bab 43

Romance Completed 10363

wiya menghirup minuman panasnya di balkoni bilik.
izhar disebelah sibuk menaip di papan keyboard dengan selambanya.
wiya menjeling geram.

seminit..dua minit..tiga minit..

"uhukkss..uhukkss.."wiya pura-pura batuk kuat.

izhar masih selamba.

wiya lagakan gigi atas dengan gigi bawah.geram!!!

"ehhhemm...ehhem..."wiya pura-pura berdehem lagi.

izhar masih lagi selamba.siap senyum sorang-sorang lagi!

wiya merengus geram.
dia buat keputusan untuk masuk dalam bilik dan tidur lagi bagus!
wiya bangun berdiri dan berjalan dengan pantas.
tiba-tiba tangannya ditangkap oleh tangan seseorang!
seseorang?
siapa lagi kalau bukan izhar.

wiya mengeluh.
"awak nak apa?"soal dia malas!

izhar tersenyum.
bukannya dia tak sedar apa yang wiya cuba buat.
tapi...nama pun izhar!
tak sah kalau sehari tak mengusik si isteri tersayang.

"izhar! saya tanya awak nak apa? ishh..dia boleh senyap dan senyum je? tangan kita tak nak lepas pulak"kata wiya.

izhar tersedar.dia menyimpul senyuman.
"awak nak ke mana sayang?"soal izhar dengan perlahan.

wiya menjeling geram.
dia masih lagi berdiri.
"tak payah nak nak sayang sangatlah....geli"

izhar tergelak.
"geli? kenapa nak geli pulak? awak tu isteri saya..saya ni suami awak"

"saya tahulah hakikat itu..."

"habis tu....? tak nak duduk balik? still nak masuk dalam?"

wiya mengeluh.terus dengan terpaksanya dia kembali duduk di kerusi tadi.
izhar tersenyum senang.

"nak duduk buat apa? datang dua orang tapi rasa macam seorang diri.orang di sebelah dia buat tak tahu je! ishh...geram betul"kata wiya sambil memendang ke depan.

izhar di sebelah sudah berhinggut badan kerana gelak.

"awak kata apa ni?"soal izhar

"awaklah...dari tadi dengan telefon je,lebih baik awak datang honeymoon dengan telefon tu ataupun orang yang awak sedang text tu sekarang"

"awak cemburu?"

wiya merenung jejaka di sebelah yang sikit lagi mahu ditelannya hidup-hidup.
"i'm your wife...sudah tentulah saya cemburu"

izhar tersenyum kembang setaman mengetahui kenyataan itu.
"saya wassap dengan Hamzi..kawan kolej dulu"
skrin telefon ditayang di depan mata wiya.

wiya dapat lihat dengan jelas nama Hamzi tertera di situ.
wiya diam.

"tu lah....serang tak pakai helmet,awak ingat suami awak ni mesej dengan siapa?"soal izhar.

"tak kan dengan lelaki pun...boleh senyum sorang-sorang?"soal wiya

"apa salahnya...tak boleh ke? dah dia buat lawak saya pun senyum je lah.."kata izhar.

"betul ni?"soal wiya.
mata mereka bertentangan.

izhar angguk kepala jujur.

"tak tipu?"soal wiya.

izhar geleng kepala.
macam budak-budaklah pulak kelakuan dia!

wiya tersenyum.

"dah tak marah lagi?"soal izhar.

wiya senyum lebar.kemudian dia ketawa perlahan.kelakar dengan cemburu yang menguasai dirinya sebentar tadi.

"kalau macam tu...cepat siap"kata izhar.

muka wiya kembali seperti sedia kala.
"nak pergi mana?"

"jalan-jalanlah...harini,ada dua tempat yang akan kita lawati"kata izhar.

wiya tersenyum sambil angguk kepala.
"saya masuk dalam tukar baju"

"nak ikut?"kata izhar tersenyum gatal.

"jangan nak mengada!"wiya tergelak bila tengok muka izhar yang teruja lebih itu.

izhar tergelak.dia melihat langkah wiya hilang ke dalam bilik.
kenapa dia suka usik wiya?
jawapannya tak tahu!
....................

mereka menaiki teksi yang dibawa oleh lelaki yang menyambut kedatangan mereka di jepun dengan teksinya tempoh hari.

wiya membalas senyuman izhar disebelah.
dia kembali merenung suasana di luar cermin kereta.
ramai sangat rakyat jepun ni rupanya.
ada yang berbasikal dan ada yang sedang berpacaran bak kata orang indonesia.
wiya tersenyum apabila melihat suasana seperti itu.
orang jepun ni sangatlah tertibnya.

terasa pipinya dicuit di tepi.
tak lain tak bukan siapa lagi kalau satu-satunya lelaki yang berani kenakan dia selama ini.
wiya menjeling izhar disebelah.
izhar tersenyum.

"tenung ke luar lepastu senyum sorang-sorang...dah kenapa?"soal izhar.

"sajalah..tak boleh ke?"

"bukan tak boleh cuma..."

"cemburu!"potong wiya sambil tergelak.

"saya tak kisah awak nak renung siapa pun...sebab awak dah sah milik saya,siapa-siapa berani nak kacau awak.jumpa saya dulu lah..."izhar dengan lagak machonya berkata.

wiya tersenyum.
"jumpa awak buat apa? ohh...saya tahu,jumpa awak untuk minta izin kan? saya on je...lagipun kan,orang jepun ni handsome jugak,adalah...sikit-sikit macam orang korea"

izhar semakin panas disebelah.
"sebelum dia minta izin saya...saya akan mintak izin dengan dia untuk hadiahkan penumbuk bersiri saya"

wiya tergelak bila melihat muka serius izhar.
"dah lah...saya gurau je,mana boleh saya tenung orang lain bila lelaki yang saya cintai ada di sebelah"

wiya menyandar badannya ke dada izhar.
izhar sudah tersenyum bangga.
pertama kali di ayat oleh wiya!

"abang nak ke mana sekarang?"

badan wiya terduduk tegak dari bersandar di dada izhar.
wiya merenung wajah selamba izhar dan juga pemandu di depan.
dia tak salah dengar rasanya..
memang sah!
memang sah driver teksi ni yang bersuara tadi!

"macam yang saya cakap semalam..."jawab izhar.

"baik bang...sikit lagi dah nak sampai"

izhar tersenyum dan angguk kepala.
tidak dipeduli wiya yang sedang merenungnya tajam.

"awak...dia boleh cakap Malaysia?"soal wiya dengan berbisik.

izhar tersenyum dan angguk kepala.

"kenapa tak cakap awal-awal? buat malu je lah dengan apa yang saya sebut tadi tu.."kata wiya geram.

izhar tergelak.
"malu buat apa..biasa je lah tu"

"biasa awak cakap? malu tahu tak dia dengar?"

izhar tersenyum.

"macam mana dia boleh cakap Malaysia? bukan ke dia orang jepun? dan....bukan ke masa first time kita jumpa dengan dia..dia cakap english?"soal wiya.

"dia memang orang jepun.tapi...dia fasih banyak bahasa.Malaysia,english,jepun,turkish and spain"

ternganga wiya sekajap bila mendengar penjelasan itu.
"serius ke ni..?"

izhar angguk bagi meyakinkan.

"ya Allah...hebatnya,macam mana dia belajar?"soal wiya.

"ask him"

wiya geleng kepala.
izhar ni..ada pulak disuruhnya wiya tanya!

"just ask him...he's will be fine"

wiya geleng lagi.

izhar hanya senyum.
"err...juanhow? macam mana awak boleh belajar banyak bahasa? ada orang nak sangat tahu di sini.."

lelaki yang digelar dan dipanggil dengan nama juanhow itu tersenyum dan memandang ke cermin pandang belakang.
"dulu...masa waktu saya masih kanak-kanak ibu bapa sayalah yang selalu merantau"

wiya angguk kepala memahami.

"bila kami pergi ke satu-satu negara tu...saya tak akan balik dengan tangan kosong,saya belajar semua bahasa di negara yang kami pernah tinggal"sambung jaunhow lagi.

"maknanya...awak dan keluarga tinggal lama dekat nagara-nagara tu semua?"soal wiya yang seperti teruja.

"ye..waktu saya datang Malaysia umur saya dalam tujuh tahun.saya sangat suka dengan peribahasa orang Malaysia"kata juanhow.

wiya dan izhar tersenyum.
"terima kasih"

"bagi saya...orang Malaysia ni semuanya beruntung,negara dah maju,rakyat berbilang kaum dan semuanya macam keluarga"

wiya semakin kembang bila mendengar orang luar memuji negara yang ditinggalnya.

"sekarang umur awak berapa? nampak macam muda lagi"soal izhar.

"sekarang saya dah tua dah...umur saya sekarang dah empat puluh tahun"kata juanhow sambil tergelak.

"seriously? awak nampak muda"kata izhar.

semakin lebar tawa juanhow.
"mana ada...saya sudah tua lah"

wiya dan izhar juga tersenyum.

kereta teksi itu berhenti di sisi jalan.
wiya memerhati persekitaran di luar.
"kita dah sampai ke?"

izhar angguk kepala.

mereka melangkah keluar.
beku sekejap badan wiya bila matanya melihat satu bangunan yang tinggi dan besar.bercat putih.sungguh indah dan tenangnya di sini.
wiya menghampiri tempat gah itu.

dia begitu teruja untuk terus meneroka tempat ini.
sebuah masjid!
itu yang wiya pasti sebab rekaannya seperti masjid dan ada beberapa wanita bertudung sedang melangkah keluar dari situ.

"welcoms to Tokyo Camii and Turkish Culture Center"izhar bersuara di sebelahnya.

"tempat apa ni awak? cantiknya.."soal wiya.

"inilah masjid..masjid yang paling besar dekat negara jepun"jawab izhar.

"cantiknya..kita masuk dalam tu boleh tak?"soal wiya.

"boleh..lagipun waktu asar dah nak dekat.kita solat dulu lepastu kita ronda lihat-lihat kawasan ini"

wiya tersenyum dan angguk.
...................

wiya mengenakan satu selendang khas yang ada di dalam masjid itu.
usai menunaikan solat asar mereka beriringan berjalan di kawasan luas luar masjid itu.

mata wiya terpaku melihat satu kumpulan yang terdapat lima orang wanita yang sedang bersembang dan mungkin sedang berdiskusi dengan yang lain.

"dia orang buat apa tu?"soal wiya.

izhar melihat ke kumpulan yang ditunjuk wiya.
"kalau awak nak tahu...masjid ni dijadikan sebagai tempat umat islam berkumpul dan melakukan aktiviti islamik dekat kawasan sini"

wiya mengangguk faham.
"dah lama ke masjid ni wujud?"

"lama dah...selepas je pemerintahan soviet russia tahun 1917.ada segelintir masyarakat berpindah dari negara ni.
dan pada tahun 1938 Tokyo Camii ni dibina"

"ohh...lamanya".

izhar angguk kepala.

"rekaan masjid ni macam ala-ala timur tengah"kata wiya

"tepat sekali"

wiya tersenyum bila dipuji.
izhar memaut pinggangnya.

"so....lepas ni kita nak ke mana pulak?"soal wiya.

izhar tersenyum.
"kita...balik biliklah"

muka wiya masam mencuka.
"cakap nak pergi dua tempat kan?"

"saya sakit perutlah..."kata izhar sambil memegang perutnya.

"lahh...kenapa sakit perut pulak? tak bestlah..."

"sorry sayang...tapi ni betul-betul urgent.
nanti saya akan ganti balik semua tu,saya belanja awak shopping sesuka hati"kata izhar.

wiya tersenyum.
"tak nak lah...tapi awak kena janji lepas perut awak dah lega...awak bawak saya pergi banyak lagi tempat!"

izhar angguk kepala sambil tahan sakit.

wiya tersenyum lebar.
"okaylah...jom kita balik"

mereka beriringan berjalan ke arah juanhow yang setia berdiri di sisi keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience