bab 39

Romance Completed 10363

"kenapa muka masam je..? kitakan nak ke jepun? atau...awak tak nak ke jepun nak ke negara lain ke?"

wiya memberi pandangan pada izhar di depan.
waktu ini mereka berada di pusat membeli belah dan berehat dan mengalas perut di restourant di dalam mall itu.

izhar merenung wajah di depannya kini.
wajah itu sejak mula mereka datang untuk membeli barang-barang keperluan tadi, masam saja...!

wiya menggaul spageti di depannya dengan garfu di tangan.
tiba-tiba terasa tangan kirinya digenggam erat.
wiya lihat ke depan.

"if you have a problem...you should tell me...don't be like this...saya risau kalau awak macam ni..."kata izhat perlahan saja namun tersemat di dalam telinga wiya.

"memang saya macam ni apa..."jawab wiya

"no...kalau wiya isteri saya..dia tu suka kacau saya,suka buat lawak yang tak berapa nak kelakar,suka kenakan orang!"kata izhar dengan senyuman sewaktu mendiscribekan diri wiya.

wiya mengeluh.
"saya...risau"

kening izhar berkerut.
"risau kenapa?"

"daddy awak dan papa saya....saya tak suka dia orang macam tu...sampai bila awak...?"

izhar memandang wajah sedih di depan dia.
tangan wiya yang di dalam genggaman diusap perlahan.

"saya pun sama...siapa yang tak risau kalau dua orang lelaki dewasa bermusuhan,dan yang paling peliknya mereka tu berbesan...saya ingatkan dengan perkahwinan kita ini sedikit demi sedikit perangai daddy akan berubah.tapi...langsung tak!"

wiya mengeluh.
"macam mana jalan nak bagi dia orang berbaik semula? dua-dua dah dewasa!.dan dua-dua jugak ego meninggi!"kata wiya runsing.

izhar melepaskan pautan tangan mereka.
dia mencapai sudu dan garfu dan memulakann sesi makan!

wiya lihat wajah yang tak bermasalah di depan dia dengan tak percaya!

"awak ni selamba je kan? awak tak risau ke?"marah wiya

"lepas kita balik dari jepun...kita akan sama-sama fikirkan erk?"

"senang je kan awak cakap? awak tak nampak ke daddy dan papa dah mula kongkong hidup kita? pagi tadi daddy,lepasni...tentu-tentu papa pulak yang paksa kita tinggal dekat sana lebih lama! huhhh!!!"

izhar tersenyum lebar..

wiya jeling geram melihat wajah yang tersenyum penuh makna di depan dia kini!
"apa hal pulak awak senyum-senyum macam kerang busuk ni?"

"jangan-jangan...kalau kita ada anak,dan daddy dan papa dapat cucu...baru mereka nak berbaik tak?"kata izhar dengan kening terangkat ke atas.

"ieee...awak jangan nak memandai erk? saya cucuk dengan garfu ni kejap lagi!"marah wiya membuat gaya mahu menikam izhar.

izhar tergelak perlahan.
"but why..? tak salahkan kita cuba? nanti kita pergi jepun kita buat anak erk?"

mata wiya membulat besar.

izhar tersenyum selamba.suka dia bila dapat menyakat budak comel di depan ini!

"awak nak makan garfu atau meja ni? aaya bagi dua pilihan!"kata wiya. geram dengan perangai si suami! orang betul-betul dia main-main pulak!

"saya....nak makan awak!"jawab izhar.

"izhar!!"marah wiya dengan muka yang merah.

izhar tergelak kuat.
dia suka tengok muka yang merah tu!
nasib baik mereka dekat public!
rasa-rasanya kalau dekat rumah mesti pipi dia dah jadi mangsa!

"suka main-main! bencilah cakap dengan awak ni! kalau itu niat awak nak ajak saya pergi jepun..jangan harap saya nak ikut!"kata wiya
terus minuman jus buah epal disedut menggunakan straw...
demi meredakan rasa amarah!

"lahh...ke situ pulak,kalau awak tak nak pergi..saya ajak budak officelah..ada seorang yang saya minat dari dulu lagi! so...memang betul awak tak jadi? saya nak ajak dia ni"kata izhar dengan gaya serius

wiya ketap bibirnya menahan geram dalam hati!
kalau diukur suhu hatinya pasti temperature dah naik ke paling tinggi!

"kalau awak pergi dengan perempuan lain...siap awak!"kata wiya memberi amaran.

izhar gelak perlahan.
"saya gurau je lah sayang....awak ni cepat marah betul kan?"kata izhar dengan tawanya.

"awak jangan main-main dengan saya!"

izhar tersenyum.
"you believe me right? mana ada perempuan yang boleh gantikan diri awak...."kata izhar perlahan saja dan penuh serius.

wiya merenung mata yang terlihat jujur di depan dia kini!

"saya sayang awak..sampaikan saya tak mampu nak sayang orang lain tau.."kata izhar lagi.

wiya tersenyum manis pada izhar.
"thanks.."

"you're welcome!"kata izhar.

mereka sama-sama tertawa.
mereka kemudiannya meneruskan sesi makan sampai habis!
suasana yang riuh dengan pelanggan yang datang dan pergi!

wiya melihat wajah izhar secara senyap-senyap.tak mahu izhar tersedar.
wiya tersenyum.
"saya jugak sayangkan awak!"bisik hati kecilnya.
........................

"Assalammualaikum mama...papa..!!?"laung wiya dari luar rumah besar itu.
izhar di sebelah hanya menanti.

beberapa saat kemudian pintu gerbang itu dibuka terjengul wajah puan sri akma.
"waalaikumsalam...wiya!!?"

tubuh wiya didakapnya erat.
wiya juga membuat perkara yang sama.
mereka sama-sama melepaskan rindu.

"anak mama...mama rindu sangat sayang"kata puan sri akma

"wiya pun....papa mana ma?"soal wiya

pelukan mereka terurai.

"papa ke pejabat...dia tak tahu wiya nak balik"kata puan sri akma

wiya tersenyum.
izhar juga sama.

"mama sihat?"soal izhar sambil mencium tangan ibu mertuanya itu.

"Alhamdulillah sihat..dah lah jom kita masuk...panas dekat luar"kata puan sri akma.

mereka sama-sama masuk.

"kamu dua dari mana ni?"soal puan sri akma sewaktu mereka sudah berada di ruang tamu yang luas itu.

"dari mall..beli barang-barang keperluan dekat sana nanti.."jawab wiya yang duduk di sebelah mamanya.
izhar pulak duduk di sofa single.

puan sri akma tersenyum penuh makna.
"dekat sana? dekat mana tu?"

wiya lihat ke arah mamanya.
dia terlupa yang dia belum mengakhabarkan berita keberangkatan mereka ke negara matahari terbit itu lagi!

"maaf ma...wiya lupa nak cakap,esok...wiya dan izhar nak ke jepun.."

wajah puan sri akma bertukar teruja.
"ohh...patutlah muka dua-dua berseri je...nak pergi honeymoon ye?"

izhar dan wiya tersenyum malu.

"sementara izhar masih cuti ma...lagipun dah lama tak jalan-jalan"jawab izhar

"baguslah kalau macam tu...so barang-barang dah complete ke?"soal puan sri akma

wiya angguk kepala.
"dah...semua dah selesai"

"berapa lama dekat sana?"soal puan sri akma

"dua minggu ma..."jawan izhar

"ermm...i'm gonna miss you"kata puan sri akma memeluk bahu wiya.

wiya tersenyum.
"wiya pun....dua minggu tu tak lama pun ma..pejam celik pejam celik dah dua minggu....."

"ye lah...mama tahu,tapi...kau orang berdua hati-hati dekat sana nanti...mama risau"

wiya dan izhar angguk kepala beserta senyuman.

"malam ni tidur sini ke?"soal puan sri akma

"of couselah ma..."kata wiya

sekali lagi wajah puan sri akma teruja!
"okay...mama masak special malam ni untuk pengantin baru..."

wiya dan izhar tergelak.

"wiya nak tolong mama masak boleh? sambil-sambil tu...nak belajar"kata wiya dengan malu-malu.

"ha...bila kahwin baru sedar,mama suruh belajar masak dari dulu lagi tak nak.."kata puan sri akma

wiya tersengih
"alah...sekarang dah insaf"

kata-kata wiya mengundang tawa puan sri akma dan izhar.

"ye lah...asalkan ada usaha,apa pun yang kita buat pasti boleh.sekarang wiya bawak izhar rehat dekat atas.mesti penat kan?"

wiya angguk kepala.

"kami naik dulu ma.."kata izhar

puan sri akma angguk kepala.
wiya dan izhar bangun dan menuju ke tangga untuk ke bilik di atas.

puan sri akma tersenyum seronok.
"nak masak apa untuk anak dan menantu aku ye? kena banyak menu hari ni..."kata dia sendirian dengan teruja.
.....................

izhar melihat sesusuk tubuh yang berdiri tegap di tepi kolam ikan yang dihiasi lampu terang.

tubuh yang tinggi dan tegap itu seakan-akan kaku dan seperti sedang berfikir.

izhar menguatkan hatinya untuk menghampiri.
walaupun wajah bapa mertuanya itu dari tadi serius semacam.

telinganya menangkap bunyi ketawa wiya dan puan sri akma di dapur kerana mencuci pinggan kotor setelah mereka selesai menjamu selera makan malam.

izhar tarik nafas dan hembus beberapa kali.
dia membuat keputusan untuk menghampiri tubuh itu.

dia berjalan perlahan-lahan.
dia berdiri di sebelah tan sri erdy long yang beku sedari tadi.

"Assalammualaikum pa.."kata izhar memulakan mukadimah.

tan sri erdy long tidak menoleh ke sebelah.tapi dia hanya menjawab.
"waalaikumsalam."

izhar menahan debar dalam dada.
fuhh!! debar dia lain macam!
lebih teruk dari berdepan dengan tok kadi!

"papa...sihat?"soal izhar

"ermm..."suara itu berbunyi serius.

izhar diam.dia melirik mata melihat ke sebelah.
"sejuk kan malam ni...?"kata izhar dengan sengihan.
padahal bukannya sejuk pun...saja mahukan sebuah perbualan!

"dah tahu sejuk masuklah dalam...yang kau keluar ni kenapa?"soal tan sri erdy long

izhar terdiam.
"papa tak sejuk?"

tan sri erdy long melihat ke arah izhar.
"aku tahulah..ni tempat aku,aku dah biasa.."

izhar angguk kepala.
"saya...nak minta izin dengan papa nak bawak wiya ke luar negara esok"

"dia dah jadi isteri kau kan? dia dah jadi hak kau...! tapi kau kena ingat satu perkara,kau tak akan dapat gantikan kasih sayang aku dekat dia! kalau apa-apa jadi dekat dia...aku tak akan teragak-agak ambil tindakan"

izhar telan liur kesat!
"baik papa...."
dia melepas nafas lega.

"err...saya nak minta maaf dekat papa..."kata izhar lagi.
dia tidak akan berputus asa untuk merapatkan hubungannya dengan bapa mertua itu!

"pasal apa kau nak minta maaf dekat aku?"soal tan sri erdy long perlahan tapi serius dan misteri!

"kalau selama saya jadi menantu papa...papa tak senang dengan kehadiran saya"kata izhar

"aku cuma tak nak kau sia-siakan anak aku! dia seorang saja anak aku! kau jangan cuba nak sakitkan hati dia! faham?"

izhar angguk perlahan.
"faham pa..."

"aku cuma nak kau tahu satu perkara dan kau kena ingat ini sampai bila-bila!"kata tan sri erdy long memusingkan badannya menghadap izhar.

izhar yang cuak hanya diam dan mendengar.

"aku amanahkan kau jaga anak aku,jangan sekali-sekali kau nak tinggalkan dia atau duakan dia! aku terima kau sebagai menantu kerana dia,jadi aku tak nak kerana penerimaan aku ni buat kau sesuka hati dengan anak aku! kau jaga dia baik-baik waktu di sana"

mereka berpandangan.
usai berkata begitu tan sri erdy long berlalu ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas menggunakan lif yang berhampiran dengan tangga.

izhar termangu sendirian.
dia melepaskan nafas lega.
dada bidangnya diurut.
"ingatkan nak suruh aku buat apa-apa tadi..."kata dia perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience