bab 15

Romance Completed 10363

puan sri shasha mundar mandir berjalan ke kanan dan kiri di ruang tamu rumah yang luas itu.
mulutnya tak henti-henti mengucapkan kerisauan yang melanda keluarga mereka kini.
satu-satunya pewaris tunggal empayar family's colection hilang.
tapi yang lebih menyedihkan satu-satunya anak sulung mereka hilang dari pandangan mata.
saat diberitahu khabar itu padanya.terasa seperti nafasnya melayang-layang dengan berita itu.
izhar hilang setelah pulang dari pusat membeli belah.dan keretanya ditemui di sebuah lorong yang tidak jauh.
ibu dan ayah mana yang tak risau akan ketiadaan anak-anak mereka secara tiba-tiba?
pasti semuanya yang berlaku ada sebab.
tapi..walau apa sebab sekalipun puan sri shasha tetap tak boleh terima semua ini!
yang dia mahu adalah anaknya selamat dan kembali ke pangkuan mereka semula seperti dulu.

tiba-tiba pintu utama terbuka dari luar.
terjengul wajah tan sri akram dan si kembar amri dan aishah.
ketiga-tiganya berwajah kecewa dan seakan putus asa.

tangan suaminya dipegang kemas oleh puan sri shasha.
"macam mana abang?"

tan sri akram duduk di sofa.
amri dan aishah duduk berdua di kirinya.
puan sri shasha yang tidak sabar-sabar mahu mendapat berita tentang anakya akur lalu kembali duduk.tak mahu terlalu mendesak.

terdengar keluhan dari tan sri akram.
"pihak polis tak dapat apa-apa kesan lagi"katanya.

terdiam puan sri shasha apabila mendapat tahu berita yang satu itu.
terasa marah apabila semuanya yang diharapkan tidak berlaku.

"betul ke pihak polis tu buat kerja bang..? macam tak jumpa hasil pun! tak kan dah empat hari buat penyiasatan masih tak jumpa apa-apa?"soal puan sri shasha dengan nada geram.

"sabar sha...awak jangan cakap macam tu,jangan bagi marah dalam diri tu keluar.polis tahulah kerja mereka.kita hanya berusaha bantu apa-apa yang patut.kalau kita marah-marah sekalipun..benda ni tak berubah apa-apa"kata tan sri akram perlahan.

puan sri shasha diam semula.ada betul cakap suaminya itu.
kepalanya dipicit lembut.
cuba untuk menenangkan amarah dalam dirinya.

aishah yang melihat kesedihan yang dialami mummy kesayangannya.dia turut bersedih.
siapa yang tidak sedih bila abang yang dia sayang,abang yang selalu bergurau dengan dia,abang yang banyak mengajar,abang yang menjadi tempat untuk dia bermanja dan meluahkan perasaan ketika dimarahi mummy hilang dari pandangan mata hilang tanpa khabar berita.
dia berjalan ke arah puan sri shasha.
terus lengan mummynya dipeluk.

"mana along mummy..."kata aishah perlahan dengan suara serak kerana semalaman dia menangis mengenangkan di mana hilangnya along kesayangannya!
kepalanya dicium puan sri shasha dengan lembut.

"sabar ye adik...kita akan sama-sama cari along"kata puan sri shasha perlahan.

"angah dah lekatkan poster di seluruh sekolah.mana tahu ada yang kenal dengan along"kata amri yang sedari tadi hanya diam.

puan sri shasha tersenyum lalu mengangguk.dia tahu usaha yang dilakukan oleh anak-anak kembarnya.

tan sri akram mendengus kasar.matanya merah seperti menahan api amarah yang membuak-buak.
penumbuknya dikepal.
"saya tahu siapa yang culik anak kita!"

semua mata tertala pada dia.
lagi-lagi puan sri shasha.
"siapa bang..? jangan main tuduh-tuduh bang..tadi abang jugak yang nasihatkan sha,siapa yang abang cakapkan tu?"

"siapa lagi musuh saya selain dia!"

terkejut puan sri shasha seketika.
"tak mungkin abang long nak buat macam tu lah abang...kita tak boleh tuduh sembarangan.nanti abang juga dapat malu"

"saya tahu dia yang culik anak kita! siapa lagi kalau bukan dia? awak ingat saya ada banyak musuh ke? dia je yang dari dulu sampai sekarang suka cari pasal dengan saya!"kata tan sri akram.

"abang tak baik.....

"awak tak tahu apa-apa!"potong tan sri akram sebelum isterinya menghabiskan bicara.

"sekarang saya nak pergi rumah dia tu! tahulah apa saya nak buat!
kalau awak nak ikut silakan.
angah! adik! jom ikut daddy"kata tan sri akram sambil bangun terus berjalan ke muka pintu.

amri dan aishah terus bangun menurut langkah daddy mereka.
puan sri shasha yang tercengang seketika tersedar semula dan terus mencapai tudung yang sengaja disangkut di sofa sebelahnya.
dia mengikut langakh suami dan anak-anaknya.
.......................

kereta honda city yang dipandu oleh pemandu tan sri akram iaitu ismail atau nama panggilan keluarga mereka untuknya adalah pak mail.
kereta itu diberhentikan betul-betul di hadapan sebuah pagar besar berwarna merah hati.
pagar gergasi itu betul-betul besar dan tingginya sehingga tak nampak apa yang ada di seberang sana.
puan sri shasha sudah tidak senang duduk.wajahnya jelas kerisauan yang semakin mendalam.
amri dan aishah pula masing-masing masih lagi keliru,
kemana mereka mahu pergi?
siapa yang daddy tuduh itu?
disebalik pagar ni ada apa?
mereka berpandangan sambil bahu masing-masing terangkat tanda tak tahu!
tan sri akram melangkah keluar dari tempat sebelah pemandu.
dia berjalan meninggalkan puan sri shasha serta amri dan aishah di dalam kereta.
dia berjalan menuju ke arah sebuah pondok untuk pengawal keselamatan berjaga siang dan malam.
dengan wajah serius tan sri akram berbicara sesuatu dengan dua orang pengawal itu.

"kita pergi mana ni mummy?"soal aishah yang sudah letih hanya bermain teka teki.baik dia tanya saja pada mummynya.

puan sri shasha seperti teragak-agak untuk memberitahu anak-anaknya.
wajah amri dan aishah yang jelas kekeliruan di situ dipandanganya.
"err...nanti angah dan adik akan tahu juga"katanya.

aishah dan amri mengeluh kecewa.

beberapa minit kemudian tan sri akram menghampiri kereta dan masuk semula ke tempat sebelah pemandu.
pak mail di sebelah kelihatan tenang.
"jalan pak mail!"arah tan sri akram.

pak mail mengangguk kepala.
terus pedal minyak ditekannya.
pagar yang besar dan tinggi itu kelihatan terbuka dengan perlahan-lahan.
menyerlahkan sedikit demi sedikit apa yang ada disebalik pagar gergasi itu!

amri dan aishah berpandangan seketika sebelum merenung ke luar cermin kereta semula melihat apa yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini.
satu kawasan yang lapang dan luas sekali.
sebelah sana terdapat ladang buah-buahan yang dijaga rapi.
kereta mereka meluncur melalui jalan yang berhias cantik dengan deretan pasu-pasu pelbagai jenis bunga dan spesis ditanam secara teratur dan tampak bersih.

mata mereka sekali lagi terpukau apabila terpandang sebuah bangunan yang tampak cantik dan besar!
sebuah bangunan yang lebar dan tinggi.
kereta yang mereka naiki berhenti betul-betul berhadapan sebuah kolam yang dihiasi patung naga berwarna keemasan.
mereka melangkah keluar dengan tenang kecuali tan sri akram yang lekas-lekas keluar menuju ke pintu gerbang yang besar.

"tempat apa ni mummy?"soal aishah sekali lagi.harap-harap bakal ada jawapan yang menyenangkan dari mummy.

"ini..ini..rumah pak long"kata puan sri shasha seperti teragak-agak.

ternganga amri dan aishah apabila puan sri shasha memberi jawapan itu.

"rumah!!?"soal aishah

"pak long!!?"soal amri pula.

puan sri shasha menggaru kulit kepalanya yang dilapisi tudung.
"nanti...adik dan angah akan tahu "

aishah melihat sekelilingnya.
"biar betul rumah? macam sekolah je..?"soal aishah sendirian.
kagum seketika dia dibuatnya.
siapalah yang bertuah sangat ada rumah sebesar ni?
rumah mereka pun besar jugak,tapi...tak lah sampai macam ni sekali!

mereka mengikut langkah mummy dan daddy mereka di muka pintu.
beberapa saat mereka tiba.pintu gerbang itu terbuka dari dalam.
muncul wajah puan sri akma yang kelihatan sangat terkejut dengan tetamu hari ini!

"assalammualaikum kak long.."kata puan sri shasha dengan senyuman.tangannya dihulur ke depan ingin bersalaman dengan puan sri akma.
tangannya disambut lembut oleh puan sri akma beserta senyuman lebar.
lega hati puan sri shasha apabila disambut begitu.
memang dia tahu puan sri akma juga seperti dirinya.
mahu perhubungan dua keluarga ini bersama semula.
tetapi...apa yang boleh mereka buat,mereka cuma isteri,yang menjadi ketua adalah suami mereka!

"angah..adik..salam mak long"kata puan sri shasha.
amri dan aishah bersalam dengan seorang wanita yang manis tersenyum yang mummy mereka gelarkan sebagai mak long?

tiba-tiba muncul tan sri erdy long dari belakang puan sri akma.
dengan wajah serius dia menghampiri para tetamunya.

puan sri akma dan puan sri shasha masing-masing berwajah kerisauan mengenangkan apa yang bakal.
berlaku sebentar lagi.
harap-harap apa yang mereka tak suka tidak akan berlaku.
amri dan aishah berpandangan.
apa yang terjadi sebenarnya?
mata tan sri akram dan tan sri erdy long bertembung bagaikan mata helang merenung mangsanya.
suasana senyap di ruang muka pintu itu.
mungkinkah akan ada pertelagahan?
atau pendamaian yang sekian lama dicari puan sri shasha dan puan sri akma?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience