bab 33

Romance Completed 10363

wiya menyeka air mata yang terlalu banyak mengalir di pipi.
terlalu banyak sampaikan dia tidak mampu untuk menyeka semuanya sekali.
dan dia biarkan saja air mata itu menuruni wajahnya!

dia merapatkan lutut ke dada dan dipeluk lututnya.
pemandangan dari luar balkoni itu langsung tidak mengundang kebahagiaan atau keseronokan dalam dirinya ketika ini.

perbincangan dengan papa dan mama semalam benar-benar merobek dan mematahkan hatinya yang sekeping ini!

"tak layak ke aku nak bahagia? tak layak ke aku nak ada kehidupan macam orang lain?"keluhnya sendirian.

wiya tutup mukanya dengan kedua tangan.
menangis mengenangkan nasib diri yang tidak tahu pangkal penghujungnya.

"sayang....."

terasa bahunya dipegang kemas dari belakang.
tak payah pusing,dah tahu siapa punya tangan!

puan sri akma mendapatkan tempat di sebelah anak gadisnya apabila sahutannya langsung tidak diendahkan!
dia sama-sama merenung ke depan seperti mana yang dilakukan wiya.

wiya menyeka sisa air matanya yang ada di pipi dengan pantas,tak mahu nanti mama cakap dia lemah!

"tak payah seka air mata tu...anak mama nampak cantik apabila berkeadaan macam ni,mama dapat tengok kelembutan satu-satunya anak gadis mama"kata puan sri akma

wiya diam.

"wiya..tak baik marahkan papa macam tu sekali tau,kan ada adap-adapnya bila kita berhadapan dengan orang tua...? lagi-lagi ketua keluarga! papa wiya...."

"mana hak wiya ma.."soal wiya dengan suara yang serak.suaranya seakan menjadi sengau apabila hidungnya tersumbat!

wajah puan sri akma risau.

"kenapa mama diam? wiya cuma nak hak wiya untuk capai kebahgiaan sendiri"kata wiya lagi.

"mama tahu sayang...tapi mama juga tak mampu nak pujuk papa"

"habis..mama sanggup tengok wiya kembali macam dulu lagi? mama nak tengok wiya tak bahagia macam tu?"soal wiya

"tak ada seorang mama yang nak tengok anak dia tak bahagia wiya...tapi dalam kisah ni,mama tak mampu nak lawan cakap papa,selama ni semuanya dia lah yang buat keputusan,mama tak rasa papa akan dengar cakap mama"

wiya tersenyum sinis mengundang keresahan di hati puan sri akma.

"mama pun tak sukakan kalau wiya dengan izhar? mama memang tak suka wiya dengan orang yang wiya sayang kan?"

puan sri akma menggeleng perlahan.
"bukan macam tu wiya...cuba wiya faham mama dan papa"

"habis..mama dan papa tak nak faham wiya?"soal wiya kembali.

puan sri akma terdiam.
dia kini bertentang mata dengan wajah kesedihan di hadapannya ini.
wajah yang dulunya sentiasa tenang dan keras tapi sekarang...hanya wajah yang penuh dengan air mata dan kesedihan.

"mama dan papa cuba faham wiya sekali saja...,wiya tak minta nak ganti tempat papa dalam bisness,wiya tak minta semua harta!
tapi satu saja yang wiya merayu pada mama dan papa,
wiya merayu supaya mama dan papa izinkan wiya bersama orang yang wiya sayang...!
wiya mahukan dia ma...dia satu-satunya lelaki yang pertama yang wiya kenal dan lelaki pertama juga yang buat wiya rasa perasaan macam ni!
wiya mohon ma....sekali saja seumur hidup ini"kata wiya bersama air mata.
tangan mamanya digenggam kuat.

puan sri akma melihat wajah ini dengan perasaan kasih seorang ibu.
tiba-tiba hatinya merintih sayu melihat kesedihan satu-satunya puteri di dalam rumah ini.atau lebih tepat lagi puteri di dalam hati dia dan suami.

"wiya mohon...izinkan wiya bersama dengan orang yang wiya sayang"sambung wiya lagi.

puan sri akma angguk kepala.
tubuh wiya didakapnya erat ke dada!
air matanya sebagai ibu juga mengalir keluar.
dibiarkan wiya menangis di dalam dakapannya.
"mama akan pujuk papa sayang..."katanya perlahan.
..............................

"tak cukup lagi ke anak awak tu dah naikkan darah saya?"marah tan sri akram sewaktu berada di dalam bilik bersama isterinya malam itu.

puan sri shasha yang duduk di birai katil menghadap tan sri akram yang berdiri depan cermim kaca kelihatan gelisah.

"betul cakap along tu bang....."

"betul apanya? awak tahu dan sedar tak yang anak awak tu nak menikah nak berkahwin dengan anak musuh kita?"soal tan sri akram.

"musuh abang je..saya tak pernah anggap keluarga abang long tu musuh saya,dari dulu lagi saya nasihatkan abang supaya berbaik semula! tapi..abang langsung tak endahkan,abang....tak kan sampai kebahagiaan anak kita pun...abang nak bersikap degil macam ni?"

tan sri akram merengus kasar.dia melirik ke arah isterinya.
"habis...? awak setuju untu berbesan dengan keluarga tu? awak sudi bermenantukan anak dia orang tu?"soalnya.

"asalkan anak saya bahagia...saya tak kisah bang..,lagipun...mereka sebagai anak-anak memang tak patut terbabit dengan permusuhan ni,mereka sama-sama tak tahu apa-apa,jadi...janganlah babitkan mereka"rayu puan sri shasha

"susah...memang susah kalau kita berbesan dengan dia orang! macam mana kalau along kahwin dengan anak dia orang dan along akan tinggal disana? macam mana dengan kita? kita juga mahu anak kita ada di sini!"kata tan sri akram

"kalau along berkahwin dengan anak abang long..dah tentu-tentunya along dan isteri akan duduk dengan kita,dia suami!"kata puan sri shasha.

"awak ingat dia orang tak tahu apa-apa? macam mana kalau dia orang pun nak benda yang sama?"

"okaylah...macam ni! itu semua kita ikut keputusan tuan punya badan sendiri"kata puan sri shasha dengan rasa lega dalam hati.
dengar soalan itu serta nada suara yang keluar dari mulut suaminya itu seperti bermaksud hati tan sri akram semakin lembut.

"mana boleh macam tu! saya yang akan tentukan mana anak dan menantu kita nak duduk!"

puan sri shasha tersenyum lebar.dia melihat wajah yang masih lagi serius itu.

"ab...ab..abang setuju ye?"soalnya

"siapa nama budak tu?"soal tan sri akram dengan serius.

"wiya bang...Nur warfeen wiyandra long!"kata puan sri shasha dengan senyuman kebahgiaan.
tak sabar dia mahu mengkhabarkan berita gembira ini pada anaknya!

"ini semua demi along tau!"

puan sri shasha angguk kepala dengan seronok sekali.
"bila kita nak meminang bang?"

tan sri akram merenung ke luar jendela.
"besok!"katanya

"terima kasih bang...saya pasti,along mesti suka"kata puan sri shasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience