bab 47

Romance Completed 10363

"best sangat ke harajuku tu?"soal wiya dengan malas.
apa taknya...
baru saja balik dari puas berjalan-jalan mengelilingi segala tempat menarik yang ada.diajak lagi oleh izhar untuk ke Harajuku!
entah apa yang menariknya dekat tempat tu pun tak tahulah....

izhar melihat wiya yang keletihan melepaskan lelah di atas katil di sebelahnya yang sedang duduk sambil memegang satu kertas yang terisi peta negara jepun.

"bestlah...awak mana tahu,tempat tu rugi tau kalau kita tak pergi,hah...kita boleh beli buah tangan untuk keluarga lagi"pujuk izhar.

"malaslah awak...."kata wiya sambil mata terpejam.

izhar tersenyum.
"okay..kita pergi sekejap je,tapi...kalau sekejap sangat tak sempatlah nak meneroka keseronokan tempat tu"kata izhar

wiya buka mata.dia lihat izhar disebelah yang sedang merenungnya.

"come on...lagi dua hari masa kita dekat jepun ni tinggal.lusa kita dah nak balik"kata izhar.

ermm...betul tu.kenapa sekejap sangat masa berlalu,bukan ke mereka masih ada seminggu lagi?
macam semalam saja mereka baru balik dari melihat bunga sakura!
padahal dah seminggu memori tu berlalu.tapi akan tetap terpahat di hati masing-masing.
wiya mengeluh perlahan.

"kenapa mengeluh pulak ni?"soal izhar

"sekejapnya masa berlalu,rasa macam semalam kita sampai...kenapa kita dah nak balik?"rungut wiya.

izhar tergelak perlahan.
"bukan ke awak yang tak sabar nak balik Malaysia sebab rindukan mama?"

"memanglah...tapi tak puas lagi nak duduk sini..."

"ke..nak duduk berdua-duaan dengan saya lama-lama?"usik izhar.

wiya mencebir bibir kemudian tersenyum.
"mana-mana pun bolehlah..."

"nanti kita datang lagi..."pujuk izhar.

wiya melihat muka izhar.
"betul ni? awak janji?"

"yes...betul"kata izhar

wiya tersenyum.

"mana tahu rezeki kita datang dengan anak-anak kita pulak ke..?"kata izhar sengaja mahu mengusik lagi.

wiya menjelingnya tajam.
"gatal awak erk!"
lengan izhar dicubitnya manja.

izhar pulak mengekek ketawa sambil melarikan tangannya dari cubitan ketam wiya.

"tapi...tu lah"keluh wiya semula.

izhar berhenti gelak.
"kenapa?"

"masalah papa dan daddy tak habis lagi"kata wiya.

izhar juga mengangguk kepala.
"susah betul nak baikkan dua-dua.."

"agak-agaknya...macam mana cara supaya papa dan daddy baik semula ye? saya serabutlah...dia orang selalu kongkong kita! papa suruh tidur di rumah dia..daddy suruh tidur rumah dia...macam mana ni?"keluh wiya

izhar menarik nafas lelah.
"kita serahkan saja semuanya pada Allah..dia yang maha mengetahui segalanya.kita berdoa je.."kata izhar

"tapi..masalahnya kita dikait sama"

"kalau bab yang tu..saya pun give up! kita ikut je lah yang mana baik..asalkan jangan dia orang pisahkan kita dah cukuplah...sebab saya tak kuat nak berjauhan dari awak.."kata izhar sambil tersenyum.

wiya membalas senyumannya.
mata mereka bertentangan.

"jom..."ajak wiya sambil tersenyum manja.

mata izhar terbuka luas.
"jom apa?"soalnya sambil tersenyum teruja.

wiya mula rasa sesuatu.
"jomlah ke tempat yang awak cakap tu..apa Hagimaru? Harajuku?"wiya berfikir sekejap.

terus mati senyuman lebar izhar.
"ingatkan jom apa tadi..."

wiya tergelak.dia bangun duduk bersila.
"fikiran kotor betul....jom lah cepat"

izhar angguk kepala.
dia turun dari katil dan berjalan mengikut langkah wiya.
..................

ternganga wiya saat melihat satu suasana yang amat menakjubkan seumur hidupnya!
kalau dulu dia tak pernah sekalipun terlintas untuk ke tempat-tempat sebegini.
lagipun...waktu malam papa bukannya bagi dia keluar rumah!
tapi sekarang pemikirannya berputar ke 360 darjah!
memang benar-benar menakjubkan.

dari kanan,kiri,depan,belakang semuanya dibanjiri oleh manusia-manusia samaada rakyat jepun sendiri ataupun pelancong luar dari pelbagai negara!

wiya melihat ke arah boyband yang sedang mendendangkan sebuah lagu dalam bahasa jepun.
entah lagu apa entah dia tak peduli!

di kiri jalan pulak macam-macam jualan yang dipamerkan.
memang betul cakap izhar!
boleh beli buah tangan untuk mama,papa,daddy,mummy,dan si kembar tu...!

"awak nak jalan mana dulu? kiri or kanan?"bisik izhar di telinga.
disebabkan bunyi bising oleh suara-suara masyarakat di sini.

wiya tersenyum.
"kita cari hadiah untuk orang-orang Malaysia dulu erk?"soal wiya.

terbuntang biji mata izhar.
"orang-orang Malaysia!!? makk aii...botaklah kepala saya macam ni?"dengan muka macam orang sakit perut dia berkata!

wiya gelak perlahan.
"awak ni....untuk family kitalah!"

izhar tersenyum.tahu sangat...
mereka beriringan berjalan ke arah gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barang-barangan yang bakal dijadikan hadiah.

walau macam mana pun.untuk orang first time datang ke Harajuku ni memang akan jadi jakun habislah!
memang seronok!
tak sangka di tempat sebegini masih ada acara yang amat menakjubkan khas untuk pengunjung.

kawasan Harajuku station yang terletak di antara shinjuku dan shibuya di yamanote line!
salah satu kawasan yang terkenal dengan remaja-remaja yang mahu mengikuti trent masa kini yang amat menarik!
semua ada of course!
tapi..yang paling tertarik di mata wiya dan menjadi tarikan dekat sini adalah Takeshi Dori.
banyak kedai-kedai yang trendy dekat sini.

dari satu gerai ke gerai yang lain.
mereka berjalan di celah-celah kesesakan orang ramai.

di tangan wiya sudah ada enam plastik beg yang terisi dengan baju dan jam untuk si kembar.
jam tangan yang popular untuk daddy dan papa!
psstt...sengaja mereka pilih warna dan jenis yang sama!
harap-harap papa dan daddy boleh terima kebersamaan itu! heheheh...
dan tiga pasang kain yang bercorak dan warna yang begitu menarik untuk dibuat baju atupun apa-apa jelah..khas untuk mama.
dan mummy akan dapat tiga jenis kain yang berlainan jugak!
so...sama adil right?

"dah habis shopping barang untuk diaorang semua?"soal izhar sambil menyedut air dalam bekas menggunakan straw!

wiya tersenyum.
"belum..."

kening izhar terangkat.
"belum...? apa lagi yang tak cukup?"

wiya tersenyum.dia meneruskan langkah ke depan meninggalkan izhar yang termangu.
kemudian dia mengejar langkah wiya.

wiya menghampiri sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis tshirt yang eksklusif dan menarik.
walaupun berjenama tapi harga dekat sini memang berpatutan.

"awak nak beli tshirt?"soal izhar yang berdiri di sebelah wiya.

wiya tersenyum.
"awak pegang ni!"

plastik yang dipegang wiya bertukar tangan.

"err...miss,i want two t-shirt like this..and i want the pink colour"order wiya sesuka hati.

si penjual yang dari tadi sudah tersenyum lebar mengangguk faham.
dia berlalu ke belakang gerainya.
dalam beberapa saat dia keluar semula dengan membawa dua pasang baju t-shirt berwarna pink di tangannya.

wiya tersenyum lebar.

"awak nak buat baju couple erk?"kata izhar dengan seronoknya.

wiya tergelak perlahan.
"no lah...."

senyuman izhar mati terus.
"habis?"

"just look"balas wiya.

"like this one miss?"soal penjual itu.

wiya angguk kepala.
"yess! err..cant i write something on this t-shirt?"

penjual itu semakin melebar senyumannya.
mungkin jika pembeli ingin menulis sesuatu atas baju yang dibeli.harga yang ditawarkan akan lebih meningkat jumlahnya.

"sure...please come follow me"

wiya angguk kepala.tangan izhar ditariknya supaya mengikut.
mujur juga air di tangan izhar tidak terlepas ke bawah.

mereka memasuki ruangan kreatifviti.
di situ ada beberapa orang sedang menulis ataupun melukis sesuatu di atas t-shirt yang dibeli juga dari situ.

wiya tersenyum lebar.

"saya nak tanya..untuk siapa t-shirt tu?"soal izhar

"ali dan ayie!"balas wiya dengan senyuman lebar.
izhar sudah ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience