bab 28

Romance Completed 10363

suasana di ruang tamu itu sunyi dan sepi.
masing-masing diam tidak tahu macam mana nak diperkatakan.
wiya dan izhar yang duduk berasingan berpandangan lalu membalas senyuman.

teruja sekali wiya sekarang.tidak disangka yang mereka bakal dipertemukan sebegini rupa.
memang jodoh tak pernah salah alamat,dia akan sampai pada kita bila tepat dan sampai waktu yang dijanjikan.
bergetar dada wiya saat tiba-tiba saja terpandang wajah yang selama ini dia rindui.
wajah heronya ketika di pulau misteri.
kalau boleh diulang sekali lagi pertemuan mereka di pulau itu,memang dia tak akan bersikap dingin dengan izhar.

izhar pulak beberapa kali nafasnya ditarik lalu dihembus.
macam mimpi yang sungguh-sungguh ajaib.
pertemuannya dengan si kekasih hati betul-betul buatkan dia seperti direndam dalam air rendaman clorox lalu disental dan ditonyoh-tonyoh dengan kuat.
rasa macam tenaganya di charge semula.
segala rasa kerisauan dalam hati dan kerinduan dalam diri hilang disebabkan cecair clorox itu.
ermm...harap-harap jodoh dia beralamat yang ini.

"sekarang jelaskan apa hal tiba-tiba kau datang sini?"suara tan sri erdy long memulakan perbualan.

keadaan mereka sedikit tenang dengan keberadaan izhar yang menghalang dan memberi pandangan supaya mereka berbincang secara elok.
elok,elok jugak! tapi lihat saja wajah bengis tan sri akram dan tan sri erdy long macam tak berapa nak elok je....

"anak aku ada cakap,orang yang culik dia tu..bernama tan sri e,siapa lagi kalau bukan kau?"kata tan sri akram

"kau ingat aku seorang dalam dunia ni nama bermula dengan huruf e?"
balas tan sri erdy long.

izhar diam.
"ohh..jadi inilah dia tan sri erdy long,musuh daddy yang mummy ceritakan tu! tapi....kenapa!!! kenapa tan sri ini harus jadi papa kepada wanita yang dia cintai
oh noo!!!!!

"aku tak ada musuh lain selain dari kau! siapa lagi yang sanggup membuat anaiya adik dia sendiri selain dari kau!"balas tan sri akram

"kau tuduh aku anaiya kau!!? habis yang kau aniaya mama tak apa pulak!!?"amarah tan sri erdy long memuncak.

puan sri akma di sebelahnya menggenggam tangan suaminya.
"sabar bang...kita tak tahu perkara sebenar"

"macam ni lah akram..shasha.Kami tak pernah ada niat nak buat benda-benda yang tak mendatangkan apa-apa keuntungan pun macam tu.kami jugak baru je berjumpa semula dengan anak kami,dia lah nyawa kami..tak kan lah kami nak culik anak orang pulak..."kata puan sri akma

tan sri akram tundukkan wajahnya.tiba-tiba rasa serba salahnya muncul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kakak iparnya itu.
memang betul apa kata isterinya sebelum ini..siasat dulu baru serang.
sekarang dia juga yakin yang memang bukan tan sri erdy long yang menculik anaknya.
selama ini dia dipenuhi dengan api amarah.

"maafkan kami jugak akak..abang maaf sebab menuduh tanpa bukti.
kami terlalu sedih dengan kehilangan anak kami sehingga kami tuduh macam-macam dekat abang dan akak"kata puan sri shasha mewakili suaminya.

"kita sama-sama bersalah..."kata puan sri akma dengan senyuman.

"tapi saya tetap tak puas hati,awak ingat...dengan ketidak benaran berita ini saya akan berbaik semula dengan dia?"kata tan sri akram.

"kau ingat...kau sorang akan berkata macam tu? aku dari awal lagi berniat...sampai bila-bila pun aku dengan kau tak akan berbaik-baik semula! kau ingat tu!"kata tan sri erdy long pulak.

puan sri akma dan puan sri shasha hanya berpandangan dengan rasa bersalah.
nampaknya permusuhan ini akan berterusan sampai bila-bila!

izhar mengenyitkan mata sebelah kanannya pada wiya beserta senyuman manis.

wiya pulak tertunduk malu!

"yang kamu berdua ni..macam mana boleh kenal?"soal puan sri shasha tiba-tiba.

terus izhar beriak serius.
wiya menyembunyikan ketawanya!
kelakar bila melihat wajah terkejut izhar.

"err...sebenarnya mummy...wiya inilah yang sama-sama dengan along dekat pulau tu"jawab izhar

kini semuanya terkejut mendengar penjelasan yang baru keluar dari mulut izhar!

wiya tertunduk ke bawah!
tak mahu melihat mata helang mama dan papa!

"wiya...maknanya,inilah lelaki yang bersama wiya?"soal puan sri akma

wiya angguk perlahan.

tan sri akram melihat wajah-wajah yang terkejut di depannya!
terus dia bangun berdiri.
"semua ni karut! jom kita balik!"katanya terus berlalu meninggalkan keluarga itu.

"baliklah..."kata tan sri erdy long selamba dan dengan itu dia juga melangkah menuju ke tangga ingin ke bilik.

izhar dan wiya berpandangan.
macam mana mereka mahu berjumpa lagi lepas ini?
macam mana mereka mahu berhubung?
mereka berpandangan dengan wajah risau.

"mummy...along nak jumpa wiya sekejap"kata izhar

puan sri shasha melihat wajah anaknya.
"tapi....kan daddy dah marah tu"

"please mummy....sekejap je"

"wiya pun ma..."wiya pulak mengambil peluang.

puan sri shasha dan akma berpandangan sekejap.
masing-masing angguk kepala.
terus mereka berdua berlalu ke pintu utama.

yang tinggal hanya izhar dan wiya yang tersenyum bahagia.

wiya mengambil peluang menghampiri izhar.mereka duduk sebelah menyebelah.
"kita tak boleh cakap lama-lama walaupun banyak sangat benda yang saya nak ceritakan dekat awak"

"betul tu...saya lagi banyak perkara nak bincang dengan awak!"kata izhar

wiya tersenyum.
"tapi...masa kita sekarang memang tak sempat"

izhar angguk lemah.
dia melihat wajah yang dirinduinya siang dan malam!
kenapa takdir mereka harus sebegini.
memang tak nampak langsung peluang mereka boleh bersama!
macam mana nak bersama kalau bapa masing-masing bagaikan musuh yang tak mungkin berbaik semula!
kalaulah ada penawar supaya pertengkaran ini boleh dileraikan.
ke gunung himalaya pun sanggup dia pergi demi untuk dia bersama semula dengan si kekasih hati!

"izhar...awak ni...sejak bila suka mengelamun? saya cakap sorang-sorang je..."kata wiya dengan risau.
sesekali matanya menala ke arah mamanya dan juga mummy izhar!

izhar tersenyum.
"awak bagi saya nombor telefon awak,lepas ni saya akan call"kata izhar.

wiya tersenyum lalu mengangguk kepala.
terus dia mencapai sebatang pen yang ada di atas meja kecil berhampiran sofa terus tapak tangan izhar menjadi sasarannya.
dengan laju nombor itu ditulisnya.

"dah siap...awak jangan lupa call tau"kata wiya

"jangan risau...saya tak pernah hampakan orang yang saya sayang"kata izhar.

"ish...awak ni! ada lagi masa nak main-main kan!?"marah wiya

izhar tergelak perlahan.
"i'm serius...."katanya perlahan.

wiya tergelak sinis.tak percayalah!
izhar yang dia kenal suka main-main!

"along!!?"panggil puan sri shasha dari jauh.

izhar bangun dari duduknya bergitu juga wiya.
wiya tersenyum pada izhar buat kali terakhir.
izhar pula mengenyitkan mata kananya!
"tunggu call saya"katanya terus berlalu pergi.

wiya melihat tubuh kurus dan tinggi itu menghilangkan diri.
wiya tersenyum sendiri.
tapi...tiba-tiba matanya menangkap pandangan tajam daripada papa dari tingkat atas,terus mati senyumannya.
wiya mengeluh keras.dengan amarah dalam hati wiya menuju ke arah dapur!
mungkin dengan segelas air sejuk boleh mengembalikan staminanya bila berdepan dengan papa dan mama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience