bab 4

Romance Completed 10363

Muhammad fayyaz izhar bin tan sri akram.seorang lelaki yang agak peramah dan juga kadang-kala boleh menjadi serius tiba-tiba.
memang menjadi dambaan buat para wanita.tapi hatinya yang dimiliki hanya untuk seseorang.
memang semua orang mengatakan yang dia seorang playboy yang paling kebaaboommm!!!
semuanya kerana dia melayan semua gadis-gadis yang ingin mendampinginya.
diajak keluar makan dia on,di ajak tengok wayang dia on,di ajak untuk jalan-jalan dia lagi on.
apa salahnya menambah kenalan.lagipun dia berniat sekadar mahu memuaskan hati si gadis yang mengajaknya.tiada niat mahu memasang lagi satu jalan menuju ke perhubungan percintaan.tapi...memang teman wanitanya selalu bertukar,paling lama adalah selama dua minggu dia bercinta.itu bukan playboy kan? he..he..he.

pagi itu tiba-tiba pulak mata dia dengan sendirinya terbuka di awal pagi.selalunya kalau hari-hari cuti sebegini selagi jam tak berdetik ke angka sepuluh pagi.jangan harap dia nak bangun dari katil yang empuk dan selesa itu.
dia bangun dari katil.menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka.
dengan berseluar tiga suku paras lutut dan berbaju singlet dia turun ke tingkat bawah menuju ke arah dapur.di mana bau yang semerbak mencucuk-cucuk hidungnya.
perut kempisnya diusap.
lapar!!
dia menjengul melihat mummy puan sri shasha sedang memasak sesuatu di dalam kuali membelakangkan dia.
izhar duduk di atas kerusi yang ada.
air teh tarik yang panas terhidang di dalam teko dituang ke dalam gelas.
dia menghirup sedikit.tangan laju sahaja mencapai cucur bawang dicampur ikan bilis dan sedikit kucai yang menjadi kegemarannya dari dulu lagi.

"ya..Allah..terkejut mummy,ingat penyamun mana!"kata puan sri shasha sambil mengurut dadanya.
di tangan kanannya terdapat satu magkuk mee goreng.

izhar melempar sengihan.
"sorry my..."katanya.

"mimpi apa semalam?"soal puan sri shasha dengan selamba sambil mencedok mee ke dalam pinggan kosong.

terkejut izhar dibuatnya.seriously!!?
memang dia ada mimpi semalam.tapi..mimpi pasal si gadis yang dia jumpa di mcd kelmarin.dia ada terjerit-jerit memanggil gadis itu yang pergi semakin jauh di dalam mimpinya itu.

"dengar ke?"soalnya cuak.cucur di tangan tak jadi disua ke mulut.

puan sri shasha tergelak perlahan.
"apalah...along ni"katanya.

izhar naik hairan dengan telatah mummy dia.
"kenapa mummy tanya macam tu?"soal dia lagi.

"takde lah....selalunya kalau weekend macam ni,jangan harap nak sarapan sekali dengan along.nun...tengah hari baru nampak muka.sebab tu mummy tanya..mimpi apa-apa ke?"kata puan sri shasha

izhar melepas nafas lega.dia tersenyum lebar.

"takde lah my..tiba-tiba mata ni dia bangun awal"

"subuh tak?"

"ehh..mestilah,along tak pernah tinggal solat"kata izhar.

puan sri shasha tersenyum.tahu anak sulungnya itu memang tak pernah meninggalkan solat.Alhamdulillah semua anak-anaknya mendengar segala ajaran.

"mana daddy?"soal izhar sambil menyambung makan.

"jongginglah pagi-pagi ni"

"dengan si kembar tu?"soal dia lagi.merujuk pada adik-adik kembarnya yang berusia 17 tahun.muhammad izwan amri dan nurul izwani aishah.

"siapa lagi"kata puan sri shasha

izhar angguk kepala.

"along ni....mummy tengok selalu keluar bawak anak dara orang ke hulu ke hilir, selalu tukar-tukar pulak tu"kata puan sri shasha.

izhar berhenti mengunyah mee di dalam mulut.
"mana adalah my...."

"ingat mummy tak tahu ke? mummy ada spy tau,tu....angah dengan adik.selalu mengadu dekat mummy.sekejap nama itu,sekejap nama ini..sekejap yang pakai tudung,sekejap yang tak pakai tudung.apa ni long?"soal puan sri shasha dengan wajah tak puas hati.

izhar menggaru kulit kepalanya.
"alah....along suka-suka je,lagipun along setia satu je lah...."

"memanglah...tapi yang satu tu selalu bertukar"

izhar melempar sengihan.
"ish..si angah dengan adik tu...selalu kacau along kan?"rungut dia.

"hah...jangan nak marah angah dengan adik,mummy yang suruh tau"kata puan sti shasha

izhar mengeluh dalam hati.

"mummy dengan daddy bukan apa...apa kata along halalkan perhubungan tu.pilih yang betul-betul along suka,pilih yang boleh serasi dengan keluarga kita,pilih yang menyejukkan hati mummy dan daddy,nanti mummy pinangkan"

izhar mengeluh.
"along tak sedia lagilah my...nanti-nantilah kita fikir hal ni okay? along nak kukuhkan kerjaya dulu"

"ermm...asyik-asyik kerjayalah alasannya"

izhar diam.sebelah matanya melihat reaksi mummy seterusnya.lega akhirnya.hanya itu yang ditanya mummy.
ffuuhh!!!
sorry mummy,bukan dia tak nak kahwin.tapi...apa salahnya enjoy dulu? lagipun dia baru 23.masih muda.biarlah dia belajar dengan daddy cara uruskan gedung dan syarikat dulu.kahwin bila-bila masa boleh...langkah-langkahnya,cari,kenal,kahwin.senang je...!
kan??

"Assalammualaikum!!!"Laung suara di luar rumah.
izhar dan puan sri shasha menala pandangan ke arah pintu.
ermm..luar apanya,dah ada di dalam.

"waalaikumsalam"jawan izhar dan mummynya.

aishah dan amri mengambil tempat di sebelah puan sri shasha.
tan sri akram pula duduk di kerusi di tengah-tengah.

"laparlah my.."adu aishah dengan suara manja.memang kena manja.anak bongsu kan? hehehe...

"lapar ye...? adik nak makan apa?"soal puan sri shasha melayan anak bongsunya yang manja.

"eleh.....adik ni,sikit-sikit nak manja"kutuk amri yang digelar sebagai angah.

"bukan adik sorang.tu...angah pun sama je,along nasihatkan..dari korang bermanja-manja dengan mummy,lebih baik korang bermanja dengan buku-buku teks yang tebal tu..tahun ni spm tau"kata izhar sambil mengunyah cucur.

amri dan aishah mencebir bibir.
"alah...along jealous"kutuk mereka serentak.

"eh..eh"kata izhar sambil menjegilkan mata ke arah adik-adiknya.

"dah la tu....tak baik gaduh-gaduh depan rezeki"kata tan sri akram.
terus anak-anaknya diam.

"along tak keluar ke hari ni?"soal aishah.

"entah...selalunya hujung minggu je,mesti ada date sana,sini."tambah amri

"malaslah..harini takde mood"balas izhar

"ermm..dah jemulah tu.."kata tan sri akram.

izhar hanya melempar senyumannya sebaris.

"apa nama girlfriend along yang baru tu?"soal amri

"eh...apa nak sibuk,ini urusan orang tua,jangan nak masuk campur"kata izhar

"adik tahu...sabrina kan?"kata aishah dengan jari telunjuk digoyang-goyang didepan matanya.
izhar mencebir.

"senang-senang..along ambik je lah salena gomez ke..emma watson ke..jadi girlfriend along,boleh adik belajar menyanyi dan berlakon sekaligus"kata aishah seperti memasang impian.

puan sri shasha dan tan sri akram tersenyum menahan ketawa melihat telatah anak-anak mereka.

"along tak nak dia orang tu...kalau along nak sekali jumpa dengan dia orang terus dia orang jadi love at the first sight, along je...tak on dengan dia orang tu"kata izhar membongkak.sengaja ingin membangga diri.

"eeii..poyolah along!!!"kata amri dan aishah serentak.
izhar terus ketawa.

"sekarang....makan,dah habis waktu nak menyembang.lagipun...daddy ada benda nak cakap dekat korang semua"kata tan sri akram.

kini semua mata tertumpu padanya. termasuk izhar dengan wajah serius.

"daddy nak umumkan.yang.....gedung family's colection bakal buka cawangan baru di Terengganu"
puan sri shasha tersenyum lebar.syukur dengan rezeki keluarganya.
amri dan aishah pula sudah bersorak.
izhar tersenyum.

"kenapa along tak tahu pun?"soal izhar

"daddy yang uruskan tentang urusan ni,cuma...daddy nak along buat sesuatu"kata tan sri akram.

izhar mula risau.nak buat apa? jangan sebut pasal kahwin lagi sudah lah....
matanya melirik pada mummy dan adik-adiknya.
mereka semua hanya mengangkat kening.
dia menala pada daddynya semula.

"buat apa daddy?"

"daddy nak along uruskan yang dekat Terengganu tu..daddy akan uruskan pemindahan along ke sana untuk memantau dan menjadi pengurus di sana,along..okay kan?"soal tan sri akram.

izhar tersenyum lega.ingatkan apa...

"boleh daddy"katanya

"alah....along kena duduk terengganu ke?"soal aishah dengan suara tak puas hati.mana boleh nak berpisah dengan along,alonglah yang akan ajar mana-mana matapelajaran yang dia tak berapa faham,alonglah juga yang berkongsi tips untuk berjaya,dan yang paling penting...along jugalah yang suka usik dia.lepas ni siapa nak usik dan pujuk-pujuk dia dengan umpan novel lagi?

"..kenapa?"soal puan sri shasha

"mana best...along takde"kata aishah lagi.

"apa pulak tak best...along pergi bukannya duduk sana terus,balik sini sekali-sekala"kata puan sri shasha.

yang lain hanya tersenyum-senyum melihat wajah masam aishah.

"along okay je...duduk jauh dari korang,lagi best..tak payah nak dengar suara mengada-ngada adik lagi"usik izhar

"along!!!"marah aishah.
riuh gelak tawa mereka yang lain dengan usikan dari izhar yang kuat menyakat adik-adiknya.
tiba-tiba telefon izhar di sisi berbunyi menandakan ada pesanan whatssup masuk.
izhar meneliti kiriman mesej itu.

"err..along nak keluar kejap"kata izhar

"pergi mana? dengan siapa?"soal puan sri shasha

"err..nak jumpa ina"kata izhar

"ermm....tadi kata tak nak keluar"kata tan sri akram.
izhar melempar sengihan.

"along pergi dulu semua.."kata izhar terus bangun ingin berlalu ke arah pintu.

"along!!!"jerit aishah dan amri serentak.
puan sri shasha dan tan sri akram sudah tergelak terbahak-bahak.
izhar berhenti lalu terus menala pandangan ke arah meja makan semula

"biar betul long? serius??"soal amri

"kenapa?"soal izhar.

"tu......."kata amri memuncungkan bibirnya pada tubuh izhar.
izhar tunduk kepala ke bawah.
tersengih-sengih dia apabila tahu kesilapan diri sendiri.
mana tak kelakarnya dengan mandi pun tak lagi,dah lah berseluar pendek,baju singlet je....macam mana nak keluar?adduhh....mujur lagi,kalau tak jatuh standard!

riuh meja makan itu dengan gelak tawa mentertawakannya.terus dengan langkah laju dia menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience