bab 40

Romance Completed 10363

"you think you're funny is it!!?"marah wiya tatkala dapat tahu yang izhar dengan sengaja mengenakan dia.

mananya dia tak marah! sampai saja di airport tiba-tiba si izhar boleh cakap dia terlupa kad pengenalan!
memang sikit lagi nak kena gigit dengan wiya dekat telinga capang dia tu!

izhar gelak sampai perutnya dipegang.
kalakar bila tengok wajah gelabah wiya.
wajah itu ketakutan dan cemas.

"i hate you!"kata wiya terus melangkah berjalan membawa diri menuju ke dalam bangunan KLIA itu.

"but i love you...!!"laung izhar pada wiya di depan.
orang-orang awam yang melalui kawasan itu tidak dipedulikan olehnya.

dia mengejar langkah wiya ke dalam.
mana tahu kalau-kalau wiya hilang..naya je bila teringat amaran semalam!

"lambatnya..."keluh wiya sewaktu duduk di tempat berlepas.

"sabarlah...."bisik izhar di tepi telinga dia.

"letihlah...lenguh kaki ni ha..."sungut wiya dengan muka masam mencuka!

"kejap lagi dalam pesawat awak rehat erkk..?"

wiya hembuskan nafas supaya dia boleh bersabar lagi.

dia melihat baju yang dipakai hari ini.
atas saranan dan arahan daripada encik suami wiya terpaksa memakai baju tshirts lengan panjang berwarna hitam dan di dada tertulis besar-besar perkataan 'wife' di situ!
yes....izhar juga sama!
cuma..di dada dia ada tertulis 'husband' so...tak ke jadi 'husband and wife'?
ishhh..konon-konon baju couple of the years!

dengan hati yang terpaksa kurelakan..wiya pakai juga!
rambutnya hanya diikat satu ke belakang.
di tangan kanan dia memegang kot baju sejuk berwarna coklat!

dan of couse...kalau namanya izhar memag tak sah kalau tak sama!
seluar kami sama-sama warna putih!
dah macam kembar taik cicak dah wiya tengok!
saborr je lah...

"jom!"

wiya mengikut langkah tarikan izhar di tangannya.
mereka beriringan ke dalam kawasan berlepas.
.........................
perjalanan panjang yang mengambil masa lebih kurang enam jam lebih betul-betul membuatkan tubuh wiya dan izhar keletihan.

mujur juga izhar menempah tempat mereka di class bisness..senang sikit kalau nak tidur gaya apa sekalipun.hehehhe...

wiya berbalas senyuman dengan izhar.
mereka mengalih perhatian ke tingkap kecil pesawat.
satu pemandangan yang memukau hati kami para penumpang!

TOKYO!!! here we are!!

pemandangan yang sungguh unik dan klasik serta moden di tokyo.
pengumuman pendaratan pesawat diumumkan melalui pembesar suara.

kami akan mendarat di
tokyo kokusai kuko(lapangan terbang tokyo)
atau lebih best lagi dipanggil
Haneeda kuko(lapangan terbang Haneeda)

wiya tersenyum penuh keterujaan.

"sabar..jangan terjun kapal terbang pulak!"usik izhar.

wiya tergelak perlahan.
"awak ingat saya gila nak buat macam tu"

"mana tahu...dah teruja sangat"kata izhar sambil tersenyum.

wiya tersengih.
"kalau saya terjun...awak terjun tak?"soal wiya sengaja bergurau.

"memang tak lah...boleh saya kahwin lain.kan?"kata izhar dengan senyuman.

wiya ketap giginya rapat-rapat.
"awak ni memang tak patutlah...suami yang tak perperasaan"marah wiya.
dia kembali ke posisinya semula.
dia melihat ke depan.tanda protes!

izhar di sebelah tergelak sakan.
"awak lagi teruk...kuat merajuk sangat"

"ehh..awak lagi kerek tau tak?"

"kalau saya kerek..isteri saya pun akan kerek jugak.kalau tak...tak mungkinlah dia boleh tambat hati saya ni dengan mudah..."

wiya menjeling izhar yang tersenyum-senyum.

"janganlah marah....kita datang sini for our honeymoon kan..? to celebrate our wedding"pujuk izhar sambil memeluk bahu wiya.
tubuh wiya ditarik rapat ke dadanya.

wiya melihat ke wajah itu.
akhirnya dia tersenyum.
malas mahu merajuk lama-lama.
betul juga kata izhar..mereka datang sini untuk berseronok..bukan untuk bergaduh atau merajuk!

"macam ni lah baru wiya yang saya sayang..."kata izhar.

wiya tersenyum.

pesawat mula mendarat di atas landasan yang luas.
wiya dan izhar sama-sama bersedia menunggu pengumuman dari pihak pesawat yang mereka naik!

langkah kaki mereka buat pertama kalinya ke bumi jepun ini wiya rasakan angin bayu lembut menyapa kedatangannya!
wajahnya disapa angin sejuk itu!
suhu sejuk mulai menyapa tubuh mereka.
wiya mula memakai kot baju sejuk menutupi badannya.
kot yang labuh hingga ke lutut itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam!

"jom..."izhar memeluk bahu wiya di sisi.

wiya tersenyum dan angguk kepala.
mereka beriringan sama-sama melangkah ke arah pintu masuk.

wiya agak teruja dengan kemeriahan dan suasan rakyat-rakyat di sini.
semuanya ramah dan suka senyum.
mungkin ini pengalaman yang tak pernah wiya alami.
lain dengan izhar.
sudah tiga kali izhar datang ke negara matahari terbit ini!

perasaan teruja wiya tidak tahu menggambarkan macam mana!
ada macam-macam rasa dalam diri.
teruja...seronok..gembira..semuanya bercampur.
harap-harap ini pengalaman yang dia akan ingat sampai bila-bila!

mereka berdiri di sebelah tiang besar menanti sebuah teksi datang mengambil mereka di situ.
wiya memeluk tubuh sendiri menahan kedinginan.
walaupun bukan musim sejuk...tapi suhunya tetap membuat tubuh wiya kedinginan!

izhar hanya beriak biasa dengan sebelah tangan merangkul bahu wiya dan sebelah lagi menolak bagasi.

"sejuk sangat ke..?"soal izhar kepada wiya yang diam sedari tadi.

wiya angguk kepala.

izhar tersenyum.
"kenapa saya biasa je...?"

"awak berkulit buaya kot"jawab wiya acuh tak acuh.
dah dia pernah ke sini memanglah dia tak terasa sejuknya...dah biasa!

izhar tergelak perlahan.
"kulit buaya tak apa...jangan perangai macam buaya sudah.."kata izhar.

izhar tersenyum.

"kalau perangai awak macam buaya..saya akan jadi perangai jerung..!"balas wiya.

mereka sama-sama tergelak.

"awak dah call teksi? awak cakap awak ada tempah sebuah teksi untuk kita dekat sini kan?"soal wiya

izhar angguk kepala.
"senang kalau kita nak ke mana-mana"

"so...dah call ke?"soal wiya

"dah...kejap lagi dia sampai...sabar okay?"

wiya diam.dia melihat sekeliling yang dipenuhi dengan pelbagai jenis orang dari segi bangsa,agama,dan negara!

ada juga beberapa kelompok pelancong yang datang ke sini seperti mereka!

ada juga yang berurusan hal-hal yang penting!

ada juga yang datang menjemput ahli keluarga.

wiya melempar senyuman pada seorang kanak-kanak perempuan yang comel bermata sepet yang memerhatinya dengan diam dan tekun.

kanak-kanak perempuan itu seakan malu-malu akibat perbuatannya tertangkap.
dia menyembunyikan diri di balik badan ibunya yang sedang rancak berbual.

wiya tersenyum geli hati.

"hello...you're mr.izhar right?"soal seorang lelaki yang berambut panjang dan disanggul tinggi,berkulit agak gelap.
muka dia tak macam jepun pun?
macam melayu!

badan kurus kering dan segak orangnya.
mesti dalam lingkungan 20an!

"yes...thanks for coming"kata izhar.

mereka bersalaman dan berbalas senyuman.

"this is my job..any call's i will receive it"kata lelaki itu dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"thanks.."

"so...come, i'll show your hotel"

izhar mengangguk.
wiya masuk ke tempat penumpang di belakang.
izhar pulak membantu lelaki itu memasukkan barang-barang mereka ke belakang kereta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience