bab 12

Romance Completed 10363

"uhukk..uhukkk!!"

segala air yang ada didalam perutnya dimuntahkan.
terasa pedih kerongkongnya akibat tertelan air laut yang masin dengan begitu banyak.
dia meraba seluruh badannya.

"ak...ak...aku masih hidup!"kata wiya sambil tersenyum.
dia bangun melihat anggota-anggota badannya.mana tahu tak cukup.

"Aku...masih hidup!"kata dia lagi.air mata hampir saja mahu menitis.
dia menala pandangan ke sekeliling.
"pasir pantai? aku dah balik rumah tok wan ke? kenapa sunyi sangat tempat ni? mana semua orang?"soal wiya dalam hati.
dia bangun dengan perlahan-lahan.
tubuhnya yang basah lencun tidak dipeduli,rambutnya yang juga basah disanggul tinggi.
dia berjalan ke arah kanan.
mana tahu ada sesiapa yang dapat tolong dia!
cahaya matahari menyengat kulitnya yang putih menjadikan kulitnya kemerahan.

"hello?"

kaki wiya terhenti.mendengar suara garau seseorang di belakang membuatkan hatinya dipalu rasa bimbang.jangan-jangan makluk hutan?
atau jin?
atau suku kaum yang makan orang?
ish..wujud lagi ke?
tak mustahil!

"hello?"suara itu menyapa lagi.
wiya menjauhkan diri sedikit sebelum dia memusingkan badan ke belakang.
terkejut dia melihat seorang lelaki berbaju tshirt hitam,berseluar slack,rambut serabai,muka dengan senyuman.
what!!? senyum!!?
dia seronok ke ada di pulau ni?

"ka..ka..kau siapa?"soal wiya dengan takut-takut.
nak kata manusia yang menetap di hutan,pakaian dia tak macam tarzan pun!
elok je pakai baju dengan slack!
muka pun macam bersih dan tak serabut!

"awak dah sedar?!"soal izhar yang masih tidak mengenali gadis yang dia berjaya selamatkan itu.

wiya pelik.dia berjalan ingin meninggalkan lelaki misteri itu.

"eh..awak,nanti dulu!"panggil izhar lagi.

"jangan ikut aku!!"arah wiya sambil jari telunjuknya dihala ke arah lelaki itu tanda amaran.

izhar berhenti melangkah.takut apa-apa berlaku pada gadis yang dia baru temui itu.
wiya menala pandangan tajam pada izhar yang dianggap merbahaya itu.

"kau nak apa? pergi jauh dari aku!!"kata wiya

izhar tergelak perlahan.
"awak nak pergi mana? okay..macam ni lah! for your information,in this island,just two people life at here,its you..and me!
so..why not we can be friends, i have you and of couse you have me!
we must be together!
like a one team!?"kata izhar dengan tenang.

"aku tak kenal kau! nak jadi satu team konon!"

"saya just cadangkan...okay then kalau awak tetap nak sendirian okay...tapi dekat pulau ni kita tak tahu bahaya yang datang,apa yang ada dalam pulau ni...lagi-lagi kalau kita bersendirian! lagi bahaya"kata izhar

wiya menala pandangan ke sekeliling.timbul rasa takut dalam dirinya.
dia menala pandangan ke arah izhar semula.
"tapi...kau mungkin lagi jahat! aku tak boleh percayakan sesiapa!"

izhar tersenyum senget.
"tapi...awak tahu siapa yang selamatkan awak kan?"

wiya diam.beberapa saat kemudian dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan lelaki yang masih tidak diketahui nama dan asal usul itu.

"heyy..nanti dulu!!"panggil izhar sambil memegang bahu gadis yang misteri itu.
tiba-tiba kakinya tergelincir kerana kelembutan pasir pantai yang halus itu.

"aarrggggh!!"
wiya terjerit kuat.
tubuhnya terasa terhentak di atas pasir.belakangnya rasa sakit serta merta.
tiba-tiba baru dia perasan yang lelaki itu terjatuh atasnya.kedua-dua tangan izhar terletak di sebelah kiri dan kanan kepala wiya supaya tubuhnya tidak terjatuh atas gadis itu.

ada senyuman terukir di wajah izhar tatkala melihat wajah gadis itu.

wiya pula sudah pelik semacam.
lekas-lekas tubuh itu ditolaknya kasar agar menjauhi dirinya.
"kau jangan nak ambik kesempatan dekat aku!!"

izhar masih lagi tersenyum.seperti terpegun dengan sesuatu.
"dia!! ye..dia gadis tu!"bentak akalnya.

"woii!! senyum-senyum pulak!"panggil wiya.

izhar tersedar dari lamunannya.
"apa awak cakap?"

"yang kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa? buang tabiat!?"soal wiya

izhar tersenyum lagi.
"awak tak kenal saya?"

wiya diam cuba menilik wajah lelaki itu.
siapa dia ni?
pernah jumpa ke?
setahu dia..tak pernah seumur hidup dia mengenali mana-mana lelaki!
kalau ada pun boleh dikira dengan jari! itupun tak lebih dari satu!
tapi...otak dia kuat untuk mengingati sesiapa yang pernah menjadi sahabatnya.mustahil dia tak ingat lelaki ini kalau pernah menjadi sahabatnya.
tapi...lelaki ini tak pernah muncul dalam kepala dia langsung!
siapa mamat ni!?
bekas ex dia!?
choii!! mana pernah dia bercinta!
cinta tu pun dia tak tahu apa maknanya!
cinta?
ramai kawan-kawan perempuan yang dia kenal pernah sebut pasal cinta,putus cinta,jatuh cinta.
apa semua tu?
biskut? biskut kering ke lembab?
kalaulah cinta tu satu makanan,mesti sedap kan?
sebab ramai betul yang memperkatakan tentang cinta!
tapi...ada juga yang menangis-nangis bagai nak pengsan.
bila ditanya kenapa menangis.jawapannya senang..
semuanya kerana
CINTA!

"langsung tak ingat saya?"soal izhar

wiya menggeleng kepala.
"kau siapa? anak menteri? anak raja? anak orang bunian? aku mana kenal kau!"

izhar tergelak perlahan.
"kelakarlah awak ni"

bibir wiya mencebir.
"kelakar pulak..."
tanpa buang masa wiya bangun berjalan menuju ke arah yang dia ingin pergi.
tapi...kemana sangat.

"awak!!?"

wiya mendengus geram.
mamat ni kacau daun betullah!
dia nak apa dari aku?
dia terpaksa berhenti melangkah lalu melihat ke arah izhar kembali.

izhar sperti teragak-agak.
dia menghampiri wiya.mereka berdiri tidak berapa jauh.
"awak ingat lagi tak? restourant mcd?"soal izhar.

wiya diam.sekali lagi dia ditanya mengenai benda yang dia langsung tak ingat.
"kenapa dengan restourant mcd? dah aku lapar ni..nanti kau aku makan!"

izhar tersenyum.
"maaf! itulah perkataan yang awak kata masa kita berjumpa dulu"

wiya semakin keliru.
"psiko erk?"

"..okay,macam ni.awak ingat tak masa dua orang lelaki berkot hitam datang nak tumbuk muka saya,lepastu...awak datang dan selamatkan saya,awak marah-marah dua orang lelaki tu kemudian awak cakap maaf dekat saya?"cerita izhar

kini baru wiya ingat.ye..lelaki yang tenung-tenung dia macam nak telan!
lelaki yang buat dia rimas waktu tu!
lelaki yang bersama seorang wanita cantik itu!

wiya menjeling izhar kemudian terus ingin pergi.

"saya izhar,apa nama awak?"soal izhar

wiya berpusing pada izhar semula.
dia lihat sekeliling.takde apa-apa yang boleh membantu dia untuk kembali semula ke rumah tok wan.atau yang lebih tepatnya keluar dari pulau misteri ini.
panas terik betul-betul menyuluh dan menghangatkan kepalanya.terasa berdenyut-denyut tak tentu pasal.padahal dia bukanlah seseorang yang mudah sangat jatuh sakit dan pengsan.
tapi..hari ini dia benar-benar lesu.seluruh badannya bagaikan menanggung seketul batu besar.
jadi...buat apa dia melangkah lagi!

"aku...wiya"kata dia perlahan saja.

"ohh...melayu rupanya"

"kenapa!?"soal wiya kasar.geram pulak habis dia ingat aku ni apa? bangla? korea? jepun?

izhar tersengih.
"saya ingat cina!"katanya.

wiya menjeling.memang dia cina! tapi itu keturunan papa dia! sekarang dia melayu sejati.
wiya melangkah ke arah pesisir air laut yang berombak menghempas pantai.
walaupun dia hanya berkaki ayam.tapi...dia tetap melangkah di tengah-tengah panas mentari.

"awak cari apa?"soal izhar.

"aku cari bot aku! kau ada jumpa? aku tahu bot tu masih elok...hanya terbalik je"kata wiya sambil mencari-cari lagi.
dia melihat ke arah izhar yang sedang memegang satu papan berwarna biru.
papan?
papan tu bukan ke.....

"bot awak berkecai teruk terhempas ke batu"kata izhar.

terus kepala wiya terasa berpusing tiba-tiba.apatah lagi apabila mendapat tahu yang botnya hancur teruk!
tiada jalan lagi mahu balik?
mama papa!!
tok wan!!

"eehhhh...awak!!"izhar berlari pantas mendapatkan tubuh wiya yang hampir rebah ke tanah.
dia mengangkat tubuh itu ke bawah pokok yang rendang.pokok apa dia tak tahu!
yang pasti...dia mesti melindungi gadis ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience