bab 45

Romance Completed 10363

lima minit setelah izhar membuat panggilan pada juanhow.maka dia pun sampailah dengan senyuman lebarnya.

wiya hanya memberi senyuman manis pada lelaki yang lebih kurang sebaya papa itu!
hanya izhar yang beramah mesra dengan bertanya khabar dan keadaan lelaki yang dikenalinya itu.

kami memulakan perjalanan dengan menaiki teksinya yang sengaja disuruh wiya supaya bergerak perlahan.
sambil meronda menuju ke destinasi bolehllah cuci mata lihat ragam manusia dan bangunan-bangunan yang gah dibina tinggi!
nama pun negara yang berteknologi tinggi!
semua robot-robot ciptaan manusia yang hebat-hebat kebanyakannya keluaran negera jepun!

izhar di sebelah seperti biasa hanya bersembang dengan juanhow.
ramah pulak si juanhow ni!
nampak je macam pemalu!

wiya mengeluarkan camera DSLR miliknya.
dia menghala mata camera ke luar cermin tingkap kereta.
satu persatu lokasi dan suasana dilakarnya ke dalam camera kesayangannya itu.

"nak tengok bunga sakura dekat mana?"soal izhar di tepi telinga tiba-tiba.

wiya sedikit tersentak tapi cepat-cepat dicover supaya tak malu!
camera diturunkan ke paha.

"awak tak tahu dekat mana?"soal wiya kembali.

izhar tersenyum.
"banyak tempat yang boleh kita pergi untuk tengok bunga sakura tu.tapi...mana tahu awak ada lokasi sendiri"

wiya termangu sekejap.
"dekat mana orang tak ramai?"

izhar tertawa perlahan.
"mana-mana tempat pun penuh bila waktu musim bunga sakura.sekarangkan awal bulan april.semua pekerja dekat jepun ni kebanyakannya cuti bila tiba musim bunga sakura sebabnya mesti awak tahukan?"cerita izhar.

"sebab bunga sakura hanya setahun sekali berkembang!"

izhar angguk dengan jawapan wiya.

wiya berfikir sekejap.
tiba-tiba satu tempat yang sempat dilihatnya di laman web tempoh hari muncul di minda.

dia tersenyum lebar.
"kita pergi ueno park!"

izhar berfikir.
"pasti?"

wiya angguk beserta senyuman lebar.
matanya sudah bertukar ke bentuk love tiba-tiba!

"okay!"balas izhar.

izhar memberitahu lokasi sebenar mereka kepada juanhow.

wiya tersenyum senang hati.
terlupa sekejap dengan wiya yang malu sebentar tadi!

sebuah taman yang indah seperti terlayar-layar di rungan matanya kini.
siapa yang tak teruja apabila mahu ke lokasi hanami(melihat bunga) tempat yang dipenuhi dengan 1200 batang pokok bunga sakura!
wahhh!! macam terbayang-bayang tempat tu dipenuhi dengan bunga-bunga yang berwarna pink bertaburam di jalan.

pintu masuk euno park ini disambut dengan sebuah patung gangsa seorang manusia bersama seekor anjing!
patung yang dikenali sebagai
Saigo Takamori!
siapa tidak kenal seorang samurai yang terkenal dan sangat aktif pada abad-19.
seseorang yang gemar membawa anjingnya berburu ke dalam hutan.

sebuah taman yang asalnya merupakan sebuah tapak kuil buddha yang diberi nama sebagai Kai'ei-ji.

setengah jam mereka berada di jalan raya.
kini mereka sampai di lokasi yang ingin dituju.
wiya lekas-lekas keluar dari perut teksi berlari ke arah patung gangsa itu dengan teruja sekali.

"macam tak percaya benda ni depan mata aku sekarang!"kata wiya sendiri.

izhar mengejar langkah wiya dari belakang.
dia menggeleng sambil tahan gelak bila tengok tingkah macam budak-budak wiya.

"awak lari macam ni bahayalah...kan ramai orang sini,kalau sesat macam mana?"kata izhar.

wiya tersengih menampakkan barisan gigi-giginya.
"sorry...teruja sangat!"

izhar tersenyum.
"teruja sebab nak tengok bunga sakura ke..teruja sebab nak tengok Saigo Takamori?"soal izhar.

"dua-dua..tapi lebih dua puluh peratus for sakura,dah lah...jom cepat!"

izhar mengikut langkah tangannya ditarik oleh wiya yang terlebih teruja.
dia dibawa oleh wiya ke jalan-jalan yang dipenuhi dengan luruhan bunga sakura yang menceriakan suasana dengan warna pink!

wiya tak henti-henti bergambar.
gaya itu,gaya ini,gaya sana,gaya sini!

izhar hanya tersenyum dan menjadi jurufoto tak berbayar.

"lagi..lagi..!"arah wiya di bawah pohon sakura.

izhar berdiri bersama camera dengan jarak satu meter.

Klikk!! Klikk!!

"awak...lagi banyak..cepat"kata wiya

izhar menggeleng kepala sambil tergelak.
"macam-macam betullah bini aku ni"rungutnya sendirian.

wiya senyum lebar sambil berlari perlahan menghampiri izhar.
"mana..? mana..? saya nak tengok,kalau tak cantik siap awak"ugut wiya sambil merampas camera di tangan izhar.

"eh..eh..kita pulak yang salah kalau gambar dia tak cantik,saya ambil gambar cantiklah...cuma tuan dia tak tahulah pulak"kata izhar dengan selamba.

wiya menjeling geram.
"awak nak cakap saya tak cantiklah?"
wiya menahan geram.
matanya ditala ke arah gambar-gambarnya.

izhar tertawa.
"rasanya......"

wiya memberi pandangan tajam pada izhar.
izhar terus-terusan ketawa.
"rasanya cantiklah...."kata izhar.

wiya mencebir.
dia tersenyum ke arah izhar.
"eleh...ye ke? dah lah jom cepat..kita cari kawasan lain pulak nak ambil gambar"
tangan izhar ditariknya semula.
mereka beriringan ke kawasan yang lain pulak.
memang luas kawasan taman ini.
kalau setakat nak buat satu round pusingan tu penatlah jugak!

dua puluh minit mereka pusing-pusing di situ wiya mencari kerusi untuk rehatkan kaki yang penat berjalan.
matanya terlihat sebuah kerusi kayu berhadapan dengan kolam buatan yang kecil.

dia duduk melepaskan lelah.
nafasnya tercungap-cungap.
izhar pulak di sisinya.

"orang perempuan memang tak puas erk kalau hanya ambil gambar sekeping je?"soal izhar.

"alah...lelaki pun samalah"

"ehh...mana sama,kami hanya sekeping je dah cukup,buat apa banyak-banyak membazir masa je..."jawab izhar.

"mana cukup kalau hanya sekeping...mestilah nak post macam-macam gaya"

"ermm...tahu sangat,konon-kononnya bila ambil sekeping gambar rambut sengetlah...baju renyuklah..apa lah.."

wiya tertawa perlahan.kelakar bila tengok muka izhar yang sedang membebel.

"kenapa gelak pulak? tak nak mengaku salah?"soal izhar.

"tak...muka awak kelakar bila tengah membebel macam mak nenek!"

"ini bukan mak nenek,ini bapak nenek tengah membebel dekat cucu dia yang degil"kata izhar

mereka sama-sama gelak.
suasana sunyi sekejap.

"izhar...."panggil wiya.
dia mendekatkan jarak duduk mereka.
suara-suara para pelancong di sekeliling tidak dipeduli.

"yes...?"
bahu wiya dirangkulnya.

"awak boleh jawab jujur tak dengan saya?"soal wiya perlahan suaranya.

izhar yang mendengar sudah pelik lain macam.
"apa yang awak nak tanya?"

"janji yang awak akan jujur?"

"o...kay"balas izhar teragak-agak.

"awak bahagia tak kahwin dengan saya? saya tak selembut macam wanita lain,saya selalu garang dengan awak,saya juga tak pandai nak layan awak dengan baik...awak bahagia tak dengan saya?"soal wiya perlahan.

izhar yang mendengar dan menghadam soalan itu tersenyum sedikit.
"saya terima awak bukan sebab semua ciri-ciri yang awak sebutkan tadi tu.saya terima awak sebab awak wiya yang saya kenal...wiya yang sama-sama dengan saya waktu di pulau dulu,jujur saya nak cakap...saya sangat bahagia bila akhirnya saya berjaya memiliki awak"

wiya merenung mata izhar.
mereka berbalas senyuman.
"janji yang awak akan setia dengan saya walau apa saya sekalipun?"soal wiya.

"awak jugak janji akan jadi bidadari dunia akhirat saya?"kata izhar.

wiya tersenyum.
jari kelingking mereka bertaut.
mereka berbalas senyum.

"izhar..."

"yupp..?"

"saya tahu saya tak pernah cakap macam ni.tapi harini saya nak cakap"kata wiya.

"apadia?"soal izhar.

"i love you!"kata wiya dengan malu.

izhar tergelak perlahan.
"itu je..?"

"ye lah...habis apa lagi?"

"tak nak kiss?"soal izhar.

wiya merengus kasar.
"awak ni...selalu melebih,dah lah saya nak tinggal awak dekat sini,balik sorang-sorang"
wiya mengatur langkah meninggalkan izhar yang tergelak.

"hey...tunggulah,saya tak habis cakap lagi"panggil izhar.

"no..no..awak balik sendiri"kata wiya yang sudah ke depan.

izhar tertawa sambil mengejar langkah wiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience