bab 54

Romance Completed 10363

"woii!! bangun!"

wiya membuka mata perlahan-lahan.
begitu juga dengan izhar.

wiya melihat sekeliling.
mereka masih di tempat yang sama.
wiya terkejut saat melihat seorang lelaki agak berumur sedang berdiri betul-betul di depan mereka.
lelaki itu tersenyum sinis apabila melihatnya.
lelaki berkot berwarna coklat itu seakan-akan mahu menelannya hidup-hidup.

izhar terbungkam saat melihat susuk tubuh yang amat dia kenali.
tubuh tegap dan tinggi itu begitu rapat dengan kehidupannya sebelum ini.
betapa sakitnya hati apabila melihat senyuman sinis yang terukir di bibir tua itu.
rupa-rupanya inilah dalang terhadap penculikannya!
darah amarah meruap-ruap di dalam dada izhar ketika ini.

"Good morning izhar tan sri akram.
why? terkejut? terkejut dengan apa yang kau lihat sekarang?"soal suara tan sri ebrahim dengan sinisnya.

"kau nak apa hah!!! kenapa kau buat semua ni!!? apa yang kau nak!?"tempik izhar geram.

wiya di sebelah izhar hanya mendengar dan diam.
dia melihat riak wajah izhar di sebelah.
adakah izhar kenal dengan lelaki tua ini?

tan sri ebrahim ketawa besar.
"izhar...izhar..aku ingat bapak kau dah bijak segalanya..rupa-rupanya dia masih bodoh"

"apa kau cakap ni!!?"soal izhar geram bercampur sakit hati yang teramat sangat.
bayangkan orang yang terlalu rapat dengan dia,orang yang banyak memberi tunjuk ajar,orang yang banyak dibantu oleh daddynya,telah melakukan perkara terkutuk ini terhadap anak kenalannya sendiri!
syaitan bertopengkan manusia!

"setahun berlalu...aku telah culik kau dan buang kau di sebuah pulau...aku ingat kau dah mati,rupanya tak...kau masih hidup dan kembali ke pangkuan syarikat bapak kau! dan sekarang...aku akan pastikan perkara yang sama tak akan berulang buat kali yang kedua.."

izhar dan wiya sama-sama terbungkam.
mereka berpandangan.

"tak sedar diri punya orang tua!! jadi semua tu kerja terkutuk kau rupanya! dasar manusia tak kenang budi!"

BBukkk!!!

"awak!!!"jerit wiya

izhar menahan rasa sakit akibat ditendang kuat oleh kasut kulit yang dipakai oleh tan sri ebrahim.

"pptuii!!"izhar meludah darah yang mengalir deras di dalam mulutnya
dia kembali melihat ke arah tan sri ebrahim.

"apa kau nak hah!!!? apa kau dapat kalau kau bunuh aku!!?"marah izhar

tan sri ebrahim tertawa sinis.
"kau tanya apa aku dapat? kau dengar sini budak tak guna..."

rambut izhar ditariknya ke belakang membuatkan kepala izhar turut terdongak ke atas.

"tolonglah...lepaskan suami saya"rayu wiya bersama linangan air mata yang berjejeran ke pipi.
dia tak sampai hati melihat izhar diperlakukan seperti binatang.

tan sri ebrahim tersenyum ke arah wiya.
"jangan risau...pak cik hanya jalankan tugas yang tergendala"katanya perlahan.

"arrkk!!"izhar mengaduh sakit apabila rambutnya semakin dicekak kuat ke belakang.

"tolonglah...."rayu wiya lagi.

"lebih baik kau diam!!"tempik tan sri ebrahim pada wiya.

wiya tersentak dengan suara yang kuat itu.
dia cuba untuk diam.

pandangan tan sri ebrahim kembali terarah pada izhar.
"kau dengar sini...kau tanya aku dapat apa? biar aku bagitahu kau...kau tu budak mentah,kau tak layak untuk pegang family's colecction! sebab itu...aku terpaksa untuk hapuskan kau..dan aku semestinya paling layak untuk merampas kuasa dalam syarikat tu!"katanya dengan perlahan seperti berbisik.

izhar tersenyum sinis di dalam kesakitan yang dialami.
"kau orang tua yang dah nak mamposs..kau lagi tak layak!"

"kurang ajar!!!!"
sekaligus itu pipi izhar ditamparnya kuat.

wiya semakin menggila tangisannya.
dia menggeleng apabila melihat izhar yang dalam kesakitan itu tetap berlawan kata.

"izhar...tolong jangan melawan"rayu wiya beserta tangisannya.
sekeras-keras hatinya.
dia tidak sanggup untuk melihat semua adegan ini semua.
apa lagi ia melibatkan orang yang dia sayang.

"sampai aku mati....sampai aku tak ada lagi di dunia ni,kau tak akan sesekali boleh ambil syarikat kami!"kata izhar perlahan tapi penuh kebencian.

tan sri ebrahim ketawa kuat sampaikan suaranya memenuhi bilik kecil itu.
genggaman pada rambut izhar dilepasnya.
dia bangun berdiri semula.
"kau cakaplah apa yang kau nak cakap wahai budak mentah..aku akan pastikan dalam waktu aku dah pegang syarikat tu,kau akan aku pastikan dah tiada dalam dunia ni lagi"

izhar mengetap giginya kuat.
tulang rahang di tepi pipinya bergerak-gerak.
wiya hanya mampu diam dan berdoa dalam hati semoga mereka dapat lepaskan diri dari tempat ini.

tan sri ebrahim melangkah keluar bersama ketawa besarnya.

izhar termangu sendiri.
"tak guna!!"

"awak kenal dengan dia?"soal wiya mahukan kepastian yang tepat.

izhar merenung mata wiya.
dia angguk perlahan.
"dia....dia kawan baik daddy"

wiya terkejut sangat apabila mendengar pengakuan itu.
kawan baik?
sanggupkah kawan baik memperlakukan perkara sebegini rupa kepada anak kawannya?
kawan apa macam tu?

"saya betul-betul tak sangka dia dalang dalam semua kes penculikan ni.lagi saya tak sangka dia yang culik dan buang saya di pulau dulu.daddy banyak bantu dia dan ini balasan dia untuk semua itu?"keluh izhar

wiya menelan air liur terasa kesat dan pahit di kerongkongnya.
"apa dia nak? syarikat tu ada share ke?"

"tak...dia ada syarikat sendiri.tapi...dia dah lama sukakan family's colecction.dia dah lama nak rampas semua tu dari daddy.
tapi..daddy tolak secara baik.tak sangka yang dia akan bertindak macam ni"

"ya Allah...kawan apa macam ni?"keluh wiya turut merasai apa yang izhar rasa.

"awak jangan risau...jangan sesekali takut,walau apa-apa yang terjadi lepas ni...saya akan sentiasa ada di depan awak.
biarlah saya kena pukul asalkan awak tak diapa-apakan oleh mereka,saya...nak minta maaf disebabkan saya...awak terlibat sekali"

wiya merenung ke dalam mata coklat milik izhar.
"awak...jangan cakap macam tu,saya lagi takut kalau awak hadapi semua ni seorang diri,biarlah kita sama-sama hadapi semua ni.cuma...cuma...saya tak sanggup tengok awak kena pukul sampai macam ni sekali"kata wiya bersama linangan air mata yang pada bila-bila masa saja akan menitis.

"awak bersabar ye...? saya yakin,kita akan selamat"kata izhar

wiya tersenyum bersama tangisannya.
kepalanya disandarkan di bahu izhar.
......................

"mana habuan aku?"soal emran sambil meneliti pistol yang ada di tangannya.

tan sri ebrahim tersenyum sinis di depannya.
ketika itu mereka berada di sebuah tempat persembunyian milik emran.

"bersabar...aku tak akan mungkir janji"kata tan sri ebrahim

"kerja aku dah selesai...kau pun dah dapat apa yang kau nak,bila harta kau akan berpindah kepada aku?"

"esok aku akan uruskan dengan peguam peribadi aku.kau dan aku hanya perlu untuk tandatangan borang"

emran tersenyum senang.
lepasni dia tidak akan duduk di rumah usang ini lagi.
dia akan membawa kekasih hatinya berpindah ke thailand dan membina rumah mereka di sana.

"tapi.....seperti yang dijanjikan"

emran memberi tumpuan pada abangnya di depan yang sedang berkata-kata.

"aku cuma janji akan berikan separuh harta aku pada kau,tak sepenuhnya"sambung tan sri ebrahim.

"okay...seperti yang dijanjikan"kata emran bersama senyuman lebar.
jumlah wang yang banyak seperti terlayar-layar di depan mata.

tan sri ebrahim tersenyum.
rancangannya kali ini pasti akan berjaya.
anak kepada musuhnya akan mati di tangan dia sendiri.
bukan lagi kepada pembunuh upahan seperti sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience