bab 37

Romance Completed 10363

Majlis kecil-kecilan di rumah izhar kata mummy!
kecillah sangat,kecil apanya kalau dah penuh satu laman rumah dengan tetamu jemputan?
bezanya ada dua je..
pertama wiya dan izhar tak perlu lagi berbaju pengantin...yess!! ini yang wiya nak dengar sangat-sangat!
kedua pulak..majlis diadakan waktu malam!

mummy cakap pelbagai masakan bakal di barbeque kan!
ada sotong,ayam,udang,ikan,obor-obor...
eh! obor-obor tak! hehehe...

dan tukang ambil tugas yang paling mencabar iaitu tukang bakar..siapa lagi?wiyalah...wiya kan suka jenis bakar-bakar ni!

malam yang ceria dipenuhi dengan suara-suara sanak saudara dari belah mummy yang datang jauh dari negeri johor!
ada mak lang and the gang!
anak- anak maklang lima orang,semua dah besar-besar..tinggal dua orang saja yang sebaya dengan wiya!

mak ngah and the geng juga datang!
tapi...mak ngah datang dengan suami dia saja.katanya...anak-anak dia dua orang tu ada hal dekat tempat kerja,so...memang tak boleh datanglah!

dan turut dimeriahkan dengan kehadiran maksu dan paksu and the gang! yang datang nun...jauh dari negeri di bawah bayu,negeri sabah!
mereka juga datang dengan anak-anak yang masih bersekolah.ada sekolah rendah,menengah dan lain-lain lagi.

suara orang-orang ketawa betul-betul membuat wiya teruja.
maklumlah...selama ini rumah dia hanya boleh dengar bunyi cengkerik saja...
kalau nak bersembang pun..waktu jumpa mama dan papa di meja makan!

wiya mengalih-alih isi ayam yang sudah kemerah-merahan di atas api.
asap kesan bakar itu memenuhi persekitaran.
malam yang tenang dengan suluhan dari cahaya lampu original daripada bulan yang membulat di atas kepala!

wiya tersenyum saat melihat telatah mak su dan mummy yang berkejar-kejar macam budak-budak yang nakal!
puncanya mak su yang kejar mummy supaya merasa masakan daripada sabah yang dibawa balik oleh maksu sekeluarga!

wiya tengok pun dah geli.
bayangkan..makanan yang dibawa maksu tu adalah sejenis makanan eksotik dari negeri di bawah bayu itu!
ulat sagu!
huuwwaa....!!!
memang kalau dibayar rm sejuta pun belum tentu wiya nak merasa!
mummy apatah lagi!
memang geli-geleman!
jumpa ulat dalam pokok bunga pun dah riuh rendah rumah suara dia panggil tukang kebun!
inikan pulak nak menelan!
Allahhu...

"hai sweety..."tegur suara di sebelah.

wiya toleh ke sebelah.ke arah jejaka yang berpakaian serba hitam!
seluar track hitam!
baju t hitam!
dengan bergayanya tangan di masukkan ke dalam poket!

wiya membalas senyuman kepada izhar yang berdiri di sebelah!

"hai...best bertapa dalam tu?"soal wiya selamba sambil mata dan tangan difokuskan pada masakan di depan.

"ermm..bolehlah"jawab izhar

wiya menjeling matanya pada izhar selepas mendengar jawapan itu.

izhar yang melihat jelingan maut itu tergelak perlahan.
"saya baca bukulah dalam tu..,bukannya buat apa pun,perpustakaan memang tempat kegemaran saya..."

wiya mencebir bibirnya.
"mesti awak ni seorang yang boring kan? konon-konon nak tunjuk yang awak ni minat membaca?"

izhar tersenyum.
"its up to you if you want believe me or not!.tapi...saya memang suka membaca"katanya.

"tahulah minat membaca pun....awak tahu tak dari pukul lapan...sampailah pukul sembilan setengah sekarang ni! dah dekat dua jam awak dalam tu...baca buku tebal berapa ribu helaian?"

izhar ketawa lagi.tahu isterinya kini sedang merajuk sakan.
salah dia jugak sebab tinggalkan wiya sendirian melayan keluarga yang datang.

"sorry okay..? lain kali saya tak buat macam tu dah..."kata izhar

wiya melirik mata melihat ke sebelah.
"promise?"

"promise.."izhar angkat tapak tangan kanan ke atas.

wiya tersenyum.

"Banyak ke kena bakar? awak tak penat?"soal izhar

"banyaklah jugak...tapi saya tak penat pun,relaks je..."

"ye ke...?"

"betullah...yang awak tak percaya tu apa hal?"soal wiya

"amboii...garangnya,ingatkan dah bertukar status..dah mula berubah! rupanya...tetap garang macam dulu"kata izhar sambil tersenyum.
dia melihat wajah comel di depan dia.

wiya mencebir kemudian turut tersenyum.
"saya tukar status je...bukan tukar diri okay!"

"ermm...ye lah mrs.izhar!"

wiya menjeling manja ke arah izhar.

"saya ada benda nak bagitahu..."kata izhar

kening wiya terangkat sendiri!
"apa dia...macam rahsia je?"soal wiya

izhar tersenyum.

"ishh..main-mainlah dia ni..tampar baru tahu!"marah wiya tapi perlahan saja.

izhar masih lagi tersenyum lebar.
"nantilah..."

"ishh..bagitahu je lah!"

izhar semakin suka memainkan perasaan wiya.nampak lebih comel wajah itu bila marah-marah!
macam nak minta kiss je...

"hello encik izhar!! berangan puteri kayangan datang jemput ke?"sergah wiya

izhar tersedar.dia tersengih.

"izhar..cepatlah!"rayu wiya

"cepat apa?"soal izhar

"bagitahu...apa yang awak nak cakapkan tadi?"soal wiya

"ada erk..?"soal izhar pura-pura lupa.dagunya diurut perlahan.

wiya ketap gigi kuat-kuat.
"awak ni kan....kalau saya gigit-gigit sampai hancur baru tahu!"marah wiya.

"serius...saya ada benda nak bagitahu awak ke?"soal izhar

wiya cekak tangannya ke pinggang.
dia membawa pengepit di tangan dan mengacah-acah mahu mengepit kulit izhar.

izhar melarikan diri mengelilingi tempat memanggang itu.
wiya semakin laju mengejarnya di belakang.

izhar semakin kuat ketawanya apabila melihat usaha bertungkus lumus wiya mengejarnya.

"tak dapat punya..saya juara sekolah tau!"kata izhar dengan berlagak.

"ohh..kalau awak juara sekolah,saya juara dunia..! ada faham!"kata wiya dengan tercungap-cungap.

wiya mengejar larian izhar.
izhar pulak semakin kuat ketawanya.

tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang merenung mereka dari jauh!
sepasang mata yang wajahnya dilitupi dengan topi hitam.
merenung kecerian pasangan pengantin yang sedang berlarian dengan begitu gembira.

lelaki itu tersenyum sinis.dia membawa diri ke dalam kereta yang diparkir berhampiran pagar tempatnya berdiri.
kereta itu meluncur laju membelah malam dengan deruan enjin yang mengganas.

"izhar!! okay stop it!"marah wiya sambil berdiri mengumpul kembali tenaga yang hilang kerana berlari!

izhar juga berhenti sambil melempar gelak kuat pada wiya yang termengah-mengah.

"awak ni...masakan saya dah hangitlah!"marah wiya sambil mengalih-alih bahan-bahan mentah yang dibakar.

"amboi..amboi...sweetnya pengantin baru ni...rasa macam nak kahwin jugaklah!"kata juita anak mak lang yang sama umur dengan wiya.

disebelahnya berdiri anak mak su yang berumur tujuh belas tahun.memang juita dengan zarra berkawan rapat.
kalau ahli keluarga berkumpul ramai-ramai mereka pulak hanya berdua berkongsi cerita-cerita menarik!

"ah ha la....aku pun rasa macam tu jugak..bilalah mama aku nak bagi kahwin!"sokong zarra dengan senyuman.

"eh...kau orang tu kecik lagi...jangan nak mengada-ngada!"kata izhar sambil cekak pinggang.

wiya tergelak perlahan.

"alah..abang izhar ni memang sibuk je...dia kahwin awal boleh pulak!"kata juita dengan gaya merajuk.tapi dia hanya bergurau...

"kak wiya...nanti bila masuk bilik kasi kaw-kaw sama abang izhar ni.dia saja je marah-marah kami,mentang-mentang mama sayangkan dia..."kata zarra pulak.

"kau orang jangan risau...nanti akak pukul sampai dia K.O terus..."kata wiya sambil menejeling izhar yang tersenyum.

"hahahha...dengar tak tu bang..!"kata juita.

"eleh...ingat abang jadi patung je ke? sebelum akak kau orang ni buat abang..abang akan buat sesuatu dulu!"kata izhar dengan ketawa jahatnya.

juita dan zarra sama-sama tergelak.

"wuuhuuu...abang nak buat apa tu?"soal juita dengan senyuman nakalnya.

"kau orang mana boleh tahu,dah shuhh..shhuhh..pergi main jauh-jauh!"halau izhar

juita dan zarra gelak sakan apabila melihat wajah wiya merenung tajam ke arah izhar.
mereka berlalu pergi dengan tawa yang masih bersisa.

"berani awak nak apa-apakan saya..."kata wiya sambil meneruskan tugasnya.

izhar tersenyum.
dia melangkah menghampiri wiya dari belakang.wiya yang sedang sibuk mengalihkan masakan tidak menyedari itu semua.

izhar memeluk pinggang ramping itu dari belakang.
dagunya diletak atas bahu wiya.

wiya tersentak kerana terkejut dengan perbuatan itu.
"awak buat apa ni?"marah wiya

"cakap je lah yang awak takut kan?"bisik izhar di tepi telinganya.

wiya menahan debar dalam dada.
"izhar...pleaselah...malulah bila orang nampak!"kata wiya terus keluar dari rangkulan izhar.

dia berdiri menghadap izhar yang sedang tersenyum lebar.

"dan....jangan tunjuk tahap kegatalan awak tu dekat sini erk..! by the way...saya tak tak takut dengan awak! that's me...wiya!"kata wiya dengan senyuman dan terus melangkah meninggalkan izhar sendirian.

izhar tersenyum lebar melihat kepergian wiya jauh darinya
dia tahu..wiya hanya mahu larikan diri dari dia!

dia kembali mengambil alih tugasan yang dibuat wiya dengan siulan yang gembira.
manandakan dirinya sudah menang! hahahah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience