bab 25

Romance Completed 10363

tokk!! tokk!!

"masuklah mummy...."kata izhar dari dalam biliknya.

pintu terkuak dari luar.muncul wajah puan sri shasha dengan senyuman manisnya.
dia menghampiri izhar yang sedang bersandar di kepala katil sambil membaca majalah.

"ada apa mummy?"soal izhar,dia meletak majalah yang dipegang ke meja sisinya.

puan sri shasha duduk di birai katil.
"mummy nak ajak along turun makanlah...."

izhar tergelak perlahan.
"mummy ni...kenapa layan along macam baby ni? nanti adik cemburu dengan along..jenuh along nak memujuk"kata dia dengan sisa tawanya.

"alah...mummy risau kalau along tak makan,mummy kalau boleh nak along sentiasa makan...boleh ganti masa sebulan sebelum ni yang along tak makan tu...."

izhar tergelak lagi.
"tak nak lah along..nanti gemuk mana muat nak pakai baju pengantin...."

puan sri shasha tersenyum penuh makna.
"adakah ini tanda-tanda yang tak lama lagi mummy akan dapat menantu sulung?"

izhar tersenyum malu-malu.

"alah...malu pulak,ceritalah...siapa gadis bertuah tu.."kata puan sri shasha

"boleh along tanya mummy satu soalan?"soal izhar.

puan sri shasha angguk kepala.

"mummy suka bakal menantu mummy macam mana?"soal izhar

senyuman di wajah puan sri shasha semakin melebar.memang betullah tekaan dia tadi yang tak lama lagi dia bakal mendapat menantu?
tapi...gadis mana pulak yang membuatkan anak sulungnya itu betul-betul serius dalam hal perkahwinan?
ermm...penuh misteri!

"mummy akan terima menantu yang boleh membahagiakan along,pandai layan along,hormat along sebagai suami,biarlah dia tak pandai masak pun tak apa..sebab perkara tu boleh belajar.cuma..yang paling penting,dia jujur dan terlalu sayangkan along,macam along sayangkan dia..."kata puan sri shasha perlahan saja suaranya.
penuh syahdu.

izhar tersenyum lebar.
"thanks mummy...along percaya mummy akan sukakan dia!"

mulut puan sri shasha terbuka luas.
"siapa gadis tu along?"soal dia.

"wiya...."

"wiya?"soal puan sri shasha dengan senyuman.

izhar angguk kepalanya.
"dia gadis yang baru along kenal,dia yang buatkan along rasa nyaman,rasa bahagia,along tak pernah jumpa gadis secantik dan sebaik dia selain mummy.
bila dekat dengan dia...along dapat rasa yang dialah yang along cintai"

puan sri shasha tersenyum dengan linangan air mata.
wajah anaknya diusap.
"mummy akan terima dia sebagai menantu,walau apa pun halangan"

izhar tersenyum.
tangan mummynya digenggam kemas.
"thanks mummy..along bertuah ada mummy!"

puan sri shasha menahan air mata syahdunya dari gugur ke pipi.
dia tersenyum.
"sekarang...kita turun makan,semua dah tunggu dekat bawah"

izhar angguk kepala.terus turun dari katil dan berlalu bersama puan sri shasha.

di tingkat bawah riuh rendah suara daddy,angah dan adik bersembang dengan rancak.
izhar mengambil tempat di sebelah amri.
puan sri shasha pulak duduk di sebelah anak perempuannya.
tan sri akram pula dihujung sekali sebagai ketua keluarga.

"along ni lambatlah...kami dah lapar ni"rungut aishah dengan wajah masam.
dah lima belas minit dia duduk di situ kerana menunaikan arahan mummy supaya biar semuanya berkumpul dulu baru mula makan.dia hanya ikutkan saja.tapi along dia lah yang paling lama!

izhar tergelak.
"alah...bukannya lama pun,adik tu yang tak sabar nak makan kan? mentang-mentang badan dah macam panda bear"gurau izhar.

wajah aishah semakin masam mencuka.
"mummy..tengok along tu!"

yang lain hanga ketawa saja.

"betul apa yang along cakapkan tu..."sokong amri pulak.

"ishh...angah ni,sejak bila masuk geng along?"soal aishah dengan manja.

"dah..tak baik gaduh-gaduh waktu makan..."tegur puan sri shasha

"angah...baca doa"arah tan sri akram.
semua orang angkat tangan untuk berdoa yang diketuai oleh amri.

sesi makan tengah hari berjalan lancar.
kini mereka berkumpul pulak di tepi kolam renang belakang rumah.memang dari dulu lagi tabiat keluarga mereka lepas je waktu makan dan solat zuhur,mereka akan sama-sama berkumpul di kolam renang belakang,dengan cuaca yang sejuk dan tenang betul-betul membuai perasaan.

memandangkan izhar masih lagi tidak memulakan tugas di pejabat dia ikutkan saja aktiviti kesukaan keluarga dia itu.kalau nak diikutkan waktu dulu memang dia tak ada masa dengan keluarga.ada saja kerja yang dia perlu selesaikan.

lagi tiga hari dia bakal memulakan tugas kembali di family's colecction! itupun dengan rayuannya kepada daddy,kalau ikutkan daddy dan mummy mereka mahukan dia berehat dalam masa yang panjang iaitu sebulan!
itu bukan berehat,itu namanya menaikkan badan di rumah tanpa kerja!
lagipun...dia sudah sihat sepenuhnya.dengan bantuan dokter peribadi yang diupah daddy,tangan dia yang berbalut sudah dibuka balutannya dan kesan luka sudah pulih.

"along...along tahu tak girlfriend along dah ada yang lain?"kata aishah tanpa sebarang kawalan.

amri di sebelah aishah sudah menyiku lengan adiknya yang terlalu lancar berkata-kata.
seingat dia,mereka sengaja mahu merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan along.
biarlah along pulih sepenuhnya.

"apa!!?"soal aishah dengan cara berbisik.

"kan kita dah janji tak nak bocorkan pasal ni?"kata amri juga berbisik.

"alah...along patut tahu!!"

"angah tahulah...tapi tunggulah masa yang sesuai dulu!"kata amri

"adik tak suka perempuan tu main-mainkan along!"balas aishah

"angah tahu...tapi nanti kan along boleh tahu sendiri?"

"adik tak nak along terkejut bila dapat tahu nanti,baik bagitahu sekarang!"balas aishah

"tapi....along kan masih sakit?"

"dah lega lah..."

"mana ada!"kata amri

"dah...cuba tengok along tu,dah boleh berdiri,bercakap macam dulu,dah makan banyak pun...!"kata aishah dengan keputusannya.

"suka hati adiklah..tapi kalau lepas ni along jadi apa-apa,semua tu salah adik tau,bukan salah angah!"

aishah menjeling amri di sebelah.

"apa ni kau orang suka bergaduh kan? kenapa ni adik? angah?"soal izhar yang tadi tidak mendengar ungkapan daripada aishah kerana terlalu fokus pada telefon di tangan.

amri membuat isyarat pada aishah supaya meneruskan niatnya.
aishah pula sudah serba salah.sedikit sebanyak kata-kata angahnya ada betul!
mana tahu nanti along jadi pendiam dan mahu menyendiri.
habislah dia,siapa lagi yang nak jadi cikgu tuisyen dia?

"cepatlah dik...."bisik amri

"adik takut along jadi apa-apa macam yang angah cakapkan tu...."

"dah terlambatlah dik...."kata amri

"along cakap dengan kau orang berdua...bukannya dengan air dalam kolam tu.."kata izhar lagi.

aishah dan amri berpandangan.amri angguk kepala.pada aishah

"err...tapi along janji jangan jadi muram,sedih,tak nak makan,hilangkan diri,atau marah-marah kami?"soal aishah

amri menahan tawa mendengar kata-kata aishah.

izhar juga tersenyum-senyum.
"kenapa ni? cuba cakap tu..biar terang di hati"

aishah menarik nafas.
"sebenarnya....masa adik dengan angah pergi kedai buku untuk beli buku rujukan...kami ada terserempak dengan girlfriend along.."

izhar angguk kepala dengan kusyuk.

"dia dengan....lelaki!"sambung aishah

izhar hanya angguk.

"lelaki tu pulak....boyfriend baru dia"kata aishah lagi.

"ohhh...."sahut izhar

amri dan aishah berpandangan.
pelik pulak cara along mereka!
selamba badak berendam je cakap 'oohhh'
sambil tengok telefon pulak tu!

"habis tu?"soal izhar

"along tak cemburu ke?"soal amri

"buat apa nak cemburu? dia berhak buat keputusan..."kata izhar

"tapi...dia ambil kesempatan cari pengganti along waktu along hilang dulu..."kata aishah

izhar tersenyum.
"siapa cakap dia je ada pengganti? along pun ada pengganti jugak lah!"

amri dan aishah berpandangan.ada senyuman terukir.
mereka bangun dari duduk lalu menghampiri izhar dengan wajah teruja.

"siapa dia tu along?"soal amri.

"cantik macam adik tak?"soal aishah pulak

izhar tersenyum penuh makna.
"biar along cerita..."

aishah dan amri angguk kepala.tak sabarnya nak dengar cerita dari along!
mereka duduk di atas kerusi kiri dan kanan izhar.

"cerita dia...mula-mula tu along....along....along...."

amri dan aishah berpandangan.
"along apa?"soal mereka serentak.dari tadi along,along,along!

"along...sakit perut!! hahahhaah!!"
izhar melarikan diri dengan ketawa kuatnya.

amri dan aishah berpandangan dengan rasa geram.
masing-masing rasa dipergunakan!
aishah angkat kening kiri pada amri.amri juga membalas

"kita serang along!!!!"jerit aishah dengan kuat.
langkah mereka berlari mengejar langkah izhar yang sudah masuk dalam rumah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience