bab 46

Romance Completed 10363

di sebuah rumah usang di tengah-tengah hutan belantara.
sebuah rumah banglo yang telah lama ditinggalkan.
dari jauh sudah terdengar bunyi suara-suara ganas dan kasar sedang berada di dalam rumah itu.

seorang lelaki berkot hitam melangkah memasuki ruangan pintu masuk yang sudah berlubang dan mungkin dimakan usia.

lelaki itu melangkah dengan tenang menuju ke destinasinya sendiri di dalam rumah itu.

dari jauh sudah terdengar bunyi dekahan ketawa yang memecah kesunyian rumah usang itu.
lelaki itu berdiri di depan sebuah bilik yang tertutup pintunya.

dengan sekali tendangan pintu itu terus terbuka.

penghuni di dalam seakan terkejut dengan kedatangan itu.
seorang perempuan sedang berasmara dengan lelaki di atas sofa panjang.
keduanya berpandangan sebelum perempuan itu bangun dari duduknya dan menutupi badannya dengan tuala dan berlalu ke sebuah bilik lain.

lelaki berkot hitam itu hanya berdiri tanpa sebarang kata.

lelaki yang berseluar pendek di atas sofa itu bangun berdiri.

"ada apa kau datang sini?"soal lelaki yang berwajah bengis serta janggut putih yang melata di wajahnya itu dengan sinis.

lelaki berkot hitam itu tersenyum sinis.
"perlu ke aku buat temujanji untuk jumpa dengan kau?"

"bukan kau dah tak kenal aku lagi? buat apa kau datang jumpa aku?"soal lelaki itu dengan bengis.

lelaki berkot hitam itu berpeluk tubuh.
"aku ada hal penting untuk jumpa dengan kau! dan aku pasti...kau tak akan tolak!"

lelaki berseluar pendek itu tergelak sinis.
"kau duduk dulu...aku akan datang lima minit lagi"

"jatuh maruah aku untuk duduk atas sofa maksiat kau!"lelaki berkot hitam itu terus mengorak langkah keluar dari bilik itu.

lelaki berseluar pendek itu merengus kasar!

lelaki berkot hitam itu duduk di salah satu bangku usang di rungan kosong rumah itu.
kaca mata hitamnya dibuka.
dia duduk sambil menenangkan fikiran.

"tan sri ebrahim!"

lelaki berkot hitam itu pantas menoleh ke belakang.
seorang perempuan persis model melangkah ayu menghampirinya beserta senyuman lebar.perempuan itu sudah berbaju tidak seperti tadi!

perempuan itu mengambil tempat kosong di depannya.

"apa khabar tan sri ebrahim..seorang usahawan yang berjaya dan kaya,how long we not see each other"kata perempuan itu dengan manja.

tan sri ebrahim tersenyum sinis.
"aku tak ada masa untuk berjumpa dengan perempuan jalang macam kau!"

wajah perempuan itu sedikit tegang.
"how dare your mouth tan sri..!"

"apa? tak betul? kau nak sangkalkan apa yang aku cakap tadi?"

"he's better than you tan sri! becouse of that i love him!"kata perempuan itu dengan bangga.

"sebab tu kau bagi tubuh kau dekat dia? dasar perempuan bodoh! kau patut sedar! aku kenal siapa dia lebih dari kau kenal dengan dia! lelaki yang bersama dengan kau tadi!"kata tan sri ebrahim dengan tenang.

wajah perempuan itu memerah.
"i hate you tan sri..whatever you say about him..i don care!"
terus wanita itu melangkah meninggalkannya yang tersenyum senget.

lima minit kemudian lelaki tadi menghampiri tan sri ebrahim dengan sebatang rokok di mulut.
kerusi kosong di depan itu diduduknya.

"kau ada hal apa nak jumpa aku?"

"aku ada rancangan besar untuk kau!"kata tan sri ebrahim.

lelaki itu tertawa sinis.
"aku dah tak main benda-benda kotor!"

"oh ya...? bukan baru tadi aku saksikan yang kau dengan perempuan pelacur tu....."

"that's my girl! she's mine.kau tak payah nak sibuk hal aku!"potong lelaki itu dengan hembusan asap yang berkepul keluar dari mulutnya.

tan sri ebrahim tertawa sinis.
"macam aku tak kenal kau emran! segala perangai kau ada dekat celah kuku aku je!"

"apa yang kau tahu pasal aku,kau ingat aku tak tahu pasal kau? kau yang culik anak kepada pemilik sebuah syarikat terkemuka! sekali aku bocorkan rahsia ni seumur hidup kau akan terkurung dalam penjara!"

wajah tan sri ebrahim memerah menahan marah.
"aku nak kau jalankan misi aku!"

lelaki yang bernama emran itu tersenyum sinis.
"kalau aku tak nak?".

"kau adik aku! kau kena ikut arahan aku!"kata tan sri ebrahim dengan bengis.

"selama ni ada kau mengaku aku ni adik kau?"

"emran! kau kena bekerjasama dengan aku untuk kali ni"

asap berkepul semakin memenuhi ruang.
"apa yang aku dapat?"

"aku akan berikan harta aku dekat kau!"

emran tersenyum sinis.
matanya melirik ke arah abangnya.
"semua? kau pasti?"

tan sri ebrahim teragak-agak sekejap.
"bukan semua...kalau semua aku nak makan apa?"

emran tertawa kuat.

"macam mana?"soal tan sri ebrahim.

"bila kau nak suruh aku buat?"soal emran.

tan sri ebrahim tersenyum senang.
"dua minggu lagi!"

emran berfikir sekejap.dia merenung ke luar tingkap yang sudah tidak bertutup.

"aku akan uruskan semuanya! kau hanya sediakan diri"

emran diam lagi.

"lepas aje kau selesaikan kes ini...aku akan sediakan habuan untuk kau"kata tan sri ebrahim.

"misi apa kau nak suruh aku buat?"soal emran.

"penculikan"

emran sedikit tersentak.dia merenung wajah sungguh-sungguh abangnya.
"culik!!?"
.................

tan sri ebrahim menghampiri keretanya yang diparkir di tepi jalan yang sunyi.
dia melangkah dengan berhati-hati bagi mengelak tersepak akar-akar kayu yang berselirat di dalam hutan tebal itu.

pemandunya yang bersandar tenang menantinya kini tergopoh-gopoh berdiri dan membuka pintu di tempat penumpang belakang.

usai tan sri ebrahim meloloskan diri ke dalam kereta.pintu itu kembali ditutup rapat.

pemandu itu menuju ke tempat memandu dan menghidupkan enjin.

"tan sri nak ke mana?"soalnya.

tan sri ebrahim yang sedikit mengelamun tersedar.
"office!"katanya.

pemandu itu mengangguk kepala dan memulakan pemanduannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience