saya tak akan tinggalkan awak! walau apa pun yang terjadi"

izhar mengeluh seketika.
memang dia hanya berkeyakinan tinggi tika di depan wiya,yang sebenarnya hati dia tiada siapa yang tahu.
sebarang kemungkinan akan berlaku.
kalaulah dia tewas di tangan mereka semua macam mana?
harapannya hanya satu.
dia mahu wiya selamat!

"izhar! awak dengar tak?"

izhar tersedar semula.
dia tersenyum paksa.
"baiklah..kita akan sama-sama keluar dari sini"

wiya menyeka matanya.
.....................

"betul kau nak aku jalankan kerja tu hari ni?"osal emran teragak-agak.dia melihat ke arah abangnya yang sedang duduk bersandar di kerusi yang tersedia sambil tersenyum lebar.

"kenapa? kau tak boleh nak buat kerja tu?"soal tan sri ebrahim semula dengan nada sinis.

emran tertawa senget.
"kau kenal siapa aku kan? semua kerja kotor aku pernah buat,setakat membunuh celah kuku aku je"jawab dia sinis sekali.

"habistu kenapa kau tanya banyak kali? sekali aku cakap,itu yang aku nak kau buat! aku upah kau! bukannya free"

emran merengus geram.

"kudin!!!"laung emran dengan kuat.

tidak lama kemudian muncul dua lelaki berjaket hitam dan berkepala botak dengan tergesa-gesa.

"ada apa tuan?"

"pergi bawak budak dua ekor tu ke gudang rahsia kita! aku nak senttlekan semuanya cepat-cepat! buang masa aku je"kata emran sambil menjeling ke arah abangnya.

tan sri ebrahim tersenyum sinis.

"sekarang ke tuan?"soal dua lelaki itu.

"tak kan lah tahun depan!!? aku cakap sekarang kan? sekaranglah!!"marah emran

"ba..baik tuan"
mereka berdua berlalu keluar dari tempat itu.

emran mengikut dari belakang.

"ingat!"

kaki emran terhenti dari melangkah apabila suara abangnya berbunyi lagi.

"aku nakkan bukti!"

emran tersenyum sinis.kemudian meneruskan langkahnya.
......................
"pelan-pelan langkah tu"pesan izhar kepada wiya dibelakangnya.
ketika itu mereka sudahpun berada di dalam semak hutan itu untuk mencari jalan keluar ke jalan raya.

wiya cuba untuk menngikut jejak langkah izhar dari belakang.
walaupun rumput-rumput,dan akar kayu yang berselirat kadang-kadang menhiris kulit kakinya dia masih lagi bertahan.
tangannya tak lepas dari genggaman izhar.

"awak...jauh lagi tak?"soal wiya

"saya rasa dekat depan tu je lagi...awak tak kuat ke? saya kendong awak?"pinta izhar risau.

wiya menggeleng kepala.
mereka dah lah dalam hutan,izhar jugak keletihan macam dia.tak kanlah dia mahu izhar mengendong dia lagi?
"tak payah...saya saja tanya je...saya cuma risau takut dia orang dapat cari kita"

"jangan risau...kita cepatkan langkah kita ye?"

wiya angguk kepala.
mereka meneruskan berjalan.
..............

"hilang!!!?"tempik tan sri ebrahim dengan terkejut.

"ye lah..anak buah aku yang bagitahu,tak kan nak tipu pulak?"jawab emran

tan sri ebrahim mengetap gigi geram.
"tak guna punya budak! kali ni kau tak akan terlepas!"

tan sri ebrahim mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam poket baju kot miliknya.
"kau bawak anak-anak buah kau! bawak pistol masing-masing! kita geledah satu hutan ni!"

emran angguk kepala.
dia melangkah keluar untuk memaklumkan kepada anak buahnya.

"hey budak!!!! baik kau keluar sekarang!!"tempik tan sri ebrahim dengan lantang di tengah-tengah hutan itu.

"kau keluar!!!!"jerit emran pulak.

mereka berdiri dan mencari di kawasan berdekatan.

"kau nak aku bunuh kau secara kasar ke...atau lembut? baik kau keluar!!"kata tan sri ebrahim dengan geram.segala rancangannya hampir lebur!

wiya memejam mata rapat-rapat sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan.tidak mahu sebarang suara yang keluar.
izhar di sebelah juga melakukan perkara yang sama.
ketika itu mereka sedang menyembunyikan diri dibalik semak yang berada hampir dengan kedudukan mereka yang sedang memburu.

"baik kau keluar!!! kau ingat kau akan terlepas dari sini? ini kawasan aku! aku lebih tahu di sini"kata emran

izhar memberi isyarat kepada wiya supaya mereka segera bergerak dengan perlahan-lahan mengundur ke belakang.
jalan raya sudah tidak begitu jauh dengan tempat persembunyian mereka.

wiya mengerdipkan matanya memberi isyarat tanda faham.

di depan sana masih terdengar suara-suara penjahat yang memanggil-manggil mereka dengan pelbagai jenis ugutan yang menakutkan.

wiya menggenggam kuat tangan izhar yang sedari tadi berpaut padanya.

"kau nak pergi mana!!?"tempik satu suara dari belakang mereka.

izhar dan wiya sama-sama berhenti melangkah.

"kau berani sangat ke nak lari dari aku?"soal emran dengan sinis.
tan sri ebrahim di sisinya hanya ketawa kuat

wiya dan izhar sama-sama menhadap mereka berdua

"jauh sangat ke kau boleh lari? dasar budak mentah!"kata tan sri ebrahim

"tolonglah lepaskan kami...saya akan bayar berapa je yang awak semua nak,tapi lepaskan kami tolonglah"rayu wiya

"hahha!!! kau ingat kami ni nak kan duit ke? kami mahukan nyawa suami kau!"balas emran

wiya semakin ketakutan.lengan izhar dipeluknya erat.

"korang mahu apa dari aku hah? kau nak harta daddy aku kan?"soal izhar bengis

tan sri ebrahim dan emran sama-sama ketawa.
pistol ditangannya dipusing-pusing.

"untuk pengetahuan kau wahai orang tua! aku tak akan benarkan kau sentuh setitik pun harta daddy aku! kau langsung tak layak! buat apa kau nak ada company besar macam tu kalau otak kau tu dah cair dengan segala idea yang membangun? kau dengar sini...walau apa pun yang kau buat dekat aku...impian lapuk kau tu tak kan terjadi!"
kata

"kurang ajar!!"

"berhenti!"

aksi tan sri ebrahim yang mengacukan pistol ke arah izhar terhenti.

"tolong letak senjata anda dan angkat tangan ke atas!!" arah seorang anggota polis yang keluar dari semak hutan itu bersama sepucuk pistol di tangannya.

"papa!!"seru wiya apabila terlihat wajah tan sri erdy long dan tan sri akram turut berada di situ.

tan sri ebrahim memberi isyarat pada emran di sisinya.

"dengar arahan!"tempik anggota polis itu sambil menghampiri tan sri ebrahim dari belakang.

tan sri erdy long yang seperti mengesyaki sesuatu terus berlari ke arah wiya dan izhar yang berdiri agak jauh darinya.

tan sri ebrahim menundukkan badannya dan sebelum itu dengan pantas dia mengacukan pistol ke arah izhar dan..

PPOOMM!!

PPOOM!!!

"papa!!!"jerit wiya saat melihat tubuh tan sri erdy long rebah ke pangkuan izhar.

sekaligus tan sri ebrahim juga rebah ke bumi apabila das kedua yang ditembak polis tepat mengenai dadanya.

"papa!! bangun pa"panggil izhar sambil cuba menyedarkan tan sri erdy long yang kini di atas ribaannya.

"kami memerlukan bantuan ambulance sekarang,dengan kadar segera"arahan dari salah seorang anggota polis melalui walky talky.

tan sri erdy long memegang pipi wiya yang dibasahi dengan air mata.
dia tersenyum sedikit sambil menahan rasa perit di dalam badannya yang ditembusi oleh peluru.
kemudian dia tidak sedarkan diri.

"papa...bangun pa..."rayu wiya dengan lemah.

tan sri akram menghampiri tubuh kaku itu dengan perlahan.
sayu hatinya saat melihat tubuh kaku itu.
dia terduduk di sisi abangnya.
"abang long.."keluhnya

"lepaskan aku!!! aku tak bersalah!!!"tempik emran sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience