bab 26

Romance Completed 10363

wiya berjalan sambil meneliti setiap barang yang terjual di dalam pusat membeli belah kegemarannya sewaktu dahulu.
telah banyak yang berubah walaupun tempoh itu hanya sebulan.
mungkin dalam sebulan dia hilang tu...semua pemilik kedai-kedai dan butik-butik dalam ni ada idea nak menambah cantikkan kedai dia orang!
jadi disebabkan rindukan akan suasana 'dolu-dolu' wiya ajak ayie dan ali jalan-jalan pada petang itu.

wiya berjalan di depan sambil diawasi oleh ayie dan ali di belakang.seperti yang semua tahu! hubungan wiya dengan ayie dan ali dah baik seperti sebelum ini!
wiya tak lagi marah-marah,tengking-tengking mereka!

"aku nak singgah kedai buku kejap..boleh tak?"soal wiya pada mereka berdua.

ayie dan ali tersenyum.
"kami hanya ikut ke mana cik wiya nak pergi"kata ayie

wiya tersenyum.langkah kakinya diatur menuju kedai buku yang paling popular di kalangan para pelajar,guru-guru,dan macam-macam lagilah..termasuklah wiya!

wiya menilik setiap novel yang dipaparkan.semua kulit novel itu tampak cantik sangat!
ada yang berwarna-warni,ada yang comel seperti novel 'cucur bawang kopi o' ini.
kadang-kadang wiya teruja pulak bila melihat beribu-ribu buah novel yang ada dipasaran sekarang.
wiya kagum bukan sebab apa.salah satunya adalah sebab bayangkan dalam beribu-ribu novel tu cerita yang dikisahkan dalam novel tersebut adalah kisah yang berlainan.
memang dia salute pada penulis-penulis sekarang lagilah kalau penulis muda-mudi!
tapi...penulis kegemaran dia adalah...
Melur jelita!
memang kelakar habis bila si melur jelita ni buat novel!
kalau tak tebal sampai seribu lebih muka surat dia...memang bukan melur jelitalah jawabnya.

yang paling best pasal novel melur jelita adalah novel-novel yang beliau karangkan berunsurkan keislaman,perpaduan kaum,dan ada selit tentang hal-hal yang berlaku pada zaman sekarang!
tapi...ada jugak bab terlebih romantik sampai meleleh hingus para pembaca dibuatnya kerana terlalu sweet!
kadang-kadang sampai boleh buat orang tersenyum sorang-sorang!
memang hebat!!

"cik wiya ada apa-apa nak beli ke?"soal ayie di belakang dia.suara ayie menyembalikan wiya ke dunia asalnya.

wiya tersenyum.
"rasanya macam nak membaca"kata wiya

"cik wiya suka baca novel?"soal ali pulak

wiya tergelak perlahan.
"aku suka baca bila mood nak membaca aku datang"

ayie dan ali tergelak perlahan.
"baca itukan menambah ilmu,walaupun sekadar novel"katanya

"mestilah...kalau kau orang nak tahu,novel yang aku baca sebelum ni..kadang-kadang berguna jugak untuk masa depan"kata wiya

ali dan ayie angguk kepala tanda faham.

wiya mencapai sebuah novel terbaru keluaran melur jelita.
"Mikayla?"kata dia perlahan.
novel itu dilihat bahagian depan,tepi,dan belakangnya.

"best ke cik wiya?"soal ayie

"entah...keluaran terbaru dari melur jelita,rasa-rasanya best..Mikayla! macam nama yang penuh misteri dan tradisional"kata wiya

"wahh..cik wiya dah pandai menilik ye?"soal ali dengan ketawa gurauannya.

wiya tersenyum.
"mana adalah,aku mana reti nak menilik barang orang! tapi...aku akan ambil novel ni...sebab dia ada empat hero kegemaran aku!"kata wiya

ayie dan ali berpandangan.mungkin tidak faham apa yang dikatakan oleh wiya.yelah....merekakan tak minat bab-bab membaca ni!

"apa maknanya tu cik wiya?"soal ali

"cuba aku orang tengok apa yang tertulis dekat bahagian bawah kulit novel ni.
dia tulis...adaptasi i love you stupid!,my precious iris,awak suka saya tak!,the unsung hero dan the one!"kata wiya sambil menghulur novel itu pada ayie dan ali.

mereka berdua angguk faham.

"tapi....kenapa empat hero?"soal ayie

wiya tersenyum.
"empat hero kegemaran saya, firman ibrahim seorang polis trafik yang pedas berapi,hero dalam i love you stupid dan my precious iris, hilman yong,seorang mualaf cina yang tersangatlah tampan menjadi hero pujaan ramai dalam awak suka saya tak! dan...inspektor muhammad irvan,seorang anggota special force dalam vat 69 komandor menjadi seorang hero yang berhati tegas dalam the unsung hero dan the one! and the last one yang ini.....nama hero dia hardi-e.Ar rahman bercinta dengan wan andra mikayla dalam novel ini!"kata wiya dengan panjang lebar sambil memegang novel terbaru dari melur jelita.

ternganga seketika ayie dan ali dibuatnya.
"wahh..hebat betul otak cik wiya ni,semua hero-hero tu cik wiya ingat ye?"kata ayie dengan bangga.

wiya tersenyum.
"tak adalah....aku ingat sebab aku minat!"

"tapi...cik wiya dapat rasa ke bila baca novel tebal-tebal macam yang cik wiya cakapkan tu?"soal ali

"entah...aku pun tak rahu macam mana rasa tu datang..tapi tiap kali aku baca novel-novel ni semua...dia macam ada satu tayangan skrin besar depan mata aku yang menandakan yang cerita-cerita dalam ni wujud!"kata wiya

ayie dan ali tersenyum.
"memang bangga habis orang yang buat novel ni kalau dia dengar cik wiya cakap macam tu..."kata ali

wiya tersengih.

"tapi...cik wiya percaya hero-hero dalam ni wujud dekat bumi sekarang?"soal ayie

wiya tersenyum penuh makna.tiba-tiba wajah izhar yang tampan menerjah masuk ke benaknya.
"aku tak tahu..tapi aku rasa wujud seorang!"

"siapa?"soal ayie dan ali serentak.

wiya tersenyum.
"biarlah rahsia...."

wiya terus berlalu ke kaunter dengan membawa sebuah novel direka khas oleh melur jelita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience