bab 5

Romance Completed 10363

tan sri erdy long menghampiri seseorang yang tidak asing lagi dengan dirinya.hanya masa dan memori lama yang memisahkan mereka.seorang lelaki yang selama ini bersama-samanya dalam melayari kehidupan di alam kanak-kanak hingga remaja.akibat satu kisah lampau kini mereka berpisah bahkan bermusuhan.walaupun memori lama yang begitu banyak kenangan terpahat di dalam hati dan tak akan sesekali dibuang.

"Assalammualaikum"sapa tan sri erdy long.
lelaki itu berpusing dengan senyuman sinis.

"waalaikumsalam"jawab tan sri akram dengan riak penuh kebencian pada abang angkatnya itu.

tan sri erdy long mengambil tempat tidak jauh dari tempat tan sri akram sedang duduk.

"lama tak jumpa dengan kau"kata tan sri erdy long.

terdengar tawa sinis yang keluar dari bibir tan sri akram.
"apa perlu aku jumpa kau lagi?"

"kau jangan lupa yang kita masih ada hubungan adik beradik"kata tan sri erdy long perlahan.

"dah lah long...kau tak perlu nak ambil tahu hal aku lagi,aku tak perlukan hubungan adik beradik kita untuk terus hidup"kata tan sri akram

"kau tak terfikir ke? dah lama kita macam ni? tak pernah bertegur sapa dengan keadaan yang tenang?"soal tan sri erdy long

"aku rasa tak perlu nak fikir hal itu semua,aku tak pernah ada adik beradik yang tikam belakang macam kau long!!"kata tan sri akram tegas

"kau perlu tahu..aku dengan marina dah lama.tapi aku rela lepaskan dia untuk kau"kata tan sri erdy long

tan sri akram tersenyum sinis.matanya menala pandangan ke arah orang awam yang sibuk berjalan.

"dah lah...aku malas nak fikir hal tu lagi,tapi...bisanya tetap aku simpan!"kata tan sri akram terus berlalu pergi ingin meninggalkan abang angkat yang sudah lima belas tahun perhubungan mereka retak.

"kau tak ingatkan arwah mama langsung?"soal tan sri erdy long tanpa memandang ke arah akram.
akram terhenti melangkah.dia terkaku seketika.

"aku tak pernah lupakan arwah mama,aku sayangkan dia.aku akan kenang segala jasa dia membesarkan aku"kata akram meneruskan langkah kakinya.

tan sri erdy long duduk sendiri.dia mengeluh keras melihat kepergian satu-satunya ahli keluarga yang masih dia punya di dunia ini.
kisah tiga puluh tahun lalu seperti berlayar kembali ke mindanya..

........seorang kanak-kanak berbangsa cina sedang tersenyum-senyum sambil mengunyah makanan yang disuap oleh seorang wanita tua.walaupun yang dimakan itu hanyalah satu mangkuk bubur kosong tanpa perasa untuk menambah kelazatan.tapi cukup buat kanak-kanak itu merasa kegembiraan apabila makan dari tangan ibu sendiri.

"mama....kenapa kita hanya ada dua?"soal kanak-kanak itu.

mamanya yang begitu lembut melayan anaknya itu tersenyum lebar.
"sebab...mama mahu jaga long di sini,long jangan degil-degil tau..."

"kenapa papa long mati?"soal kanak-kanak itu lagi.

"papa sakit,long masih kecil.mesti long dah tak ingat.tak apa...mama kan ada"kata wanita separuh umur itu dengan sebak.

"mama...kenapa long tak ada kawan?"soal anak kecil itu.

"long mahu kawan?"

kanak-kanak itu angguk kepalanya dengan patuh.wanita itu tersenyum lalu diusap kepala anaknya itu.

beberapa hari kemudian.sewaktu kanak-kanak itu bermain dengan permainan yang dibuat menggunakan kayu-kayu yang ada.tiba-tiba dia melihat kelibat mamanya pulang bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya.kanak-kanak yang bernama long itu bangun berdiri dari duduk.dia memerhati kanak-kanak yang sebaya dengan dia itu melangkah bersama mama.
wajah kanak-kanak itu tidak seperti bangsa cina sepertinya.wajah kanak-kanak itu lebih kepada wajah melayu.

"long...sini"panggil mamanya.

kaki long melangkah perlahan-lahan mendekati mamanya.

"ini kawan baru long...long boleh panggil dia adik.dia sama umur dengan long"kata mamanya dengan senyuman.
long terdiam.dia memerhati kanak-kanak yang seperti baru sudah menangis itu.
long menggaru-garu kulit kepalanya.

"apa nama dia mama?"soal long

"nama dia akram"kata mama long.

terkejut seketika long.
"mama...dia bukan seperti kita?"soal long

wanita itu menggeleng sambil tersenyum.
"mama jumpa dia tepi jalan besar sana,dia duduk keseorangan tepi tong sampah.dia sudah tak ada mama dan papa.jadi...mama bawa dia ke sini,berkawan sama long"kata wanita itu.

long tersenyum lebar.
"yeeyy!!!! long sudah punya kawan"sorak long dengan gembira.

"nanti mama akan panggil ustaz roslan untuk ajar akram dalam agamanya,tapi..long jangan risau, long boleh anggap akram macam adik,dia akan tinggal dengan kita"kata wanita itu.
long tersenyum pada akram.
mereka berbalas senyuman.

saat itu mereka berkawan rapat.apa yang dipelajari oleh long akan diajarkan pada akram supaya mereka sama-sama pandai,apa yang mereka lalui di zaman kanak-kanak amat menyeronokkan walaupun tidak seperti kanak-kanak seusia mereka yang lain.seperti mereka sudah lama kenal.tiada dunia yang lebih indah selain dunia mereka sendiri.mereka akan bersama-sama melindungi masing-masing setiap kali kemana-mana.segala kesakitan yang dialamai oleh long ataupun akram.akan dikongsi hanya untuk mereka berdua.
setiap hari semakin berlalu,dari hari berlalu ke bulan,dan bulan berlalu ke tahun.
sehinggalah mereka mencecah usia tujuh belas tahun.
long meminta keizinan daripada mama kesayangannya untuk memeluk agama yang indah,iaitu agama islam seperti mana yang dimiliki oleh akram.
semuanya bermula setelah long mengikuti akram mempelajari al-quran yang di ajar oleh ustaz roslan.walaupun dia hanya menunggu di luar rumah ustaz roslan.tapi..telinganya seperti tertarik untuk terus mendengar alunan surah-surah yang indah itu.
dengan keizinan dari mamanya.long dibantu oleh ustaz roslan untuk mengucap dua kalimah syahadah.
dengan sekali lafaz.long kini bergelar,
muhammad erdy long.
tapi..perhubungan mereka mulai renggang setelah masing-masing mencintai seorang gadis.perbalahan berlaku sewaktu ulang tahun kelahiran mereka pada usia 21 tahun.
mereka mulai bermasam muka.segala kenangan yang dicipta seperti lenyap meninggalkan sisa ditenggelami oleh api amarah.
long rela berkorban untuk adik angkatnya itu.tapi dengan keegoan akram.
mereka terus-terusan berkelahi.
sehinggalah akram mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
tinggallah long bersama-sama mamanya.
setelah berhari-hari menahan kesedihan atas kepergian akram.akhirnya mama long pergi meninggalkannya dengan satu ucapan yang diajar oleh long iaitu dua kalimah syahadah.
saat itu.long begitu kesepian.segala-galanya bagaikan sekelip mata berlaku.
akram pergi tanpa sebarang berita.
mamanya pergi meninggalkan dirinya.
gadis yang mereka dambakan sudah menikah dengan seseorang yang dipilih oleh ahli keluarga gadis itu sendiri.
dengan perangai yang ditunjukkan akram.
long mula menyimpan amarah terhadap akram.
kerana akramlah mamanya mati.tapi...sejak long berhijrah ke bandar.ia lebih banyak menumpukan perhatian pada kerja.
sehinggalah dia mulai menerima takdirnya.dia bertekad sekiranya suatu hari nanti akram dan long bertemu lagi.hanya kemaafan yang dipinta.dan dia hanya mahu hubungan yang terputus dijalinkan semula.itu sahaja!

"tan sri...."

tan sri erdy long tersedar dari lamunannya.dia melihat ayie sedang berdiri di depannya.
wajahnya diraup.ada sisa air mata di hujung matanya diseka laju-laju.tak mahu ayie menyedari tentang emosinya ketika ini.

"tan sri tak apa-apa?"soal ayie lagi.risau pula dia apabila dari tadi tan sri erdy long duduk termenung seperti mengenangkan sesuatu memori lama.

"saya okay...."kata tan sri erdy long.

"tan sri nak balik sekarang ke?"

tan sri erdy long angguk kepalanya.dia bangun dari duduk terus berjalan ke arah kereta mewah miliknya.diikuti oleh ayie dari belakang.
pintu kereta dibuka oleh ayie.tan sri erdy long masuk ke dalam kereta.
pintu ditutup oleh ayie.
kereta mula bergerak membelah jalan.
tan sri erdy long merenung ke luar cermin kereta.

"mama...long janji,long akan baiki semula hubungan keluarga kita"kata hatinya.
.....................................

tan sri akram menyeka air matanya sewaktu berada di dalam bilik pejabat.
segalanya-galanya tak pernah dilupakan.
segala kenangan masih terpahat di ingatan.
cuma...dirinya ada keegoan yang tidak mahu pergi.
siapa cakap dia tidak mengingati arwah mama.mama yang membawa dan menjaganya dengan baik.
tiga puluh tahun lalu sewaktu mendapat khabar tentang kematian mama.dialah orang yang separuh gila.
dia mengurung diri di dalam bilik sewanya yang kecil selama seminggu.dia menyalahi dirinya sendiri atas ketiadaan mama.
tapi...hatinya sedikit tersentuh dengan mama kerana di akhir hayat.mama mampu mengucap dua kalimah syahadah.
setelah seminggu dia menyendiri.akhirnya dia pulih dari kesedihan.
dia bangkit dari satu bab ke satu bab lagi diari kehidupannya.
setiap kali ada masa terluang dia akan mengunjungi kubur arwah mama yang dicari lokasinya.
memang dia tidak bersedia untuk menceritakan segalanya pada anak-anak.biarlah masa dan ketikanya tiba nanti.

"maafkan akram mama.."kata tan sri akram sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience