bab 17

Romance Completed 10363

"awak dah berapa hari dekat sini?"soal wiya saat mereka sama-sama duduk di atas pasir berhampiran air laut yang berombak.sengaja mereka duduk di situ untuk menyejukkan kaki masing-masing.

izhar di sebelahnya tersenyum.
awak?
ermm..perkembangan terbaik!
memang sejak mereka mulai rapat dua hari lepas wiya telah mengubah panggilan untuk dia!
dari kau dan aku...kepada awak dan saya!
rasa macam nak terbang si encik hati!

"hhaish...termenung lagi,lepastu...senyum sorang-sorang..."keluh wiya sambil melempar batu kecil ke dalam air.

izhar tersedar terus tersengih.
"awak nak tahu kenapa saya senyum?"
soal dia dengan nada romantis.

naik geli bulu roma di tengkuk wiya bila dengar nada macam tu,mamat ni menang banyak sangat nada suara dia!

"kenapa?"soal wiya

"sebab...sebab...."

wiya mengeluh keras.geram betul!!
mamat ni suka cakap dipanjangkan titik dia tu.
"sebab apa!?"soal wiya

"sebab...awaklah"kata izhar dengan senyuman malu.

wiya mencebir bibir beserta senyuman.betul ke tak mamat ni!

"apasal sebab saya pulak? dah buang tabiat ke...?"kata wiya

"betullah...awak nak tahu sebab apa?"soal izhar

wiya diam sambil melihat wajah tenang izhar.

"sebab...hati saya awak dah curi!"kata izhar dengan senyuman.ada riak serius di wajahnya.namun senyumannya mati apabila mendengar ketawa wiya yang mentertawakannya.

"awak ni dah terlebih makan pisang ke...?"kata wiya setelah ketawanya reda.

"saya cakap tak nak percaya pulak..."kata izhar dengan nada merajuk.

"iiee...buruk tahu tak bila orang tua..merajuk! dah macam batang pokok kelapa dekat belakang tu"kutuk wiya.

"ehh...sampai hati,saya ni handsome tau...kalau awak nak tahu,ada orang cakap muka saya macam artis kpop lah,woo bin...artis korea yang kau orang minat sangat tu,hah...lagi satu sebelum saya lupa,orang office saya kata muka saya ada iras-iras Damon Solvatore!"kata izhar dengan bangganya.

wiya tergelak sinis.
"awak ni..kuat juga perasannya kan?"

"saya cakap kenyataan,bukan auta semata-mata"

wiya tergelak lagi.
"awak nak tahu tak bila campur muka-muka tu semua..muka awak akan jadi macam siapa?"

kening izhar ternaik sebelah.
nak kutuk dia lagi ke apa nih? tapi..muka wiya macam serius.
"macam siapa?"

wiya tersenyum.
"kalau dicampur-campurkan wajah-wajah yang tampan-tampan belaka tu..muka awak akan jadi macam...sreek,the orge..."kata wiya dengan ketawanya.

izhar yang melihat ketawa dari wiya merenung gadis itu dengan tajam.
lama-lama rasa kelakar pulak,dah sekali dengan dia sambung gelak sama!

setelah keadaan reda.mereka kembali tenang.walaupun tadi baru saja mereka menikmati buah pisang yang diambil dari hutan semalam tetapi...perut masih tetap lapar,tambah-tambah bila gelak terlalu banyak.

"awak ada berada adik-beradik?"soal wiya tiba-tiba.

"saya...ada tiga adik-beradik,saya..along,dan adik kembar saya amri dan aishah ataupun kami panggil angah dan adik!"jawab izhar

"mesti hidup awak bahagia kan?"kata wiya

izhar tersedar kesedihan mula bertapa di wajah wiya.
"tak kisah lah ramai ke tak adik-beradik kita tu...kalau kita nak bahagia,kita boleh dapat"katanya.

"awak senanglah cakap..awak tak ada di kaki saya"kata wiya

"wiya......"

"awak pernah bertengkar dengan mereka?"potong wiya belum sempat izhar berkata.

izhar geleng kepala.
"tapi...kadang-kadang ada juga perselisihan faham"

"macam mana rasanya kalau kita ada adik-beradik?"soal wiya.

"err...rasa biasa"

"awak tipulah...saya tengok muka orang-orang yang ada adik-beradik ramai,nampak ceria,kalau ada masalah boleh kongsi,kalau nak minta pendapat lagi bolehlah,kan?"soal wiya

izhar menarik nafas.
"anak tunggal macam awak pun boleh bahagia,bumi Allah ni luas...bahagia ada di mana-mana saja.
macam sekarang,awak bahagia ada dengan saya kan?"kata izhar beserta ketawa.mahu menenangkan hati gadis di sebelahnya.

wiya tersenyum.
"dulu...saya pernah berangan,saya nak ada adik yang ramai macam kawan-kawan saya yang lain.setiap kali saya ke sekolah.ada saja perangai adik-beradik kawan-kawan saya yang mereka tak suka,tapi...bagi saya,saya suka dengan semua tu,saya selalu tersenyum seorang diri bila kawan saya cerita adik dia selalu kenakan dia.."cerita wiya dengan senyuman.

"tapi...semua tu tak terjadi,apa yang saya impikan tak tercapai,dulu saya pernah dengar yang mama mengandung,masa tu umur saya dua belas tahun..bahagianya tu hanya Allah je yang tahu,setiap hari dekat sekolah saya cerita dekat kawan-kawan perkembangan mama dekat dia orang,tapi...suatu hari tu bila balik dari sekolah tiba-tiba mama takde..papa pun takde,saya tanya pak mad yang masa tu tukang kebun dekat rumah,pak mad cakap..mama dan papa pergi hospital,saya risau sangat-sangat,malam tu mama dan papa balik dengan muka sedih.mama asyik menangis saja..rupa-rupanya mama keguguran.tak tahu sebab apa..mulai dari tu,mama dah tak mengandung lagi"sambung wiya dengan sedih.

izhar yang mendengar terdiam.tak tahu harus bagaimana mahu memujuk gadis yang dalam kesedihan ini.
"awak jangan risau..mungkin ada hikmah Allah jadikan awak seorang anak tunggal dalam keluarga,awak akan dapat perhatian lebih dari mama dan papa,lagipun...awak jangan risau,saya ada..."kata izhar dengan senyuman.

wiya tersenyum.dia melihat wajah izhar di sebelah.
"sekarang baru saya sedar semua tu...disebabkan saya satu-satunya anak mama dan papa saya,saya akan cuba jadi anak yang baik"

"bagus...macam ni lah wiya yang saya suka"kata izhar.

"apa?"soal wiya tak berapa dengar.

izhar tersengih.
"wiya kawan saya..."kata dia cuba mengaburi maksud sebenar.

wiya tersenyum.
nafas ditarik dalam.
"macam mana awak jumpa saya erk?"

izhar memberi tumpuan pada wiya semula.
"macam mana apa?"

"macam mana awak boleh selamatkan saya?"

"ohh..masa tu,saya tengah duduk di tepi batu besar,tiba-tiba nampak macam benda terapung dalam laut.saya pun turunlah...saya pergi dekat,terkejut saya bila benda terapung tu adalah manusia.
saya bawak awak ke tepi.masa tu...awak tak sedarkan diri.saya pergi nak cari air nak basuh muka awak.tiba-tiba bila saya sampai awak dah sedarkan diri,cuma..yang menjadi tanda tanya sekarang ni...macam mana awak boleh terapung dalam laut tu? duyung ke apa?"

tergelak wiya bila mendengar gelaran dari izhar untuk dia.
"banyaklah awak punya duyung...kalau saya ni duyung...tak ada lah saya ni terapung kelemasan dalam laut tu..atau tak pun saya masuk dalam laut sekarang ni terus balik rumah,kan senang"kata dia dengan sisa tawa.

izhar juga tersengih.
"saya tahu...so,cepatlah cerita macam mana awak boleh ada dalam laut?"

wiya mulai serius.
"salah diri sendiri,saya bawak bot enjin yang tok wan saya punya,tanpa minta izin,pagi-pagi buta lagi saya keluar,tiba-tiba entah macam mana air laut tu berombak besar,bot saya terbalik"

izhar terangguk-angguk.
"maknanya awak ni degillah?"

"hey...mana ada!"sangkal wiya.

"i can see it at your face!"kata izhar.

"no okay! you can't judge me just with my face!"kata wiya

"i will..."kata izhar.

wiya tergelak lagi.izhar pula mengambil kesempatan merenung wajah wiya yang sedang ketawa itu.
sejuk matanya saat melihat wajah ceria itu.
"awak bakal saya jadikan bidadari saya nanti wiya...!"kata izhar dalam hati.
dia merenung wiya yang ketawa sampai matanya menjadi sangat sepet,sampaikan terpejam.sesiapa yang melihat pasti rasa comel sekali!
termasuk juga si mata milik izhar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience