bab 30

Romance Completed 10363

wiya menilik penampilannya hari ini.
buat pertama kalinya dia ada temujanji dengan manusia yang bernama lelaki!
kalau sebelum ini....mana ada lelaki yang sudi keluar dengan dia!
kalau ada pun...mungkin orang itu tak betul!
tapi.....sekarang,dia yakin yang izhar betul-betul mahu berjumpa dengannya secara ikhlas!

hari ini wiya hanya memakai baju t kosong berwarna putih disertakan dengan jeans hitam.
rambutnya diikat tocang satu dan digulung-gulung dan dimasukkan ke dalam cape!
make up?
mana pernah orang yang bernama wiya ni nak bermake-up bagai!

dengan senyuman manis dia mencapai beg sandangnya dan dipakai dari bahu kiri ke kanan!
dia melangkah keluar dari biliknya.
dengan berhati-hati dia berjalan menuruni tangga.
dia melihat sekeliling tiada sesiapa! bagus...
dia ada dengar suara mama sedang berborak dengan bibik dekat halaman belakang rumah.
mungkin sedang berbincang gaya pokok bunga dihias!
papa awal-awal lagi dah keluar dengan pemandunya!

dengan senang hati wiya keluar dari rumah selepas menyarung sneakers di kaki!
ayie dan ali dah lama tunggu di sisi kereta.
pintu kereta tempat penumpang di belakang dibuka oleh ayie.
ali pulak sudah siap sedia di tempat pemandu.
kereta terus menjalar keluar dari perkarangan rumah!

tapi....ingatkan bala dah habis! rupanya ada lagi!
pak cik pondok pengawal menahan kereta dari keluar.
ali menurunkan cermin kereta.

"nak pergi mana?"tanya pakcik itu dengan serius.

wiya mengeluh.ni kalau papa dapat tahu! habislah....

"cik wiya nak jalan-jalan"jawab ali

pakcik itu melihat ke arah wiya.
wiya tersenyum lalu mengangguk.

"tan sri pesan...jangan benarkan cik wiya ke mana-mana"kata pakcik itu.

wiya garu kulit kepala.
"tapi...ada hal pentinglah pakcik...urgent sangat ni! kawan saya kemalangan.dia nak minta tolong saya"kata wiya

"tolong buat apa?"soal pak cik itu lagi.

wiya mengeluh.

"tolong jemput mama kawan baik cik wiya ke hospital"jawab ayie tiba-tiba.

aku tersenyum mendengar jawapan bernas daripada ayie.

"baiklah...tapi cik wiya jangan balik lewat sangat,nanti kalau tan sri dapat tahu naya kami"kata pak cik itu.

"okay pak cik jangan risaulah..."kata wiya

pak cik itu angguk kepala.
terus kereta menjalar keluar setelah pagar dibuka!

walaupun kenderaan pada pagi itu agak sesak.tapi...kami nampu bergerak dengan selesa!
dan deretan kereta juga bergerak perlahan.
wiya dapat rasakan yang jantungnya berdegup laju!
mungkin dia bakal terima satu berita yang menakjubkan?
maybe!

"thanks...."kata wiya pada mereka berdua.

ali dan ayie mengangguk dengan senyuman.
.....................

di dalam restourant serba mewah itu izhar menanti dengan penuh sabar!
hatinya bagaikan melonjak ingin keluar apabila tiba saatnya dia bertemu dengan cinta hatinya kembali!
matanya dari tadi menanti gerangan gadis idamannya yang bakal muncul di pintu masuk restourant itu!

tiba-tiba matanya terpaku melihat seorang gadis berpakaian simple dan melangkah dengan lemah lembut sekali!
di wajahnya terhias senyuman manis.
di sisi kiri dan kanannya pulak berjalan tegap dua orang lelaki berpakaian hitam dengan wajah serius.
terus buat mood izhar merudum turun ke kaki!

"Hai...."sapa wiya dengan ceria.tanpa banyak soal dia duduk berhadapan izhar.
dua pengawal peribadinya pulak duduk di meja sebelah mereka.
mengawasi keadaan.

"hai...."sapa izhar perlahan saja.

wiya melihat muka masam izhar.
"kenapa dengan awak?"

"awak ingat...awak datang jumpa pembunuh tersohor ke?"soal izhar

wiya pelik sekejap!
pembunuh tersohor?
apa kena dengan izhar?
"apa awak merepek ni?"soal dia

"awak bawak dua pengawal peribadi awak tu buat apa? saya tak akan buat benda jahatlah"kata izhar

wiya menala pandangan ke arah ali dan ayie yang sedang bersembang sambil melihat sekeliling!
terus tawanya terletus.

"gelak pulak dia..."kata izhar masih lagi merajuk.

"apalah awak ni...ingatkan pasal apa moody semacam je....!
awak....dia orang ni pengawal saya,dah memang wajib kalau ke mana saya pergi pun dia orang ikut,kalau tak....mesti mama dan papa risaukan saya lagi,ataupun tak kasi saya keluar buat masa sekarang"kata wiya dengan sisa tawanya.

"macam mana kalau awak dah kahwin nanti? dia orang still ikut?"soal izhar

"kalau suami saya izinkan!"jawab wiya selamba.

terbuntang mata izhar.
"serius?"

wiya angguk kepala dengan wajah serius.
wiya dapat lihat muka terkejut cimpanzi oleh izhar.
wiya kemudiannya tergelak.
"apalah....kalau saya kahwin,saya tak akan dijaga oleh dia orang lagilah....sebab suami saya kan ada? sebab tu...sekarang biarlah dia orang jaga saya..."kata wiya

"ye...tapi mengganggu"kata izhar

"menganggu apa pulak? takde lah,don't worry...dia orang saya punya"kata wiya dengan bangga.

membuntang mata izhar sekali lagi
"awak punya? awak dengan dia orang....."

"ishh...bukanlah!"sangkal wiya

izhar tersengih.
"ingatkan awak couple dengan salah sorang dari mereka"

wiya menjeling izhar.

"alah...saya tahulah,saya gurau je....so awak nak makan apa? biar saya ambil order"kata izhar

"rasa nak makan western food,ada kan?"soal wiya

izhar tersenyum.
"of couselah ada..."

izhar berlalu ke kaunter.
wiya menanti di meja makan.
beberapa minit kemudian izhar muncul dengan satu dulang sederhana besar yang terisi dengan dua pinggan western food dan dua gelas fresh orange!

wiya tersenyum.
makanan sudah di depan matanya kini.
wiya mengalih pandangan ke sebelah.
ayie dan ali juga sedang disoal oleh pelayan restourant yang datang pada mereka.

"awak berdua...orderlah apa-apa,nanti saya belanja"kata izhar tiba-tiba beserta senyuman!

ayie dan ali tersenyum.
memang tak sangka ada orang mahu belanja mereka hari ini!
tapi mereka tak kisah kalau tak ada orang mahu belanja pun!
tapi..memandangkan dah ada orang mahu belanja,mereka okay je!
orang cakap rezeki jangan ditolak!
musuh jangan dicari!
memang mereka mahu order banyak pun..maklumlah perut lapar.

wiya menyuap western food itu ke dalam mulut.
makanan itu terus cair di dalam mulut.
memang betul-betul lazat dan sedap!

"so...ada apa awak ajak saya keluar?"soal wiya semula.
kembali ke topik sebenar!
pelik jugak dia bila izhar ajak keluar.
tergesa-gesa pulak tu!
sampai tak boleh nak cancel!

izhar tersenyum.
"saja....nak melepaskan rindu"

wiya tersenyum dan menggeleng kecil!
"apalah....awak ni! sebab tu je"

"awak mesti rindu saya jugak kan?"soal izhar

"saya kalau rindu awak pun...ada sebabnya"kata wiya

"sebab apa?"

"saya rindu awak sebab awak kawan saya,kawan yang sama-sama berjuang dengan saya dalam pulau tu...i'am serius..i'll never forget you!"kata wiya

izhar tersenyum.
"saya pun...tapi sebab saya lain dari awak"

wiya kerut keningnya!
"apa sebab awak?"

"sebabnya...adalah saya rindukan awak sebagai kekasih hati!"

wiya tergelak perlahan.
"okay!"katanya dengan nokhtah! izhar ni bukan boleh layan sangat!
nanti datang mood dia nak kenakan wiya!

"dan ada satu lagi benda yang buat saya memang tak boleh lupakan awak"kata wiya dengan malu!
apa ni wiya? kau tak pernah malu sebelum ni!
apa dah jadi dengan wiya yang degil dan kasar macam dulu!
wake up wiya!!!

"apa?"soal izhar

wiya tersedar.
"saya....nak ucap terima kasih dekat awak sebenarnya,entahlah....saya boleh cakap bayangkan kalau awak takde masa tu..mungkin saya tak hidup lagi,and last day masa dia orang datang selamatkan kita...awaklah yang buat saya tak terus mengalah.
awak bagi saya kata-kata semangat!"

izhar tersenyum.
dua pasang mata mereka bertemu!
izhar dapat melihat betapa jernihnya mata itu!
mata yang telah merawat hatinya yang luka!
mata yang berjaya mencuri hatinya.
mummy...along dah jumpa calon menantu! mummy...along akan melamar dia!
mummy...ini bakal isteri along!
mummy...along akan buat apa yang along mahu!
mummy...along akan jadikan dia seorang isteri kepada izhar! ye...izhar tan sri akram!

"awak!"

izhar terkejut bila meja ditepuk perlahan.
izhar tersengih malu.
ayie dan ali di sebelah menahan gelak!
terhinggut-injut badan masing-masing!

"awak ni...suka berangan kan? perangai awak peliklah sejak keluar dari pulau!"kata wiya

"saya...saya....sa..ya....

"saya..saya! saya apa izhar?"soal wiya

izhar melihat wajah tenang di depannya!
nafas ditarik dalam!
"saya nak jadikan awak isteri,awak mahu!?"

wiya,ali,dan ayie masing-masing ternganga.
semuanya melihat ke arah izhar yang sedang memegang sekotak cincin berlian di dalam satu kotak baldu yang cantik!
wiya pulak sudah beku semacam!

izhar memberi pandangan penuh pengharapan!
please wiya...terima!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience