bab 1

Romance Completed 10363

Sepasang mata miliknya meneliti setiap ruang atau bucu di pusat membeli belah itu.
yang pasti semua pengunjung pusat membeli belah terkenal itu terlalu sibuk dengan barang-barang yang dipamerkan oleh butik-butik mahupun gerai yang menjual pelbagai jenis barangan itu.
cape dikepalanya dibetulkan.
baju kameja tanpa butang yang dipakai atas tshirt hitam dibetulkannya.
dia menundukkan badan bagi membetulkan ikatan tali kasut pada kasut sneakers yang dipakai dan menjadi kegemarannya itu.
dia melihat sekeliling lagi demi memastikan tiada orang yang dikenali.

"cik Wiya!!!?"

kepalanya terus terdongak ke atas.suara itu!! suara seseorang yang sedang mencarinya sudah pasti.
dia menoleh ke kiri.dia terlihat dua orang lelaki berbadan sasa dan bersut hitam serta kaca mata hitam.
tanpa banyak masa dibuang dia berlari sepuas hatinya.
berlari tidak kira kemana langkah kakinya diayunkan.
yang pasti dia mahu lari dari dua orang manusia yang kini sedang mengejarnya dengan lagi pantas.
dia menyusup di celah-celah pengunjung pusat itu.

"berhenti cik Wiya!!!"arah suara itu lagi.

dia tidak peduli.yang pasti dia mahu lari sepuas hati.mahu meninggalkan dunia kongkongan yang dia tidak suka.
dia bersembunyi di balik dinding konkrik yang besar dan tinggi.
nafasnya sudah tidak sekata.turun naik,turun naik.
dia cuba menenangkan nafasnya sedikit demi sedikit.

"cik Wiya"
kepalanya tertoleh ke arah belakangnya.dia melihat wajah lelaki yang mengejarnya.lengannya dipegang kemas oleh lelaki itu.

"lepaskan aku!!!"marah Wiya dengan sedaya upaya cuba menarik tangannya kembali.

"tolong ikut kami balik cik Wiya..nanti puan sri akan marah kami"rayu lelaki kedua yang muncul didepan mereka.
Wiya mengetap bibir munggilnya.
dia pandang wajah kedua pengawal peribadi yang diupah supaya menjaganya,malah mengikuti kemana saja dia pergi.

"tolonglah cik Wiya"kata lelaki itu lagi.

Wiya menarik tangannya kembali.
"kenapa korang suka sangat dengar cakap mama aku!!?"soalnya kasar.
dua lelaki itu berpandangan kemudian tersenyum.

"puan sri yang upah kami"jawab mereka.

"mama aku upah korang untuk aku,so...dekat sini maknanya akulah bos korang.aku suruh korang jangan dekat-dekat dengan aku kan? tak faham bahasa lagi?"marah wiya dengan geram.dia menjeling menyampah dengan dua orang bodyguards yang amat dia rimas ini.
apa? kalau jalan-jalan dekat mall pun ada orang nak culik dia lagi ke? lagipun....dia dah tua umur dah dua puluh tahun.ada lagi ke orang nak culik manusia umur macam dia ni?

"tapi...puan sri yang bayar gaji kami"kata pengawalnya yang pertama.
wiya merengus kasar.tak boleh nampak dia hidup aman langsung.
matanya dapat melihat beberapa mata yang sedang memerhati mereka.akhirnya dia dah kebuntuan dengan kata-kata.dia mengambil keputusan melangkah meninggalkan dua orang pengawalnya.
kedua-dua pengawal itu lekas-lekas menurut langkah anak majikan mereka,tak mahu terlepas seperti tadi lagi.

sampai di kereta mercedes berwarna hitam wiya melajukan langkahnya.tak mahu mata-mata yang memandang tahu yang dia sedang dijaga dan dikawal.
pintu dibuka oleh pengawalnya.dia berhenti melangkah.
"aku boleh buka sendirilah...bukannya takde tangan"kata wiya selamba.terus tubuhnya masuk ke tempat duduk belakang.
pintu ditutup perlahan.kedua pengawalnya pula duduk di tempat pemandu dan penumpang di sebelah.
Wiya menala pandangan ke luar cermin kereta.dia mengeluh keras.
wajahnya diraup dengan tangan.
"malunya aku dengan semua manusia.aku sorang je yang dikawal macam budak kecik.geramnya!!!!!"jerit hatinya.
kereta dipandu membelah jalan raya waktu tengah hari itu.
...........................................................

kakinya dengan malas melangkah menuju ke arah anak tangga untuk ke biliknya yang terletak di tingkat atas rumah itu.

"Wiya!!!"suara yang sememangnya dia kenali.badannya dipusing ke belakang.hanya mata yang menjadi isyarat untuk mamanya.puan sri Akma.
dia melihat wajah garang mamanya yang sedang bercekak pinggang itu.

"suka buat perangai bukan-bukan kan?"soal puan sri Akma.

"Wiya dah cakap berapa kali kan?yang Wiya tak suka si Ayie dengan Ali tu...ikut-ikut Wiya"kata Wiya

"menjawab kan?susah sangat ke nak ikut cakap mama dan papa? kalau jadi apa-apa pada Wiya macam mana?"soal puan sri Akma.

Wiya tersenyum sinis.
"selama dua puluh tahun baru mama nak peduli pasal keselamatan Wiya? kenapa baru sekarang ma....?"soal Wiya dengan sinis.

"Wiya!!! Wiya tahu kan sekarang macam-macam manusia ada? mama tak nak dia orang apa-apa kan Wiya,kalau dia orang tahu Wiya anak kepada pemilik segala empayar perniagaan papa"kata puan sri Akma.

Wiya tersenyum sinis.inilah dia pemikiran mama dan papanya.dia sendiri pun tak faham cara pemikiran sebegitu.lainlah kalau dia adalah seorang kanak-kanak perempuan yang tak tahu apa-apa.kanak-kanak yang tak tahu nak jaga diri sendiri.kanak-kanak yang tak tahu nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

"ma...Wiya tak kaya,apa yang dia orang nak dari Wiya?dah lah mama...Wiya letih dengan semua ni.segala apa yang Wiya buat semuanya salah di mata mama dan papa kan? semuanya tak kena.apa yang mama dan papa tak puas hati dengan Wiya?lebih baik Wiya tidur tepi jalan lagi bagus"kata Wiya terus melangkah naik ke atas tanpa mempedulikan panggilan dari mamanya.

"Wiya!!! kalau papa tahu siap Wiya!!"kata puan sri Akma agak kuat berharap anaknya akan kembali ke bawah.tapi...bayang satu-satunya anak perempuannya itu langsung tidak kelihatan.bunyi pintu bilik dihempas membuatkan keluhan dari bibir puan sri Akma keluar.
dia memusingkan badannya ke belakang.terkejut dia saat terlihat Ayie dan Ali berdiri di sisi pintu.

"kamu berdua pergilah rehat"kata puan sri Akma.
Ayie dan Ali mengangguk kepala lalu terus melangkah keluar.
..............................................................
Di dalam bilik Wiya duduk di atas kerusi kecil berhadapan dengan cermin biliknya.
cape dikepala dibukanya.
terurai rambutnya yang panjang mengurai dan lembut juga berwarna keperangan.
dia melihat pantulan wajahnya di dalam cermin.
seorang gadis yang bermata sepet,berkulit putih dan berhidung mancung.pipinya kemerah-merahan semula jadi.
seorang gadis yang malang kerana kehidupannya selalu dikongkong dan dikawal.
seorang gadis yang tak mampu nak bersuara.
seorang gadis yang bakal menjadi waris kepada sebuah empayar perniagaan yang sangat maju.
sangat maju sampaikan papanya cukup terpengaruh dengan dunia luar.masih ingat di kepalanya dulu sewaktu di sekolah.bahkan sampai sekarang,bila dia sebut saja namanya berbintikan siapa..pasti orang yang ingin mengenalinya itu cepat-cepat larikan diri darinya.
sampailah sekarang.dia tidak punya kawan yang ramai.
berkuasa sangat ke papa dia?
hebat sangat ke papa?
kenapa semua orang takut dengan papa?
Wiya menangis sepuas hatinya buat kali yang keberapa dia sudah tidak ingat.yang penting kisah hidupnya selalu membuat matanya dengan senang-senang mengeluarkan air mata.
Wiya menangis dan menangis lagi.
"kenapa hidup kau macam ni Wiya? kau selalu dikongkong mama dan papa.kau selalu dijaga oleh bodyguards.kenapa sedih sangat hidup seorang Nur Warfeen Wiyandra Long?"soalnya sendirian di dalam sebak.
tangannya menyeka air mata di pipi.
sapulah banyak mana pun air mata di pipinya.ia tetap mengalir dengan laju seperti air terjun yang amat deras.
luarannya tidak seperti dalamannya.
orang akan nampak betapa beruntungnya dia kerana dilahirkan menjadi anak kepada seorang jutawan.tapi baginya dia lebih suka hidup merempat,asalkan di bebas melakukan sesuatu yang dia suka!!.
................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience