bab 20

Romance Completed 10363

tok!! tok!!

"masuk!"kata tan sri akram perlahan.dia menanti gerangan yang datang ke bilik pejabatnya itu.

memang dia agak sibuk dalam minggu-minggu selepas kehilangan anak sulungnya.
walaupun kehilangan izhar masih lagi menjadi misteri,tan sri akram masih cuba mencuri masa untuk syarikat.
bukan dia tidak pedulikan kehilangan satu-satunya pewaris tahta syarikat family's ini.tetapi oleh kerana pelanggan-pelanggan yang setia menanti dan projek bersama masih lagi berjalan,jadi..dia terpaksa menguatkan diri untuk cuba mengawal syarikat di bawah kendalian izhar sebelum ini.
nak harapkan amri dan aishah membantunya?
memang tak lah,anak-anak kembarnya lebih gemar menceburi bidang perubatan daripada bidang perniagaan.jadi,siapa lagi yang bakal mewarisi syarikat ini selain izhar!

"tan sri..."
kata seorang wanita bertudung litup berdiri di hadapan pintu.

tan sri akram menala pandangan pada setiausaha anaknya.

"ada apa shazlin?"soalnya.

"tan sri ebrahim sudah datang"kata wanita yang dipanggil shazlin.

"oh..suruh dia masuk"

shazlin tersenyum kemudian mengangguk.
dia mempersilakan seorang lelaki berbadan gempal dan berkot berwarna coklat,dan berjambang masuk ke dalam.

"assalammualaikum tan sri"sapa lelaki itu dengan senyuman.

tan sri akram tersenyum.
shazlin sudahpun berlalu.
"waalaikumsalam.."tangan mereka bertaut.

"apa khabar tan sri? sihat?" soal tan sri ebrahim.

"macam ni lah tan sri...,nak kata sihat sangat tak jugak,batuk sikit"jawab tan sri akram.

"biasalah..umur-umur macam kita ni.."kata tan sri ebrahim.
ketawa mereka bersatu.

"silakan duduk tan sri,maaf sebab terlupa pulak yang harini ada pertemuan dengan tan sri"ujar tan sri akram serba salah terhadap rakannya yang agak rapat.mereka selalu berkongsi perihal perniagaan bersama.

mereka berdua menghampiri sofa di ruangan sebelah.
mereka duduk bertentangan.
"so...macam mana dengan bisness? semua okay?"soal tan sri ebrahim.

tan sri akram tersenyum.
"biasalah tan sri...ada turun naik perniagaan ni,tapi saya bersyukur sangat..dalam masalah yang mendatang pun..pelanggan luar tetap masih percayakan kami"

tan sri ebrahim tersenyum senget.
"baguslah kalau macam tu..perniagaan tan sri dari dulu lagi sentiasa maju,memang patutlah harta pun berkepuk-kepuk,mana taknya...cawangan family's colection dah nak masuk ke lima puluh lebih di serata Malaysia...itu tak terkira di luar negara lagi kan?"katanya dengan sinis.

tan sri akram tergelak perlahan.
"Alhamdulillah tan sri...rezeki anak dan isteri,lagipun....anak saya yang bangunkan syarikat ni,dia banyak membantu"

tan sri ebrahim merenung riak kesedihan yang terpancar di wajah tan sri akram.
"oh ye..pasal perkembangan terkini izhar,macam mana?"

tan sri akram mengeluh.
"entahlah tan sri....dah serata tempat pihak polis buat pencarian.langsung tak jumpa apa-apa lagi"

"sabarlah tan sri...tak ke mana pun agaknya...mungkin ini ujian"

tan sri akram mengangguk.
"saya harap nanti kami bakal bertemu dia kembali"

tan sri ebrahim tersenyum.
"insyaAllah tan sri..kita berdoa banyak-banyak,saya kenal izhar ni baik budaknya,dia seorang anak yang baik..tak mungkin ada orang yang sengaja nak buat jahat pada dia"

"nak buat macam mana tan sri,hati manusia ni kita tak tahu..."
bahu tan sri akram ditepuk perlahan oleh tan sri ebrahim.

"minta maaf tan sri...tan sri datang jauh-jauh semata-mata tengok saya bersedih pulak..."kata tan sri akram dengan senyuman.serba salah sebab terlalu menunjuk perasaan sedih di hadapan rakannya.

tan sri ebrahim tergelak perlahan.
"it's okay tan sri...saya mana-mana pun okay"katanya

tan sri akram tersenyum.
"kalau macam tu..jom kita pergi bilik mesyuarat"

"ada apa? saya tak kisah kita berbincang di sini pun"kata tan sri ebrahim pelik.

"tan sri tetamu khas saya..saya ada buat jamuan sikit untuk tan sri"

"lah...susah-susah je..."

"tan sri datang jauh,tetamu mesti kita raikan kan..?"soal tan sri akram.

tan ebrahim mengangguk sambil tersenyum.
mereka sama-sama bangun lalu keluar dari bilik itu.
........................

mereka terbaring lesu dibawah pokok yang rendang itu.cuma jarak antara mereka diluaskan.
wiya merenung ke langit yang membiru,yang memberi cahaya terang-benderang ke seluruh alam.
menampakkan tompokan awan putih yang berkepul-kepul seperti asap yang berterbangan.
burung juga terbang secara berkumpulan.
wiya mengeluh sekali lagi.
kalaulah dia sebenarnya adalah dracula,bolehlah dia bertukar jadi kelawar macam gambar kegemarannya hotel translvania!
dia akan terbang balik ke rumah!

dia menoleh ke kirinya.
izhar juga terbaring lesu.sudah tiga hari sebarang makanan tidak masuk ke badan mereka.kalau sebelum ini peluang mereka untuk mengunyah buah pisang masih ada.tapi..sejak buah pisang sudah habis di dalam hutan itu kerana selalu diambil oleh mereka berdua,jadi maknanya...habislah ia!

"awak....."panggil wiya mendatar.

"ermm...?"sahut izhar perlahan.

"sampai bila?"

izhar menala pandangan ke arah wiya,gadisnya yang kini kelihatan lemah sekali.tak kurang juga dengan dia!
"awak jangan risau...saya ada untuk awak!"katanya perlahan.

"macam mana kalau kita selamanya di sini?"

"saya tetap ada untuk awak"

"kalau kita mati di sini?"soal wiya lagi.

"kita akan mati sama-sama!"

wiya tersenyum segaris.
"saya betul-betul tak larat"

izhar cuba untuk bangun dari baringnya.
akhirnya dia berjaya duduk dengan tenang.
dia mendekatkan dirinya di samping wiya.
wiya juga bangun dari pembaringannya.
kini mereka sudah duduk bersebelah.

"agaknya mereka semua mesti fikir yang kita ni..dah mati kan?"soal wiya

"kita tak tahu apa yang dia orang rasa sekarang,jadi...jangan cepat cakap macam tu,nanti semangat awak semakin menurun"kata izhar

"tak pernah seumur hidup saya rasa lemah yang teramat sangat macam sekarang,habis kuat pun..saya cuma demam,yang lain...saya sentiasa kuat"kata wiya

izhar diam.dia juga sudah buntu macam mana mahu mengembalikan mereka ke daratan semula.lebih tepat lagi ke tempat asal mereka semula.
mereka berdua senasib yang sama.
tiba-tiba izhar rasakan bahunya berat di sebelah kanan.dia melihat ke kanan.tersenyum dia saat melihat kepala wiya yang sudah terlentuk di situ.
tangannya diangkat ke atas bahu wiya.

"agak-agaknya.. sekarang berapa hari bulan erk?"soal wiya lagi.

"tak tahu...tapi rasa lama!"jawab izhar.

"saya nak buat permintaan boleh?"kata wiya.

"apadia?"

"kalau ditakdirkan awak diselamatkan oleh sesiapa...dan saya mati di sini,tolong bagitahu mama dan papa saya yang...saya nak minta maaf dekat dia orang"

izhar menurunkan tangannya.kepala wiya juga sudah diangkat.
"kenapa awak cakap macam tu?"
mata mereka bertentangan.

"sebarang kemungkinan boleh berlaku"kata wiya

"awak kena ingat...kalau saya selamat awak pun mesti selamat,kalau jadi apa-apa dekat awak...ia akan tetap jadi pada saya jugak...sebab saya tak akan tinggalkan awak! percayalah!"kata izhar

wiya ketawa perlahan.
"dalam masa darurat macam ni pun..awak tetap nak buat ayat tangkap muat kan?"

izhar tersenyum.
"betullah saya cakap...dan,saya dah buat keputusan...nak dengar tak?"soal izhar dengan senyuman.

"keputusan apa?"

izhar bangun berdiri.
wiya pelik sendiri.dia memerhati izhar yang bangun berdiri sambil melihat ke arah laut yang beberapa meter jauh dari mereka.
kepala wiya terdongak ke atas melihat susuk tinggi itu.

"andai nanti..bila kita selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing,saya akan jadikan awak bidadari saya...itu janji saya"kata izhar terus berjalan ke arah laut.meninggalkan wiya yang ternganga mendengar kata-kata itu.
wita tersenyum lebar.dia melihat tubuh izhar yang berdiri di gigi air laut yang berombak.

betul ke rasa macam ni...namanya cinta? tak silap dia betullah! kalau betul apa yang dia rasa ini adalah cinta,harap-harap ia akan berkekalan untuk selama-lamanya..hanya untuk?
untuk.....
untuk....
IZHAR!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience