bab 13

Romance Completed 10363

mata wiya terbuka apabila terasa satu titisan air mengenai mukanya.
satu tiktik!
dua titik!
kali ketiga terus dia bangun terduduk.
dia melihat sekeliling.semuanya warna keperangan.warna oren!
dia melihat ke arah matahari petang yang mungkin sekejap lagi akan menjelmanya malam.
wiya memicit kepalanya.
"kenapa aku boleh pengsan?"soal dia sendirian.

tiba-tiba dia teringatkan tentang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai izhar!
dia melihat sekeliling.
mana mamat tu pergi?
wiya bangun dari duduknya.terasa seram pulak bila duduk sendirian di situ.
betul juga apa yang dikatakan izhar.
apa kata dia berbaik saja dengan izhar?
dia rasa memang tak patut kalau dia sendirian di pulau ini!
untung-untung ada izhar yang mungkin boleh menjadi peneman dia!

wiya melangkah ke arah pantai.
satu susuh tubuh tegap izhar masih dia tak nampak!
"mana mamat ni pergi?"soal hatinya.

"awak!!!"

terus serta-merta tubuhnya dipusingkan ke arah suara yang memanggilnya dari jauh.
suara itu datangnya dari arah laut.
laut!!!?
mata wiya dibesarkan ke arah izhar yang sedang berdiri di dalam air.
seluar slacknya dilipat sampai ke lutut.
dia sedang memegang kayu sambil menumpukan perhatian pada air laut!

"apalah...mamat ni buat?"soal wiya sendirian.
dia berjalan ke arah izhar.tetapi kakinya tidak menjejak air.dia hanya berdiri di pasir pantai tempat ombak laut terhempas.

"kau buat apa tu?"soal wiya sambil melihat aksi izhar seperti sedang mencucuk-cucuk kayu yang dipegang ke dalam air.
main cucuk-cucuk dengan ikan ke?

"saya?"soal izhar.jari telunjuknya dihala ke dada dia yang sasa.

wiya mencebir.
"tak lah...aku tanya ikan-ikan dalam laut!"jawab dia.

tergelak sebentar izhar dengan jawapan yang dianggap comel oleh wiya.

"saya tengah cuci harrier saya..tak nampak ke? berkilat lagi tak?"soal izhar kembali.

wiya mendengus geram.
dah lah dia baru terjaga dari pengsan.janganlah dia pengsan lagi sekali kerana mamat poyo yang bernama izhar ni!
anak siapa entah!

wiya berjalan menghampiri satu batu yang besar.lalu dia duduk di situ.

grrrr!!!

perutnya diusap.
"mama...papa..tok wan,wiya lapar..."keluhnya.
seharian satu makanan apa pun tidak masuk ke dalam badannya.
dah lah air tak ada!
makanan tak ada!
apa nak jadi dengan hidup mereka seterusnya?

dia terdengar gerak kaki terhempas ke pasir di sebelahnya.
izhar datang dengan wajah yang kecewa.
kayu di tangannya masih dipegang.
lalu izhar melabuhkan punggung di batu yang sama.tapi..agak jauh dari kedudukan wiya.

"saya ada tengok dalam tv kalau orang sesat dalam pulau..selalunya dia orang akan cucuk ikan di dalam laut guna kayu! saya ingatkan senang...selama ni saya kutuk-kutuk orang yang buat aksi tu dalam drama!
saya selalu kata kacang je buat benda tu!
tapi...bila kena time saya..baru saya tahu azabnya nak dapat ikan seekor"cerita izhar tanpa dipinta.

wiya disebelah hanya diam memerhati dan mendengar!
kepalanya digaru apabila mendengar suara putus asa dari izhar.
dia mengalih pandang ke laut semula.

"maaf!"

wiya mengalih pandangan pada izhar semula.
maaf? for what?
"untuk apa kau minta maaf dekat aku? kau ada buat salah ke?"soal wiya dengan selamba.

izhar dan dia berpandangan.
"sebab...tak dapat tangkap ikan tu! kalau tak mesti malam ni kita ada benda makan"

"siapa suruh kau cari ikan?"

"awak tak lapar?"soal izhar.

"mana ada! aku tak laparlah"kata wiya dengan selamba.tak mahu tunjuk diri tu lemah.

ggrrrr!!!
lekas-lekas perutnya wiya tekan.
aduhh!!!.perut oii!! yang kau pergi bunyi tu kenapa?

izhar tersenyum sendiri apabila melihat wiya memusingkan wajahnya ke arah lain.

"betul ke tak lapar?"soal izhar

wiya geleng kepala! malu!

suasana sunyi seketika.wiya kelu untuk berkata-kata.
izhar pulak dua kali lima.
masing-masing diam membisu.
tiba-tiba terasa titis-titis air turun dari langit.
semakin lama semakin lebat mencurah.
wiya dan izhar berpandangan sebelum....

"hujan!!!!!"jerit keduanya.mereka berlari ke arah pokok yang agak rendanga daunnya.
mereka duduk berdua di situ.hujan turun dengan lebat selebatnya.
air hujan mencurah-curah turun dari langit.
wiya duduk memeluk kedua-dua lututnya.
izhar pula berpeluk tubuh di sebelah.
walaupun mereka cuba berlari dari terkena air hujan.
tetapi...ada juga air yang terpercik terkena mereka.
apa sangatlah..yang diharapakan dengan daun pokok yang lembut itu.
berlindunglah macam mana pun...akhirnya tetap basah juga.
disebabkan air hujan yang lebat dan kasar menyebabkan daun-daun pokok itu ada yang terkoyak dan luruh.
wiya menyeka wajahnya yang basah.
tubuhnya menggeletar hebat kerana kesejukan.
izhar yang memandang bersimpati.
kalaulah di sebelahnya sekarang adalah aishah adiknya.dah tentu dia dah peluk untuk menenangkan adiknya yang dalam kesejukan.
nak buat dekat wiya? gadis kasar ini?
memang tak lah.
tempah mautlah jawabnya!
silap haribulan dia yang dibuang ke dalam laut.
bukan dia takut atau tak kuat okay!
cuma..dia menghormati wiya sebagai gadis yang patut dia lindungi di pulau ini!

malam semakin menjelma.hujan turun dengan lebat lagi tanpa henti.
mereka duduk berdua di situ tanpa suara.
di dalam gelap tanpa sebarang cahaya yang ada!
wiya menghulur tangannya ke depan
supaya air hujan terkumpul di dalam tapak tangan yang ditadahnya.
air yang hampir memenuhi tapak tangan diminum dengan rakus.
biarlah air hujan pun!
asalkan perutnya diisi juga dengan air.

izhar disebelah dikerling.
izhar diam tak berbunyi.merenung ke arah laut yang hitam dan gelap.
simpati wiya jatuh di situ.
berapa lama izhar ada di pulau ini masih menjadi tanda tanya yang tak terjawab oleh wiya!
harap-harap bakal ada bantuan untuk menyelamatkan mereka di sini.
..............................

pagi yang cerah!
tak sangka pulak bila semalam hujan.tiba-tiba bangun saja pagi ni keadaan alam sekeliling cerah dan ceria sekali.
cuma...yang tak cerianya adalah perut yang lapar.

wiya duduk di atas pasir pantai yang halus.dia duduk menghadap laut yang membiru dan jernih airnya.
angin yang membawa ombak-ombak kecil ke tepian membuai perlahan wajahnya.
dia memegang satu kayu kecil sambil menconteng di lantai pasir dengan pelbagai watak kartun.

tidak jauh dari tempat dia.izhar juga duduk di situ.
walaupun mereka duduk berjarak tapi jaraknya hanya beberapa langkah saja.
izhar juga sedang merenung ke laut yang terbentang luas di hadapannya.

tiba-tiba fikiran wiya terkenangkan wajah mama dan papanya.serta wajah tok wan yang dia tinggalkan dengan sengaja.
apa khabar mereka sekarang?
adakah mereka tahu kehilangan dia?
adakah mereka sedang berusaha mencari dia?
tiba-tiba hati wiya dipagut rasa sedih.
macam mana kalau dia mati kebuluran di pulau ni?
macam mana kalau kuburnya di pulau ini?
macam mana mama dan papa nak melawat dia nanti?

air mata wiya mengalir jatuh ke pipi.dia tunduk merenung kartun-kartun yang dia lukis sebentar tadi.

izhar yang pada awalnya tidak menyedari hal itu.tiba-tiba terdengar di sebelahnya!
wiya menangis?
dia melihat badan wiya yang bergetar kerana menangis.

"awak...awak tak apa-apa?"soal dia.

wiya lekas-lekas menyeka air matanya.cuba untuk menyekat air mata dan rasa sedihnya membelengu diri lagi.
tapi sisa air matanya sudah jelas di mata izhar.
mesti lelaki itu mengata dia seorang yang cengeng!
nampak je keras dan kasar tapi musah sedih!
wiya menggeleng kepala.

izhar melepas nafas berat.
dia memberanikan diri mendekatkan diri supaya berada di sebelah wiya.
kini mereka susah duduk secara bersebelahan.

"kau nak apa..datang dekat aku?"soal wiya dengan selamba.cuba mengawal rentak suara supaya tak terketar.

"kalau awak nak kongsi apa-apa..saya ada untuk memahami dan mendengar"kata izhar perlahan.

wiya diam.dia menjeling melihat izhar di sebelahnya sedang tersenyum.
betul ke kalau dia meluahkan apa yang terpendam akan mengurangkan beban yang ditanggung?
apa salahnya kalau dia sekadar berkongsi kisah dia dengan seseorang yang mungkin akan sama-sama menunggu nasib di pulau misteri ini.

"ak...aku..aku..rindu mama dan papa aku"kata wiya.

izhar tersenyum.
"bersabarlah...mungkin nanti akan ada orang datang selamatkan kita,nanti awak akan jumpa semula dengan mama dan papa awak"

"kau cakap senanglah,aku banyak dosa dengan dia orang...kau tahu tak!?"kata wiya sambil merenung laut yang berombak.

"if you want to share anything to me,i'm still here"kata izhar

wiya cuba mencari kekuatan tak mahu nampak sedih ketika dia bercerita.
"aku marah dengan mama dan papa aku,sebab diaorang suka paksa-paksa aku!
semuanya aku ikut! aku tak pernah bantah!
tapi...satu je yang aku tak bersetuju"kata wiya

izhar disebelah diam mendengar.

"dia orang upah bodyguards untuk aku!"sambung wiya.

"maksud awak...lelaki berkot hitam dua orang tu?"soal izhar.

wiya angguk kepala.
"aku tak suka ada orang ikut aku.apa aku nak buat dia orang kena ambil tahu.
aku betul-betul tak suka dan tak minat langsung.
disebabkan perkara tu lah hubungan aku dengan mama dan papa jadi lain,aku banyak habiskan masa di luar.aku tak suka duduk di rumah bila mama dan papa aku ada,aku selalu sibukkan diri walaupun sebenarnya aku bukan kerja pun! aku tak sibuk"kata wiya dengan nada perlahan.cuba untuk menahan rasa sedih.

"mereka mungkin ada sebab mereka sendiri kenapa mereka buat macam tu"

"sebab apa?mama dan papa cakap aku ni orang kaya.bakal pewaris harta mama dan papa,tapi..bila aku fikir,tak logiklah semua tu..apa sangat orang nak apa-apa kan aku? aku tak kaya,aku susah,nak keluar mana-mana pun kena minta duit poket dekat mama dan papa.
mama dan papa aku yang kaya sebenarnya,kenapa mama dan papa aku tak pasang bodyguards untuk mereka sendiri?kenapa aku?"kata wiya

"awak anak tunggal?"soal izhar

wiya angguk kepala.

izhar tersenyum.
"patutlah..awak satu-satunya zuriat yang mereka ada,tentulah mereka risau kalau apa-apa terjadi pada awak.macam sekarang ni.kita sebagai anak...kena faham.mak dan ayah mana tak sayangkan anaknya?
semua mak dan ayah nak yang terbaik untuk kita,kita pulak sebagai anak kenalah faham"

wiya angguk perlahan.
"sekarang...aku menyesal!
aku janji kalau umur aku panjang,aku dapat kembali semula ke pangkuan mama dan papa aku,aku akan berubah"kata wiya

izhar tersenyum.
"macam tu lah...apa-apa pun,kita berdoa je pada Allah,semoga kita akan diberi waktu untuk bersama keluarga lagi"

wiya menyeka sisa air matanya.kemudian dia berpaling melihat izhar.
"kau...dah kahwin?"

terus meletus gelak kuat dari izhar.
ternganga mulut izhar yang berwarna kemerahan itu kerana melemparkan ketawa kuat.
perut kempisnya ditekan-tekan.

wiya pelik melihat reaksi spontan itu.
"salah soalan ke?"soal hatinya.

seketika kemudian izhar sudah kembali ke dunia asal.ketawanya sudah reda.

"tak payahlah gelak pulak! apa...salah ke soalan aku?"soal wiya dengan selamba.hilang terus rasa sedihnya.yang tinggal hanya rasa marah pada manusia di sebelah dia.

"muka saya ni..nampak macam laki orang ke?"soal izhar

wiya menjeling pada izhar di sebelah.
"adah sikit..bab bercakap!"

"kenapa? orang yang tak kahwin lagi tak layak ke nak berkata-kata macam tu...?"

"bukan..tapi muka kau tu,nampak tua!"kata wiya dengan senyuman nipis.sengaja mahu mengenakan izhar di sebelah.

"muka saya nampak tua? umur saya baru dua puluh lebih lah..belum masuk three serius lagi!"kata izhar.

wiya menyembunyikan senyuman.dia berpaling ke sebelah kanannya supaya izhar tak dapat melihat senyuman mengejeknya.

"awak gelakkan saya kan?"soal izhar dengan senyuman lebar.jari telunjuknya dihala ke arah muka wiya.

lekas-lekas wiya berpusing ke kiri semula.
"eh...mana ada!"kata dia dengan wajah pura-pura diseriuskan.

"eleh..jangan nak tipulah!!"kata izhar pantas pinggang wiya dicuitnya.

"eh!! woi..apasal ni!"marah wiya sambil bangun berdiri.cuba untuk mengelak tangan izhar yang suka-suka hati mencuit pinggangnya.

"awak cakap jujur dulu"kata izhar sambil tidak berhenti mengusik wiya.

wiya tergelak perlahan.
"woii..main kasarlah kau!!"marah wiya sambil berlari menjauh dari izhar.
izhar pula mengejarnya.
mereka berlari-larian di pesisir pantai.
kesedihan yang melanda wiya lenyap seketika di hatinya.
izhar pula tidak henti-henti mengusik gadis yang semakin lama semakin pandai mencuri kunci hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience