bab 41

Romance Completed 10363

wiya ingatkan perjalanan mereka akan ambil masa yang lama untuk ke hotel penginapan..rupa-rupanya sekejap je?
lebih kurang ambil masa tiga puluh minit je dari lapangan terbang Haneeda ni untuk ke hotel tempat mereka akan tinggal selama dua minggu ini.

Richmond Hotel Premier Tokyo Oshiage
menjadi pilihan izhar dan wiya.
hotel yang berada di tengah-tengah kota raya Tokyo.
senang kalau nak membeli-belah atau apa-apa sebab dekat je dengan Tokyo solamachi.
jalan kaki pun boleh!

Hotel Richmond ni mengikut ceritera izhar dibuka pada Disember 2015!
uisshh..baru lagi!
kalau nak naik kereta api hanya ambil masa dua minit je berjalan ke kereta api bawah tanah Oshiage ni!
antara stesen yang paling dekat dengan Tokyo Skytree.

macam-macam ada dalam hotel ni.
kaunter penerimaan tetamu saja 24jam!
boleh juga buat penukaran mata wang dan lain-lain lagi!
menariklah...

wiya beriringan dengan izhar menuju kaunter hotel.

"kon'nichiwa(hai)"ucap si penyambut tetamu yang manis tersenyum membuatkan mata sepetnya hilang.

hai...kalau ada penyambut tetamu manis macam ni..comfirm ramai hotel ni.
wiya merenung izhar di sebelah yang tersenyum-senyum.
pandangan berapi diberikan pada izhar!

"kon'nichiwa(hai)"balas izhar dengan gerakan badan tunduk ke bawah.
begitu juga si gadis depan ni.

"cant i help you sir?"soal gadis itu.

"cant you find my name in your guest hotel list? my name is Muhammad Fayyaz Izhar"soal izhar

"oh..wait a minute sir.."gadis itu tersenyum dan kembali ke komputernya di depan.

izhar menanti namanya ada!
dua minggu sebelum dia sudah menempah bilik hotel ini.
mungkin gadis itu terlupa lima minit!

gadis itu kembali di depan izhar.
dia tersenyum manis.
"sir...your name has been in our hotel,welcome to Richmond Hotel Premier Tokyo Oshiage sir..."kata gadis itu dengan lemah lembut sekali.
tangan kanannya dilekat ke dada kiri dan badannya ditunduk sedikit.

izhar melakukan perkara yang sama.
wiya dengan muka terpaksa buat jugak!
nanti dicop sombong pulak!

mereka mula bergerak ke lif selepas mendapat kad kunci.

"amboi...kon'nichiwa lah sangat..!"perli wiya setelah di dalam lif.

izhar di sebelah tersengih-sengih.
"dia penyambut tetamulah..."

"tau lah...tapi awak pandang dia lebih-lebih buat apa?"kata wiya geram.

izhar tersenyum.kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket kot.
dua orang lelaki pekerja hotel yang membantu membawa beg mereka berada di belakang dan memang sah tak tahu apa dua makhluk di depan mereka ni tengah membebel-bebel!

"apa salahnya...cuci mata,bukan senang kita nak datang sini tau"kata izhar menambah minyak di dalam api yang sedang menyala!

wiya menjelingnya tajam.

"tak kan lah bila saya bercakap dengan dia saya kena pandang lantai pulak...? nanti tak pasal dia cakap saya buang tabiat!"kata izhar lagi.

"okay sir...you're right!"kata wiya

izhar tersenyum.

pintu lif terbuka dan mereka berempat melangkah keluar.
mereka tiba di depan pintu bilik.

"sir..this is your beg, have a nice day and we're hope you cant be comformt in our hotel..."kata pekerja lelaki itu dengan senyuman.
yang seorang lagi hanya tersenyum.

izhar dan wiya membalas senyuman mereka.

mereka berlalu kemudiannya.
kagum betul wiya dengan semua pekerja hotel ni.walaupun pekerja...tutur cara dan kata-katanya penuh beradap dan sopan kepada tetamu.
wiya terpegum dan kagum dengan telatah pekerja hotel ini.

"aipp..jangan tenung lama-lama,encik suami awak ada di sebelah tau.."kata izhar dengan selamba sambil tangannya membuka pintu yang telah dibuka kuncinya.

wiya tersedar dan tersenyum lebar.
"apa salahnya...cuci mata,bukan senang kita nak datang sini kan?"balas wiya sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

izhar terkebil-kebil di luar.
"dia copy paste ayat aku weyy..."
.......................

"first location?"soal wiya dengan kening yang terangkat-angkat.bibirnya mengukir senyuman selebar yang mungkin.

izhar yang sedang berbaring di atas katil menoleh ke sebelah kanannya.
wiya yang sedang duduk dan tersengih lebar menghadap dia dengan mata yang dikelip-kelipkan.

"kita mulakan esok boleh?"soal izhar

terus senguman wiya semakin hilang.
dia bersandar ke kepala katil.

"kenapa tak hari ni je? malam-malam macam ni...mesti ada tempat best-best kan?"soal wiya

"tahulah..tapi kita rest dulu...esok kita jalan-jalan"kata izhar

wiya diam.
dia melihat ke keseluruhan bilik luas dan selesa ini.
dia melihat izhar di sebelah yang pejam mata dengan senang hati!
tidurlah tu..

wiya turun dari katil berjalan ke arah balkoni.
melihat suasana luar hotel dari tingkat sembilan itu!

dari jauh ke bawah sana terlihat lampu-lampu berwarna-warni sedang rancak bergermerlapan.
bunyi suara-suara para manusia sedang bersembang dan mungkin jugak sedang...berpesta!

wiya mengeluh perlahan.
sungguh membosankan.

tiba-tiba terasa bahunya dipeluk dari belakang.
tersentak sekejap wiya bila tiba-tiba badan dia terdorong ke belakang!

wiya melepas nafas lega bila melihat izhar tersenyum-senyum di bahunya.
amboii..sedap je letak dagu dia atas bahu orang!

"bosan ke..?"bisik izhar

wiya hanya membiarkan soalan izhar itu berlalu.

cupp!

wiya menjauhkan mukanya dari izhar.
"apa awak ni!!? pengotorlah..."marah wiya bila tiba-tiba pipi dia dicium.

izhar tersenyum.
"siapa suruh tak cakap"

wiya menjeling geram.
"tentulah bosan...awak ingat kita datang sini untuk duduk-duduk dalam bilik je ke?"

"okay....saya faham,tapi...kitakan baru sampai,apa kata kita mulakan aktiviti pelancongan tu esok? malam nk kita buat aktiviti lain?"

wiya kerut keningnya.
"aktiviti apa pulak?"soalnya.

izhar tersenyum senget.
"aktiviti yang berfaedah"

semakin keliru wiya dibuatnya.
dia melihat ke arah izhar yang tersenyum-senyum.
barulah wiya faham!

"berfaedalah sangat! jangan nak menggatal erk!"marah wiya terus lengan izhar ditamparnya perlahan.

izhar tergelak perlahan.
"gurau pun tak boleh..."

wiya menjeling manja ke sebelah!
dalam sehari si encik suaminya tak kenakan dia memang tak sah!

"awak lapar?"soal izhar

"awak tahu dekat mana makanan halal dijual?"soal wiya

izhar tersenyum lebar.
"come on...ni izhar lah...of course i know"

wiya mencebir bibirnya.
"masuk bakul angkat sendiri!"kutuk wiya.

izhar tergelak perlahan.
"mana ada saya masuk bakul! saya masuk dalam hati awak adalah..."

wiya merenung izhar dengan mata sengaja dikecilkan.
"cia...cia...cia.."kata wiya.

"no...this is not cia..cia..cia..this is real!"

wiya tersenyum akhirnya!
hampeh punya izhar!
"okaylah...saya pun lapar jugak"

"jom...saya tunggu awak dekat luar bilik"kata izhar.

wiya angguk kepala.
izhar meluru ke pintu lalu melangkah keluar.
wiya lekas-lekas menukar pakaian!
....................

mereka menyusuri laluan pejalan kaki yang dipenuhi dengan orang ramai!
kebanyakan mereka semua berjalan berdua.
kalau ada pun sikit-sikit!
mungkin yang betul-betul single!

wiya berjalan sambil memeluk tubuhnya erat.
baju tebal yang menutupi badannya terasa sangat nipis sekarang ni.
siang pun sudah sejuk inikan pulak malam menjelma!

"sejuk sangat ke?"soal izhar disebelah.

wiya dapat lihat dengan jelas wap asap yang keluar dari mulut izhar ketika bercakap dengannya.

wiya tergelak sakan.

"apa yang gelak pulak? awak nampak saya buat persembahan maharaja lawak dekat sini ke?"soal izhar

"mulut awak..."kata wiya sambil tersenyum-senyum.

izhar mengukir senyuman bangga.
"kenapa? seksi erk?"

wiya mula buat muka menyampah!
"seksi dari celah mana pulak?"soal wiya

izhar tersenyum.
"habis tu?"

"keluar asap bila bercakap,memang macam tu ke dekat sini?"soal wiya

"biasalah...negara yang sejuk,walau bukan musim sejuk pun..bagi orang yang tak biasa...akan rasa sejuk tu"kata izhar.

wiya angguk kepala.
"jauh lagi ke?"

izhar dan wiya meneruskan perjalanan.
"tak jauh pun...sikit lagi je"

"memang makanan dekat situ halal ke?"soal wiya

izhar angguk kepala.
"tapi...bukannya restourant,ia hanya sekadar gerai makan tepi jalan"

wiya faham.
"awak kenal ke?"

"saya kenal rapat owner gerai tu..orang Malaysia,dia dah sepuluh tahun duduk sini,mulakan perniagaan tepi jalan..."

terkejut bukan main.
"sepuluh tahun? lama tu..."

"yupp...dia berhijrah dengan isteri dan anak-anak dia,dia orang tinggal sini terus"

"awak panggil apa dekat dia?"soal wiya.

"panggil abang mie.."jawab izhar.

"dia jual apa?"

"macam-macam..makanan jenis simple,macam burger..hot dog..spagetti..jenis-jenis makanan western"

"wahh...macam sedap je.."wiya sudah teruja.

"memang sedap.kadang-kadang dia jual makanan Malaysia...macam nasi lemak"kata izhar.

wiya tergelak perlahan.
"orang jepun makan nasi lemak?"soal wiya sambil tergelak.

"yes..jangan tak tahu,siap ada yang order tau,tapi...kadang-kadang tu ada yang tak tahan pedas,pedas Malaysia kan pedas yang sangat-sangat berapi..."kata izhar sambil tersengih dan bangga.

"alah...sama je lah dengan shushi.."

"tak sama sayang.....lain"kata izhar

wiya cebir bibir!
malas nak bertekak.

"jauh lagi ke?"soal wiya lagi.

"sikit.....lagi"

wiya mengeluh.
mereka meneruskan perjalanan di celah-celah orang yang lalu lalang ketika itu.
"maknanya...awak selalu datang sini ke?"

"ermm....lebih kuranglah,tiap kali saya datang jepun,saya mesti singgah sini...sebab abang mie ni...dia peramah,bagus"

beberapa langkah kemudian mereka tiba di sebuah gerai sederhana besar.
ada tiga meja dan kerusi di susun di tepi gerainya.
wiya kagum sendiri apabila melihat beberapa rakyat jepun beratur untuk membeli makanan.
seorang lelaki berjacket sedang membakar daging burger.
dan dua orang wanita agak berusia sedang memasak makanan lain.

"ini ke gerainya?"soal wiya.

izhar angguk kepala.
"inilah...bestkan?"

wiya tersenyum dan angguk.

"awak nak makan apa?"soal izhar sewaktu mereka sama-sama beratur.

"awak?"soal wiya pulak.

"saya nak makan angin..."jawab izhar sambil tergelak.

terus bahu izhar menjadi tempat sasaran tamparan hebat wiya.

"aduhhh!!..garang betul lah,bini siapalah ni..."kata izhar sambil menggosok tempat sakitnya.
padahal bukannya sakit!
tapi lebih kepada mengada-ngada.

wiya menjelingnya tajam

izhar tersenyum.

"main-main lagi"ugut wiya.

"sorry...nak gurau pun tak boleh"

"cepatlah...awak nak makan apa izhar?"soal wiya dengan nada perlahan campur geram!

"burgerlah....awak?"

"sama jugak..."jawab wiya.

"semua nak tiru kita...."kata izhar dengan gaya macam budak-budak!

wiya besarkan matanya tepat ke arah izhar.
izhar tergelak perlahan.
mereka kembali ke suasana asal.
wiya tersenyum terus menggeleng kecil!
suami dia ke ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience