bab 9

Romance Completed 10363

malam itu wiya seperti biasa.makan malam bersama tok wan dengan masakan kampung yang sememangnya dimasak sendiri oleh tok wan.memang dari dulu lagi wiya kagum dengan tok wannya.dari waktu arwah mak tok masih ada tok wan selalu turun ke dapur untuk tolong mak tok sediakan makanan.jadi..tak hairanlah kalau tok wan pandai memasak.
kalah wiya..hehehhe!!

"sedap tak"tok wan.

wiya yang sedang menikmati masakan ayam masak merah versi arwah mak tok terhenti kunyahannya.
dia pandang ke arah tok wan didepan.
"tanya lagi? mestilah sedap...kalau tok wan yang masak mana boleh cakap tak sedap takut......."
kata-kata wiya dihentikan.dia tersengih pada tok wan yang sedang memandangnya dengan pandangan penuh misteri.

"takut apa?"soal tok wan

"takut kena halau malam ni jugak"kata wiya
terhambur ketawa tuan zakaria dengan telatah cucunya itu.
wiya pula tersenyum.

"takdelah tok wan...wiya gurau je,betul-betul sedap..kalau tak..takde maknanya wiya makan bertambah setiap malam"kata wiya dengan serius.

"dah lah..tok wan tahu,tok wan masak memang sedap.tak payah nak cakap banyak.makan cepat"kata tuan zakaria.

"iee..tok wan ni poyo lah.."kata wiya.

"tok wan siapa?"kata tuan zakaria dengan sengihan.

"tok wan wiyalah..."kata wiya.
mereka sama-sama tergelak.macam-macam ragam betul bila dia balik ke sini.yang penting bila duduk sini dia sentiasa tersenyum dan ketawa.berbeza dengan dia di KL.

"tok wan..."panggil wiya bila sesuap nasi sudah selamat ditelannya.

"apa?"

"wiya nak minta sesuatu boleh?"soal wiya dengan teragak-agak.

mata tuan zakaria beralih pada wiya semula.di matanya penuh dengan tanda tanya.
"nak minta apa?"

"wiya nak pandu bot"kata wiya

"hah!!??"terkejut tuan zakaria dengan permintaan wiya.

"alah...wiya kan reti bawak bot tu,dari dulu lagi wiya selalu bawa bila kita sama-sama keluar memancing.tak kan tok wan tak ingat?"soal wiya

"itu dulu.masa tok wan masih kuat.bolehlah tok wan tolong pantau.sekarang ni..susah,kalau jadi apa-apa macam mana? tok wan memang tak boleh dah nak naik ke laut"kata tuan zakaria.
dia akui yang wiya memang pandai memandu dan mengawal keadaan bot di dalam air.
dari umurnya lima belas tahun dia yang mengajar wiya cara mengawal bot.sampailah dia betul-betul cekap.barulah dia mula memberi keizinan kepada wiya untuk mengikut dia dan temannya pergi memancing.
setiap kali pergi.setiap kali itu jugaklah bot akan dipandu oleh cucunya itu.
tapi...sekarang keadaan sangat-sangat berlainan,lagipun...baru kini dia sedar dan menyesal kerana mengajar cucunya tentang kebolehan itu.baru dia tahu yang kebolehan untuk memandu bot tidak sesuai untuk seorang remaja perempuan yang nanti bakal bergelar seorang gadis.

"tok wan tak kan tak percayakan cucu sendiri? wiya retilah..kalau tok wan tak nak ikut pun takpe..lagipun dekat-dekat sini je wiya pergi..nak ronda-ronda"

"ishh..takde tempat lain ke nak ronda.pergilah ambik motor tok wan ke kereta ke..pergilah ronda ikut suka wiya,tapi...jangan di dalam air"

"tapi kenapa?"

"sekarang keadaan laut tak berapa nak okay.bahaya nanti.laut selalu bergelora.nelayan-nelayan dekat kampung ni pun teragak-agak kalau nak keluar cari ikan"kata tuan zakaria dengan serius.

"ermm...tapi...."

"takde tapi-tapi lagi...sekarang wiya dengar je cakap tok wan.bukan tok wan tak bagi pergi ronda.tapi ronda atas darat.bukan dalam air"kata tuan zakaria memutuskan kata.

wiya merengus perlahan.dengan wajah mendung dia menyuap nasi ke dalam mulut.ingin cepat-cepat habiskan nasi dan nak masuk bilik terus tidur.ingatkan bila dengan tok wan semuanya dia boleh dapat.tapi....permintaannya yang satu itu langsung tok wan tolak mentah-mentah.

tuan zakaria tahu amarah yang melanda cucunya itu.tapi...dia terpaksa demi keselamatan cucu yang dia sayang.mana mungkin demi untuk memuaskan permintaan wiya.dia boleh memberi bahaya pada wiya.tak mungkin!!
memang dia dari dulu lagi selalu bagi apa yang wiya dia mahu.termasuklah cara-cara mahu mengawal bot.
di persisiran pantai di hadapan rumahnya dipenuhi dengan bot-bot nelayan yang sama saiz dan warna.semuanya dia berikan penggunaan secara percuma untuk penduduk kampung.
kerana ada penduduk-penduduk yang tidak mampu memiliki sebuah bot.jadi sebab itulah dia mendapat idea untuk beramal dengan penduduk kampung.walaupun hanya bot,dia tahu ia berguna pada penduduk kampung demi mencari rezeki di laut.
............................

izhar membetulkan kot di badannya.dikibas-kibas mana tahu terlekat sebarang habuk,hari ini dia ada perjumpaan penting dengan encik tarmizi,kawan rapat daddynya.
rambutnya diteliti lagi untuk kali ke sepuluh di cermin pandang belakang di dalam keretanya.
dia mencapai briefcase di seat sebelah.terus melangkah keluar dengan bergaya.wajahnya sengaja dimachokan apabila terpandang beberapa orang gadis sedang berbisik-bisik dan menjeling-jeling ke arahnya dengan seyuman malu-malu kucing.
semakin semangat izhar membuat gaya macho.
lalu sahaja di depan kumpulan gadis-gadis itu dia berdehem sambil meneruskan langkah.
terdengar di hujung telinganya mereka tergelak-gelak malu.

"huh..perempuan"detik hatinya.

dia mengatur langkah ke arah seorang gadis penyambut tetamu yang sedang sibuk menaip di komputer.

"Excuse me.."kata izhar.

gadis itu mengangkat wajahnya melihat izhar.
dia tersenyum terus bangun.

"can i help you sir?"soal gadis itu dengan lemah lembut.

"i have appointment with encik Tarmizi"kata izhar

"oh...from family's colection?"soal gadis itu.

"yeah..that's right"kata izhar dengan senyuman senget yang mampu mencairkan mana-mana gadis yang melihatnya.

"please...follow me"kata gadis itu.izhar angguk kepala.dia mengatur langkah mengikut rentak arah kaki gadis didepannya.
sambil berjalan dia melihat sekeliling pejabat itu.
dia kagum sendiri.nampak bersih dan kemas.

mereka tiba di tingkat paling atas.
"sir..wait a minute?"kata gadis itu menoleh padanya.
izhar angguk lagi.
gadis itu melangkah masuk ke dalam bilik yang berpintu kayu.
beberapa saat kemudian gadis itu keluar.

"encik Tarmizi a waiting for you"

izhar.tersenyum.
"thanks...by the way can i know your name?err..i just meant maybe we can be a fiance"

"fiance!!!?"sedikit terjerit gadis itu dengan ungkapan itu.

"err..no...no..friends"kara izhar dengan senyuman.memang dia sengaja menyebut perkataan itu.heheh...mana tahu boleh sangkut.

gadis itu tersenyum.
"ohh..my name is laura"

izhar tersenyum.
"i'am izhar..CEO family's colection"kata izhar sengaja menambah ayat di belakang.

gadis itu tersenyum.mereka berjabat tangan sebentar.
"nice to meet you..i have to go"kata laura.

"ohh..sure,"kata izhar

laura terus berlalu ke arah lif semula.
izhar pula mula menapak ke arah bilik itu.

"Assalammualaikum uncle"sapa izhar dengan senyuman menampakkan barisan gigi yang teratur cantik.

"waalaikumsalam izhar..come,have a seat"kata encik tarmizi dengan ramah.seorang lelaki yang agak berumur tapi masih nampak kemas dan bergaya.
izhar mengambil tempat duduk di hadapan encik tarmizi.

"so..apa khabar sekarang? dah beristeri berapa? anak berapa orang?"kata encik tarmizi dengan senyuman.hanya bergurau.

izhar tergelak perlahan.
"mana ada uncle..kahwin apanya"

"tak kan lah..orang tampan,bijak macam izhar tak kahwin-kahwin lagi?"soal encik tarmizi dengan senyuman.

"sebab tampan dan bijaklah tak kahwin-kahwin lagi"jawab izhar
mereka sama-sama ketawa.

"so...daddy macam mana? sihat? dah lama uncle tak jumpa dengan dia"kata encik tarmizi.

izhar mulai serius.
"daddy Alhamdulillah sihat..dia pun kirim salam pada uncle,rasanya minggu depan dia datang sini"kata izhar

encik tarmizi menjawab salam dalam hati.
"baguslah kalau macam tu...so..berbalik pada tajuk asal perbincangan kita pasal pembukaan gedung baru tu ye?"soal encik tarmizi.

zihar menegakkan badannya.dia mengeluarkan satu file dari dalam briefcase di sisinya.di letak atas meja.

"pasal ini....."
encik tarmizi terangguk-angguk menerima penerangan dari izhar dengan teliti.
dari satu muka surat pertama file itu sehingga ke seterusnya.
segala yang dibentangkan oleh izhar didengar dengan teliti.begitu juga dengan izhar segala yang dipertutur oleh encik tarmizi dia mendengar tanpa banyak cakap.

tepat pukul sepuluh pagi perbincangan mereka tamat.hampir dua jam perbincangan mereka di situ.
file ditutup oleh izhar lalu disimpan semula.

"so...macam yang uncle cakapkan,nanti kita bincang balik dengan daddy,dan..kita boleh mulakan"kata encik tarmizi.

"baik uncle.terima kasih sebab sudi luang masa dengan saya"kata izhar

"business is number one"kata encik tarmizi.
izhar mengangguk lalu tersenyum.

"so..lepas ni nak pergi mana?"soal encik tarmizi.

"ingat nak breakfirst dulu"kata izhar.

"kalau macam tu..jom lah biar uncle belanja"kata encik tarmizi.

izhar tersenyum lebar.serba salah sebenarnya.

"err...sebenarnya uncle,saya ada rancangan nak breakfirst dengan orang,bukan tak nak sarapan sekali dengan uncle"

ketawa encik tarmizi terkeluar dari mulutnya.
"it's okay..uncle faham,jangan risau..uncle tak kan terasa hati.maybe next time kita boleh breakfirst lagi"

izhar tersengih.dia mengangguk.

"agak-agaknya nak sarapan dengan siapa tu? bakal menantu tan sri akram ke?"soal encik tarmizi.

izhar tergelak perlahan.
"ish..takde lah uncle,kawan masa kolej dulu.dah alang-alang sama-sama dekat sini...tu yang ajak jumpa"kata izhar

"lah...ingatkan tak lama lagi nak dapat kad jemputan dah"

"hahaha..lambat lagilah uncle"kata izhar

"benda macam tu..tak baik dilambat-lambatkan.kahwin muda ni best tau...perancangan keluarga boleh teratur dengan baik"

izhar tersenyum.
"betul tu uncle.tapi...jodoh tak sampai lagi,salah alamat kut"katanya.

encik tarmizi ketawa lagi.
"bijak betul kamu dalih ye?"

izhar tersengih lagi.sampai kering gusi dia asyik tersengih saja.asal jumpa seseorang yang sebaya dengan mummy dan daddy dia saja mesti topik tentang perkahwinan akan dibincangkan.aduuhh!!! jangan-jangan seseorang di usia lewat empat puluhan memang teringin nak dapat menantu kut.

"kalau macam tu..saya minta diri dulu uncle,apa-apa nanti kita jumpa lagi"kata izhar ingin cepat beredar.

"okay...nanti uncle akan bincang dengan daddy"

"terima kasih uncle.saya pergi dulu..assalamualaikum"

"waalaikumsalam"jawab encik tarmizi.

izhar melangkah keluar dari bilik itu.
kakinya menuju ke arah lif.sebelum itu sempat dia menghantar pesanan ringkas pada kawannya yang sedang menunggu di gerai nasi lemak yang agak jauh dengan bangunan pejabat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience