bab 21

Romance Completed 10363

malam yang kelam dan ditambah dengan air hujan yang melimpah-limpah dan mencurah ke atas segala isi bumi.
hujan turun dengan lebat sejak petang tadi membuatkan tubuh wiya dan izhar terketar-ketar menahan kesejukan yang mencengkam sampai ke tulang.
mereka duduk rapat berhampiran sebatang pokok.
bahu wiya dipeluk kemas oleh izhar.

"awak...okay?"soal izhar dengan bibir yang terketar-ketar.

wiya hanya angguk kepala,suaranya seperti tidak mahu keluar ke mulut.
matanya dipejam rapat,tangannya memeluk lutut supaya rapat ke dada.hanya itu saja cara yang dia gunakan untuk menghilangkan rasa sejuk yang ada.
mujur juga izhar merapatkan kedudukan mereka.maka tahap kesejukan itu kurang sikit.

Ggrrummm!!!

bunyi guruh di langit,betul-betul menyeramkan.wiya terlalu terkejut sampaikan dia tidak pedulikan apa-apa lagi! yang dia tahu,dia hanya mahu dilindungi! pinggang izhar dipeluk erat!

saat berlalu ke minit,minit berlalu kepada jam,tapi yang pasti waktu sudah banyak berlalu,tetapi hujan seperti masih mahu melimpahkan airnya ke bumi Allah ini.
...................

wiya membuka matanya yang terasa seperti berat untuk dibuka.
cahaya terang menerobos masuk ke dalam mata meninggalkan rasa silau yang teramat membuatkan mata wiya kembali terpejam.
terasa satu beban yang berat membaluti tubuhnya.
wiya cuba menggerakkan badan tapi tidak boleh.
dia terlalu lemah untuk mengangkat beban itu.
dia membuka mata terus melihat ke belakangnya.
terkejut dia saat melihat izhar yang tidur nyenyak sambil memeluk tubuh kurus dia!

aarrrgghhhh!!!!

izhar bangun dengan terpisat-pisat apabila tubuhnya ditolak dan ditendang dengan agak kuat sehingga membuatkan tubuhnya terenjak ke belakang sekaligus membuat lenanya terganggu.
baru je..dia bermimpikan memeluk seorang gadis yang bergelar isterinya.dan mereka sedang berhoneymoon di sebuah pulau yang cantik di bali!! huhh!!

"kenapa?"soal izhar dengan keadaan masih mengantuk.

wiya seperti ternampak hantu memeluk tubuhnya rapat-rapat.
dia menala pandangan tajam ke arah izhar dengan amarah yang menular.
"awak buat apa dekat saya!!"marahnya.

izhar terkejut.dia membuka mata luas melihat wiya yang duduk agak jauh darinya.dengan wajah yang tidak tahu apa-apa izhar hanya terdiam.
hanya mata yang berkelip-kelip.

"awak jahat kan!!"marah wiya lagi.

izhar garu kepala.
"apa awak cakapkan ni?"

"awak ambil kesempatan dekat saya kan!!"soal wiya

izhar berfikir seketika.kesempatan? ye ke? bila? dimana? pukul berapa? berapa hari bulan? ahh!! bila masa dia ambil kesempatan.

"jangan nak buat-buat tak tahu pulak!"kata wiya

"mana adalah wiya..saya tak buat apa-apa pun dekat awak..percayalah"kata izhar

"awak tipu!! kalau tak kenapa kita boleh tidur sebelah-menyebelah? siap berpeluk bagai!! kalau tak kerana awak yang peluk saya..semua ni tak akan terjadilah!"marah wiya masih lagi sama.

izhar tersenyum senget.wahh..tampannya!
lama-lama izhar tergelak perlahan.
ia membuatkan wiya semakin berapi untuk terus memarahinya!

"tak sangka saya..awak sebenarnya jahat!"

izhar terkejut.dia melepas nafas lelah.
"betul ke saya yang peluk awak..?"

kali ini wiya pula keliru.wajahnya yang berkerut tadi pudar seperti sedia kala.
"awak jangan nak dalih-dalihkan cerita!"

"wiya..cuba awak imbas kembali apa yang jadi semalam? waktu tu..guruh kuat tiba-tiba,awak yang peluk saya..saya cuba lepaskan badan saya ni dari pelukan awak yang kuat tu...tapi langsung awak tak nak lepaskan"cerita izhar

cerita itu membuatkan pipi wiya tiba-tiba terasa panas sampai ke kepala.
terasa tegak segala rambutnya macam kena elektrik akibat malu!

"mana ada!"sangkal wiya walaupun dia sudah mengingati semuanya,tetapi...demi menutup malu apa salahnya!

izhar tergelak perlahan.
"betul wiya sayang...awak tak kan tak ingat? semalam kan awak....

"stop!! stop!! saya tak nak dengar alasan lagi!"potong wiya sebelum izhar menghabiskan kata-katanya.

izhar berhenti lalu tersenyum.

"tapi..kalau saya mengandung...siap awak!!"kata wiya memberi amaran.

membuntang mata izhar tiba-tiba.
dia perhati wajah serius wiya didepan.
kemudian ketawanya yang berdekah-dekah terkeluar juga.memang tak dapat ditahan lagi.

wiya semakin geram.wajah gembira izhar dijelingnya tajam!
"saya serius...awak ingat saya main-main ke?"

"wiya...apa awak cakap tadi? mengandung? awak mengandung?"izhar menyambung tawanya sambil perutnya ditekan.

"izhar!!!!!!"jerit wiya kuat dan nyaring.
izhar menutup telinganya.ketawanya sudah berhenti sebaik saja wiya menjerit memanggil namanya.namun...bibirnya tersenyum-senyum menampakkan barisan gigi.

"okay...okay.."kata izhar mengalah.

"saya minta maaf,tapi...apa yang awak cakapkan tu..tak logiklah wiya..."kata izhar lagi.

"apasal pulak tak logik?"soal wiya

"sebab...saya mana ada buat apa-apa dekat awak..,awak ni tentu terpengaruh dengan drama kan..?"

"saya seriuslah..awak yang tak tahu apa-apa,bukan ke bila perempuan dan lelaki tidur sekali si perempuan tu akan mengandung!!?"marah wiya.memang itu yang dia tahu,dekat tv pun ada juga macam tu...kebanyakkan sepupu-sepupu dia atau orang luar kahwin lepastu mengandung..maknanya sebab tidur sekalilah tu!! sengal!!

hahahahha!!!!

wiya menala pandangan tajam pada izhar yang mula ketawakan dia lagi.

"wiya..wiya...kalau awak nak tahu,kita hanya tertidur bersebelah,saya tak buat apa-apa pada awak..dan awak tentu tak buat apa-apa pada saya kan?"
soal izhar.

wiya menjegilkan matanya pada izhar,ada pulak dia nak buat apa-apa dekat izhar?

"okay..okay..so,mana ada apa-apa,lainlah kalau saya buat...."kata izhar terhenti.

"buat apa?"soal wiya

"ermm...awak nak tahu kenapa boleh mengandung?"soal izhar dengan teragak-agak.

wiya sudah memerah wajahnya menahan malu.apasal si izhar ni tanya dia soalan macam tu pulak?

"sebab..perempuan dan lelaki tu buat......."izhar masih bermain teka teki.

"ishh...asyik buat,buat..buat apa!"soal wiya

"ermm...awak tahu tak pasal malam pertama?"soal izhar.

wiya kerut kening.
"malam pertama apa?"

"malam pertama pasangan pengantin duduk sebilik?"kata izhar.

wiya semakin merah kulit mukanya.
ishh..apasal dengan pengantin pulak?

"orang buat tu...."kata izhar serba salah.

wiya mengeluh.apa-apa lah mamat seekor ni!

"buat apa? buat bodoh? buat tak tahu? buat baik? buat jahat?"soal wiya bertubi-tubi.

"malam pertama buat apa? tidur je lah! macam malam-malam sebelum tu,tapi..bila dia orang tidur sekali,dia orang akan dapat baby..so...mana ada buat apa-apa,sebabnya adalah kerana mereka tidur sekali,habis...tak sama macam yang kita tidur semalam? awak kena ingat..kalau saya mengandung,hujung dunia pun saya cari awak..dan bunuh awak!!"kata wiya dengan lantang.

"mana boleh awak bunuh saya.."kata izhar dengan senyuman.
rasa kelakar dengan fahaman wiya,tapi...betul ke?

"kenapa pulak tak boleh!!?"soal wiya

"nanti anak kita takde papa"jawab izhar.

"iiee...kecik besar kecik besar saya nampak awak ni tau!!"marah wiya.

izhar tergelak.
"okay macam ni...apa-apa pun saya nak yakinkan awak yang awak tak akan mengandung...,kita bukan tidur sekalilah,yang semalam tu..tak sengaja"kata izhar.

"betul ni!?"soal wiya ingin kepastian.

"betul...."

"tak mengandung?"

"tak...."

wiya angguk kepala mengalah,lega sikit hatinya kini.

"tapi..kalau mengandung pun apa salahnya....kita jaga anak kita dekat pulau ni,macam keluarga tarzan.."kata izhar dengan ketawanya yang kuat.

"awak jangan sampai saya panggang awak!!"kata wiya terus mengejar izhar yang melarikan diri dengan hilai tawanya yang kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience