bab 10

Romance Completed 10363

izhar memasuki sebuah pasaraya yang agak terkemuka.melalui pintu utama izhar menuju ke arah susunan rak-rak pelbagai jenis keropok dan makanan ringan yang lain.
tangannya laju sahaja mencapai sebarang makanan yang ada di situ.
semua ini akan menghilangkan rasa bosannya bila dekat rumah nanti.tak lah bosan sangat malam-malam.makan keropok sambik tengok movie hantu.fuhh!!!

apabila separuh trolinya hampir dipenuhi dengan keropok.dia berjalan ke arah deretan pelbagai jenis perisa air dijual.
izhar membelek beberapa botol.
kemudian dicampak ke dalam troli.

"apa lagi erk?"soal dia sendirian.
dia tunduk melihat isi di dalam troli yang dibawa.

"dah lah...nanti boleh datang lagi"kata izhar.
dia menolak troli menuju kaunter pembayaran.
satu persatu barangan yang dibeli diletak atas meja cashier.
habis sahaja dia meletak troli ke tempat yang dikhaskan.
dia kembali di depan kaunter pembayaran.
tiba-tiba dia terperasan gadis yang menjadi juruwang itu tersenyum-senyum sambil menala pandangan padanya.dengan mata yang tak berkelip wajahnya diteliti.
izhar mula merasa tidak selesa.dia pura-pura melihat ke luar cermin kaca pasaraya itu.
tapi...gadis itu masih merenungnya.

"saya nak bayar ni"kata izhar

mendengar suara izhar gadis itu seperti baru tersedar daru lamunan.
dia tersenyum malu sambil mula mengira barang-barang izhar.

"maaf ye abang...."kata gadis itu dengan malu-malu.barang-barang yang diletak oleh izhar diambilnya satu persatu.

izhar hanya tersengih.nampak sangat terpaksa!
abang?

"abang kerja kawasan sini erk?"soal gadis itu lagi dengan ramah.

"err...ha,kerja kawasan sini,nanti kena balik KL lah...."

"abang...datang berapa orang?"soal gadis itu lagi.

izhar tergaru-garu kulit kepala yang tidak gatal.
aduhh!!! banyak tanya pulak!
"seorang"

"ohh....erm..pernah tak orang cakap muka abang ni macam artis kpop?"soal gadis itu beserta ketawa hantu langsuir mengilai.nak tahu macam mana?
macam ni...hi..hi..hi..!

izhar tersenyum.
"lebih dari tu pun pernah!"jawab dia dengan selamba

"hihihi...handsome lah..."kata gadis itu dengan malu-malu kucingnya.

"terima kasih..err berapa harga?"

gadis itu meletak tiga plastik beg besar disebelah.
izhar pula sudah membuka dompet,hanya menunggu harga diucapkan.

"harga mas kahwin kita..tak mahal pun,murah je saya bagi..khas untuk abang"kata gadis itu serta gelaknya.

izhar semakin panjang sengihannya.
alahaii...mati aku kena pick-up line selamba badak punya!

"maaf ye abang...saya gurau je"kata gadis itu lagi.

izhar angguk-angguk tanda tak apa.

"semua sekali seratus dua puluh dua ringgit"kata gadis itu.

tanpa buang masa,takut terkena pick-up line sekali lagi,lekas-lekas kad kredit dihulur pada gadis itu.
sekali seretan kad dikembalikan ke tangannya.

izhar mencapai tiga plastik terisi dengan makanannya.

"err..abang!"

kaki izhar terhenti.dia berpusing kepada gadis itu kembali.
"yes?"

"abang dah kahwin?"soal gadis itu sambil menggigit jarinya.

"saya?"soal izhar

gadis itu angguk kepala laju-laju.

izhar tergelak perlahan.
"saya baru nak ambik spm tahun ni kak,maaf ye...saya ada study group dengan kawan-kawan,sebab tu beli makanan banyak-banyak ni..maklumlah,belajar sambil makan ni kadang-kadang boleh buat otak kita mudah terima apa yang kita baca saya pergi dulu"kata izhar dengan selamba.

ternganga gadis itu dengan jawapan izhar,matanya melihat langkah izhar keluar dari pasaraya.
kepalanya dipegang.
"alamak....malunya!! aku mengorat budak bawah umur!!? okay...sekarang aku nak tanya zaman sekarang memang budak-budak nampak macam dewasa ke?"kata dia sendirian.

HAHAHAHHAHA!!!!

izhar memegang perutnya yang sakit akibat tidak berhenti gelak.kini dia sudah berada di tepi keretanya.
memang kelakar habis tengok muka awek juruwang tu,dia ingat dia boleh suka-suka hati mengorat aku!
ketawanya semakin beransur,dia menggeleng perlahan dengan perangai anak-anak gadis zaman sekarang,kalau nak kan sesuatu pakai cakap je..tak fikir dulu!
tapi...sesetengah je! heheh..

pintu keretanya dibuka setelah alarm ditekan.
barang yang dibelinya dimasukkan ke tempat duduk belakang,pintu ditutup.
dia kembali ke tempat pemandu.
tiba-tiba dia terdengar bunyi kaki berjalan di belakang dia.
terus dia berpusing.
terkejut dia bila melihat seorang lelaki berbadan besar sedang berdiri sambil memeluk tubuh hampir dengan dia.

"kau siapa!?"soal izhar.
dia melihat sekeliling,memang tak ada orang kawasan ni,dia sengaja letak kereta di tempat yang sebegini bagi mengelakkan kesesakan tempat parkir.
lelaki itu tersenyum senget.

bushhh!!!

dunia izhar kelam tiba-tiba.
terasa sakit yang teramat di belakang lehernya.terus matanya terpejam dia tidak sedarkan diri lagi.
.................

badannya terasa bergoyang-goyang,kepalanya masih lagi terasa denyutan sakit.
entah apa yang dia kena tadi,dia pun tak tahu,
dia cuba memegang kepalanya dengan tangan kanan tapi tidak boleh.
tangannya seolah-olah terikat satu sama lain.
matanya sedaya upaya dibuka.
samar-samar cahaya matahari menyuluh masuk ke matanya.
dia melihat sekeliling.
dia berada di dalam sebuah van yang dipenuhi dengan bantal?
telinganya terdengar gelak ketawa dari beberapa orang lelaki yang turut sama duduk di dalam van itu.

mmmbgggghhhhhh!!!!

baru dia sedar yang mulut dia digam kan dengan pelekat!
dia menahan geram dalam hati.

gggmmhhhhhmggrrrr!!!

dia cuba membuat bunyi semakin kuat.ketiga lelaki itu berpusing melihat ke arah dia.
ketawa mereka terletus lagi apabila melihaf izhar cuba untuk melepaskan diri.

salah seorang lelaki itu memberi arahan pada rakannya supaya pelekat di mulut mangsa mereka dibuka.
rakannya menurut arahan.
izhar yang nampak cuba memberontak dihampiri.
pelekat itu ditariknya kasar.

"aarrgghhhh!!!!"
mereka ketawa lagi apabila mendengar jeritan dari izhar.

terasa pedih dibibirnya.
matanya memerah manala pandangan pada mereka bertiga yang masih lagi dengan sisa ketawa.

"siapa kau orang hah!!?
apa kau orang nak dari aku!!?"marah izhar

"siapa kami tak penting!"jawab salah seorang dari mereka.

"bongok kau tak penting!! yang kau orang gila pergi culik aku dah kenapa!! bodoh!"marah izhar

"diam!!"

izhar terdiam apabila ditempik salah seorang dari mereka.

"kalau kau nak selamat baik kau diam!"

"diam apa pulak!! kau cakap dekat aku apasal kau orang semua culik aku!!?"soal izhar dengan kasar.

mereka bertiga ketawa lagi.
"kami tak culik kau!"

"hey!! jangan buat aku macam bodohlah!
siapa culik aku selain dari kau!!?"soal izhar

"bukan kami!!"jawab salah seorang dari mereka lagi.

izhar diam.memerhati kesemua wajah-wajah penculiknya.

"kau orang culik aku kenapa hah!!?
nak duit? aku boleh bagi berapa banyak pun!!
kau nak kereta? aku boleh bagi jenama apa pun!!
kau nak apa? cakap je!!"marah Izhar.wajahnya sudah memerah kerana menahan marah dan ditambah sinaran matahari yang semakin terik.

"kau tahu apa kami nak buat dengan kau?"soal mereka.

izhar diam tidak berkata.

"kami tak nak harta kau!
kami langsung tak hingin dengan duit kau!"kata mereka.

izhar diam lagi.cuba mendengar selanjutnya dari mereka.

"kami hanya nak nyawa kau!"kata lelaki berkulit hitam itu diikuti dengan ketawanya yang panjang.

terkejut izhar mendengar kata-kata itu.

"kau orang dah gila ke hah!! dasar penjenayah!!
berani kau nak bunuh aku!!
bodoh punya penjahat...."
entah apa yang dikatakan izhar selanjautnya tapi kata-katanya terhenti apabila salah seorang dari mereka kembali menutup mulutnya dengan pelekat.

"gggrrhhhhmnggmmm!!"
akhirnya izhar terdiam keletihan.tiada guna dia cuba memarahi mereka kerana satu pun mereka tak akan peduli!

dia cuba bertenang dengan menarik nafas panjang.dia melihat langit yang membiru yang terlihat sedikit di cermin tingkap van itu.
"ya Allah...selamatkan aku,"doanya dalam hati.
matanya dipejam cuba untuk berfikir cara untuk melepaskan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience