bab 2

Romance Completed 10363

Hari ketiga! dia merancang satu perancangan yang agak baik.dia mahu keluar dari rumah ini walau apa cara sekalipun.biarlah nak kena apapun.asalkan dia boleh berjalan bebas sendirian.
pagi-pagi lagi Wiya bangun dari tidurnya.dia mandi lalu memakai baju tshirt hitam berlengan pendek jenama nike kegemarannya.asalkan nike saja mesti dia akan pakai tanpa teragak-agak lagi.
cape dikepala dibetulkan.
dia memakai seluar jeans panjang juga berwarna hitam.
beg sandang yang sentiasa menemaninya ke mana saja digalas silang dari kanan ke kiri.
dengan langkah perlahan.dia melangkah keluar dari biliknya.sebelum itu pintu bilik dikunci.
dia melangkah satu tapak ke anak tangga pertama.
kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan.
"yess..line clear!!"bisiknya perlahan dengan senyuman kepuasan.
kakinya laju melangkah ke arah pintu utama.
sedaya upaya dia berlari tanpa sebarang bunyi.
tangannya memegang tombol pintu.tunggu masa untuk memulas tombol itu.

"Wiya!!!"

tangannya serta merta terhenti.bengang betullah bila semuanya beres tapi tiba-tiba ada yang tahan.tangannya dilarikan dari tombol pintu.malas mahu pusingkan badan menghadap seseorang yang sedang memanggilnya itu.
siapa lagi kalau bukan papa.

"Wiya nak ke mana?"soal suara tan sri Erdy Long sambil menghampiri anaknya.kini dia sudah berada betul-betul dibelakang anaknya.

Wiya diam.malas mahu menjawab.buat apa dia menjawab kalau keputusan akhirnya tidak berbelah pada dia?

"Wiya nak kemana?papa tanya ni kan?"soal tan sri Erdy Long lagi.

"keluar"jawabnya sepatah.

"bila cakap pandang muka papa"kata tan sri Erdy Long.
Wiya merengus kecil.dengan malas dia memusingkan badannya.matanya menangkap susuk tubuh Ayie dan Ali.dua pengawalnya berdiri tidak jauh dari tempat dia dan papa sedang berdiri.
dia melihat wajah papanya yang serius.

"keluar ke mana?"soal tan sri Erdy Long.

"jalan-jalan"jawabnya.

"kalau macam tu..ayie dan ali kena ikut"kata tan sri Erdy Long.

wajah Wiya terus bertukar jadi tidak puas hati.
"boleh tak dalam sehari Wiya nak jalan-jalan seorang diri tanpa gangguan?"soalnya

"bahaya"

"pa...bahaya apanya? wiya tak kaya..yang kaya papa dan mama"

"papa tahu tu.tapi...wiya bakal pewaris empayar papa.we don't know how people out there"kata tan sri erdy long.

"rimas tahu tak? r.i.m.a.s!! rimas"kata Wiya sambil mengeja perkataan itu satu-satu.

"ayie dan ali bukannya ganggu wiya pun kan?"

"tahulah.tapi cuba papa fikir,entah-entah wiya nak keluar jumpa boyfriend ke..mak mertua ke..takkan nak bawak pengawal peribadi?cuba bagi wiya sedikit ruang untuk bersendiri"

tan sri erdy long ketawa perlahan.
wiya menjeling geram.

"anak papa dah ada bakal suami ke?nampaknya tak lama lagi papa akan dapat menantu...boleh kenalkan pada papa?"soal tan sri erdy long

wiya ketap bibir geram.
"orang bagi contohlah....yang penting wiya rimas"kata wiya.
geli pulak bila nak sebut dia ada boyfriend.memang sampai bila-bila dia tak sukakan perkataan tu.seumur hidupnya tak pernah sekalipun dia mengenali seseorang yang bergelar seperti itu.dia hanya biasa dengar tapi memang tak akan ada seseorang itu! titik!!

tan sri erdy long melepas nafas berat.

"papa dan mama cuma nak yang terbaik untuk anak kami"

wiya diam.dia melempar pandangan ke luar cermin kaca yang mempamerkan laman di dalam kawasan rumah itu.

"wiya tak nak!! dan sampai bila-bila wiya tak suka"kata wiya terus berlalu ke pintu.lalu melangkah keluar.

tan sri erdy long memandang ke arah ayie dan ali yang sedari tadi hanya diam.dia membuat isyarat supaya kedua lelaki itu mengekori anaknya.
ayie dan ali mengangguk,terus melangkah pergi.
tinggallah tan sri erdy long sendirian.dia melepas nafas berat.
"susah betul nak bentuk anak aku seorang ni"keluhnya.
.................................................................
Wiya merenung dirinya di hadapan cermin di dalam tandas wanita yang ada di pusat membeli belah terbesar di Selangor.
dia melihat tingkah laku wanita-wanita bahkan gadis-gadis yang mungkin seusia dengannya sedang bergelak tawa keseronokan.
sedikit sebanyak terbit rasa cemburu di hatinya.
mesti seronok tiada siapa yang mengawal.
hembusan nafas lelah dilepaskan.
matanya tiba-tiba ternampak satu lubang udara kecil yang terdapat di atas dinding tandas itu,berhampiran dengan bumbung.
dia tersenyum senget.
inilah peluang dia nak larikan diri dari ayie dan ali yang sedang menunggu diluar.
dia terlihat satu kerusi kayu yang ada dihujung tandas itu.
mungkin milik makcik-makcik cleaner.
tanpa buang masa.wiya mencapai kerusi itu lalu membawa ke arah bawah lubang itu.
dia naik ke atas kerusi itu.jejak sahaja kakinya atas kerusi dia melangkah pula naik ke atas dinding yang memisahkan tandas satu ke tandas-tandas yang lain sambil matanya dipejam.tak mahu nampak benda yang tak sepatutnya.
lekas-lekas badannya dipusing menghadap lubang gerigi besi itu.
matanya melihat keluar.
terbuntang matanya apabila melihat betapa tingginya dari tingkat itu.
dahinya ditepuk.lupa pulak yang dia sekarang berada di tingkat tiga.
"aduhhh....apalah punya nasib.kalau tingkat satu...aku rasa boleh lagi,ni tingkat tiga? agak-agak ark...aku bukan nak mati,aku cuma nak larikan diri je"katanya perlahan.

"aaahhhhh!!!!!"

wiya lekas-lekas menutup telinganya.
dia menala pandangan pada seorang wanita yang menjerit sebentar tadi.

"kenapa mak cik?"soalnya hairan melihat wanita itu.

beberapa wanita yang berada di dalam tandas meluru keluar menerpa ke arah wanita itu.wiya masih lagi tercengang di atas itu.

"tuu...tu.."kata wanita itu gagap-gagap.sambil tangannya meluru ke arah wiya.
wiya pula tunduk melihat dirinya.
"apahal?"soal hatinya hairan.

semua mata kini menala pandangan padanya.

"ya Allah nak oii...jangan buat kerja gila....mengucap"kata salah seorang dari mereka.

wiya semakin keliru.
kerja gila apa?aku baru nak cari lokasi nak larikan dirilah!

"nak oii...walau apapun dugaan..jangan cari jalan penyelesaian macam ni,berdosa"kata wanita lain pulak.

"kenapa mak cik?"soal wiya selamba

"kamu nak bunuh diri kan?"soal wanita yang menjerit tadi.
kini baru wiya faham.
adoii la....

wiya tergelak perlahan.para wanita-wanita itu pula sudah pelik.mesti diaorang kata wiya gila.

"saya tak bunuh dirilah mak cik...."kata wiya.
terus dia mengambil langkah untuk turun semula.
dengan berhati-hati dia selamat mendarat ke bawah semula.

"habistu?buat apa kat atas tu? nak menghendap ye?"soal wanita itu lagi.

"eh..mana ada,ish..takde nafsu saya nak mengendap orang"sangkal wiya.
"apalah...ingat muka aku ni muka suka sama sejenis ke?"kutuk hatinya.

"habistu?"soal mereka serentak.

"saya...saya...saya..."

"saya apa?"soal wanita itu lagi.

"saya nak larikan diri dari dua orang lelaki dekat luar tu"kata wiya teragak-agak

wajah wanita-wanita di dalam tandas tersebut kelihatan terkejut.mereka kemudian menghampiri wiya lalu mulut wiya ditutup mereka.
mata wiya membuntang kerana terkejut.

"ermmgghhmmggmm!!!"ngomel wiya tanpa suara.

"kamu ni mangsa culik ye?"soal wanita yang menutup mulutnya dengan nada berbisik.

"kalau macam tu..biar kami ajar mereka!!"kata wanita yang lain pulak

"kita pergi repot polis..kamu jangan risau"kata wanita itu lagi.

wiya mengeluh dalam hati.wajahnya jelas nampak menyampah betul.
tangannya pantas menarik tangan wanita yang menutup mulutnya itu.

"mak cik..mak cik sekalian.mereka tak culik saya..dan saya bukan mangsa culik"kata wiya.

"habis tu?"soal mereka serentak.
wiya mengeluh.jadi kerja pulak nak kena explain dekat wanita-wanita idaman malaya ni semua!!

"bodyguards saya..."kata wiya dengan nada sedih.

membulat mulut-mulut wanita-wanita itu tanda faham.
"ermm...sia-sia je mak cik bersemangat"kata wanita itu lagi.

"entah..ish,ish,ish"kata mereka lagi.

wiya tersengih-sengih.kemudian meminta izin untuk keluar.dibiarkannya mak cik -mak cik itu membawang mengatanya.

wiya berdiri di sebalik dinding putih itu.
dia mencuri pandang pada ayie dan ali yang sedang berbual-bual sambil menunggunya.
wiya melihat ke kiri dan kanan.
"takde jalan ni"kata hatinya.
tiba-tiba dia terlihat seorang wanita berbadan besar sedang berjalan melenggang ingin melalui jalan yang diduduki oleh ayie dan ali.
wiya tersenyum senget.

ayie dan ali melihat sekeliling.mana tahu anak majikan yang diamanahkan supaya mereka menjaga dan mengawal sudah keluar dari tandas.
sudah setengah jam mereka menunggu di situ.
dah habis tajuk untuk bersembang orang kata.
masing-masing mengawal ke kiri dan kanan.
tanpa mereka sedari wiya sedang melangkah melalui mereka dengan laju.
dia melindungi dirinya dengan wanita berbadan besar itu.
wiya menahan senyum apabila melalui jalan betul-betul bersebelahan dengan ayie.
dengan langkah yang laju.masuk saja simpang yang memisahkan dinding-dinding itu wiya terus melangkah meniggalkan wanita itu.
dia ketawa sendirian tanpa mengeluarkan bunyi.perutnya ditekan-tekan.

"bijak kau wiya!! boleh jadi fbi ni...hahhaha"katanya sendirian.

dengan langkah yang membanggakan.dia berjalan menuju ke tempat-tempat yang dia suka.tiada lagi pengawal tiada lagi kongkongan.
tapi...dia berhati-hati apabila melihat ayie dan ali seperti tercari-cari sesuatu.apa lagi kalau bukan dia?
dia menyembunyikan diri di dalam butik pakaian.
dia dapat melihat ali sedang bercakap telefon sendiri.
kemudian langkah kedua-duanya dituju menuju ke pintu keluar bangunan itu.
wiya tersenyum sendiri.

"kacang je..."katanya selamba dengan senyuman puas.
..........................................................

Balik-balik saja muka marah mama dan papa yang dia kena hadap.
ayie dan ali pula sudah berdiri tegak di satu sudut rumah.
wiya berdiri selamba.

"kenapa suka jadi anak derhaka!!!?"marah puan sri akma dengan garang.

"siapa jadi anak derhaka?"soal wiya kembali

"habis..yang suka tak dengar cakap,suka bantah apa yang mama dan papa buat,suka-suka hati nak pergi mana...itu bukan derhaka?"soal puan sri akma

wiya melihat ke arah papanya yang diam tapi mendengar itu.

"i'am twenty years old, bukannya budak-budak sekolah rendah yang nak kena marah-marah selalu"kata wiya

"tak cukup lagi ke apa yang mama dan papa bagi pada wiya selama ni? sampaikan nak kena lari dari mama dan papa? sampai tak dengar langsung arahan mama dan papa?"soal puan sri akma lagi.

wiya menahan rasa dalam hati.kalau ditakdirkan hari ini dia perlu rungkaikan ketidaksenangan hatinya.dia okay!! lebih baik berterus terang sebelum dia mengambil tindakan bodoh.

"kalau mama dan papa nak tahu,semuanya cukup sempurna apa yang mama dan papa bagi pada wiya,wiya nak ke luar negara,mama dan papa kasi.semua barang dekat dunia ni...yang wiya nak semua mama dan papa bagi.tapi...mama dan papa tak fikir ke? hati wiya macam mana? apa? wiya je ke patut faham mama dan papa? wiya je ke yang patut ikut semua arahan mama dan papa tentang hidup wiya? susah sangat ke mama dan papa nak percayakan wiya untuk jaga diri sendiri?"

"wiya!!! jangan menjawab"kata tan sri erdy long.

"tak...kali ini wiya patut luahkan"kata wiya dengan air mata yang ditahan.

"salah ke ma...? selama ni ada mama dan papa tanya apa wiya rasa,apa wiya suka dan tak suka.mama dan papa tahu ke? yang mama dan papa tahu hanya nak wiya ikut cakap mama dan papa,sampai wiya sendiri tak kenal wiya ni siapa sebenarnya? robot yang dicipta untuk jadi anak mama dan papa ke? robot takde perasaan?"soal wiya

puan sri akma sudah terdiam.tapi wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.

"sampai kadang-kadang wiya terfikir,lebih baik wiya takde mama dan papa!!"

"wiya!!!"

PAAANGGG!!!

wiya merapa pipinya yang baru saja ditampar oleh puan sri akma.
satu titis air mata pun tidak terjatuh ke pipinya.
puan sri akma pula seperti menyesali perbuatannya.tangan yang pertama kali menampar pipi milik anaknya dilihat.
tan sri erdy long pula sudah bangun berdiri.
ayie dan ali berpandangan kemudian tunduk ke lantai.

wiya tersenyum sinis.
"ini kan baru mama puas hati? ini ke balasan kepada seorang anak yang tak mendengar satu arahan mama dan papa dia? hanya satu? good job ma..sekarang mama menguatkan lagi kata-kata hati wiya yang sebenarnya mama memang anggap wiya robot dalam rumah ni!! bukannya anak yang disayangi!"kata wiya terus melangkah ke tingkat atas dengan berlari.
suara mamanya yang memanggil tidak dipedulikan.

"wiya!! wiya!! maafkan mama sayang..."panggil puan sri akma sambil menangis.tan sri erdy long pula memeluk bahu isterinya.cuba untuk menenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience