bab 7

Romance Completed 10363

wiya merenung ke luar tingkap kereta yang dipandu oleh ayie.ali pula diarahkan mama menjaga di rumah.
walaupun pada asalnya wiya ingin memandu pulang ke kampung sendirian tapi ditegah oleh puan sri akma.demi tak mahu mama rasa kecewa sekali lagi,dia menerima arahan mama untuk dihantar oleh ayie ke kampung tok wan.
asalkan mama izinkan dia balik jumpa tok wan.

ayie mejeling pandang ke arah anak boss mereka itu.wajah cik wiya tak seperti selalu.selalunya wajah itu sentiasa berkerut dan seperti tidak puas hati.tapi pagi ini wajah itu tampak tenang.
ayie tersenyum lega.
selama lima bulan dia berkhidmat menjadi pengawal kepada gadis itu banyak cerita yang dia dapat tahu.tentang kehidupan wiya,tentang kesedihan wiya dan tentang masalah yang berlaku pada gadis itu.
selalu sangat kalau nampak wiya dan puan sri akma bertengkar melawan kata.tapi...puan sri akma hanya bercakap lembut dan memberi nasihat.yang membuat suasana kecoh apabila wiya membuka mulut.
simpatinya tumpah pada gadis yang kesunyian itu.dia dapat tahu wiya kesunyian dalam kehidupannya.
banyak perkara yang gadis sebaya cik wiya boleh lakukan tapi tidak dia.dia selalu dikawal dan dijaga rapi seperti anak kecil yang masih perlu diberi perhatian.
tapi ..kadang-kadang apabila wiya mengarahkan supaya dia dan ali menunggu di satu tempat kerana wiya mahu bersendirian.mereka patuh.
patuh kerana tahu apa yang dirasa oleh wiya.
wiya baginya seorang anak dan gadis yang baik.
dia jadi macam tu sebab kehidupan dia dikongkong oleh orang yang paling dia rapat iaitu mama dan papa dia sendiri.
jadi..mungkin dia rasa diri dia tidak ada sesiapa ambil peduli tentang perasaan dan kehidupan dia.
mungkin juga!

"kenapa kau senyum-senyum macam tu?"soal wiya tiba-tiba.
ayie yang sedang mendapatkan pendapat tentang wiya terus terkejut lalu mengawal riak wajahnya.

"err...cik wiya okay?"soal ayie

wiya berpaling pada ayie di depan.
"kenapa tanya aku macam tu?"soalnya

"err...cik wiya nampak macam tenang"kata ayie

wiya senyum senget.
"selama ni aku macam mana? rasaksa? gorilla?"

ayie tersenyum.
"bukan...tapi hari ni cik wiya nampak lain"

wiya diam.dia tahu,hari ini dia rasa tenang.mungkin teruja nak jumpa tok wan yang dah dekat lima bulan dia tidak jumpa.

"ayie...!"

ayie melihat wiya melalui cermin pandang belakang apabila namanya diseru.

"kau dah kahwin?"soal wiya

ayie tersenyum malu.
"dah cik wiya.."katanya.

"dah ada anak? berapa orang? umur berapa?"soal wiya bertalu-talu.
sebelum ni memang dia tak pernah ambil tahu langsung pasal dua pengawal peribadinya itu.semuanya ikut kepala dia saja.tapi..hari ini hati wiya seperti tertarik untuk mengenali orang-orang sekelilingnya.mungkin dah tiba masa untuk dia berubah.

"saya ada dua orang anak,seorang lelaki seorang perempuan.yang kakak umur enam tahun yang lelaki adik umur tiga tahun"kata ayie

wiya angguk.
"mesti best kan?"

"Alhamdulillah cik wiya"

"umur kau berapa?"soal wiya lagi.

"umur saya dah tiga puluh tiga, dah tua cik wiya..."kata ayie dengan ketawa perlahan.walaupun agak pelik dengan perangai anak majikannya ini.tapi dia bersyukur sangat-sangat kalau sikap cik wiya seperti ini.

wiya juga tersenyum.
"aku nak minta maaf dekat kau dengan ali.selama ni aku layan korang macam hamba abdi aku.suka hati aku nak marah-marah,sebab aku korang selalu kena marah dengan mama.aku betul-betul minta maaf erk..ayie?"kata wiya perlahan.

ayie tersenyum lega.benarlah kini cik wiya mereka sudah berputar darjah perangainya .

"kami tak perlu maafkan cik wiya.cik wiya tak buat salah apa pun.semua tu kan tugas kami menjaga cik wiya.adatlah.."kata ayie

"tapi...aku rasa bersalah sangat"

"semua orang ada buat salah cik wiya.bukan semuanya dari lahir sampai ke mati tak pernah buat salah.kira Alhamdulillah cik wiya dah berubah.lega hati saya"kata ayie dengan senyuman.matanya masih fokus pada jalan.raya.

wiya tersenyum sedikit.
"lagi satu...aku minta maaf juga sebab dah biasa beraku-kau dengan kau orang.aku rasa lebih selesa macam ni.walaupun kau orang dah pangkat boleh jadi abang aku"kata wiya.

"alah...no hal lah cik wiya.saya pun selesa macam tu"

lega hati wiya mendengar.kan best kalau dari dulu aku berbaik dengan dia orang.dia orang peramah juga.tak sangka.

"nanti boleh tak aku kenal dengan anak-anak kau?"soal wiya

ayie tersenyum.
"anak-anak saya tu nakal cik wiya.nanti diapa-apa kan cik wiya pula.takut cik wiya tak selesa ke..."

kening wiya berkerut.
"biasalah budak-budak.mana tak nakalnya...ishh kau ni!!"katanya seperti mahu marah.

ayie menelan liur.aikk...dah tukar balik ke?

wiya mula sedar intonasi suaranya.dia tersengih.
ayie juga tersengih di depan.
wiya melempar pandang ke luar tingkap kereta.
apalah wiya..kau kena banyak berubah lagi ni! baru sikit dah nak melenting balik!
.............................

petang itu juga kereta yang dipandu ayie memasuki perkarangan sebuah rumah banglo satu tingkat yang tampak indah.
wiya melangkah keluar dari kereta.
ayie mengeluarkan beg milik wiya dari dalam kereta.

"kau tak nak naik rehat dulu ke?"soal wiya apabila melihat ayie seperti mahu meneruskan perjalanan.

"tak apalah cik wiya"kata ayie

"kau tak penat memandu ke?"

"saya akan singgah rumah sepupu saya dekat-dekat sini.esok baru bertolak balik"kata ayie

wiya angguk kepala.
"okaylah...hati-hati"

ayie tersenyum.terus masuk ke tempat memandu.kereta dipandu perlahan untuk keluar dari kawasan pagar rumah tok wan.

wiya memusing badan melihat ke arah rumah.
beg ditariknya.
beberapa anak tangga menuju ke pintu utama dijejak.

"Assalamualaikum tok wan!!!?"laung suara wiya.

bunyi kunci pintu dibuka dari dalam.wiya tersenyum.

"waalaikumsalam"jawab suara seorang lelaki yang agak berusia.di dalam lingkungan umur 60 tahun.
terjengul wajah yang dirindui wiya.

wiya tersenyum.terus tubuh itu dipeluknya.
"tok wan...wiya rindu tok wan"kata wiya.
namun tiada reaksi dari tok wan.
wiya pelik.pelukan dilepaskan.

"kenapa? tuan zakaria dah tak kenal cucu dia sendiri ke?"soal wiya geram.

"betul ke cucu tok wan? kenapa gemuk sangat?"soal tuan zakaria nama panggilan orang-orang kampung padanya.bekas anggota ATM.

"tok wan!!"

tuan zakaria tergelak perlahan.
wajah satu-satunya cucu yang dia punya ditatap.
inilah satu-satunya jantung hati milik dia.

"tok wan gurau je...mana ada gemuk.wiya kurus sangat,kurus macam papan sekeping"kata tuan zakaria dengan sisa tawanya.

wiya tersenyum lebar.dia tahu tok wan hanya bergurau.
lengan tok wan dipeluknya.

"kenapa nak datang tak bagitahu dulu?"soal tuan zakaria sewaktu mereka sudah duduk di ruang tamu.

"alah...saja wiya datang nak buat suprise dekat tok wan.tak boleh ke? ke...tok wan rahsiakan apa-apa dari wiya? tok wan jangan main-main...jangan niat nak kahwin lagi satu.kata dulu setia dengan arwah mak tok sampai ke jannah kan...?"kata wiya seperti memberi amaran.

tok wan tergelak lagi.

"apa yang wiya cakap ni....? mana ada tok wan nak kahwin lain.tok wan cuma hairan bin ajaib je..."

wiya tersenyum.
"tahu..."kata wiya

"ni mesti ada apa-apa kan? kalau takde benda nak share dengan tok wan..takde maknanya sampai ke Terengganu ni"kata tuan zakaria.

senyuman wiya mati.yang tinggal hanya diam tanpa kata.

"cer citer..cer citer.."kata tuan zakaria dengan nada bergurau.
wiya tersenyum.

"esoklah tok wan..wiya penatlah,wiya masuk tidur dulu"kata wiya terus bangun membawa beg pakaiannya menuju ke arah bilik.

tuan zakaria termangu sendirian.
"erm...ni mesti masalah besar"guamamnya.
dia menggeleng perlahan.

"cucu..cucu..."keluhnya dengan senyuman.
..................................

izhar membuka pintu gelangsar yang diperbuat daripada kaca.dia melangkah keluar dari dalam bilik rumah kedua miliknya secara peribadi yang dibeli dua bulan lalu dengan duit hasil titik peluhnya sendiri selama bekerja dengan daddy.dia menuju ke balkoni yang cantik itu.
di hadapannya terpampang luas satu keajaiban Allah s.w.t. terhias lautan biru yang luas dari pesisir pantai yang mendapat perhatian ramai pelancong-peloncong sehinggalah ke penghujung laut yang berbalam-balam.dari jauh terlihat satu pulau kecil tempat persinggahan para pelancong untuk mengambil gambar atau beristirehat.
izhar tersenyum sendirian.

"sungguh cantik ciptaan mu ya Allah.SubhanAllah"kata izhar dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk melihat keindahan alam semula jadi yang begitu indah dipandangan.

akalnya tiba-tiba mula berirama gatal.
"ni kalau ada awek sebelah...lagi cantik"katanya dengan ketawa perlahan sendirian.

tiba-tiba telinganya menangkap bunyi nada dering dari penyanyi kegemarannya charlie puth dengan lagu attention.
dia melangkah masuk ke bilik.
telefon dicapai lalu dia membaringkan diri
di atas katil yang empuk.
telefon dilekap ke telinga kanan.

"assalammualaikum daddy"

"waalaikumsalam...macam mana? dah sampai ke melencong ke lain?"soal tan sri akram di talian.

izhar tergelak perlahan.
"dah lama sampai...mana ada melencong ke lain"

"ermm..kalau macam tu tak apa lah..macam daddy tak tahu,pantang bila jejak ke Terengganu adalah mana-mana tempat along nak pergi.dari cari makanan sampailah cari mata air"

bergegar tubuh izhar kerana gelak yang ditahan.tapi terdengar juga ke telingan tan sri akram.

"mana adalah daddy..."katanya

"yelah...daddy call cuma nak bagitahu yang lusa along kena pergi syarikat encik Tarmizi"kata tan sri akram.

"ohh..encik tarmizi yang datang office haritu ke?"

"hah..yang tu lah,daddy dah set kan temujanji along dengan dia.nanti bincang pasal gedung baru tu"

"baik daddy"

"ingat tau.lusa"kata tan sri akram memberi peringatan.

"yelah....along ingat"kata izhar

"okaylah..kalau apa-apa hal terus inform daddy"

"okay daddy"

"assalammualaikum"

"waaikumsalam"jawab izhar.
telefon di letak di sisi.

dia merenung siling yang berwarna putih bersih itu.
matanya yang sedari tadi bersedia untuk ditutup perlahan-lahan terpejam.
izhar terlena dengan nyenyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience