bab 42

Romance Completed 10363

hari pertama kami di jepun!

wiya tersenyum saat melihat matahari yang semakin menampakkan cahaya terangnya.
suasana di bawah sana juga riuh rendah dengan suara-suara dan bunyi kenderaan yang keluar masuk di hotel Richmond ini!

izhar mengeliat sakan.
dia meraba tempat kosong di sebelah kanannya.
kosong!
dia buka mata sikit-sikit.
mata jadi berat nak buka.
dia bangun bersandar di kepala katil.

matanya dikelip-kelipkan supaya rasa mengantuk akan hilang.

dia menutup mulut kerana menguap.
dia melangkah turun dari katil.
balkoni di luar ditujunya.
tersenyum izhar apabila melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang tersenyum sambil mendepakan tangan ke kiri dan kanan.
izhar menggeleng sambil tertawa.

dengan langkah perlahan-lahan.
dia menghanpiri wiya dari belakang.
pinggang wiya dipeluknya.
"buat apa ni?"soalnya.

sepantas kilat tangan wiya turun ke bawah dengan sendiri.
wiya buat muka masam!
"awak ni kacau mood oranglah...baru nak feeling-feeling macam filem titanic"

izhar gelak lagi.
"banyaklah awak punya titanic.hah...lagi satu kalau awak berangan ada dalam filem tu..mesti ada jack kan? so...i'm your jack today"

wiya mencebir bibir.
rambutnya dibiar lepas dikibas oleh angin.

"awalnya bangun?"soal izhar.

wiya tersenyum.
izhar yang masih memeluknya dibiarkan.
"saja..semangat!"

izhar senyum lebar.
"semangat nak ke mana?"

"jalan-jalanlah...."kata wiya.

"habistu...tak nak bersiap ke?"soal izhar.

wiya tersenyum teruja.
dia memusing badannya menghadap izhar.
tangannya memeluk leher izhar.
"sekarang? pagi-pagi?"

izhar angguk sambil kening kanannya terangkat!

wiya tersenyum semakin lebar sampai menampakkan barisan giginya yang putih.
"okay...sebelum tu kita sarapan dekat mana?"

"dekat hotel ni lah...ada menu yang halal untuk pengunjung beragama islam"

"okay...kalau macam tu,lepaslah...saya nak masuk bersiap sekarang!"kata wiya sambil menolak badan izhar yang berada dekat dengannya.

izhar tersenyum gatal!
memang seronok kalau kenakan isteri dia ni!
"kiss dulu..."

terus wiya terdiam.
tangannya yang menolak badan izhar serta-merta terhenti.
"mandi pun belum nak suruh orang kiss...tak nak ark!"

"kalau macam tu...saya tak akan lepaskan awak"ugut izhar.

"awak jangan main-main boleh tak? tepilah...."

izhar semakin syok mengusik!
"kiss me..."

wiya mengeluh kuat.
"yelah..yelah..pejam mata!"kata wiya mengalah akhirnya.

izhar tersenyum bangga sebab berjaya buat wiya mengalah!

"sebelum tu...awak lepaskan pelukan awak ni dulu"kata wiya.

"macam mana kalau awak lari?"soal izhar risau.

"tak lah...."

"promise?"

wiya angguk kepala dengan bersungguh-sungguh.
terus dengan teragak-agak izhar mengalih tangannya ke sisi semula.

wiya tersenyum.
"are you ready?"soal wiya dengan nada menggoda.
tangannya memeluk erat leher izhar.

izhar tersenyum lebar.menanti ciuman dari isteri di pagi hari di bumi jepun!
alahai...indahnya!
matanya dipejam rapat.

wiya tahan gelak dalam hati.
dengan perlahan-lahan dia mendekatkan wajah mereka.
bibir mereka semakin dekat,dekat...dan dekat...dan....

cupp!

"hahahhaha!!!"wiya berlari masuk ke dalam bilik sambil tertawa kuat.

izhar buka matanya.
pipi yang menjadi tempat mendaratnya bibir wiya dipegang!
"wiya!!! saya bukan suruh kiss pipi lah"kata izhar terus berlari ke dalam mengejar langkah wiya!
dari dalam sudah terdengar wiya sedang ketawa sakan!
....................

Bumi Tokyo!
terasa lapang dan tenangnya di sini!
satu tempat yang amat mengkagumkan buat sesiapa yang meminati filem-filem romantik selain korea!

sesiapa yang mengunjungi bumi Tokyo,Jepun ini mesti rasa seperti berada di dalam filem scince fiksyen!
ditambah dengan bangunan-bangunan yang hebat dan unik di bandaraya ini!
memang betul-betul futuristik.

Shinjuku gyoen national garden menjadi tempat pertama untuk wiya dan izhar lawati dan kunjungi!
sebuah taman yang agak luas seluas 144 ekar.

"bestnya...apa yang ada dan tak ada dekat sini?"soal wiya saat matanya melihat pemandangan taman yang memukau matanya.

"yang ada kita...yang tak ada parents kita..."

wiya menjeling melihat lelaki di sebelahnya.
izhar yang perasan dirinya ditenung tajam tergelak sakan.

"suka main-main..memanglah parents kita tak ada dekat sini"kata wiya geram.

izhar tersenyum.
"sorry sayang....gurau je.."
pipi wiya dicubitnya sebelum tangannya ditepis oleh wiya.

wiya menggosok pipinya.
mesti merah!

izhar tersenyum bila melihat wajah di sebelahnya masih masam mencuka!
campur dengan budu mesti jadi sedap!

"dekat sini ada tiga jenis taman"kata izhar tanpa disuruh.

wiya mula tertarik.
"tiga perbezaanlah ye?"

izhar angguk kepala sambil senyum.
lega..'mem' besar dah tak merajuk dan masam muka lagi!

"macam mana tu?"soal wiya lagi.
perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak di dalam dada!

"dia orang berikan macam tiga konseplah,antaranya adalah...taman rasmi perancis,taman landskap english dan taman tradisional jepun.awak rasa kita sekarang ada di taman mana?"

wiya teruja sekejap mendengar penerangan dari tourist tak berbayarnya!
dia melihat pokok-pokok yang ada di sekeliling mereka.
pokok dekat sini cantik-cantik.
ada saja manusia-manusia ataupun pelancong berdiri dekat untuk ambil gambar.

wiya melihat izhar yang tersenyum di sebelah.
"taman tradisional jepun?"teka wiya.

"yess...bagus betul budak ni,anak siapa ni?"kata izhar.

wiya tak jadi nak marah.dia tergelak pulak!
"lepas ni kita pergi melawat taman yang lain pulak erk?"

izhar angguk sambik tersenyum.

"tahu tak tentang sejarah jepun pada era pemerintahan Maharaja Meiji?"soal izhar

wiya angkat bahu tanda tak tahu.

"taman ni antara yang terpenting pada zaman tu tau"

"serius ke..?"soal wiya.

izhar angguk lagi.

"wahh..hebatnya pengetahuan sejarah awak"puji wiya.

"lihatlah siapa...."izhar bernada berlagak sambil tangannya menolak rambutnya ke belakang!

wiya gelak lagi.
"awak jangan nak perasan..saya puji sikit je"

izhar tersenyum.
"bagi saya ia banyak...bukan senang nak dengar awak puji saya"

wiya senyum lebar.
dia mengeratkan pautan di lengan izhar.
"okaylah...lepasni saya puji awak banyak-banyak erk abang ku sayang...."

izhar berhenti melangkah.
wiya turut berhenti mengejut.
"kenapa berhenti?"

"abang ku sayang?"soal izhar dengan muka tak puas hati.

wiya yang awalnya terkejut dan keliru kemudian tergelak sambil menampakkan semua gigi-gigi depan dia yang cantik.

"lahh...ingatkan apa?"kata wiya sambil ketawa.

izhar masih lagi muka masam.

wiya berhenti ketawanya.
"okaylah...saya tukar,okaylah..lepasni saya puji awak banyak-banyak erk suami ku sayang..."siap dengan lenggok manjanya wiya bercakap.
matanya dikelip-kelipkan.

izhar pulak yang tergelak.
"apasal gedik sangat ni?"

mereka sama-sama ketawa.

"ingat awak nak suruh saya jadi gedik tadi,sebab tu saya buat macam tu"kata wiya.
mereka meneruskan berjalan.

"ye lah...tapi gedik sangat,macam tak sesuai"jawab izhar.

wiya tersenyum.
"pandai-pandai je"

beberapa minit mereka menikmati pemandangan sambil berjalan ke taman seterusnya.

"so...maknanya,taman ni dah lama dibina?"soal wiya lagi.

"yupp...dalam tahun...1906"jawab izhar.

ternganga wiya bila mendengar jawapan itu.
"mama dan papa pun tak lahir lagi waktu tu...jangankan kata saya dan awak"

izhar senyum.
"betul tu...lama kan?"

wiya angguk sambil menahan keterujaan dan rasa tak percaya yang taman yang begitu cantik macam ni dah lama wujud!

"sekarang...jom kita ke taman yang lain pulak"kata izhar sambil memeluk bahu wiya.

mereka beriringan berjalan sepertimana para pengunjung yang tidak henti-henti mengabadikan memori indah dekat sini.
...................

"assalammualaikum mama..."sapa wiya di talian.
telefon dilekap ke telinga kanan.

"waalaikumsalam....wiya,macam mana dekat sana? okay tak? sejuk sangat ke?"soal puan sri akma bertubi-tubi.

wiya tergelak.
izhar di depannya sedang menghirup maggie tersenyum.

"banyaknya soalan mama....nak jawab yang mana dulu..?"soal wiya.
maggie di depannya digaul-gaul dengan chopstick!

puan sri akma tergelak perlahan.
"alah...sikit je tu,mama sebenarnya risau kan anak mama ni...wiya kan tak biasa ke luar negara"

"ye...dekat sini sejuk jugaklah,memang tak tahan pun...nasib baik ada izhar"jawab wiya.
matanya menjeling melihat jejaka tampan di depan sedang kembang satu rumah!

"lega mama dengar....ingatkan wiya tak tahan sejuk,rupanya...bila ada encik abang di sebelah terus okay ye?"

wiya tergelak sama-sama dengan puan sri akma.

"wiya jangan lupa telefon mama selalu tau? dua minggu wiya dekat sana...mama dekat sini bosanlah"

"papa sibuk lagi ke ma..?"soal wiya

"papa wiya tu..faham-faham je lah,selalu kalau ada waktu nak rehat sikit,main golf dengan kawan-kawan...di ajaknya ali dan ayie tu sekali"adu mama dengan bersungguh-sungguh.

wiya tertawa mendengar celoteh dari mama!
"jangan-jangan...papa pasang baru tak ma..?"

"wiya!!!"mama sudah ketap bibir geram.

wiya tergelak sakan bila dapat kenakan mama dia!

izhar di depan hanya diam tak tahu apa yang disembangkan wiya.

"dah lah...mama nak letak telefon dulu..wiya suka kenakan mama"

wiya tersenyum.
"alah ma...jangan lah merajuk,wiya gurau je...siaplah papa kalau dia pasang lain!"

puan sri akma tersenyum.
"mama tahu...papa tak buat macam tu lah,okaylah...nanti bila ada masa wiya call mama lagi?"

"okay ma...jaga diri,kirim salam dekat papa,assalammualaikum"

"waalaikumsalam.."

wiya menutup talian.

"mama kata apa?"soal izhar tidak sabar.

"saja je...dia tanya khabar kita"

izhar angguk kepala.
maggie terus disuap ke mulut.
"cepat makan...tadi kata lapar kan?"

wiya tersenyum.
mangkuk maggie yang masih berasap ditarik dekat dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience