bab 44

Romance Completed 10363

wiya merenung kelam malam di balkoni bilik.
usai mereka pulang dari makan malam terus sahaja wiya menapak ke balkoni luar.
mahu melihat suasana hari ketujuh mereka di sini.
pejam celik pejam celik dah seminggu mereka berkampung dekat jepun.
tinggal lagi seminggu untuk mereka habiskan masa bersama di sini.
rasa rindu pada mama dekat Malaysia lagilah memeritkan.
hari-hari kalau boleh dia akan telefon ke Malaysia!

wiya merenung ke arah bangunan yang banyak di depan.
lampu-lampu neon yang menerangi malam.
walaupun angin sejuk menyapa kulit.
tapi..dia cuba bertahan.
itupun dah dua lapis baju dia pakai.
termasuk hoodie di luar.

"malam bulan....dipagar bintang....sungguh indah bila dipandang...."

wiya terus duduk tegak.tiba-tiba muncul sebuah lagu yang popular dari salah satu filem tan sri p.ramlee yang hebat menyapa telinganya! dia tahan gelak yang semakin hampir ke mulut.
siapalah malam-malam yang menyanyi dengan suara katak tu?

wiya pusing ke belakang.tawanya akhirnya meletus juga bila melihat izhar yang berseluar pendek dan berhoodie menutup kepala sedang berangan menyanyi konon-kononnya di atas pentas dunia yang disiarkan oleh seluruh siaran tv!

wiya ketawa sampai berair matanya.

usai menyanyi izhar bongkokkan badan seperti memberi ucapan terima kasih.
dia menghampiri kerusi di sisi wiya.

"apa awak ni...? hahhaha...nyanyi suara macam katak! ingat sedap ke..? hahaha!!"wiya bantai gelak lagi.

izhar hanya tersenyum.
sengaja dia menghilangkan mood suram wiya di balkoni tadi.
risau bila dia melihat wajah itu tiba-tiba muram.
and now....dia berjaya buat wiya ketawa.
"sampai hati...mana ada suara saya macam katak"

"betullah...siap berangan bagai,untuk makluman ye..suara tan sri p.ramlee lagi sedaplah"

izhar mencebir kemudian dia tersenyum.
"sajalah...salah ke kalau nak berangan,mana tahu ada jiran sebelah rakam ke..boleh viral,and lepas viral jadi popular"

"ye lah tu...viral tapi bagi orang gelak dan mengata! buat apa?"

izhar tersengih.
"gurau je lah...tak nak saya jadi viral,nanti jadi rebutan"

wiya sudah reda tawanya.dia menjeling izhar dengan manja.

"awak goda saya ke?"soal izhar dengan nada terkejut.

"hello...jangan nak perasan erk?"

"lahh...ingatkan goda kita tadi,kalau tak bolehlahh......."

"bolehlah apa? awak jangan nak mengada-ngada!"amaran wiya dengan keras.

izhar tersenyum.
tahu sangat sikap wiya!
"gurau je lah...."

wiya tersenyum sambil melempar pandangan ke depan.
kembali dengan dunianya sebentar tadi.

izhar melihat ke arah wajah yang tenang itu kembali.
"kenapa balik dari makan tadi...terus diam?"soal dia.

wiya memberi pandangan pada izhar.
dia tersenyum.
"nothing"

"really?"

"yes..."

"but i cant see something different in your smile"
izhar melihat ke arah wajah wiya yang tenang.

"rindukan mama..."kata wiya.

izhar tergelak perlahan.
"betul ke...? bukan rasa lain?"soal izhar.

wiya sudah tidak senang duduk apabila dipandang sebegitu oleh izhar.
wiya melihat ke depan bagi menghilangkan rasa gugup dalam hati.
dia cuba untuk beriak biasa!
belum pernah dia direnung sedalam itu oleh seorang lelaki!
wiya melihat ke sisinya semula dan izhar masih merenungnya seperti tadi.

"kenapa awak renung saya macam tu!?"marah wiya.awalnya nak buat suara marah tapi yang keluar suara manja pulak!
alahhaiii...

izhar senyum lebar.
"kenapa? tak boleh?"

"saya tak suka!"

"tapi saya suka!"

"and..saya tak suka!"

"then i like it!"balas izhar tidak putus asa.

"izhar!!"

"warfeen wiyandra!"

wiya terkedu.
izhar menyebut nama penuhnya.

"any problem?"soal izhar.

wiya mengeluh.dadanya masih lagi berdebar-debar!
"sa...sa..saya mengantuk,nak masuk tidur dulu"kata wiya terus bangun dan mahu masuk ke dalam lekas-lekas.
tak tahu kenapa dia rasa malu sebegini bila berdepan dengan izhar.
selalunya ada saja ayat yang meluncur laju keluar dari mulutnya.

"wiya...."

kaki wiya berhenti melangkah.
dia teragak-agak untuk memusing melihat ke belakang lagi!

izhar menghampiri wiya yang berdiri membelakanginya.
tubuh wiya dari atas hinggalah ke bawah direnungnya.
dia berdiri di depan wiya.

wiya tunduk memandang lantai.
tangannya digenggam oleh izhar.
wiya kuatkan hati untuk merenung mata di depannya.
tangannya dibawa ke mulut izhar.

"cant i ask you something?"suara serak izhar bersuara.

wiya angguk kepala.

"cant i have you this night?"

wiya sedikit tersentak dengan pemintaan itu.
dadanya sudah bergetar hebat.
kerongkongnya kering untuk berbalas kata seperti selalu.
mata bundar izhar direnungnya.
mata mereka bertentangan.

"wiya...?"

wiya tersentak.
"hah?"

izhar tersenyum senget.kelakar melihat muka polos itu.
"cant i...?"

wiya tundukkan muka kemudian dia tersenyum.
mereka berbalas senyum.
wiya menarik tangan izhar masuk ke dalam.
....................

wiya melangkah laju ke arah lif.butang yang terdapat huruf G besar ditekannya pantas.
hoodie yang dipakai diperkemaskan supaya angin sejuk tidak mudah menyapa kulitnya.
rambutnya hanya diikat gaya pony-tail.
dia bersandar ke dinding lif.
matanya dipejam rapat cuba membuang kejadian semalam.
ada senyuman menghiasi wajahnya.
dia jadi malu sendiri.

"wiya!!! apa kau dah buat!"katanya perlahan.
wajahnya digosok-gosok dengan tangan.
pagi-pagi lagi dia dah bangun dan larikan diri keluar dari bilik.
malu untuk berhadapan dengan izhar.
dia belum bersedia nak bertentang mata seperti malam tadi.

Tinggg!!

pintu lif terbuka.wiya memasukkan kedua tangan ke dalam poket hoodie.
dia melangkah ke arah restourant yang ada di dalam hotel Richmont.
syukur ada juga hidangan halal untuk pelanggannya.
orang ramai pagi-pagi lagi dah memenuhi perkarangan hotel!
macam dekat Malaysia!
semua orang sedang sibuk waktu ini.

wiya menapak ke arah meja kosong yang agak tersorok.
dia duduk termangu di situ sambil melihat sekeliling.

dalam beberapa minit wiya melihat orang-orang sekeliling tiba-tiba datang seorang pelayan restourant menghidangkan set sarapan di atas mejanya.
wiya sedikit tersentak.
"makk aii...banyaknya makanan!
siapa yang order nihh?"soal wiya dalam hati.

"err...excuse me, this is not for me"kata wiya dengan teragak-agak.
mungkin pelayan ini tersalah meja!

pelayan itu tersenyum manis.hilang terus matanya yang sepet!
"don't you worry Miss..this breakfist is for you"

"but......."

"thanks!"

wiya sudah kaku.belum sempat nak kata apa-apa suara serak itu berada di belakangnya.
pelayan itu tersenyum dan angguk kepala pada izhar di belakang dan terus berlalu.

izhar mengambil tempat di depan wiya yang sudah merah mukanya.

"kenapa turun bawah tak tunggu saya? kesian saya...kena turun sini sorang-sorang"kata izhar dengan suara pura-pura sedih.

"saya lapar..so saya turunlah"kata wiya.

izhar tersenyum.
"lapar tapi tak order? boleh kenyang ke?"

wiya mencebir!
"saya baru nak orderlah..."

izhar tergelak perlahan.
"sekarang...makan"

wiya melihat pelbagai jenis makanan halal di depannya.perut pulak dah bergegar semacam je!
daripada gegar sampai runtuh bangunan hotel ni.lebih baik dia makan!

roti bersalut telur itu dicapainya dengan garfu.
izhar makan tanpa banyak kata.

suasana diam lima minit sebelum izhar tiba-tiba bersuara.
"ehem...pasal semalam tu....."

"okay! change the topic!"potong wiya.
wajahnya sudah merah kembali!

izhar tidak jadi meneruskan kata.dia tersenyum.
"so...lepasni kita nak pergi mana?"

wiya diam.
"saya nak tengok sakura!"

izhar senyum lagi.
"okay...."

wiya meneruskan makanannya.
izhar sesekali melirik mata melihat wiya yang bersahaja!
keadaan sedikit lain antara mereka.
tapi izhar pasti!
wiya akan okay!
dia menyimpul senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience