bab 19

Romance Completed 10363

puan sri akma berlari mendapatkan tuan zakaria iaitu ayahnya yang sedang terbaring lesu di atas katil hospital.keadaannya sungguh tak bermaya.sebotol air tergantung di sisinya untuk dimasukkan ke badannya menitis perlahan-lahan.
namun terlihat saja wajah satu-satunya anak perempuan yang dia ada,dia cuba bangun dengan sedaya upaya.
tubuh tuanya dipeluk puan sri akma.
tan sri erdy long menyalami tangannya,lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

"ayah...macam mana boleh jadi macam ni?"soal puan sri akma dengan risau.
dia duduk di birai katil itu.

"ayah rasa macam mana hari ni?"soal tan
sri erdy long pulak.

tuan zakaria terbatuk kecil sambil mengurut dadanya.
"ayah sihat...."katanya perlahan.

"sihat apanya ayah..? kalau ayah sihat, macam mana ayah boleh masuk hospital? risau betul akma...."

"ayah cuma penat sikit....tak ada apa"

"ayah jangan fikirkan sangat pasal wiya...insyaAllag,kita akan sama-sama cari dia"kata tan sri erdy long.

tuan zakaria terbatuk lagi seraya mengeluh.
"maafkan ayah akma...erdy..,ayah gagal nak jaga anak kamu"

puan sri akma melihat simpati ke ayahnya.
"bukan salah ayah....semua ni ada sebab kenapa ia berlaku"

"tapi...ayah yang bertanggungjawab,ayah yang abaikan dia..."

"dah lah ayah...ayah rehatlah,pasal semua ni ayah jangan risau...nanti kami sama-sama cari"kata tan sri erdy long.

"entah macam mana dia boleh hilang...ayah tak nak jadi apa-apa pada cucu ayah..."keluh tuan zakaria

puan sri akma memeluk bahu ayahnya.
"sabarlah ayah...akma lagi risau,tapi...kalau ayah pun tak sihat macam ni,akma lagi berkali-kali ganda risau...ayah rehatlah"katanya

tuan zakaria mengangguk.
"kau berdua dah buat laporan polis macam yang ayah suruh?"

"dah ayah...pihak polis sana dah bekerjasama dengan polis di sini,apa-apa hal dia orang akan laporkan pada kita terus"kata tan sri erdy long.

tuan zakaria mengangguk faham.
"harap-harap janganlah wiya bawak bot...."katanya perlahan.

terkejut puan sri akma dan tan sri erdy long dengan ungkapan itu.

"ayah cakap apa? wi..wi...wiya bawak bot? bot!!?"soal puan sri akma dengan tidak sabar.

"wiya bawak bot? bot mana ayah? boleh ke wiya bawak?"soal tan sri erdy long pulak.

tuan zakaria seperti serba salah mahu menjawab pertanyaan bertalu-talu dari anak dan menantunya itu.

"wiya pandai memandu bot enjin...dah lama,masa darjah enam lagi"kata tuan zakaria

ternganga puan sri akma.
"bi..bila ayah?"

"kau orang mana tahu...kau orang hanya tahu kerja,kerja,kerja...mana ada masa dengan wiya...disebabkan itulah dia tak rapat dengan kamu dua...dia selalu datang rumah mak dan ayah mengadu itu ini,sampai lah satu hari tu...dia mintak ayah tolong ajarkan dia cara memandu bot enjin...ayah tak sampai hati nak kecewakan hati dia lagi,ayah ajarlah...tapi dah lama dia tak memandu.....ayah dah larang dia.."cerita tuan zakaria.

puan sri akma dan tan sri erdy long berpandangan.sedar atas kekhilafan diri masing-masing.baru anak seorang dah tak dipeduli.apatah lagi kalau mereka ditakdirkan mempunyai anak yang banyak,apa akan jadi nanti?

"macam mana ayah boleh kata wiya naik bot enjin?"soal tan sri erdy long.

"malam sebelum dia hilang...dia minta nak memandu bot enjin..katanya nak ronda-ronda,tapi...ayah melarang dia,ayah tak bagi langsung,sekarang ni pulak laut selalu bergelora.tapi...masa ayah pergi solat subuh dekat surau berdekatan.balik-balik je...dia dah hilang"

puan sri akma tak dapat menahan kesedihan yang menghimpit jiwanya kini.
"macam mana kalau...kalau.....anak kita...."kata-katanya terputus.dia menahan tangisan.

"sabarlah...belum pasti lagi semua tu"kata tan sri erdy long.

"ayah yakin...cucu ayah tak akan melawan cakap ayah"kata tuan zakaria.

puan sri akma menyeka air matanya.
tan sri erdy long hanya tunduk memandang lantai yang kosong.

tokk!! tokk!!

semuanya tertala ke arah pintu yang diketuk.
pintu dibuka dari luar.
muncul seorang lelaki yang berpakai baju tshirt putih yang lusuh,berseluar hitam dan kain pelekat dililit di kepalanya.
dia seorang nelayan.

"tuan zakaria..."panggil nelayan itu dengan termengah-mengah

"ada apa daud?"soal tuan zakaria.

"salah satu bot milik nelayan hilang!"kata seseorang yang dikenali sebagai daud itu.

masing-masing terdiam dengan kenyataan itu.
puan sri akma tiba-tiba terjatuh ke lantai lalu tidak sedarkan diri.
tan sri erdy long lekas-lekas menyelamatkan isterinya.
tuan zakaria pula menggeleng-geleng kepala dengan kecewa.
.....................

aishah masuk ke dalam bilik abang longnya yang kelihatan suram dan sunyi sekali.
keadaan sekarang tak sama dengan keadaan dulu.
dia menghampiri katil bersaiz besar itu lalu dia berbaring merenung syiling di atas.
beberapa saat kemudian air matanya laju menuruni pipi lalu jatuh ke atas cadar putih.

"mana along pergi? along dah tak sayangkan adik ke? along pergi tinggalkan adik kenapa?"kata dia perlahan.

memang dia cengeng,biarlah apa orang nak kata,tapi...kalau perkara ini terjadi pada ahli keluarganya sendiri.dia tak pedulikan apa-apa lagi.dia terlalu sayangkan alongnya.
satu-satunya along yang tiada ganti di dunia ini.
bermacam-macam spekulasi yang dia dengar pasal along.tapi satu pun dia tak pasti.
ada yang kata alongnya kena culik,
kena sembunyi,kena bawa lari,sengaja menyembunyikan diri,dan...di..dibunuh!
tapi mereka sekeluarga biarkan gosip-gosip itu berlalu.
air matanya menitis lagi.semakin deras seperti air paip yang bocor.
"sampai bila along nak sembunyikan diri? baliklah along...kami semua rindukan along..mummy dan daddy langsung tak lalu makan,adik dan angah juga.
kami terlalu risaukan along"katanya perlahan.

dia bangun dari baringnya.lalu mencapai frame gambar yang memaparkan gambar kenangan keluarga mereka sewaktu hari raya aidilfitri tahun lepas.
dia mengusap wajah izhar yang tersenyum segak disebelahnya.

frame itu dipeluknya kemas ke dada.
dia menahan sendu dalam hati.
.....................

"mummy...makanlah sikit"kata amri sambil menyua sudu yang berisi bubur berwarna putih.
puan sri shasha termenung ke depan.
dia duduk bersandar pada kepala katil dengan mata yang berair dengan air mata.

"mummy tak lapar...angah makanlah"kata puan sri shasha dengan senyuman.

"tapi...dah seminggu mummy tak makan...risau angah dengan adik"

"mummy cuma risaukan along..."

"mummy jangan risau...daddy dah kerahkan beberapa orang untuk turut mencari"kata amri

"dah dekat sebulan angah...mana agaknya along menghilang?"

amri meletak mangkuk bubur di meja sisinya.
tangan mummynya digenggam.
"mummy jangan macam ni...insyaAllah,kita kena banyak-banyak berdoa pada Allah,semoga along cepat-cepat kembali pada kita semula..."kata amri

puan sri shasha mengangguk.
tubuh anaknya dipeluk sayu.amri mengusap bahu mummynya.
semoga keluarga mereka akan seperti dulu lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience