bab 53

Romance Completed 10363

"awak...bangun,awak okay tak ni?"soal wiya dengan hati yang risau.
sedari tadi matanya tidak henti-henti mengeluarkan air mata.
buat pertama kalinya dia merasa terlalu takut dan risau sekaligus.
dia melihat sekeliling.
suasana di dalam bilik gelap yang dipenuhi dengan kerusi dan meja yang telah tidak digunakan lagi berselerakan di merata tempat.
dia melihat sekeliling.
bilik ini sungguh gelap.
dekat mana mereka dibawa?

wiya cuba untuk merungkaikan ikatan kemas di tangannya yang diikat ke sebatang tiang di tengah-tengah ruangan itu.
namun setelah beberapa kali mencuba dia tetap tidak berjaya untuk melepaskan diri.
dia melihat izhar yang cedera dan pengsan di sebelah.
dia cuba untuk mengejutkan izhar dengan perlahan.
tak mahu sesiapa yang ada di luar mendengar suaranya.

"awak...bangun,tolonglah sedar"panggil wiya dengan suara yang bergetar.

izhar terasa badannya seperti ditolak oleh seseorang.
belakang lehernya terasa sakit yang teramat sangat.
dia yakin pasti dia cedera.
dia membuka mata.
penglihatannya menjadi kabur dan kurang jelas.
dia cuba kelipkan mata berulang kali.
dan hasilnya dia sudah boleh melihat dengan jelas.

dia melihat di sebelah.
terkejut dia saat melihat wiya diikat seperti dia dan sedang menangis sendirian.
"wiya....wiya..? aduhh!!"
terasa tepi bibirnya sakit.
darah merah sudah mengalir di tepi bibirnya.

"izhar...awak tak apa-apa? macam mana awak sekarang? sakit dekat mana-mana?"soal wiya bertalu-talu.
risau dia apabila melihat izhar menahan rasa sakit yang dialami dan Alhamdulillah izhar sudah sedarkan diri.

izhar cuba untuk tersenyum.
dia tahu wiya sedang risaukan dia.
dan dia kena kuat demi wiya!

"kita dekat mana?"soal izhar.

wiya kembali menangis.
dia menggeleng perlahan.
"saya tak tahu...saya takut"

izhar mengeluh.
kasihan dia melihat wiya yang menangis sebegitu rupa.
kalau tak kerana tangannya diikat sudah pasti dia akan menenteramkan hati si isteri yang tersayang.

"kita diculik..."kata izhar perlahan.

wiya terdiam mendengar itu.
perkara yang paling mama dan papa takuti telah berlaku pada dirinya.
sekarang barulah wiya faham maksud mama dan papa!
mama..papa..maafkan wiya.

"macam mana kita nak keluar dari sini..? macam mana kalau...kalau penjahat tu datang balik sini?"wiya sudah tidak tentu arah.perasaan takut menguasai dirinya ketika ini.

"sabar sayang...saya ada untuk awak,kita akan sama-sama cari jalan keluar dari sini.
sekarang...saya nak awak bertenang dulu"kata izhar perlahan.

wiya angguk kepala.
dia akan cuba buat apa yang izhar suruh.

"saya yakin...kita akan selamat"kata izhar.
dia meliar pandangan melihat sekelilingnya.
terlalu gelap sampaikan tidak nampak apa yang ada di dalam bilik ini.
izhar berfikir.
adakah ini penculik yang sama yang menculik dia ketika di pulau dulu?

beberapa minit kemudian pintu bilik yang gelap itu dibuka dari luar.
wiya dan izhar sama-sama terkejut dan melihat ke arah gerangan lelaki yang masuk.
muncul seorang lelaki yang agak berusia dengan janggut putih yang memenuhi wajah tuanya.

wiya mendekatkan dirinya pada izhar disebelah.
jangan lelaki tua itu mengapa-apakan dia.

"hahahhaha....!!"

izhar mendecit geram apabila mendengar ketawa lelaki tua itu.
"kau siapa? apasal kau culik kami?"soal izhar bengis.

lelaki tua itu mendapat tempat di salah sebuah kerusi buruk yang terdapat di dalam bilik itu.
"aku tak culik kau"

izhar semakin geram.
dia cuba untuk bersabar memandangkan dia diikat kemas di tiang ini.
kalau tidak sudah pasti wajah tua itu akan lebam dikerjakannya.
"kau jangan fikir kami bodohlah!"

"hahahha!!!"lelaki itu ketawa lagi.
"aku cakap benda yang betul,itupun...kalau kau nak percaya,aku hanya menjalan tugas yang diberikan pada aku"

izhar dan wiya sama-sama diam.
mereka berpandangan seketika sebelum izhar memalingkan penglihatan ke arah wajah lelaki di depan mereka itu.

"jalankan tugas?"soal izhar mahu butiran lebih lanjut.
melihat riak wajah lelaki di depan mereka ini beriak serius adakah ini bermakna dia tidak menipu?

"yes...aku hanya jalankan tugas yang diarahkan untuk aku"jawab lelaki itu selamba.

"sebab apa!!?"izhar bertanya tegas

lelaki itu sedikit tersentak.
"hey!! berani kau gertak-gertak aku!"

"peduli apa aku! kau tu yang culik aku kenapa!!?"balas izhar

"sebab kau tu anak kepada tan sri akram!"

mendengar jawapan itu membuatkan rasa amarah izhar menurun seketika.
nafasnya turun dan naik dengan laju.
jantungnya mengepam darah dengan deras sekali.
"kenapa dengan daddy aku?"soal izhar
kali ini dia bersuara perlahan.

Lelaki itu tidak terus jawab.
dia kembali duduk di posisinya.

"jawablah sebab apa!!"marah izhar

"tugas aku dah selesai.kalau kau nak tahu kenapa kau dan bini kau diculik! kau tanya orang yang mahu kau diculik"jawab lelaki itu terus berlalu keluar.

"woii!!! aku tak habis cakap lagilah!!"marah izhar sampai mukanya kemerahan.
urat di lehernya sedikit kelihatan di leher.

"sa...ssaya takut.."kata wiya dengan terketar-ketar.
dia semakin dekatkan kedudukan mereka.

izhar menoleh ke sebelah.sayu hatinya apabila melihat wiya yang ketakutan sebegitu sekali.
"wiya..saya tahu awak boleh hadapi semua ni,awak bersabar erk..saya akan cari jalan keluar untuk kita"pujuk izhar supaya hati wiya sedikit tenang walaupun dia tahu bukan mudah untuk mereka terlepas dari kurungan ini.

izhar mendengus kasar.
................

"kemanalah budak-budak ni pergi ye bang?"soal puan sri akma sambil mengintai dari jendela melihat ke kawasan luar rumah.
mana tahu kereta izhar akan muncul.

tan sri erdy long menyelak helaian akhbar harian metro bertarikh hari ini.
dia melirik melihat tingkah isterinya yang terlalu risau itu.
"kejap lagi baliklah tu...awak jangan risau sangatlah"

puan sri akma mengeluh.
dia mengambil tempat di sebelah tan sri erdy long.
"macam mana tak risau bang? lama sangat ni dia orang keluar.dari pukul tiga sampai sekarang dah pukul sebelas malam tetap tak muncul-muncul lagi"

"dia orang kan berdua...menantu awak tu kan ada untuk jaga wiya"jawab tan sri erdy long acuh tak acuh.

"abang ni...macam tak ada perasaan kan? patutlah anak kita selalu kecil hati dengan abang"kata puan sri akma sedikit geram dengan tingkah suaminya.

tan sri erdy long melipat keratan akhbar itu.
"betullah apa yang saya cakap...awak tu risau sangat,jangan-jangan menantu awak tu dah bawak anak kita balik rumah dia..awak jangan tak tahu besan kesayangan awak tu macam mana?"

"kalau dia orang betul-betul balik sana tak apalah...masalahnya,selalu kalau dia orang balik sana..wiya akan call bagitahu,ini tidak"

tan sri erdy long bangun dari duduk.
"dah lah..saya nak naik tidur dulu,awak tu jangan risau sangat"

tan sri erdy long menapak menuju ke tangga untuk ke biliknya.
puan sri akma hanya mengeluh perlahan.
"ya Allah...lindungilah anak dan menantuku"doanya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience